Friday, 28 April 2017

Cakkkk!!

Salam all,

Akhirnya ada sikit kerajinan nak update cerita kat sini. Ikutkan tak larat dengan malas, memang tak la. Ini pun dengan kadar bukaan mata 70%. Menunggu waktu rehat tengahari nak lelap sekejap.

Anyway, hai kawan-kawan.. Alhamdulillah hari ni kandungan dah 29+2 minggu bersamaan 205 hari di trimester ketiga. Another milestone reached katanya. Awal-awal mengandung, risau juga nak beria-ria cerita. Takut apa-apa jadi.

Lepas confirm positif, letak benchmark nak tengok kantung baby dan jadi macam tak berapa nak percaya dah positif. Dah nampak kantung, letak benchmark heartbeat pulak. Lepas dah ada heartbeat, letak benchmark nak safely melepasi 1st trimester. Dah lepas 1st trimester benchmark pulak lepas detail scan. Lepas dah lega dengan result detail scan, baru lah benchmark-kan 29 weeks. Phew!

Benchmark sajoo. Macam naik tangga, lepas satu, satu. Whats next, next? Gitu.

Bleeding

Alhamdulillah, rasa lega dipermudahkan segala urusan olehNya hingga saat ni. 3 bulan pertama memang pulun mc kaw-kaw. Memang rehat kat rumah je. Nak dijadikan cerita ada la sekali, bleeding pada 6 weeks. Sebabnya, terlebih berjalan kot.

In laws concern sangat dengan saya yang dah lama berkurung dalam rumah, memang tak keluar mana-mana kecuali ke hospital. Jadi disuruh husband bawa keluar, datang rumah mak petang-petang macam tu. Dah alang-alang keluar, dengan tak terfikir apa-apa on the way balik, kami laki bini pi singgah tesco beli barang makan sikit-sikit. Memang masa pusing tu dah rasa tak larat, pening dan almost nak pitam. Jadi cepat-cepat keluar cari tempat duduk dan duduk relaks sampai hilang pening baru balik.

Petang esoknyaaaa...bangun je duduk dari sofa ruang tamu terus rasa menderu dalam spender. Tengok-tengok dah penuh darah. Saya ni dah tak tahan la airmata, menderu jugak turun sambil telefon suami yang lepak depan rumah. Berlari dia masuk. Tunjuk je spender penuh darah tu, cuma "Allah" je yang keluar dari mulut dia.

Nasib baik Hospital Metro dekat je dengan rumah. 5 minit drive dah sampai. Memang terus tuju ke situ. Lepas scan dan tengok baby still ok, heartbeat ok, dapatlah sejarum proluton dan antibiotik. Actually tak tau darah tu dari mana.

Alhamdulillah jugak, sekali tu je yang bleeding. Kemudian hari dah takde. Cuma kunjungan ke hospital metro tu je jadi kerap sebab 3 hari sekali kena inject lagi. Sempat la 6 kali ulang. Redha.

Lepas appointment dengan doktor A barulah doktor suruh stop. Last proluton injection pada 10 weeks. Mula-mula masuk bilik, belum sempat duduk doktor dah tanya,"You buat apa?" Err err jugak nak menjawabnya. Last jawab gak la, "Pusing Tesco kot." Doktor cakap, "Tak boleh lagi, baru lagi."

Ok. Lepas tu yang pulun mc 3 bulan. Memang tak daya la nak melasak. Tidur baring je kat rumah.


Morning Sickness

Bila tengok orang lain punya mabuk sampai minum pun tak boleh. Saya boleh kata saya punya mabuk tak kuat sangat. "Ok laaa, tak mabuk sangat."

Tapiii, bila pikir pasal mabuk diri sendiri je rasa tak daya dah. Haha. Tak sanggup rasanya nak lalu lagi.

Dulu-dulu sebelum mengandung ada la terniat, kalau Allah bagi rezeki zuriat, mabuk kuat pun takpe. Sanggup nak hadap. Tapi Allah uji hambanya ikut kemampuan masing-masing. Dia tau saya tak mampu kot. (malu-malu kucing)

Seingatnya saya muntah cuma 4 kali yang mana salah satunya adalah paksaan sebab lepas makan mangga tu, rasa tak sedap  kat tekak, jadi paksa muntahkan. Hehe, pon boleh. Yang lagi tiga memang loya. Habis kering isi perut. Alahai seksa rasanya.

Selebihnya, saya cuma lembik, pening, penat, saja. Lepas makan, terus baring dan tidur seharian. Bangun masa makan solat je. Alhamdulillah air kosong walaupun payau boleh telan dengan baik, dan saya pastikan saya tak dehydrate.

Makanan - dah mula pilih-pilih. Kalau sebelum mengandung suka sangat dengan sayur. Kali ni nampak sayur je tak nak especially yang masak dah lembik. Karot, kacang panjang tolak tepi terus. Yang keras macam sayur ulam je boleh makan. Lauk - yang masak kicap, hitam memang sorry, sampai sekarang pun tak selera lagi. Tak tau la kenapa. Kalau paksa jugak makan memang nak menangis je rasa. Baby putih kot ni. Hehe.

Makanan yang suka cuma keropor lekor, tomyam dan sup kaki ayam. Tomyam hari-hari pun takpe. Agaknya sebab ada masam-masam, pedas kot...hilang loya. Mostly makanan memang tak mintak yang pelik atau luar kebiasaan. Asam pun makan yang fresh je, mangga dari pokok. Memang tak makan jeruk basah/kering yang beli dari kedai. Makan pun sikit-sikit sebab risau jugak sebenarnya sebab orang kata awal-awal jangan makan asam. Tapiiii... pahit mulut kot.

Yang paling tak tertahan bab morning sickness ni adalah bau. Yezza, bau. Suami ada bau. Orang masak ada bau. Haih, penat tutup hidung. Suami kalau baru balik dari mana-mana, memang saya jerit masa dia kat pintu lagi, "Abg busukkkk." Cepat-cepat la dia bukak baju. Sampai in the end dia kena mandi baru saya diam.

And yes, pernah la dia merasa tidur kat ruang tamu beberapa kali sebab saya kata dia busuk dan katil saya conquer sorang saja. Ampunkan saya duhai suami. Hehe.

Dapur memang tak berasap, mostly lauk nasi untuk makan MIL yang hantarkan. Ada sekali suami cuba goreng telur kat dapur kami, memang menangis saya masuk berkurung dalam bilik. Huiii, macam-macam.

Sekarang alhamdulillah semua dah kembali normal. 2nd trimester je dah slow-slow hilang yang bau tu semua, cuma lauk masak kicap je tak boleh lagi. Haha. Hujung 2nd trimester pun saya dah boleh masak balik. Cuma cabaran lain pulak la yang menyusul, common pregnancy symptom etc macam bengkak kaki tu semua.

Hmm, tu je kot yang boleh update buat hari ni. Semoga Allah permudahkan sampai ke akhirnya.

Tata




2 comments:

  1. Alhamdulillah..take care mummy n baby..meant serial stage ada kesaspenan yang tersendiri..hihi

    ReplyDelete