Friday, 30 September 2016

Ovary Monitoring

Ini post backdated..

Kerana kemalasan dan keperluan kepada ketenangan. 😁

Lupa nak bagitau yang pada 14 September lepas, doktor ada maklum yang pada hari opu dia tak dapat nak pickup 3 lagi ovum saya kerana kedudukan ovari sebelah kanan yang agak tinggi. Jadi hari tu, on tvs memang nampaklah ovari kanan yang masih besar dan ada isi. Ovari kanan pun masih belum surut sepenuhnya.

22/9/2016 (Khamis)

Appointment kesekian kalinya untuk monitor saiz ovari. Masih belum normal saiznya.

Menurut doktor selagi saiz ovari tak kembali ke asal, fet tak boleh dijalankan kerana hormon yang ada akan mengganggu proses nanti.

Not sure what it is. Nanti² lah study. Hehe.

27/9/2016 (Selasa)


Cek ovari lagi. Alhamdulillah dah kecut ke asal. Hihi. So sekarang dah boleh plan untuk fet.

Tapi since saya ada plan nak ikut suami ke terengganu, doc delaykan sikit tarikh untuk saya dapat period -- teruskan makan pil norcolut beberapa hari lagi.

Dengan plan ni, period saya mungkin akan datang di awal bulan Oktober. So nampak gayanya akhir Oktober la fet ni.

Can't wait!

No comments:

Post a Comment