Sunday, 6 November 2016

FET Done!

Salam hi,

25 Oktober 2016 (Selasa)

FET day!

Admission pukul 10 pagi dan dijadualkan buat FET pukul 2 petang. Tapi kami admit awal memandangkan malam tadi bermalam di hotel yang berhampiran. Tak nak kalut pagi-pagi dan saya boleh rehat sikit, kata suami.

Lepas dihantar ke bilik wad dan sambil menunggu waktu FET, suami duk keluar masuk bilik dan terserempak dengan doktor A. Agaknya dia ada kes lain pagi tu. Dah alang² terserempak tu, doktor maklum pada suami, blastocyst kami pagi tu cantik, walaupun semalam (hari thaw, isnin) nampak tak bagus. Doktor dah hampir-hampir nak suruh embriologist thaw embies dari straw kedua.

Bila suami masuk cerita, rasa lega sangat. Alhamdulillah.

Tak lama kemudian, nurse masuk bilik dan maklum doktor nak buat FET kami awal, selepas kes pagi yang saya agak tadi. Mungkin dalam pukul 11 pagi.

Saya automatik masuk mode kalut memandangkan lepas admit tadi terus pi buang air kecik, sekarang bladder dah kosong sangat!

Laju-laju teguk bekal air zam-zam. Rasa lambat penuh, teguk lagi sampai separuh botol 1 liter. πŸ˜…
Time tu memang la rasa tak penuhhhh.. Elok nurse datang ambil nak masuk operation room.. Full sangat pulak rasanya. Adehh!

Seksa tahan kencing wehh!

In operation room. 

Macam prosedur biasa, doktor jemput kami berdua masuk ke bilik tempat embrilogist simpan/kultur embrio kami (tak tahu nama tepat bilik tu) dan tunjuk embrio-embrio kami yang bakal ditransfer ke dalam rahim sekejap lagi. Kami tengok pada paparan skrin tv.

Subhanallah, dua-dua nampak cantik. Salah satu dah mula hatching. 😁

Doktor cakap, "Tengok, blastocyst awak.. Very nice! " Lepas tu doktor sambung lagi, "Kalau masukkan satu je pun okay ni (merujuk pada yang hatching)... Tapi dah thaw dua, sayang pulak yang satu lagi. "

Kami setuju je. He². So we transferred both.

***

Banyak kelainannya bila buat prosedur IVF dengan doktor muslim ni. Setiap langkah bermula Bismillahirrahmanirrahim, saat sebelum embrios ditolak masuk ke rahim, doktor minta saya sama-sama menyebut...


Saat tu kita tahu, habislah usaha kita sebagai manusia. Hanya Allah sahajalah yang menentukan berjaya atau tidak usaha kami kali ini. 

Wallahualam. 



3 comments:

  1. semoga segalanya berjalan lancar...chaiyok2 akak :)

    ReplyDelete
  2. blh ceritakan utk FET, puan lakukan secara normal tanpa apa2 ubat atau ada stimulation juga?

    ReplyDelete
  3. Still in 2WW? tak sabar nak tau result nolly... Smg Allah beri rezeki buat kalian berdua. Amin...

    ReplyDelete