Wednesday, 9 November 2016

Akhirnya, Senyuman Itu.

2 week waiting adalah waktu yang paling menyeksakan.

Setuju ke idok?  Hi².

Bagi la jarum banyak mana, besar mana, sanggup je ahkak inject perut ni. Bagi la ubat sebondong-bondong suruh telan, ahkak telan senyum-senyum jek.. Tapi ini, haishhhh..

Ku lalui lah jua.

* * *

Lepas je FET 25hb tu kami stay bermalam kat hospital dulu. Tak nak balik rushing². Kalau ikutkan day care je.

Dua IVF yang lalu, kami balik. Metro Klang ke Cheras, Hospital Lam Wah Ee ke Kuala Kurau... Jauh perjalanan semua tu. Kali ni, hasil bincang suami isteri, kami setuju tak payah balik. 9 hari duk hotel depan hospital tuuuu. Rasanya dah paling dekat dah tu.

26hb, discharge je terus balik ke hotel. 9 hari beb... Makan tido je kerja saya. Dan bangun pi solat, toilet je. Jalan slow² bagi improve blood circulation.

En suami lepas pada tu dah mula keluar² pi training memanah dia. Takpelah, saya benarkan je memandangkan memang sifat dia tak boleh berkurung. Kang saya nampak dia stress, saya pun stress. Baik dia keluar, saya tido dan tengok tv. Kih³.

Alhamdulillah everything went very well this time.

2 November 2016.

We're officially pregnant with 111 BetaHCG!

Senyum sipu-sipu je masa doktor bagitau, result ok!

Al-kisahnya sebab saya dah nangis 2 hari sebelum appointment. Dah buat test sendiriiii.. Ha². Yang pertama masa 5dt6dp, FMU - Lambat betul nak keluar second line tu. Kaki tangan dah sejukk, timer 3 minit pun macam lambat jee.

Duk intai² dalam tempoh tu, tak nampak apa. Dalam hati, Ya Allah... Takde jugak ke kali ni. Tup-tup abis 3 minit, tengok ada faint line. Nampak line tapi kabur yang saya pasti bukan mata saya buat-buat.  Terus tersandar ke dinding dan meleleh air mata sambil cakap pada diri sendiri.. "Alhamdulillah, akhirnya Dia bagi... "

Terus pi hulur pada en suami yang lena tidur. Terpinga-pinga dia bangun tengok bini dah nangis. Yang best ayat dia, "Kan ada tuu... Ada tuu.. " Merujuk pada upt. "Kenapa nangis.?"

Saya nangis sebab nampak 2 line. Dia kata saya nangis sebab tak pandai baca upt πŸ˜‚.... Dan sampai sekarang dia yakin dengan pernyataan dia tu. Hahaha. Apa apa je lah.

Esoknya test lagi, 5dt7dp, FMU jugak... Kali ni dah bersabar sikit tunggu habis 3 minit. Kemudian tengok result dah terang benderang.

Alhamdulillah.

En suami dah senyum.

.
.
.

Akhirnya, senyuman itu.

10 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah Nolly!!
    Syukur YA Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Terima kasih.

      Delete
    2. Alhamdulillah maha puji bagi Allah yg maha memberi,siapa yg berusaha mesti akan ada hasilnya jaga diri baik2 sis moga dikurniakan anak yg soleh dan solehah amin πŸ˜€

      Delete
  2. Alhamdulillah...yeah!!
    Take care kak nolly...

    ReplyDelete
  3. subhanallah....mabruk!!! tahniah nolly...both of u deserve it. May both of u n babies dilindungi Allah selalu, dipermudahkan pregnancy sehingga selamat melahirkan... Amin...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah akak...take care kak..senyum selalu :) chaiyok chaiyok!

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..makbul doa2 noly..take care dear..happy for youπŸ˜„

    ReplyDelete