Thursday, 8 September 2016

OPU


Macam biasa, gambar di atas adalah peralatan untuk injection kali ni. Meds yang diguna adalah puregon, pergoveris, orgalutran dan last skali suprefact. 

Puregon 2 x 400 iu, pergoveris  10 x 150 iu, orgalutran 6 x 0.25 mg dan suprefact 0.5 ml. 

Total 24 shots dengan dose ransangan sebanyak 2300 iu dalam masa 12 hari.

Short protocol, tapi panjang sikit dari kebiasaan.. Kata doctor. Hehe. Saya pun tak tau kenapa badan lambat skit respon pada meds ni.  Last time tak tau la cepat atau lambat, malas nak review. Just go with the flow. 

Last appointment adalah 5hb untuk monitor perkembangan telur.  Benda baru yang saya tau, doc cakap telur ada 2 groups. Which means, 2 kumpulan saiz. 

1 kumpulan saiz yg dah agak besar dan 1 kumpulan lagi saiz kurang sikit. So ade confusion sikit pada doc sama ada nak tetapkan tarikh opu khamis atau jumaat. 

Menurut doc, kalau situasi macam ni di overseas.. Prosedur opu akan berjalan 2 kali. Lepas opu pertama, stop 2 hari, sambung meds dan opu lagi. Tapi kat Malaysia kita praktis 1x sajoo. 

Takpelah doc, sekali cukup.. 2x lagi banyak sakit, lagi banyak duit. 😂

So setelah ditimbang tara dengan cycle saya yang kebanyakkannya panjang, plus doc kata group 2 lg banyak bilangannya.. Tarikh opu ditetapkan hari Jumaat, 9hb, which means esok! Tu pun prosedur mesti pagi-pagi.  Hu2. 

So now pada pukul 9.59 malam, ahkak tengah puasa dari sebarang makanan, cuma dapat minum air je. Pukul 12 tgh malam nati baru lah total puasa, tak boleh makan dan minum.

Time ni lah semua iklan makanan kat TV nampak sedappp aje. Time boleh makan, tak nak makan, hilang selera. Time tak bolehh... 😜 

So err.. Mohon jasa baik kawan-kawan doakan keselamatan dan kelancaran urusan kami esok ye. Moga-moga dapat bertelur dengan jayanya dan berkualiti. 

En seben pun mohon dimudahkan. Moga dapat encik2 abang ensem yang gagah perkasa. Jangan kata 2 million, dapat 20 ekoq pun jadi lah..  Hihi. 

...

Oklah, goodnight. Malam ni tido hotel yang dekat dengan hospital memandangkan esok nak kena register admit sebelum pukul 7 pagi. 

Al maklum rumah jauh.

He2. Daa! 

2 comments:

  1. Teringat akak pas opu.terhuyung hayang akibat bius.pastu jalan bongkok2 cam nenek tua.akak ingat lagi dapat 17eggs.11 jadi 8cell gred a.3 jd 8 cell gred b.mudah2an urusan noly dipermudahkan n embryo sihat walafiat.Amin3

    ReplyDelete