Friday, 30 September 2016

Ovary Monitoring

Ini post backdated..

Kerana kemalasan dan keperluan kepada ketenangan. 😁

Lupa nak bagitau yang pada 14 September lepas, doktor ada maklum yang pada hari opu dia tak dapat nak pickup 3 lagi ovum saya kerana kedudukan ovari sebelah kanan yang agak tinggi. Jadi hari tu, on tvs memang nampaklah ovari kanan yang masih besar dan ada isi. Ovari kanan pun masih belum surut sepenuhnya.

22/9/2016 (Khamis)

Appointment kesekian kalinya untuk monitor saiz ovari. Masih belum normal saiznya.

Menurut doktor selagi saiz ovari tak kembali ke asal, fet tak boleh dijalankan kerana hormon yang ada akan mengganggu proses nanti.

Not sure what it is. Nanti² lah study. Hehe.

27/9/2016 (Selasa)


Cek ovari lagi. Alhamdulillah dah kecut ke asal. Hihi. So sekarang dah boleh plan untuk fet.

Tapi since saya ada plan nak ikut suami ke terengganu, doc delaykan sikit tarikh untuk saya dapat period -- teruskan makan pil norcolut beberapa hari lagi.

Dengan plan ni, period saya mungkin akan datang di awal bulan Oktober. So nampak gayanya akhir Oktober la fet ni.

Can't wait!

Wednesday, 28 September 2016

Is Very Fun!

Adik kakak...  Saya minta maaf, kalau post saya yang sebelum ni buat anda semua sedih. Saya tahu, ramai yang menangis.

Ia tak sepatutnya begitu.

Saya hanya cuba luahkan apa yang saya rasa. But it turned out that way. Hu2. Jelas sekali itulah rasa yang memberat dalam jiwa saya waktu tu. Ada sedih sikit. (Menyesal pulak) 

Tapi lebih jelas, awak semua rasa apa yang saya rasa sebab kita dalam kasut yang sama. Terima kasih kerana memahami. Terima kasih kerana mendoakan kejayaan saya. Hanya Allah yang dapat membalasnya. 

Kita sama-sama doa, kita sama-sama berjaya ye. InsyaAllah dalam doa saya dari dulu.. "Semoga Allah berikan kejayaan kepada kawan-kawan saya memperoleh zuriat, walau apa saja cara yang diusahakan mereka.  Amin. "

Dah, tak mau sedih-sedih. 

IVF is very fun... Is Very Fun! Hi5. 

Tuesday, 20 September 2016

Be Grateful For The Little Things

11 days past opu. Baru nak ada mood nak cerita.

9.9.2016 (Jumaat) 

Seawal 6.30 pagi dah sampai di hospital dan kaunter admission pun belum bukak. Sementara menunggu pukul 7 pagi, kami lepak-lepak di sofa lobi utama.

Pukul 7 pagi kaunter bukak terus kami masuk. Saya ingat saya tengok jam, elok nak melangkah masuk pintu tu pukul 7.05 pagi.

Admission bagi saya mengambil masa yang agak lama, sebab tempoh masa nak siap tandatangan semua dokumen, bayar deposit dan tunggu porter hantar ke wad, lebih kurang dah 40 minit. Masa duduk kembali kat kerusi menunggu porter datang, tengok jam dah 7.45 pagi. Saya agak risau sebab saya tahu.. Waktu operation encik husband pukul 8.00 pagi. Diulangi 8.00 pagi.

Kesnya, masa nak daftar admit tu lah depa kata kami suami isteri tak dapat nak satu bilik 2 bedded, takde.. padahal Doc A dah arrange dengan ketua nurse kat wad IVF tu. Ding dong ding dong, okey dapat katanya.

Pastu jumlah berapa deposit untuk operation husband pun kami tak tau. Doc berkenaan tak bagitau pun masa last time jumpa dia, nurse dia kat kaunter depan pun tak mention apa. Bila kami nak tanya lebih-lebih, dia cakap nak wA husband saya kemudian, yang mana ditunggu-tunggu pun takde khabar. Last appointment dengan Doc A 5hb, kami naik lagi sekali ke klinik beliau, tanya nurse dia kat kaunter depan tu (nurse lain dari hari tu).. Jawab acuh tak acuh, kata all documents dah diorang hantar ke admission department. Yes. Borang yang dah hantar tu hantar la...masalah sekarang kami nak tau berapa jumlah operation nak bayar ni kak oi.. Saya masa tu dah angin, so saya duk diam saja, sebab kalau bukak mulut ade yang pedih nanti. --- Doc Urology, tingkat 5. Cari sendiri. Hehe.

So jadilah kisahnya masa admission tu, pegawai kat kaunter kena call klinik berkenaan tanya berapa kos. Dari conversation tu baru tau deposit berapa dan yang paling best... Doc tu boleh cakap, "Oh I tought my patient admit yesterdayyyy" Makcik ni dah nak terbalik bijik mata menyampah. Hey, dia tak cakap ape pun pasal admission of my husband. Tak bagitau masa, hari, jumlah harga, dan pantang larang segala. So kami ikut saje segala yang Doc Adilah tetapkan which is perfect.

Bayangkan hari sebelum, husband tanya saya, "Abang kena puasa tak? Abang rasa abang kena full bius." Yes I heard doc tu kata this operation will go under full anaest. Hasil bincang laki bini, saya cakap, "Abang ikut Sayang la, stop makan pukul 6 petang 8hb, lepas 12 mlm no food no drink, ikut puasa macam Sayang." Itu pun diorang tak maklum beb. Huh!

By the time sampai wad, boleh agak lah kan pukul berapa. Lebih kurang dah 8 pagi kot. Lepas dari tu saya tak tengok jam dah. Konpom dah lambat.

And so, turn saya untuk operation adalah 9.30 pagi. Masa tiba je depan operation room, husband baru nak ditolak keluar. Saya nampak ada Doc A kat situ, belum bersiap, belum pakai baju OT.

Dia tanya saya, "You sampai pukul berapa tadi admission?"

Dalam hati, saya agak daaahh. "Pukul 6.30 dah sampai Doc, admission pukul 7 baru bukak."

Dahi Doc berkerut.

Saya tanya lagi, "Lambat ke?"

Doc cuma jawab, "Kena tanya semua pihak. Tapi you sampai wad pukul 8 pagi."

I know what is in her mind. At first mesti la nak kata patient yang lambat kan. But I don't blame her. Betul la dia cakap, kena tanya semua pihak. Tanya la, if you ask me again, I'll tell everything including the name. Ha2.

Tapi tak bestlah nak salahkan, tunjuk-tunjuk sangat kat sape. Doc berkenaan ada peranan penting dalam kes kami ni. I should thank him also. Tapiii, tugas ni kami bayar kot, duit sendiri bukan duit kerajaan... Jadi sebagai pelanggan, kena cerita jugak kekurangan supaya next time, kawan-kawan azoo saya tak kena macam ni.

Ini IVF kali ke 3 kami. Dah 3 kali laki bini operation, takkan tak tahu nak cepat ke melambat. Kan?

Anyway, segala komen dah masuk saluran yang betul. Borang kepuasan hati pelanggan masa nak discharge memang ahkak tenyeh betul-betul. Hihi, Suami dah tau sangat, dia senyum je sambil kata, "Tau dah bini aku ni kalau dapat borang komen." Hey abang.. we paid for this! Kenyit mata sikit. Kena bantu PHKL tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Wink wink.

* * *

Cukup pasal admission.

Follow Up Appointment.
14/9/2016 (Rabu)

Hasil TESE husband hari tu dapat 9 ekor sperm. Tu pun setelah jenuh-jenuh jugak mencari. Asalnya dengar Doc berkenaan bagitahu doktor Adilah, sperm tak banyak, banyak mati.. So if takde jugak, doc Adilah akan freezekan telur/ovum saya.

Hasil OPU, dapat 12 telur. Berbaki 2 biji yang doktor tinggalkan di ovari kanan sebab ovari kanan ni memang dah diketahui tinggi. Ditekan-tekan pun tak nak turun, jadi cuma dapat sedut 12 biji.

9 sperma + 12 ovum.

Dari 12 ovum. 8 sahaja yang matang dan normal. 2 matang tapi abnormal. Satu tak matang dan satu lagi GV.

Cuma tinggal 8 sahaja. Semua boleh fertilized, takde telur yang perlu dibekukan. Alhamdulillah.

Dari 8 tu pulak bila disenyawakan, Satu pecah terus, dan satu lagi mati.

Baki 6 yang dipantau sampai hari kelima, hanya 4 yang dibekukan, lagi dua dipantau sehingga hari ketujuh, tapi rasanya takde rezeki untuk dua tu sebab dah ade signs of degeneration, dying.

Jadi 4 sahaja.

Satu, blastocyst gred 2AB.
Satu, blastocyst gred 2BC.
Satu, compacting blastomere.
Satu, 7C3.

* * *

Dua tiga hari lepas tahu keputusan tu, keliru jugak sebenarnya nak sedih ke gembira. Pretty much sad jugak sebenarnya pada saya, sebab harapan saya agak tinggi kali ni. Senyap-senyap nangis juga. Tapi terlalu jauh lagi perjalanan untuk mengalah.

Sebenarnya keputusan ni wayyyyyy better from two previous IVF ICSI.

Alhamdulillah dulu.
Alhamdulillah dulu.

Semoga semuanya my little fighters!!

* * *

Teringat moment sebelum saya fully passed out kena bius.. Doktor Adilah duk sebut banyak kali, memberitahu pada doktor bius tu.. "This is her 3rd time.. This is her 3rd OPU... This is her THIRD."

Saya tak tahu apa maksud dia. Mungkin a new challenge for her... Mungkin dia 'nampak' pahit manis perjalanan nak sampai ke ketiga ni.

Mata saya dah berkaca, doktor genggam tangan saya.

Dalam hati, saya serah semua pada kuasa Allah dan kepakaran doktor dan embriologist-embriologist. Usaha saya sampai sini saja.

Air mata saya mengalir dan saya dah tak ingat apa-apa. Zzzzz.

Thursday, 8 September 2016

OPU


Macam biasa, gambar di atas adalah peralatan untuk injection kali ni. Meds yang diguna adalah puregon, pergoveris, orgalutran dan last skali suprefact. 

Puregon 2 x 400 iu, pergoveris  10 x 150 iu, orgalutran 6 x 0.25 mg dan suprefact 0.5 ml. 

Total 24 shots dengan dose ransangan sebanyak 2300 iu dalam masa 12 hari.

Short protocol, tapi panjang sikit dari kebiasaan.. Kata doctor. Hehe. Saya pun tak tau kenapa badan lambat skit respon pada meds ni.  Last time tak tau la cepat atau lambat, malas nak review. Just go with the flow. 

Last appointment adalah 5hb untuk monitor perkembangan telur.  Benda baru yang saya tau, doc cakap telur ada 2 groups. Which means, 2 kumpulan saiz. 

1 kumpulan saiz yg dah agak besar dan 1 kumpulan lagi saiz kurang sikit. So ade confusion sikit pada doc sama ada nak tetapkan tarikh opu khamis atau jumaat. 

Menurut doc, kalau situasi macam ni di overseas.. Prosedur opu akan berjalan 2 kali. Lepas opu pertama, stop 2 hari, sambung meds dan opu lagi. Tapi kat Malaysia kita praktis 1x sajoo. 

Takpelah doc, sekali cukup.. 2x lagi banyak sakit, lagi banyak duit. πŸ˜‚

So setelah ditimbang tara dengan cycle saya yang kebanyakkannya panjang, plus doc kata group 2 lg banyak bilangannya.. Tarikh opu ditetapkan hari Jumaat, 9hb, which means esok! Tu pun prosedur mesti pagi-pagi.  Hu2. 

So now pada pukul 9.59 malam, ahkak tengah puasa dari sebarang makanan, cuma dapat minum air je. Pukul 12 tgh malam nati baru lah total puasa, tak boleh makan dan minum.

Time ni lah semua iklan makanan kat TV nampak sedappp aje. Time boleh makan, tak nak makan, hilang selera. Time tak bolehh... 😜 

So err.. Mohon jasa baik kawan-kawan doakan keselamatan dan kelancaran urusan kami esok ye. Moga-moga dapat bertelur dengan jayanya dan berkualiti. 

En seben pun mohon dimudahkan. Moga dapat encik2 abang ensem yang gagah perkasa. Jangan kata 2 million, dapat 20 ekoq pun jadi lah..  Hihi. 

...

Oklah, goodnight. Malam ni tido hotel yang dekat dengan hospital memandangkan esok nak kena register admit sebelum pukul 7 pagi. 

Al maklum rumah jauh.

He2. Daa!