Monday, 27 June 2016

No One Is Walking In MY Shoes

Salam,

Nak kongsi cerita sedih lagi.

Al-kisahnya, isteri kepada adik ipar yang baru menikah tahun lepas dah pun bersalin. Dan seorang lagi adik ipar yang ikut jejak langkah kami buat IVF dulu-dulu pun dah selamat bersalin jugak bulan 5 aritu hasil FET. Kali ni dapat kembar sepasang. Jadi belah keluarga mentua sekarang tengah seronok terima tiga orang cucu baru.

Yang beranak kembar tu di Johor. Jauh sikit jadi kami pun belumlah menjenguk. Yang seorang ni dekat sangat, maka MIL pun sibuk-sibuklah suruh melawat. Seben, nak pergi seorang, segan. Duk bisik-bisik dengan kita, kita diamkan aja. Bukan tak nak pergi, takde rasa pun nak pergi.

Ingatkan dah senyap, rupanya hujung minggu ada bunyi lagi. MIL siap call seben tanya dah pergi ke belum. Kawan ni dah serba salah. Sebut-sebut lagi kat kita. "Jom, pergi hospital. Esok diorang dah nak balik, nanti tak sempat jumpa. Mak dah tunggu kita rupanya." Ah, sudaaah. Kita baru balik pasar. Tengah duk cucikan lauk pauk, tinggal la jugak memandangkan orang tua dah tunggu. Ikutkan hati memang berat lah. Tapi dah macam tu situasinya, ikut la jugak. "Jom." 

Dalam hati Allah saja yang tahu. Tak boleh nak cerita. Cuma dalam hati duk ulang ayat ni. "I'm going to face my biggest fear. My biggest fear." Nasib baik tak keluar di mulut, mau jadi mantera.

Entah dari mana datang pun tak tau. Selalu kalau sebut jenguk baby atau orang bersalin takdelah macam ni. Cuma kebelakangan ni, saya perasan yang... isu-isu conceive, mengandung dan bersalin sangat sensitif jika ia dari kalangan orang-orang yang rapat.

Tak jeles, sumpah! Cuma, sakit tuh di sini. Ha5.

Sigh.

Bawak la saya pi bungee jumping. Bawak la saya main roller coaster. Tapi tolong jangan bawak saya jenguk orang bersalinnnn. Uwaaaa!

* * *

Situasi di hospital. Mula-mula elok je emosi. Masuk wad yang penuh ibu-ibu, bapak-bapak dan baby-baby newborn. Duk lebih pada rasa serabut sebab tengok penuh je dengan pelawat dan panorama katil hospital yang dekat-dekat dan sesak! Dalam hati lagi, "Encik seben sila simpan duit.. Saya nak bersalin di hospital swasta. Tak boleh sesak cenggini." Sempatttt. Ha2.

Sambil-sambil jari duk usik budak kecik tu, mata habis dah melilau... kiri baby, kanan baby, depan baby, hujung sana baby... And then, suddenly.... sebak datang rushingg. Airmata tiba-tiba dah kat bibir mata. Sikit lagi nak jatuh. Sayaaaa, laju-laju keluar dari wad tu.

Sebelum keluar pintu dah menitik, sampai area akak guard depan tu... memang menderuuu. Dalam kalut searching for a rescue (aka tempat persembunyian)... berhenti tanya akak tu, mana toilet.

Yup! My safest place to cry is TOILET!

Akak guard dengan panik-panik, terus bagi direction ke toilet. Hemm, nasib baik la sepanjang jalan tu takde orang. Kalau ada, memang saya dah redha orang tengok airmata saya.

Dalam toilet, rasa nak meraung. Seriously. Ada juga la, sikit... tapi tertahan-tahan. Berkampung kat situ dalam 10 minit, bila dah reda dan ada kekuatan sikit baru keluar. Wasap je seben ajak balik. Memang saya dah tak masuk balik wad tu. Peduli lah apa tanggapan diorang.

I care for my feelings. No one will do. Not even the husband.

* * *

Dalam kereta memang saya dah diam je. Tak pandang muka seben, apatah lagi muka MIL. Sebak masih ada duk tahan-tahan. Genggam je tangan sendiri kuat-kuat tak nak bagi suara keluar. Airmata je duk meleleh-leleh tak terbendung. Memang tak lap dah. Masih sorok gesture sedih dari MIL. Kalau lap kang dia nampak. Seben je la dah mula perasan, tapi tak tegur. Cover-cover jugak. Saya pejam mata, all the way back... tapi masih jugak basah pipi.

* * *

Sampai rumah, just drop seben je. Saya terus bawak kereta keluar... Drive sorang-sorang tu airmata keluar lagi lajuu. Sampai destinasi, park kereta barulah meraung sepuas hati. Rasa dah lama tak menangis macam ni. Sama macam first failed IVF dan keguguran dulu.

Allah saja yang tahu, rasanya. Dah selesai reda baru keluar kereta. Mata sepet ni dah bengkak.

Nasib baik kebetulan memang ada appointment buat facial. Boleh la legakan perasaan kat situ, sampaikan adik yang buat tu offer eye treatment... sebab mata akak nampak macam tak cukup tidur. Hu2.

Kalaulah kau tahu dik.

* * *

Sekarang duk fikir apa nak jadi lagi di majlis berendoi diorang pulak. 3 orang sekali beb. Sakitnya tuh di sini lagii. Hu2

Tapi yang lebih sakit... Makcik-makcik yang datang, tanya.. "Kau bila lagi?" Sambil pegang perut kita. Again, dalam hati Allah saja yang tahu. Bibir kita selalunya senyum saja.

Kali niiii....

Dah cakap awal-awal dengan seben. I'm not going. Tak kisah la sape cari. Diorang nak kata apa. I'm not going.

Jawabnya OK saja.

At least, Alhamdulillah.


DO WHAT IS RIGHT FOR YOU.
NO ONE IS WALKING IN YOUR SHOES.

9 comments:

  1. be strong kak....i know ur are strongest lady..yeahh!!
    caiyokk..caiyokk..

    ReplyDelete
  2. Nolly,u can get through this,in shaa Allah ada kebahagiaan akn tiba utk nolly&husband,sy pun penah alami semua tu...hanya kita je yg tahu sakitnya.sy doakn awk kuat& tabah...

    ReplyDelete
  3. saya menangis baca coretan sis, saya fhm sbb we are in the same shoes.
    Jgn pernah putus asa insyaALLAH kita sama-sama kuat hadapi ALLAH sayang kita sbb tu Dia uji.

    u're strong enough!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya yg rasa je faham, kan? InsyaAllah meeya.. Kita kuat. Awak kuat, saya kuat. Tq for understand

      Delete
  4. Peluk kak nolly yang tinggi! (walaupun sebulan lambat).

    Dalam kuat, ada lemahnya.
    Dalam rajin, ada malasnya.

    Saya la tu yg malas tu. Malas nk layan budak2 buat masa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluk anis jugaakk! Malas layan tp rajin studyy! Hik3

      Delete
  5. Hi, new reader here and in same shoes. Sama la lepas di diagnose tu hari2 nangis. Drive sorang pun nangis. Tengok baby nangis.
    Please keep on writing.Rasa mcm tak ramai org paham, and bila baca your postings macam akhirnya jumpa orang yang paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi naz!tq for reading.. Kita sama2 sabar ye. I know your feelings. InsyaAllah,you can handle it.

      Delete