Tuesday, 9 June 2015

Redha

Assalamualaikum semua,

Macamana nak mula tulis ni ye? Hilang habis semua ayat. Sebelum ni rasa macam dah ready, dah penuh kepala. Hmm.

...

Mari flashback pada tarikh 21 Mei 2015. Cycle day 17, kami set temujanji dengan Doc untuk periksa keadaan rahim dan tebal lining. Perkara yang paling saya risau ecceli. Sebab awal-awal jumpa Doc awal tahun dulu, katanya tak cukup tebal. Tapi hari tu Alhamdulillah semua nampak smooth bila Doc bagitau tebal lining dah 12mm. Which is fully ready untuk FET.

Saya terus senyum dan sebut alhamdulillah kuat-kuat. (Dah nama pun risau kan, legaaaa.)

...

So, FET pun dijadualkan pada hari Isnin 25 Mei 2015.

Pagi-pagi tu Doc request saya call dia sebelum datang ke hospital untuk pastikan embrio-embrio dah sampai tahap blastocyst atau belum. Jika belum, FET akan dilewatkan sehari ke Selasa.

Dengan rasa berdebar, saya call pagi tu dan jawapan yang diterima memang buat saya terdiam.

"Kita transfer satu je.. yang lain tak elok."

Allah.. dari 4 embrio, 1 je ke survive? Sedihnyaaa. Hati saya dah separuh. On the way ke hospital, saya dan suami diam je, kurang bercakap. Dalam hati istighfar dan sedekah al Fatihah je pada yang survive, moga terus kuat.

Sebenarnya, mungkin lebih kepada untuk kuatkan diri sendiri.

...


Dalam OT, doc arahkan kami suami isteri masuk ke dalam satu bilik kecil untuk lihat embrio-embrio kami yang dipapar pada satu skrin.

3 dah rosak masa thawing. Yang survive pun kualiti tak bagus. Masa paginya dengan zona pellucida yang tebal, tapi masa kami tengok zona pellucida dah nipis sikit, which is better than in the morning kata doc.

Saya nampak air muka dia keruh. Dahi kerut-kerut dan menggeleng-geleng kepala tanda tak puas hati. Yes, she blaming the slow freezing method.

"Rosak embrio."

Saya pandang suami saya, cuba pegang tangan dia untuk kuatkan saya. Tapi mata dia pun terpaku pada skrin tu nampaknya.

Embriologist gredkan ia sebagai 3CC.

Saya dengar doc mengeluh dan cakap, "Kita cuba."

Saat tu separuh harapan saya dah melayang.

...

Tapi tipulah kalau kata harapan tu hilang langsung. Dalam hati masih berharap, moga-moga ada rezeki. Moga yang ini adalah si little fighter!

Dia survive thaw kan? Dia sampai blastocyst kan? Dari zona pellucida tebal dia dah develop jadi nipis kan? Jadi hanya sampai situ sajalah ilmu manusia untuk menilai. Dalam rahim, semua Allah punya kuasa.

Moga-moga dia fight hingga berjaya!

...

Ok. Itu masa harapan menggunung. Tapi bila datang fikiran yang hmmmm tak elok tu, sebenarnya ada dua tiga kali saya nangis sendiri. Masa suami keluar ke kedai dsbg.

...

Suami selalu tanya, "Ada rasa sakit-sakit?" Which I know dia maksudkan implantation cramps dan sewaktu dengannya. Saya hanya jawab, "Ada memang ada. Tapi tak boleh harap sangat.." Saje tak nak bagi dia menggunung dengan harapan.

...

Kali ni dalam simpanan ada 6 UPT. Hasil memborong tahun lepas, yang murah punya. Jadi, masa ni lah jadi menggatal nak mencelup.

5dp, saya cuba celup waktu tengahari > negatif. Well, google-google they say it's too early.

Esok 6dp, first morning urine.. sekali tengok negatif. Saya biarkan test strip atas sinki dan selesaikan urusan toilet dan wuduk untuk solat subuh. Sebelum keluar saya jeling balik.. eh eh.. macam ada very faint line. Positif?

Saya tersandar ke dinding. Senyum-senyum sendiri. Is this thing really happening to me? Lepas legakan perasaan, saya sorok test strip tu. Suami tak boleh tau saya curi-curi celup. Niat dalam hati, try test pagi esok pulak. Kalau betul ada rezeki, line makin terang baru saya bagitau dia.

Tapi tak boleh nak sorok jugak. Petang tu masa borak-borak suami tanya, "Sayang rasa macam mana?" I couldn't lie but smile.. Then saya cerita celup nampak 2 line tapi kabur. Suami bergegas cari test tu nak tengok sendiri.. manis betul senyumnya bila dia pun confirm nampak 2 line.

Kami dah berangan.

...

Well, hari memang tak boleh nak sabar. 6 petang saya celup lagi > negatif. Aikk, hilang dah line tu?

Bagitau suami dan dia cakap mungkin awal lagi. Try esok pagi.

...

7dp FMU > negatif. Mungkin test tu rosak, kan dah setahun beli. Celup test kedua > negatif jugak. Hurmm, memang takde rezeki nampaknya. Saya biarkan dua-dua test tu atas sinki, biar suami tahu sendiri.

...

Tengahari tiba-tiba klinik call, minta datang buat blood test awal memandangkan patient doc hari ni tak ramai, katanya. Ikutkan hati, saya dah malas nak pergi. Tapi suami kata, tengok la result darah yang sahih. So we go..

...

Result kena tunggu 2 jam. Sepanjang masa tu kami lepak je depan bilik doc, tak selera pun nak lunch. Tapi borak-borak laki bini sambil gelak-gelak. Topik: tengah bayangkan balik macamana keruh dan berkerutnya dahi Dr. Ng dulu, masa baca report 'not pregnant' kami. Dengan duk pegang kepala sambil belek-belek fail...

Saya kata, "Masuk ni kita tengok riak doc adilah pulak.."

So, haha... doc tetap maintain cantik walaupun result kami tak cantik.  Tapi air muka memang tak ceria la. Kami dah boleh agak pun.

Doc kata, "Tak jadilah.." Ekspresi kami pun macam tu lah.. hmm, dah tak jadi apa nak buat. REDHA.
Terus bincang pasal next fresh cycle. What to do. What to do.

...

Dah 3 kali.. terima result macam ni jadi airmata dah tak mampu nak keluar. Buat macam biasa saja. Bukan nak kata saya ni kuat sangat. Sebelum ni pun memang dah nangis sorang-sorang, tapi tu je la. Lepas tu takde dah. Setakat hari ni, suami pun belum tengok airmata saya menitik. Kalau depan suami pun tak, apatah lagi depan doc atau orang lain. Saya sumpah takkan nangis depan orang lagi. Cukuplah yang pertama dulu, sebelum DnC memang menitik depan nurse semua.

...

Cuma masa solat, air mata mengalir juga mengenal diri seorang hamba pada Yang Kuasa.

...

Jadi kawan-kawan, tamatlah cerita transporter dan FET kami. Tunggulah jika ada kekuatan untuk #Book3_A pulak ke.

Sebelum bersurai, ini saya kenalkan... the little fighter!


p/s: we love you.

7 comments:

  1. Samalah kita...tak jadi jugak...akak punya fet 26 mei ituari...8 jun test darah..tak peknen...buat di hospital lam wah ee penang..dpd 4 embrio masukkan 2 aje...2 lagi tak bagus.....dah tak ada embrio beku lagi dah...mmg kene redha dan senyumm...lepas nih kita buat lain yer...jgn putus asa (utk diri sendiri jugak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? i feel you.. semoga kita tetap tabah.

      Delete
  2. Nolly, i understad the feeling...smg ada rezeki lps ni...hang in there n stay strog k...hugss...

    ReplyDelete
  3. *hugs* nolly..Mudah2an selepas kesusahan akan ada kemudahan buat Nolly suami isteri..Amin..Allahu Akhbar!!

    ReplyDelete
  4. Insya Allah tiba masanya akan ada nanti :)

    ReplyDelete
  5. Ok tengah tahan diri sendiri dari memotong bawang yg banyak...
    Bersabarlah dear. Im not there, tak lalui semua pengalaman tu. Tapi i still can feel every moment of the story. Be strong kak nolly.
    Insyaallah akan ada rezki after this. Amin.

    ReplyDelete