Friday, 19 June 2015

Secret?

Salam,

Hari ni genap seminggu balik bekerja selepas bercuti panjang. MC Doc A bagi memang lebih panjang berbanding doktor-doktor lain, tapi bila 'tak jadi' rasa macam panjang sangat pulak. Duk rumah boring bila husband pun dah mula kerja, tapi masih malas nak masuk pejabat awal, tapi rasa serba salah pulak tinggal ofis lama-lama.. Tapi tapi tapi.. buat hati tak tenang je.

Memang tak tenang sangat sampai tidur pun tak berapa lena. Tapi tetap nak habiskan mc. Bila lagi kan? Ayat tu je yang duk buat sedap hati. Sebenarnya bukanlah malas sangat nak kerja, tapi duk fikirkan kemungkinan soalan-soalan yang bakal ditujukan.

Yolah, dah la mc mengejut dan lama pulak tu! Semua orang tertanya-tanya, Staff bawah siap whatsapp tanya, bos atas hari nak ET baru saya maklum pada dia. Sigh. Sungguh tak seronok buat benda sorok-sorok ni..


Pejabat lama di Penang, mostly ramai yang tahu. Close friends, orang admin, bos.. sebab masa tengah naif nak buat ivf pertama, saya cerita la sikit-sikit. Alhamdulillah, setakat mana yang bersuara pada saya ni semua very supportive, sangat concern. Yang lain tu saya tak nak ambik tahu la, yang dalam hati lantak diorang. Asal tak didengar dek telinga saya. Tapi setakat ni memang sangat memahami. Jadi bila saya kata nak buat treatment, diorang tak kacau sangat melainkan ade hal ofis yang urgent perlukan tandatangan saya dsbg.

Kat sini, tak cerita kat sesiapa pun. Sebab rasa dah malas sangat. Dah malas nak cerita benda yang tak berkesudahan baik ni. Kalau preggy hari tu InsyaAllah saya cerita, boleh la tolong buka jalan untuk staff lain yang belum ada anak jugak kan. memang niat macam tu. Tapi ape-ape hal, sorok dulu. So, duk mc gi appointment pun tak cerita apa. Tu yang sampai mc panjang ni jadi serba salah.

Yang tahu cuma bos besar aka pengarah. Tu pun sebab dia yang masuk meeting pertukaran kot?! Entah, saya agak-agak je. Sebab dia yang tanya dulu, masa saya lapor diri. You nak buat ivf kan? why? bla bla bla. Pengarah.. memang banyak tanyanya. Detail.

Bila saya buat muka terkejut baru la dia cakap, "Saya bukan saje tapi memang perlu ambil tahu. Sebab you cuti panjang nanti." Dari satu sudut, saya rasa itu memang bagus. Dah, tak payah pening-pening nak mukadimah lagi... Mukadimah kepada bos is the hardest thing you know. Haha. Tapi dia dah tahu, so okey laaa.

Beberapa bulan sebelum fet ni pun memang dia duk sibuk-sibuk dah. "Bila you nak buat tu? Pindah sini sebab nak buat kan?" Err, yaaaa. Lupa nak mention, alasan pada surat pertukaran saya 2 tahun lepas adalah untuk buat treatment di KL ni. So, betul la diorang bincang dalam mesyuarat la nih. Asalnya surat tu rejected sebab bos Penang nak pengganti. Tahun lepas naik balik surat saya, tanpa dimohon... last-last bos Penang bagi kelulusan tanpa pengganti. Alhamdulillah. Setakat ni memang saya rasa berurusan dengan jabatan yang memahami.

Lulus tanpa pengganti, sampai ada yang fikir saya punya kabel besar! Hehe. Demi Allah takde. Mungkin diorang kesian pada saya.

So, kat sini memang pengarah aje la yang tahu. Saya mention pada dia pun melalui what'sapp je. Cuma kena rajin la melayan soalan-soalan ingin tahu dia tu.. habis semua bilangan embrio, kos, kualiti, kuantiti ditanyanya. Anyway bos saya lelaki.

Hal bos dah ok, hal staff yang belum.

Staff lelaki memang tak tanya, tak ambik port secara terang kot. Tapi yang pompuan banyak la tanyanya. Dan yang paling best dengar bila balik pejabat ni adalah... mostly diorang ingat saya keguguran.

What?!!

Hurm, takpe la. Lantak korang la. Ok jugak tu. Tak yah la aku nak explain pasal ivf tu sume. Nak menipu plak nanti satu hal... Nak cakap ape?

Pernah duk sembang dengan husband masa menghabiskan sisa-sisa mc.. "Takut nak masuk ofis. Takut dengan soalan-soalan yang bakal muncul. Nak jawab ape? Nak menipu apa?"  (sungguh tak suka ayat menipu ni >> sorok la ek)

Bila dah rumours tersebar macam ni... saya senyum jek lah. Kalau betul ada yang tanya nanti (setakat ni baru sorang), saya nak jawab je, "Takde rezeki lagi nak dapat adik.."

Sah! Memang sah dia keguguran! hahaha. Anyway, dapat gak perasan mengandung & si husband okey.. (tetttttt!) Cuma belum rezeki.

Tapi dah terlepas pada staff perempuan sorang tu (yang mention kat atas tadi)  >  yang saya buat ivf, sebab dia sangat banyak tanya dan dia tanya masa kami berdua nak gi lunch dalam kereta, so saya tak leh lari dan tak leh kelentong....Rupanya hari ni baru tau, ada member pesan "Don't tell her anything, be careful" Sebab katanya kawan ni macam CNN, nanti habis satu ofis tau.

Ohmaigad!

Tapi saya dah pesan pada dia, jangan cerita pada orang... Kita tengok la nanti. Sigh. Lepas ni kena hati-hati gak la. (salahkan lidah yang jujur ni!) Tak nak cerita dah!

6 comments:

  1. mmg susah nk buat decision. But for me, i'll tell the truth. Last 2 IVF memang i maklumkan pada anak2 buah i, n of course my boss. may be sbb dorang semua supportive, and i hope it would be some sort of education to them. x ramai yg tau realiti TTCian ni... So dorang mmg x kacau sepanjang i mc. best dok umah mc lama2... hehehehe :-P

    but again, ur case n mine may be different. susah juga kalo yg kaki kepochi ni... takut rumours yg x betui lak disebarkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat bagus kalau boleh explain sebenarnya.. kita lega sambil ade tempat meluah yang real, face to face punya talking. Tapi risau juga penerimaan orang yang negatif... sebab nolly mmg lemah sangat dengan mulut org. huhu. tu yang takut sangat...

      Delete
  2. Macam akk pulak terbalik.poblem dgn big boss nak explian sebab cuti lamakan..dgn rakan2 kerja senang pulak,sebab akk masuk 2007,tak pernah org nampak pregnant,then masa buat tu 2013 dah.then tambah satu sebab lagi dah ada yg buat ivf before akak.Macam noli cakap la.mungkin nolly akan jadi pembuka jalan pada yg lain2 tu.deep inside my heart akk berterima kasih pada kawan yg buka jalan tu..hihi

    ReplyDelete
  3. Saya pun sampai skrg x bgtahu kwn2 ofis sebab nape sy mc pnjang ritu. Haha....ada gak mereka tanya2 tapi sy jawab x sihat skit je.Hanya big bos n sorang kwn yg blh simpan rahsia je sy bgtahu. So sampai skrg rahsia buat ivf n fet tersimpan rapi..hrp2 camtulh....

    ReplyDelete