Monday, 22 June 2015

Mungkinkah berlaku?

Tiba-tiba hari ni emo.

Nak meleleh pulak air mata ni rasanya. Terlintas pulak bila la saya nak pregnant? Kan seronok kalau tiba-tiba lewat period, pastu test dan dapat dua garis?

Lepas tu enjoy setiap minggu ke minggu perubahan badan, perkembangan that little precious?

Dapat rasa semua nikmat tu tanpa perlu ulang alik hospital, jarum, sakit, bius dan debaran demi debaran, ketakutan bersilih ketakutan.

Sigh. Mungkinkah berlaku?

Uwaaaaa. Sob sob.

p/s: Rupanya lagi seminggu nak period. #jiwakacau


Friday, 19 June 2015

Secret?

Salam,

Hari ni genap seminggu balik bekerja selepas bercuti panjang. MC Doc A bagi memang lebih panjang berbanding doktor-doktor lain, tapi bila 'tak jadi' rasa macam panjang sangat pulak. Duk rumah boring bila husband pun dah mula kerja, tapi masih malas nak masuk pejabat awal, tapi rasa serba salah pulak tinggal ofis lama-lama.. Tapi tapi tapi.. buat hati tak tenang je.

Memang tak tenang sangat sampai tidur pun tak berapa lena. Tapi tetap nak habiskan mc. Bila lagi kan? Ayat tu je yang duk buat sedap hati. Sebenarnya bukanlah malas sangat nak kerja, tapi duk fikirkan kemungkinan soalan-soalan yang bakal ditujukan.

Yolah, dah la mc mengejut dan lama pulak tu! Semua orang tertanya-tanya, Staff bawah siap whatsapp tanya, bos atas hari nak ET baru saya maklum pada dia. Sigh. Sungguh tak seronok buat benda sorok-sorok ni..


Pejabat lama di Penang, mostly ramai yang tahu. Close friends, orang admin, bos.. sebab masa tengah naif nak buat ivf pertama, saya cerita la sikit-sikit. Alhamdulillah, setakat mana yang bersuara pada saya ni semua very supportive, sangat concern. Yang lain tu saya tak nak ambik tahu la, yang dalam hati lantak diorang. Asal tak didengar dek telinga saya. Tapi setakat ni memang sangat memahami. Jadi bila saya kata nak buat treatment, diorang tak kacau sangat melainkan ade hal ofis yang urgent perlukan tandatangan saya dsbg.

Kat sini, tak cerita kat sesiapa pun. Sebab rasa dah malas sangat. Dah malas nak cerita benda yang tak berkesudahan baik ni. Kalau preggy hari tu InsyaAllah saya cerita, boleh la tolong buka jalan untuk staff lain yang belum ada anak jugak kan. memang niat macam tu. Tapi ape-ape hal, sorok dulu. So, duk mc gi appointment pun tak cerita apa. Tu yang sampai mc panjang ni jadi serba salah.

Yang tahu cuma bos besar aka pengarah. Tu pun sebab dia yang masuk meeting pertukaran kot?! Entah, saya agak-agak je. Sebab dia yang tanya dulu, masa saya lapor diri. You nak buat ivf kan? why? bla bla bla. Pengarah.. memang banyak tanyanya. Detail.

Bila saya buat muka terkejut baru la dia cakap, "Saya bukan saje tapi memang perlu ambil tahu. Sebab you cuti panjang nanti." Dari satu sudut, saya rasa itu memang bagus. Dah, tak payah pening-pening nak mukadimah lagi... Mukadimah kepada bos is the hardest thing you know. Haha. Tapi dia dah tahu, so okey laaa.

Beberapa bulan sebelum fet ni pun memang dia duk sibuk-sibuk dah. "Bila you nak buat tu? Pindah sini sebab nak buat kan?" Err, yaaaa. Lupa nak mention, alasan pada surat pertukaran saya 2 tahun lepas adalah untuk buat treatment di KL ni. So, betul la diorang bincang dalam mesyuarat la nih. Asalnya surat tu rejected sebab bos Penang nak pengganti. Tahun lepas naik balik surat saya, tanpa dimohon... last-last bos Penang bagi kelulusan tanpa pengganti. Alhamdulillah. Setakat ni memang saya rasa berurusan dengan jabatan yang memahami.

Lulus tanpa pengganti, sampai ada yang fikir saya punya kabel besar! Hehe. Demi Allah takde. Mungkin diorang kesian pada saya.

So, kat sini memang pengarah aje la yang tahu. Saya mention pada dia pun melalui what'sapp je. Cuma kena rajin la melayan soalan-soalan ingin tahu dia tu.. habis semua bilangan embrio, kos, kualiti, kuantiti ditanyanya. Anyway bos saya lelaki.

Hal bos dah ok, hal staff yang belum.

Staff lelaki memang tak tanya, tak ambik port secara terang kot. Tapi yang pompuan banyak la tanyanya. Dan yang paling best dengar bila balik pejabat ni adalah... mostly diorang ingat saya keguguran.

What?!!

Hurm, takpe la. Lantak korang la. Ok jugak tu. Tak yah la aku nak explain pasal ivf tu sume. Nak menipu plak nanti satu hal... Nak cakap ape?

Pernah duk sembang dengan husband masa menghabiskan sisa-sisa mc.. "Takut nak masuk ofis. Takut dengan soalan-soalan yang bakal muncul. Nak jawab ape? Nak menipu apa?"  (sungguh tak suka ayat menipu ni >> sorok la ek)

Bila dah rumours tersebar macam ni... saya senyum jek lah. Kalau betul ada yang tanya nanti (setakat ni baru sorang), saya nak jawab je, "Takde rezeki lagi nak dapat adik.."

Sah! Memang sah dia keguguran! hahaha. Anyway, dapat gak perasan mengandung & si husband okey.. (tetttttt!) Cuma belum rezeki.

Tapi dah terlepas pada staff perempuan sorang tu (yang mention kat atas tadi)  >  yang saya buat ivf, sebab dia sangat banyak tanya dan dia tanya masa kami berdua nak gi lunch dalam kereta, so saya tak leh lari dan tak leh kelentong....Rupanya hari ni baru tau, ada member pesan "Don't tell her anything, be careful" Sebab katanya kawan ni macam CNN, nanti habis satu ofis tau.

Ohmaigad!

Tapi saya dah pesan pada dia, jangan cerita pada orang... Kita tengok la nanti. Sigh. Lepas ni kena hati-hati gak la. (salahkan lidah yang jujur ni!) Tak nak cerita dah!

Tuesday, 9 June 2015

Redha

Assalamualaikum semua,

Macamana nak mula tulis ni ye? Hilang habis semua ayat. Sebelum ni rasa macam dah ready, dah penuh kepala. Hmm.

...

Mari flashback pada tarikh 21 Mei 2015. Cycle day 17, kami set temujanji dengan Doc untuk periksa keadaan rahim dan tebal lining. Perkara yang paling saya risau ecceli. Sebab awal-awal jumpa Doc awal tahun dulu, katanya tak cukup tebal. Tapi hari tu Alhamdulillah semua nampak smooth bila Doc bagitau tebal lining dah 12mm. Which is fully ready untuk FET.

Saya terus senyum dan sebut alhamdulillah kuat-kuat. (Dah nama pun risau kan, legaaaa.)

...

So, FET pun dijadualkan pada hari Isnin 25 Mei 2015.

Pagi-pagi tu Doc request saya call dia sebelum datang ke hospital untuk pastikan embrio-embrio dah sampai tahap blastocyst atau belum. Jika belum, FET akan dilewatkan sehari ke Selasa.

Dengan rasa berdebar, saya call pagi tu dan jawapan yang diterima memang buat saya terdiam.

"Kita transfer satu je.. yang lain tak elok."

Allah.. dari 4 embrio, 1 je ke survive? Sedihnyaaa. Hati saya dah separuh. On the way ke hospital, saya dan suami diam je, kurang bercakap. Dalam hati istighfar dan sedekah al Fatihah je pada yang survive, moga terus kuat.

Sebenarnya, mungkin lebih kepada untuk kuatkan diri sendiri.

...


Dalam OT, doc arahkan kami suami isteri masuk ke dalam satu bilik kecil untuk lihat embrio-embrio kami yang dipapar pada satu skrin.

3 dah rosak masa thawing. Yang survive pun kualiti tak bagus. Masa paginya dengan zona pellucida yang tebal, tapi masa kami tengok zona pellucida dah nipis sikit, which is better than in the morning kata doc.

Saya nampak air muka dia keruh. Dahi kerut-kerut dan menggeleng-geleng kepala tanda tak puas hati. Yes, she blaming the slow freezing method.

"Rosak embrio."

Saya pandang suami saya, cuba pegang tangan dia untuk kuatkan saya. Tapi mata dia pun terpaku pada skrin tu nampaknya.

Embriologist gredkan ia sebagai 3CC.

Saya dengar doc mengeluh dan cakap, "Kita cuba."

Saat tu separuh harapan saya dah melayang.

...

Tapi tipulah kalau kata harapan tu hilang langsung. Dalam hati masih berharap, moga-moga ada rezeki. Moga yang ini adalah si little fighter!

Dia survive thaw kan? Dia sampai blastocyst kan? Dari zona pellucida tebal dia dah develop jadi nipis kan? Jadi hanya sampai situ sajalah ilmu manusia untuk menilai. Dalam rahim, semua Allah punya kuasa.

Moga-moga dia fight hingga berjaya!

...

Ok. Itu masa harapan menggunung. Tapi bila datang fikiran yang hmmmm tak elok tu, sebenarnya ada dua tiga kali saya nangis sendiri. Masa suami keluar ke kedai dsbg.

...

Suami selalu tanya, "Ada rasa sakit-sakit?" Which I know dia maksudkan implantation cramps dan sewaktu dengannya. Saya hanya jawab, "Ada memang ada. Tapi tak boleh harap sangat.." Saje tak nak bagi dia menggunung dengan harapan.

...

Kali ni dalam simpanan ada 6 UPT. Hasil memborong tahun lepas, yang murah punya. Jadi, masa ni lah jadi menggatal nak mencelup.

5dp, saya cuba celup waktu tengahari > negatif. Well, google-google they say it's too early.

Esok 6dp, first morning urine.. sekali tengok negatif. Saya biarkan test strip atas sinki dan selesaikan urusan toilet dan wuduk untuk solat subuh. Sebelum keluar saya jeling balik.. eh eh.. macam ada very faint line. Positif?

Saya tersandar ke dinding. Senyum-senyum sendiri. Is this thing really happening to me? Lepas legakan perasaan, saya sorok test strip tu. Suami tak boleh tau saya curi-curi celup. Niat dalam hati, try test pagi esok pulak. Kalau betul ada rezeki, line makin terang baru saya bagitau dia.

Tapi tak boleh nak sorok jugak. Petang tu masa borak-borak suami tanya, "Sayang rasa macam mana?" I couldn't lie but smile.. Then saya cerita celup nampak 2 line tapi kabur. Suami bergegas cari test tu nak tengok sendiri.. manis betul senyumnya bila dia pun confirm nampak 2 line.

Kami dah berangan.

...

Well, hari memang tak boleh nak sabar. 6 petang saya celup lagi > negatif. Aikk, hilang dah line tu?

Bagitau suami dan dia cakap mungkin awal lagi. Try esok pagi.

...

7dp FMU > negatif. Mungkin test tu rosak, kan dah setahun beli. Celup test kedua > negatif jugak. Hurmm, memang takde rezeki nampaknya. Saya biarkan dua-dua test tu atas sinki, biar suami tahu sendiri.

...

Tengahari tiba-tiba klinik call, minta datang buat blood test awal memandangkan patient doc hari ni tak ramai, katanya. Ikutkan hati, saya dah malas nak pergi. Tapi suami kata, tengok la result darah yang sahih. So we go..

...

Result kena tunggu 2 jam. Sepanjang masa tu kami lepak je depan bilik doc, tak selera pun nak lunch. Tapi borak-borak laki bini sambil gelak-gelak. Topik: tengah bayangkan balik macamana keruh dan berkerutnya dahi Dr. Ng dulu, masa baca report 'not pregnant' kami. Dengan duk pegang kepala sambil belek-belek fail...

Saya kata, "Masuk ni kita tengok riak doc adilah pulak.."

So, haha... doc tetap maintain cantik walaupun result kami tak cantik.  Tapi air muka memang tak ceria la. Kami dah boleh agak pun.

Doc kata, "Tak jadilah.." Ekspresi kami pun macam tu lah.. hmm, dah tak jadi apa nak buat. REDHA.
Terus bincang pasal next fresh cycle. What to do. What to do.

...

Dah 3 kali.. terima result macam ni jadi airmata dah tak mampu nak keluar. Buat macam biasa saja. Bukan nak kata saya ni kuat sangat. Sebelum ni pun memang dah nangis sorang-sorang, tapi tu je la. Lepas tu takde dah. Setakat hari ni, suami pun belum tengok airmata saya menitik. Kalau depan suami pun tak, apatah lagi depan doc atau orang lain. Saya sumpah takkan nangis depan orang lagi. Cukuplah yang pertama dulu, sebelum DnC memang menitik depan nurse semua.

...

Cuma masa solat, air mata mengalir juga mengenal diri seorang hamba pada Yang Kuasa.

...

Jadi kawan-kawan, tamatlah cerita transporter dan FET kami. Tunggulah jika ada kekuatan untuk #Book3_A pulak ke.

Sebelum bersurai, ini saya kenalkan... the little fighter!


p/s: we love you.