Tuesday, 12 May 2015

12 Mei

Buat kali pertama seumur hidup ni saya tak tunggu 12 Mei. Takde eksaited langsung mahupun tertunggu-tunggu dengan merengek request hadiah dari suami.

Tahun ni buat dek je. Cecah angka 32 tahun, semua orang pun dah malas kot. Yang ada dalam fikiran sekarang cuma cukuplah ada rumah yang selesa, makanan sedap-sedap untuk kenyangkan perut dan sahabat-sahabat yang baik untuk buat saya happy. He5.

Sama juga kalau keluar shopping, dulu masa muda remaja, duit tak ada.. tengok itu nak, tengok ini teringin. Sekarang dah ada duit sendiri kepok-kepok pun (cehhh).. kalau kuar shopping rasa dah tak nak beli apa-apa (sebab semua dah ada & main konsep keperluan kehendak). Tengok cuci mata pun dah seronok.

Memang betul la ade satu quote yang saya pernah baca.. maksudnya macam ni > kaya bukanlah bermaksud kita mampu beli banyak benda, tapi sebenarnya bila kita dah tak perlukan apa-apa (sebab semua dah ada kan..)

So sekarang kiranya, pada umur 32 tahun saya dah masuk fasa "saya dah tak perlu materialistik things". Cuma nak sangat pada zuriat.. itu saja.

Maka, terjadinya tahun ni tak tunggu pun tarikh lahir. Tapi jadi terbalik, suami pulak yang ingat. Dua tiga hari duk sebut "birthday sayang 12 hb..." macam tu. Still saya tak harapkan apa-apa.

Mungkin juga sebab dua-dua dah hampir kering lepas renovation rumah ni. Hehe. Saya tahu suami dah kering. First time sejak jadi suami isteri saya nampak dia kekeringan fulus. Sebelum ni memang alhamdulillah tak pernah. Takpe la, dah siap rumah sendiri kan.. kumpul la balik nanti.

Cuma tersentuh hati pagi tadi. Sebelum kami keluar kerja suami datang dan hulur sekeping kad ucapan hari lahir.. sangat simple.. tulisan tangan dia..

Terus mengalir airmata baca tu...


8 comments:

  1. Tumpang mengalir air mata jugak ;]

    ReplyDelete
  2. ingatan yg penting kan :-) i stop counting my age when i entered 30s :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. noly 32 ni baru nak stop..hehe. tetiba rasa dah tak penting

      Delete
  3. Mata masuk habuk gak bila baca ucapan somi Nolly..
    Insyaallah Nolly, Saya doakan moga Allah berikan rezki zuriat untuk Nolly dan Suami melalui Fet yang akan datang. Walaupun fet saya sendiri dah kecundang, jauh disudut hati saya , saya meyakini yang allah itu maha adil, akan ada juga rezki zuriat untuk diri ini satu masa nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin, terima kasih ieda.. sesungguhnya orang2 yg ttc ni sangat kuat dan mulia hati. dalam kesedihan diri sendiri masih mendoakan kebaikan orang lain.. moga allah grant us with the happy news one day! :)

      Delete
  4. Ure one lucky wife tau sebab dpt suami yg sngt supportive n memahami..
    Dont fail to ask and beg from Him..always..
    InsyaAllah n. moga Allah makbulkan doa korang tuk jadi parent ... aminnn

    ReplyDelete