Tuesday, 12 May 2015

12 Mei

Buat kali pertama seumur hidup ni saya tak tunggu 12 Mei. Takde eksaited langsung mahupun tertunggu-tunggu dengan merengek request hadiah dari suami.

Tahun ni buat dek je. Cecah angka 32 tahun, semua orang pun dah malas kot. Yang ada dalam fikiran sekarang cuma cukuplah ada rumah yang selesa, makanan sedap-sedap untuk kenyangkan perut dan sahabat-sahabat yang baik untuk buat saya happy. He5.

Sama juga kalau keluar shopping, dulu masa muda remaja, duit tak ada.. tengok itu nak, tengok ini teringin. Sekarang dah ada duit sendiri kepok-kepok pun (cehhh).. kalau kuar shopping rasa dah tak nak beli apa-apa (sebab semua dah ada & main konsep keperluan kehendak). Tengok cuci mata pun dah seronok.

Memang betul la ade satu quote yang saya pernah baca.. maksudnya macam ni > kaya bukanlah bermaksud kita mampu beli banyak benda, tapi sebenarnya bila kita dah tak perlukan apa-apa (sebab semua dah ada kan..)

So sekarang kiranya, pada umur 32 tahun saya dah masuk fasa "saya dah tak perlu materialistik things". Cuma nak sangat pada zuriat.. itu saja.

Maka, terjadinya tahun ni tak tunggu pun tarikh lahir. Tapi jadi terbalik, suami pulak yang ingat. Dua tiga hari duk sebut "birthday sayang 12 hb..." macam tu. Still saya tak harapkan apa-apa.

Mungkin juga sebab dua-dua dah hampir kering lepas renovation rumah ni. Hehe. Saya tahu suami dah kering. First time sejak jadi suami isteri saya nampak dia kekeringan fulus. Sebelum ni memang alhamdulillah tak pernah. Takpe la, dah siap rumah sendiri kan.. kumpul la balik nanti.

Cuma tersentuh hati pagi tadi. Sebelum kami keluar kerja suami datang dan hulur sekeping kad ucapan hari lahir.. sangat simple.. tulisan tangan dia..

Terus mengalir airmata baca tu...


Tuesday, 5 May 2015

Mode Terlebih Rajin aka Lemau Kerja

Alhamdulillah,

AF dah datang tengahari ni. Memang sekejap simptom pms kali ni. Semalam breast bengkak & sakit, pagi ni sakit pinggang, tengahari terussss.. Lagi parah ingatkan just mukadimah macam biasa, melengah la ke toilet.. skali tu diaaa. Dah ade warna pada spenda.. (sori, untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja!) hehuww.. Biasa lama, kalau tengahari macam ni mukadimah, petang baru heavy flow.

Erm, takpa takpa...masih boleh bertahan..

So, esok mula progynova dan femoston la. Doc kata boleh mula either D1 @ D2, kalau macam ni saya amik D2 la...

Moga dipermudahkan urusan kali ini. Kawan-kawan boleh la bagi petua tebalkan lining plak.. hihi. Yang tu memang nolly nak improve.

Yeay! Habis hutang.

CD 37, AF masih belum datang.

Haishh, melambat la pulak! Time kita tunggu sangat-sangat macam ni lah jadinya.

Tapi alhamdulillah jugak, selesai segala hutang piutang puasa tahun lepas. Sudah terganti semuanya. 17 hari tuuuuu.. separuh bulan beb.

Kenapa banyak sangat?

Sebab, kan 2nd fresh IVF yang kat penang tu saya transfer hari pertama Ramadhan. Jadi dalam 2ww memang tak puasa, sebab pikirkan yang didalam perlukan cukup air etc untuk menempel. Dalam risau dan serba salah, suami pun cakap.. "Takpelah, untuk kebaikan ibu dan anak."Akhirnya saya tak puasa dengan berat hati.

Tapi, ade juga lepas 2-3 hari tu, disebabkan rasa bersalah dan berdosa.. saya puasa tapi cuma dapat sehari je. Sehari tu pun nak tunggu waktu berbuka hanya Allah je tahu seksanya. Lemah sangat-sangat. Kawan ada datang rumah nak bagi barang, saya keluar ke pagar dan borak dengan dia dalam 10 minit sambil berdiri, sampai rasa nak pitam dengan lembik lutut. Last-last terpaksa end the conversation dan masuk baring.

Jadi lepas tu memang tak puasa dah la, dan kurang sikit rasa bersalah sebab memang dah cuba dan tak mampu. Hmm.. 

Lepas beta negatif terus sambung period pulak, tu yang total 17 hari tu. So mengganti la saya tahun ni. Bulan 4 memang betul-betul pulun. Ditambah dengan fikir nak FET ni kan, so nak mengharungi dengan takde hutang dah.

Last adalah semalam so hari ni dah raya. Yeay!! Tetiba rasa macam pelik nak makan pagi tadi, rasa macam masih puasa. You know, perasaan bila nak makan pagi raya setelah sebulan berpuasa.. Hahaha.

Plannya nak habiskan yang last on Jumaat 1 Mei lepas. (jangkaan period saya pun hari tu) Tapi tak dapat nak puasa sebab ade kenduri adik ipar nikah. Suami kata puasa je.. sebab dia pun risau ganti saya tak habis sebelum period, sebab bila dah period kan nak kena telan progynova dan insert femoston setiap 8 jam... nak puasa ape jadah lagi kan. Kui3

Tapi tak sedap la, kenduri umah mertua.. orang lain makan saya puasa pehal. So tak puasa. Suami kata puasa sabtu lak. Sabtu tu pulak nak hantar pengantinnya ke rumah pompuan. Of course la ada makan-makan lagi... and again takkan kalau saya tak makan, nanti orang tanya nak jawab apa? Puasa? Dah pehal ko puasa hari kenduri? 

So bawak ke Ahad... tapi tak boleh jugak, pagi-pagi dan telan air. Nak-nak dah sebulan batuk-batuk, gatal tekak. Dan lately makin teruk, ubatnya nak bagi lega sikit kena minum air. Plus, masih lagi dalam mode kemas rumah. Mana larat tak minummmm...

Akhirnya, setelah difikir panjang.. kalau tak serius habiskan baki sehari ni, jenuh la nanti masih dibelenggu rasa bersalah dan berdosa. So hari Isnin saya puasa. Paksakan diri juga puasa walaupun petang masakkan suami cekodok udang dan makan malam. Tapi yang last ni, dia punya seksaaaaaa... Ya Allah, hausnyaaa. Memang haus dan penat sangat-sangat. Bila sampai waktu buka je segelas besar telan air oren sejuk, pergh...makannya tak nak.

Lepas tu baru yeay!! 

Agaknya Allah nak saya habiskan jugak hutang puasa tu, sebab tu period belum datang nih.. Hari last puasa pulak tu baru datang simpton pms, susu bengkak dan baru hari ni kembung dan sakit pinggang... Hopefully malam ni period. Nak cepat2 FET..