Wednesday, 29 April 2015

Satu: Temujanji untuk FET

Assalamualaikum semua..

Nak maklum pada kawan-kawan yang kami dah jumpa Doc A untuk FET! Yeay!

Appointment tu dibuat semalam (28/04) on CD30, berpandukan ayat Doc A masa kami jumpa awal tahun ni --> "Datang balik 2-3 hari sebelum period, bulan yang kamu nak buat FET."

So here we are.

Plan asal nak buat April tapi disebabkan kes salah faham tarikh transfer embies tu, plus beberapa kerja yang belum siap (kerja pejabat & renovation rumah).. Maka ia tertangguh.

Alhamdulillah, by yesterday.. semua kerja tu dah dapat diselesaikan. Itu tertakluk pada renovation rumah je kot, sebab kalau kerja pejabat, sampai pencen pun tak habis kan? Cuma boleh dikatakan lega la sikit...

Pasal renovation rumah memang saya tak cerita kat blog ni, hanya sebilangan je dalam group what's app yang tahu.. so atas advise mereka, saya kena tunggu renovation siap baru buat FET. Iyelah, baru la tak pening dengan segala macam urusan tu kan?

Tapi mengikutkan jugak hati yang tak keruan tak sabar ni, nak juga buat sebelum bulan puasa. Means paling lewat Mei la. Tak sanggup nak tunggu lepas raya, yang mana schedule akan kembali pack.

1. Lepas raya means dah masuk semester baru. Banyak kerja kena buat masa tu especially perancangan kelas etc.
2. Bila dah ambil kelas, susah pulak nak tinggal. Sape nak ganti kalau cuti berbulan?
3. Bulan 8 ada kenduri pulak di rumah mertua. Bawak balik menantu, jenuh la renyah. Kalau time tu nak buat memang tak sesuai. So drag ke bulan 9...
4. Bulan 9 beb, dah hujung tahun.. umur makin meningkat, bla bla and bla.

So kesimpulan, kejar la bulan Mei. Dalam perkiraan logik akal memang bulan yang paling sesuai. Yang penting rumah siap!

Hasil pertemuan dengan Doc semalam, nampak dahi dia kerut-kerut sebab pelik kes hospital lama masih buat slow freezing.. kami dah risau, tertunggu-tunggu apa ayat dia nak keluarkan. Tapi lepas tu Doc just cakap, takpe lah.. kita cuba.

Dan hasilnya kami bawak balik segugus Progynova & Femoston. (segugus tu.. :-p)

Lepas bayar dan ambik ubat semua, kami straight ke IVF Unit mencari CF. Ada hutang yang perlu dibayar.. Haha. Alah, kos transporter la. Dah berpenat dia naik ke Penang mengambil 'anak-anak' saya, siap kena marah lagi... jadi wajiblah hargailah effort dia.

Waktu kami sampai ke IVF Unit tu dalam pukul 11.15 pagi. Lepas dibawa ke consultation room, CF dengan cepat-cepat buat call to someone untuk order thawing medium untuk thaw embies kami nanti.

Alhamdulillah, such a perfect timing. Menurut CF, order untuk thawing medium cuma boleh dibuat 2 kali sebulan, dan sebelum pukul 12 tengahari. Order adalah nun dari US. Jadi semalam adalah hari diorang buat order, kebetulan kami jumpa dia sebelum pukul 12.. tu yang dia just tambah order saje.


Waaaa... rasa nak menangis pun ada masa tu. Perasaan tak tau nak cakap apa. Moga timing lain pun perfect juga.

Sembang punya sembang, dekat sejam kami dalam bilik consultation tu. Memang seronok sembang dengan CF ni, banyak dapat info, boleh redakan kerisauan. Iyelah, our main concern sekarang adalah proses thawing embies nanti,...nak-nak dengan kes old skool tu kan..

So far, dari explanation memang kami dah faham. Percentage embies untuk survive the thawing process, bagi yang slow freezing adalah lower than the new fast freezing (vitrification). Itu hakikat, bila kita bicara pasal teknologi lama dan baru. Tapi kami percaya PHKL ada kemampuan untuk buat, sebab teknik vitrification pun baru 3 tahun CF implement di sana.

Masih ada banyak embrio-embrio yang disimpan di PHKL, dulunya menggunakan kaedah slow freezing tersebut. No worries she said, embrio tahun 1997 pun dok ada lagi. Maknanya memang boleh handle thawing from slow freezing la...

Alhamdulillah sekali lagi. Kami duk ingat diorang sangat jarang buat. Kang tak pasal-pasal jadi special kes plak kami ni... Cuma perlu concern pada the percentage.

Mohon doa rakan-rakan sekalian, untuk kejayaan embies kami survive the thawing process, moga boleh berkembang dengan baik lagi ke blastocyst stage, dan berjaya ditransfer dan menempel dalam rahim saya ini. InsyaAllah.

Sebelum balik. Saya usahakan juga berjabat salam dengan CF, untuk zahirkan syukur dan terima kasih sangat-sangat pada dia, mudahkan jalan kami...

Tapi kurang best, tangan dia kecik halus sangattt! Tangan saya besar! Tak leh genggam. Haha

Kidding.

--> So now, waiting for Aunt Flo to come!

--> Ada satu lagi yang best, kos order medium thawing tu ditanggung sepenuhnya PHKL, takde tambahan pada kos FET kami..wehuu! ingatkan kena berapa riban la lagi. Saya duk risau-risau, suami kata, "Berapa pun, bayar je." Alhamduliilah tak perlu bayar.

'TOMORROW IS NOT PROMISED,
SO BE GRATEFUL FOR TODAY.
ALHAMDULILLAH!'

8 comments:

  1. Noly..so happy for you.inshaAllah,segala kepakaran yang diperlukan ada di situ.tinggal nak jaga body dan minda agar cool dan relax untuk tempuh fet.akk doakan murah rezeki noly suami isteri untuk jadi mumy n daddy..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn, terima kasih kak Nuriz :) ...

      Delete
  2. alhamdulillah...seems smooth journey so far, moga Allah permudahkan utk yg seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn, hopefully smooth to the end...tq :)

      Delete
  3. Wish u all da best noly...moga berjaya....biznillah....

    ReplyDelete
  4. Wish u all da best tuk fet kali ni noly..biznillah...

    ReplyDelete
  5. : yeayy~ so happy that everything falls into place at the right time, kak nolly!

    ReplyDelete