Sunday, 19 April 2015

Don't Worry, Be Happy.

Yuhuu,

Poyo-poyo je duk berdebar 13 April. Konon 'anak-anak' akan travel hari tu.. bila tunggu phkl tak call langsung, saya yang call ke sana tanya progress yang mana baru tau sebenarnya 'anak-anak' dah sampai kl! Ayyooo!

Macam mana boleh salah dengar ni? Rasa macam dah konpom sangat dengar diorg nak amik tarikh ni.. sekali pada 29 Feb lagi rupanya diorg dah pi angkut.

Bila dah tanya tu, barulah embriologist cakap masa hari pergi ambik tu diorg tak sempat nak update pada saya sebab sibuk etc. Hmm, takpelah yang penting hal tranportation-transporter dah selamat.

Moga 'anak-anak' baik-baik adanya :-) 

Cuma ade jugak berita tak berapa nak sedap. Rupanya HLWE masih guna the old technic untuk freezing iaitu 'slow freezing', yang mana menurut embriologist, hospital ivf area kl dah tak guna tech tuuu.. jadi diorg terpaksa order (apa saja benda lain) untuk proses thawing nanti kot. Tak sure pulak ape dia...kena jumpa dan bincang detail dengan doktor dulu.. 

Huwaa. Macam sedih sikit pun ade. Dalam otak pikir 'risiko' je.. tapi lepas tu bila cakap dengan husband, dia kata kita cuba je, lalu dulu moga selamat semuanya.

Yup..couldn't ask for more. Moga berjaya step by step. Moga berjaya proses thawing pulak lepas ni, moga embies aka anak-anak berjaya survive dan berkembang dengan baik.

Don't worry, be happy!

3 comments:

  1. Moga embrio noly baik2 aje..

    ReplyDelete
  2. InshaAllah, kita doa yg baik2 je nolly :-)

    ReplyDelete
  3. terima kasih ieda, sweet tooth :-) heee... insyaallah hopefully

    ReplyDelete