Monday, 30 March 2015

Hey Little Fighter!


April: Kalau Ikut Tak Sabar La..

Lusa dah April weh! Berdebar lagi. Perkara yang ditunggu hampir tiba >> transporter!

PHKL dah call maklumkan yang diorang akan buat proses pemindahan embrio kami dari HLWE pada 13 April ni.. (smile!)

Masa dapat call tu kami ni Seoul, tengah jalan-jalan shopping sekali tengok handphone ada missed call. Nasib baik setiap kali keluar negara nombor saya automatik roaming.. so dapat lagi la dihubungi. Kalau nombor suami, memang tak dapat la.. dia memang tak nak dihubungi.

Jadi bila tengok missed call tu terus berdebar, bisik-bisik kat suami kata PHKL dah call. Then lepas tu memang handphone kat tangan je takut missed lagi. Kalau masuk beg memang tak dengar la, dah la pakai backpack.

Nasib baik diorang call balik dan dapat makluman tu.. Mula-mula blur, sebab dengar 13. Dalam kepala duk kira.. "Bukan 13 dah lepas ke?"  Hmm, duk fikir Mac la tu. Yela, sebab saya memang dah set dalam kepala diorang akan ambik masa cuti sekolah, Doc A cuti. Tapiii... ni bulan April pulakk.

Bila dua tiga kali dia ulang baru la datang kewarasan diri...Oh, 13 April..Okey!

Dia mention, Doc kata you nak FET bulan April, so bila dah ambil nanti you boleh mula FET bila-bila masa la. Aduihh. Berdebar lagi. Tak sabar ada, berbelah bagi pun ada. 

Rumah kami sekarang tengah renovate.  Dah sebulan berkecah. Bila nak siap tak tau lagi. Tapi macam tak sabar pulak kan... Tapi kalau fikir waras, kena tunggu setel baru leh proceed, dah selesa.
Tak boleh nak lengah lama-lama lagi. 18 Jun dah Ramadan. Tidaakk. 2ww tak boleh kena bulan Ramadan lagi! So, kena sebelum atau selepas Jun la. Means lepas raya.

Lepas raya adik ipar pulak sanding. Rumah kami yang paling dekat dengan rumah mertua. Sahih dan konpem rumah kami akan jadi tempat bertandang sedara mara yang ramai tu.. Huhuhu. Anjak lagi!
Mau hujung tahun, September baru boleh buat.

Boleh ke sabar? Kalau ikut tak sabar, bulan Mei jugak nak transfer.

Pleaseeee, rumah cepat la siapp. So far dalam fasa buat wiring dan plaster. Dalam minggu ni jugak maybe dah boleh pecahkan yang mana tak mau. Jadi ikut anggaran sendiri tengah bulan April boleh siap nii... Kalau siap boleh kemas. Period pun hujung bulan, so hujung bulan baru jumpa doc, bulan 5 transfer... boleh? 

Haha. Kalau ikut tak sabar... macam-macam boleh.

Semoga Allah mudahkan. Dah penat rancang sendiri, kalau boleh biarlah macam tiba-tiba je Allah tunjuk jalan tu, then poooff jadi. Pregnant. Kan best.



Thursday, 12 March 2015

Do It Right! Edisi Berdebor Tak Sabor

Selingan.
Saya memang suka la benda-benda macam ni.

Actually tengah berdebar.
Baru lepas baca blog Dr. A, khabarnya dah mula cuti.
Maknanya embriologistnya dah ada masa free nak buat proses 'transporter'.
Wehuu!

Tapi, bila pulak the exact date tu?
Takde contact pulak lagi. 
Weekend ni saya nak fly..
Tunggu sampai esok, kalau dia tak call, saya akan call.
Just untuk makluman, kot-kot sebelum pergi ambik, dia call saya tak dapat.

Moga dipermudahkan.
Harap LWE pun bagi kerjasama.