Tuesday, 24 February 2015

Kawan Maya

Rasa mood lain macam hari ni. Gembira sampai malas nak buat kerja. Hihi. Opppss!

Takde la, actually mood berubah lepas dengar kawan-kawan kita berjaya pregnant lepas FET. Ramai lagi actually, tapi yang ini lain macam.. Mungkin rentetan sejarah perjalanan suka dukanya. Jadi sebagai motivasi pada saya.

Seronok dengar dia berjaya, terus meleleh airmata. Just like I'm the one who succeed. Berdebar usah cakap la, dari minggu lepas dok bukak blog dia, takde update. 'Apa keputusan, apa keputusan?' dalam hati..

Semoga Allah terus pelihara dan menjaga kandungan dia.

Hmmm. New things I found in this relationship, hubungan dengan rakan-rakan maya yang senasib ni. Walau tak pernah jumpa, setakat sembang dalam aplikasi what's app, dan tepek gambar sekali dua dan dunia blog. Rasa akrab lebih dari BFF dari zaman sekolah.

BFF pun dah lama tak jumpa. Sembang dalam what's app juga tapi topik tak sampai ke hati. Sebab main focus kami sekarang tak sama.

Tapi dengan kawan-kawan IVF ni....rasa jauh lebih akrab. Because we share same stories, struggles, laugh, tears, fear...

Apa kita nak, diorang faham.
Apa kita takut, diorang faham.
Apa kita tangiskan, diorang faham.

Jadi bila ada yang mula treatment, kita pun sama excited!
Bila ada yang sakit cucuk menyucuk, kita pun sama rasa sakitnya.
Bila ada yang gembira berjaya, kita pun sama menangis gembira,
Lebih-lebih lagi bila yang terhenti di tengah jalan, kita sama juga kecewanya...sebab kita semua pernah rasa.

And the thing is: ia mengajar saya untuk mendoakan yang lain. Bukan doakan untuk diri sendiri saja, doakan sekali kejayaan kawan-kawan kita, kawan maya kita.

"Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kemudahan dan kejayaan dalam sebarang usaha kami ini. Usaha untuk memiliki zuriat sendiri. Berikan kejayaan kepada kami, kepada kawan-kawan kami yang senasib. Amin Ya Rabbalalamin."

Mengalir air mata kottt...

Ikhlasnya biar Allah saja yang ukur.

2 comments:

  1. so true nolly...x semua kawan2 kita paham apa yg kita lalui...that is why i luv all my TTC fren...coz u all je yg tau susah payah jerih perit melaluinya...

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Nolly. Dgn BFF pun dah rasa tak sama mcm dulu. Nak cerita hal TTC rasa macam tak terluah. Sebab kalau cerita pun, diorang akan kata sabar dan bagi semangat. Tapi kadang2 rasa macam tak larat nak dengar sabar, sabar tu semua. Haha. Susah eh nak explain. Kawan TTC jek yang faham :)

    ReplyDelete