Wednesday, 4 February 2015

Counting Days to FIVE

Sekejap je dah masuk Februari 2015.

Makin dekat dengan tarikh anniversary, dekat juga dengan tarikh nak FET (yang masih lagi tak tahu secara tepatnya bila).

Well, ulangtahun perkahwinan yang ke-5 akan sampai pada 14 Februari ni. Hari meraikan cinta! Opss, ini bukan meraikan valentine's day okey.. Tak pernah pun menyangka tarikh anniversary kami akan terkena tarikh ni. Ini semua berlaku dengan perkiraan tarikh oleh orang-orang tua. Masa nak tetapkan tarikh nikah dulu, rujuk mereka...Asalnya nak tetapkan 13 Februari, tapi diamati tarikh tu tak berapa elok, yang elok kena lambatkan sehari, maka jadilah 14.


Tapi dalam hati ade la seronok sikit, sebab setiap tahun tarikh ni shopping mall, tv duk berbunga-bunga cinta. Jadi kita celebrate pun rasa lebih romantis je.. hihi.

Back to the story.. disebalik bunga-bunga cinta tu, terselit juga la drama duka. Pelakon utama tak lain tak bukan adalah saya... pelakon penuh air mata, tapi masih di sebalik pintu, di dada suami saja.

Cuma ada sikit la, terlepas tulis kiasan hati di status facebook... terus dapat banyak komen. Mungkin ayatnya nampak saya dah sedih sangat... down. Komen yang datang Alhamdulillah membina. Biarpun saya tak tulis direct sedih kerana tiada zuriat whatsoever, yang komen memang faham sangat isi hati saya and they pull me back to the straight path. 

Perlu redha dan yakin dengan ketentuan Allah which He is the best of planner.

Ye, saya akui kelemahan diri saya... ibarat kalau 59 hari saya kuat dan positif, hari ke 60 mungkin tiba-tiba saya lemah dan kecewa. Dan saya mengeluh...

Itulah yang terjadi bila menghitung hari ke 5 tahun...

Tiba-tiba sedih.
Tiba-tiba kecewa.
Tiba-tiba takut.

Sedih belum punya zuriat yang didamba.
Kecewa bila usaha yang berulang kali hanya membuahkan kegagalan.
Dan takut bila fikir apa yang akan jadi kemudiannya..

Bila jadi macam tu, mula paksa suami makan supplemen macam-macam. Kalau dia buat lambat-lambat terasa macam kita seorang saja yang berusaha. Lepas tu menangis..

Malam tadi pun masih berdrama, elok sebelumnya gelak-gelak depan tv. Bila masuk je bilik untuk beradu terus sedih, Cakap pada dia, takut 5 nanti jadi 10... Terus menangis. 

Memang kita tak tahu apa yang Allah rancang, sebab itu kita takut. Sebab yang kita rancang memang cantik pada pandangan mata kita.

Dia seperti biasa biarkan saja dada dia basah dek airmata isteri... "Kita cuba lagi, cuba lagi.."
"Dah sedekahkan al Fatihah pada embrio belum..?"

Lagiiiii laju airmata ni keluar... Teringat pada entry terkini doktor cantik.

Sememangnya inilah ikhtiar semasa kami. Lepas solat fardhu, sedekahkan al-Fatihah pada embrio kita. Saya yang ajar dia... Tangisan makin laju kerana terharu dia ingat dan dia buat.

Saya ingat dia tak buat.

2 comments:

  1. Macam nilah kita yg ttc ni noly...emosi slalu up n down...huhu...tgh takut gak ni...Menghitung hari berlalu sbb bln dpn cam plan nk buat fet...mcm2 dlm fikiran..haihhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bestnyaa, moga dipermudahkan urusan. Ieda buat dengan doc A kan. Nanti share dengan noly yer stepnya. Kurang jelas jugak bila nak buat first appointment for fet.

      Delete