Tuesday, 17 February 2015

14 Februari

Keluar jalan-jalan, makan-makan, beli-belah sikit dengan si dia. Tiba-tiba.. Terdengar suara dari belakang.

'Assalamualaikum kak.'

'Waalaikummussalam. '

Dua remaja perempuan sempurna menutup aurat tersenyum sambil menghulur flyer dan 2 gula-gula lollipop.

'Eh, apa ni..? '

'Bagi akak.. '

'Oh, terima kasih. '

Sambil senyum manis bercampur gembira kami berlalu. Dalam pada duk berjalan tu baru la aku belek apa terkandung dalam flyers dan kertas pada lollipop. (Anda boleh baca pada gambar tersebut)



Tak semena-mena rasa panas kepala tapi jadi tergelak besar..

'Abang, tengok ni... Diorang ingat kita tak kawin lagi ke?' Hahaha.

'Kita duk mesra-mesra pegang tangan ni, baju sedondon ni.. Diorang suspect ke?' Hahaha

'Hari ni sayang nampak 22 tahun kot, abang 25..' Hahaha.

Dua-dua gelak. 'Haish, ade yang nak kena maki ni.. '

Suami cepat-cepat tarik masuk zara. Aku dengan geram bercampur nak gelak, duk tahan perasaan.. Sampai last2 senyum sendiri..

'Kenapa senyum?' suami tanya.

'Gerammmm... Siap la budak2 tu, kalau keluar ni ade lagi kat situ memang sayang maki. ' sambil gelak.

'Takpe la.. Niat diorang dah bagus.. '

 'Tapi approachnya salah.. Tanya la dulu dah nikah ke belum? Akak bawak kad nikah sokmo ni.. Tapi, kena siap ready maki laaa. ' hahaha

Nasib baik keluar tu aku tengok takde dah.. Kalau ade memang aku sekolahkan. 'Ko salah orang dikkk.. '

Dah lima tahun akak ngan abang ko ni menyulam cinta halal. Memang #loveaftermarriage dan memang bijak menjauhi zina punnn... Attention@ikramteens : Next year improve lagi yeeeeeee! ~

* * *

Tu dia sedutan dari episod yang berlaku kat kami Sabtu lepas. Tengah seronok-seronok jalan window shopping ON OUR ANNIVERSARY that share the same date with Vday, tak pasal-pasal kena terjah dengan flyers macam tu, sedih weh....

Tapi dalam pada duk sedih pun, lawak yang lebih... gelak tak sudah kami. Sampai malam balik rumah pun gelak lagi. Jangan pula salahkan kami dengan kata 'married couple yang sambut vday pun bawa contoh yang tak baik pada remaja.' KAMI TAK SAMBUT VDAY, kami sambut ulangtahun perkahwinan kami je.

Tarikh pun orang tua yang tetapkan.

Nun jika diimbas balik pada tahun 2010, Orang tua tetapkan tarikh nikah 13 Februari sebab masa tu cuti panjang, cuti bertindih dengan Chinese New Year. Tapi orang-orang tua, dia ada kitab dan ilmu untuk tengok tarikh tersebut elok tak elok... jadi nenek belah saya kata 13 Feb tak elok. Kena lewatkan sehari ke 14 Februari.... Apa nak buat.

Jadi lepas dari tu 14 Februari la tarikh kami.

Dah, lepas ni jangan kata kami rai Vday ye. Lagipun rasanya tak salah kalau kami keluar shopping time tu, biasanya akan dekat-dekat jugak dengan Raya Cina, Jadi sale banyak! Free gift pon banyak! Grab je la... and that doesn't mean, again, we celebrate vday! Tak yah nak sambut dik, anytime kat rumah boleh buat drama hindustan mahupun omputih... 

Anyway thank you la adik-adik kerana buat kami rasa muda. SKII yang akak amal nampaknya menjadi. Teruskan usaha kalian untuk membanteras aktiviti tidak bermoral pada valentines day. But with better approach.

All the best!

2 comments:

  1. ok la tu nolly, nampak awet muda tu sbb dorang ingat u all x kawin lagi :-) agaknya adik tu pun malu nak tanya u all dah kawin ke belum... kalo tanya kat org yg x kawin, silap2 kena marah kt situ gak dorang tu..."apa sibuk2 kitorang dah kawin ke belum?" hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, betul jugak..kena fikir cara terbaik la.

      Delete