Thursday, 15 January 2015

Dokumen Selesai!

Salam,
 
Alhamdulillah, akhirnya urusan dokumen-dokumen untuk proses 'trasporter' dah selesai.
 
Dokumen saja dulu okey. Belum lagi start enjin kereta dan drive ke penang, apatah lagi mula nak mengangkut our precious ke Pantai Hospital.
 
Walau apa pun, kira dah selesai la first stage.
 
 
Kalau ikutkan availability dan free embriologist pantai, memang bulan Disember 2014 lepas dah boleh pergi ambik sebab doc a pun cuti panjang, tapi ivf center Lam Wah Ee ada agak sedikit strict dengan flow dan dokumen-dokumen pelepasan pulak... Jadi drag sampai bulan ni.
 
Nampaknya consent & authorization letter saja masih belum cukup untuk sesiapa pun menerjah pintu ivf center depa untuk amik segala apa dalam tu. Hihi. Ada lagi dokumen-dokumen dia.
 
So far, bagi kami (saya la yang utama sebab urusan ni memang suami ambil maklum je) memang takde masalah.. Bagus la Lam Wah Ee buat susah-susah dan strict sikit bab nak pindahkan embrio ni, sebab.... precious kott.
 
Kan? Kita yang buat IVF dengan kos yang mahal, dipenuhi tekanan dan sebagainya ni, belum tentu pun lagi dapat banyak embrio untuk frozen. Yang first kami takde pun, bila yang 2nd ni ada sayangnya alahai... macam dah anak-anak.
 
Dulu masa masih di penang, ada kursus yang perlu dihadiri dan perjalanan memang lalu sebelah hospital... tengok je hospital terus berlinang air mata. Rasa macam ada anak, tapi tak boleh nak bawak pulang. Siap cakap dalam hati, "Hai babies, nanti ibu datang ambik ye...kita balik rumah." (uwaaaa)
 
Dan, takde lah juga orang yang menyamar suka-suki nak ambik precious kita tu.. (ada ke?) hihi... atau mengelakkan tertukar atau sebagainya la.
 
Saya personally suka cara IVF Center Lam Wah Ee ni handle. Dari awal memang kami ingat just serahkan je A to Z ke IVF Center Pantai, biar depa handle dan berkomunikasi masing-masing. Tapi kami dapat makluman yang IVF Center Lam Wah Ee insist kami sendiri hubungi mereka untuk urusan ni.
 
Pertama, depa minta kami suami isteri sendiri yang pergi ambil. Tapi memang agak mustahil la sebab dalam entri sebelum ni saya dah highlight yang Pantai tak galakkan patient ambik sendiri atas sebab-sebab tertentu.
 
Bila dibincang-bincang, depa minta pulak kami sendiri yang call dan bagitau lisan. So okey la. Later the day saya pun call maklum hajat kami semua... Lepas dari tu, kami diminta pula untuk tandatangan satu lagi dokumen original tentang termination embryo storage depa....terpaksa la pos mengepos dokumen tu pulak.
 
Asalnya lepas sign nak kirim je pada embriologist pantai supaya dia boleh pass masa pi ambik tu, tapi nampaknya sampai stage ni, embriologist pantai pun dah tak berani nak memandai...dia risau kot kang pergi tapi masih tak lepas, or masih nak dokumen lain lagi.
 
Memang betul pun, bila kami dah pos sendiri baru Lam Wah Ee maklum yang mereka perlukan juga salinan ic person yang nak datang ambil. Haha. Dah tak pasal-pasal saya dah jadi ORANG TENGAH. Yang asalnya sepatut goyang kaki je. Lepas call Lam Wah Ee, call plak Pantai. And so on.
 
Takpe lah...I like! I like!
 
Security memang tip top IVF Center Lam Wah Ee ni. Bila saya involve macam ni pun rasa dia lain tau...Tak boleh nak cerita macam mana, tapi memang... Lain. Yang penting selesai.
 
Lepas selesai hal dokumen tu, depa minta pula Pantai datang pada 12 Jan 2015 untuk ambil tapi bila maklum kepada Pantai, mereka tak dapat nak ambil pada tarikh tu memandangkan ada banyak kes IVF yang perlu diselesaikan. Yela, doc dah masuk, ramai la patient yang nak OPU, ET.. Jadi takpela lagi... kami tak nak paksa, biar selesai urusan rakan-rakan yang tengah buat IVF bulan ni. Bukan orang lain, kawan-kawan saya juga... Dah selesai nanti, bila free pergi la ambil. Kami pun rancangnya nak FET bulan April. Balik Korea la baru pergi jumpa doc... Oppss!
 
Kita mudahkan urusan orang, harap Allah mudahkan urusan kita pulak.
 
Semoga baik-baik adanya di sana, dah perjalanannya nanti... Amiin.

2 comments:

  1. alhamdulillah.... smg Allah terus permudahkan for u nolly. Bestnye nak pi korea! :-)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, Amiiinn. Jom ikut! Hehe

    ReplyDelete