Friday, 16 January 2015

Apa Yang Tak Lepas

Salam,

Nak mengadu..

Ada terkesan sikit dengan 'bicara nasihat' seorang member. Bila duk sibuk masing-masing sembang pasal anak zuriat, yang sorang bagitau dia baru positif untuk anak ketiga.

Kita pun menyampuk la tahniah bagai then terluah sikit 'bila la masanya kami pula nak rasa'.. Mostly yang lain jawab InsyaAllah atau bersabar atau jangan putus asa.... Yang paling last jawab, 'Ada ustaz ceramah, kalau usaha banyak kali tapi tak dapat-dapat...ada benda yang tak lepas. Solat taubat banyak-banyak.'

Pang!

Baca ayat tu rasa macam makan penampor.

Yelah, saya tau.. kita sebagai manusia ni memang tak lepas dari buat silap. Jadi setiap hari seeloknya banyakkan istighfar dan solat sunat taubat... Memang kita buat ponnn (jeling-menjeling).

Tapi menjawab macam tu bagi sahabat yang susah hamil ni macam... Banyak betul dosa aku ye. Pasangan-pasangan yang takde anak ni banyak dosa eh?

Yang berderet tu okay? Lepas?

Habis yang melambak kat shopping mall mengandung pun pakaian bungkus kalah pocong tu... takde dosa? Yang duk buang anak kalah sampah sarap tepi jalan tu... takde dosa? Yang ada anak, buat macam takde, nafkah tak bagi... macamana?

Okke...saya dah dikawal emosi.. Astaghfirullahalaziimmm.

Tapi...sedih la. Banyak kali kot saya baca ayat dia tu.

Last-last saya jawab... 'Ini bukan lepas tak lepas, ini ujian. Nabi Zakaria pun tua baru dapat anak... Jenuh juga berdoa pada Allah. Nabi Sulaiman pun mana ada anak?"

Stop je kat situ.

Ingat nak sambung lagi... (Apa yang tak lepas pada nabi-nabi ni ye?) Tapi tahan aje la dengan tusukan rasukan syaitan...haha. Tak pasal-pasal bergaduh plak kat situ.

Dah kang kuar plak topik, orang takde anak mudah sentap pulakk..

(sigh)

** Pernah juga ada kes, kawan beria-ria rekemen suruh jumpa seorang ustaz untuk berubat dsbg. Disebabkan ustaz tu nun jauh di negeri pantai timur, dia bagi nombor suruh telefon saja.. boleh berubat melalui telefon gitu... Maklumat awal katanya ada 'benda' pada saya yang kacau rahim...

What? Hebat kau! Walau mula-mula dengar tu seram sejuk juga.

Disuruh beria-ria lagi katanya kena berubat dengan ustaz tu... tapi nanti nak pelepas kena la bayar dam.

Dam? Saya tanya.

Ye, dam macam haji tu.

Sebab apa?

Ye la kot-kot dulu ada buat salah yang tak lepas....

Uwaaaa... Lagi sedih saya mendengarnya. Banyak betul dosa aku ke? kenapa kena bayar dam macam haji? Belum pegi haji kott..

(sigh lagi)

Last-last bila difikir semasak ranum, saya tak kol pun ustaz tu, lain macam je bunyinya...boleh berubat dari jauh plak tu... hantar khadam ka dok mai intai aku??

6 comments:

  1. Baca entry ni dan ayat 'Ada ustaz ceramah, kalau usaha banyak kali tapi tak dapat-dapat...ada benda yang tak lepas. Solat taubat banyak-banyak.'....hurm, Yani pula beremosi. Macam kita pula lebih banyak dosa daripada orang yang rajin buang anak luar nikah, alahai.....seboleh-bolehnya rasa macam tak nak fikir bila ada yang sebut benda mcm tu mcmlah kita ni banyak dosa sampai Allah tak permudahkan urusan TTC kita....istigfar banyak2 dalam hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yani..memang terfikir la...tapi sabar je la, orang tak rasa susah kita macamana...haishh.

      Delete
  2. Teringat cite AlKazzab kat TV3 lakonan kaza and zaidi omar.. zaidi omar jadi Mahdi , masuk kampung and jadi ustaz...kalo nk bertaubat..kene bayar dam kt die..
    Allah Maha Mengetahui..kita serah pada dia dan mohon dipermudah segala urusan.
    insyaAllah..
    Ignore those negative thoughts..
    good luck to both of us..aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah la...saya ada tgk jugak cite tu... memang menipu dengan kutip dam. Damn! haha..good luck to u too.

      Delete
  3. kawan pernah cakap.. orang yang xde anak ni sebenarnya tak pandai nak jaga baby, tu pasal Allah tak bagi.. aduii sedihnya dengar, pandai diorang jatuhkan hukum kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..uish, sentap mendengarnya.. memang la tak pandai, sebab tu masa belum kawin dulu, kita jaga anak makcik sampai budak tu tak nak ngn mak dia...nak ngan kita...hihi.

      Delete