Thursday, 20 November 2014

FROZEN that not to let go.

Salam,

Pada cycle IVF yang pertama, ovari saya menghasilkan sembilan telur. Tujuh disenyawakan dengan sperma suami, dan hanya dua berjaya menjadi embrio.. satu 4 sel dan satu lagi 2 sel. Selebihnya hanya 1 sel, tidak berkembang, dan tidak layak untuk disimpan. (sedih)

Saya kurang pasti kenapa ini terjadi. Mungkinkah sebab ketidaknormalan sel? Wallahualam, ilmu masih terbatas. Maka kami senang menganggapnya sebagai sel tak sihat atau kurang nutrien.. :)

Jadi sebelum memulakan IVF yang kedua kami sudah mula menjaga kesihatan badan. Lebih tepat menjaga makan minum, tapis segala yang tidak berkhasiat dan menelan semua yang dirasakan sihat..

Yang ditapis? Tiada lagi fast food. Ye, dulu suka sangat makan KFC, Pizza dan McD, stock barang dapur dengan jajan segala, mee segera untuk masa-masa malas masak, aiskrim, kek, coklat dan sebagainya. Sebelum tu juga kami kurang mengambil supplement, hanya asid folik yang tetap. Dan suami pula langsung tiada. Hanya beberapa minggu sebelum TESE dan OPU, Dr bekalkan saya Vitamin E dan suami dengan zink Surbex.

Mungkin sebab tu benih kami tak sihat.

Mula pertengahan tahun lepas lagi kami dah pantang makan. No more fast food, keluar pun memang tak masuk kedai-kedai ni.. Tukar masuk foodcourt, cari la nasi atau makanan yang kita nampak dia masak. Minuman dah takde air berkarbonat. Yela, air ni pun minum masa makan fast food je, takde fast food takde la air gas kan? Jeruk-jeruk dan makanan masam yang saya amat suka pun dihentikan serta merta. Hujung minggu memang masak sendiri dan makan di rumah, lauk pun suami saya tapis.. Dia tak nak ayam, sebab ayam dicucuk hormon katanya. Jadi kami makan banyak ikan.

Minuman berkafein juga dihentikan. Kami bukanlah hantu kopi, tapi dirumah ada Nescafe Dolce Gusto! He5.  Sekali sekali buat juga air ala Starbucks. Most of the time, masa sarapan suami minta teh lipton kosong, kalau sarapan di luar dia mesti order teh tarik. Jadi kami kurangkan.. hanya hujung minggu minum teh, bagi suami... Saya lebih senang minum air kosong 24 jam. Hari-hari biasa suami terpaksa minum sama ada air suam ataupun limau suam. Seksa, katanya. Ye saya juga tambah seksaan dengan memaksa dia minum lebih banyak air kosong... Suami saya kurang minum air, jadi ayat untuk memaksa adalah, "Jangan kurang air nanti sel tak sihat.."

Jadi makanan kami > masak sendiri, ikan, sayur, air kosong, buah-buahan, supplemen, air zam-zam, delima, madu, habbatussauda, kurma, badam, kismis.

Makanan sunnah mostly dipergiatkan sebelum mula nak cucuk-cucuk.. buah kurma tu makan hari-hari sampai dah tak lalu nak telan, tukar buat jus pulak, baru sedap sikit. Badam buat snek kunyah sikit-sikit.

Supplement, yang ni paling banyak makan duit...Hihi. Banyak juga yang kami amalkan. Untuk suami: saya tumpukan pada vitamin E dan zink, tapi beri juga vitamin C, CoQ10 dan B kompleks.

Saya: Asid folik, vitamin E, C, CoQ10, B Kompleks, GLA. Lagi dekat nak OPU, saya ambil pula TF Advance dan Jigsaw untuk kuatkan imun dan alkalikan badan.

Kos dari awal tahun sampai la selesai prosedur IVF untuk supplemen saja saya habiskan beribu. Haha. Betullll.. kalau kira betul-betul gerun rasanya, masa bayar rasa jugak tapi sikit, tp bila total... Tu diaa! Sebotol vitamin saja tau berapa? Saya guna Shaklee.. boleh kira la. Tu belum masuk TF, sebotol saja beratus!

Ape pun, bising-bising tak guna. Untuk kebaikan kan? Alhamdulillah, dengan amalan ni...untuk IVF kedua dapatlah telur dan sperm yang sihat-sihat. Banyak memang tak la, sama je kuantiti lalu, telur dapat 11 tapi satu tak matang. Bila fertilized dapat juga 7 embrio >> empat 8 sel, satu 7 sel, satu 6 sel dan satu 4 sel. (day 3)

Jangan pandang rendah pada yang 4 sel on day 3 ye... IVF pertama, saya berkemungkinan pregnant dengan embrio 4 sel ni... Sebab tu saya mensyukuri semuanya.

Jadi itulah perubahan yang kami buat...

GLA
- bertindak di bahagian rahim, stabilkan hormon. Tingkatkan lapisan uterus.

CoQ10 
- mostly orang kata untuk jantung tapi ia juga boleh bertindak di proses awal pematangan telur wanita, iaitu peringkat oosit primer.

Asid folik 
- kurangkan risiko gugur dan kecacatan janin.

B Kompleks
- kurangkan homosistein. 
Homosistein tinggi tidak baik terhadap kualiti embrio yang terhasil dari IVF.

Vitamin E
- meningkatkan fungsi sperma.

Mungkin tak best sangat macam orang lain boleh dapat 20++ telur. Hehe, tapi dari hanya 4 dan 2 sel embrio je, kepada empat 8 sel, satu 7 sel, satu 6 sel dan satu 4 sel....bagi kami adalah satu pencapaian.

Yang penting usaha, doa, tawakal dan bersyukur apa adanya. Yang penting ada FROZEN.

But this one i'm not going to let go..Hehe.

No comments:

Post a Comment