Thursday, 13 November 2014

Suamiku...

Salam,

Sejujurnya, selepas plan nak FET di Lam Wah Ee tak jadi disebabkan dapat pindah, saya dah tak terfikir pasal tu lagi dah. Mungkin sebab kalut packing dan debaran nak kerja tempat baru.

Tapi suami nampaknya sentiasa fikir pasal tu, saya yang tak perasan. Ye la, FET yang tak jadi tu pun dia yang duk mengajak saya buat.. "Jom FET. Jom FET",  katanya. Ikutkan saya, lambat betul nak beersedia. Bila terpaksa kensel, saya pun laju je 'lupa'.

Rupanya dalam pada duk kalut pindah ni pun, incik suami masih ada keinginan tu lagi. Malam hari pindah tu jugak, bila kita slow-slow ready nak masuk tidur dia bersuara, "Harap-harap boleh jumpa Dr. Adilah buat dengan dia pulak... Sayang kan nak sangat jumpa dia."

Gulp.

Ye, memang sebelum kami proceed 2nd IVF di penang dulu, memang saya selaluuuuu sangat sebut.. nak buat dengan doktor Adilah... teringin dengan doktor Adilah. Tapi suami jawab, "Dah jauh nak buat macamana..." Jadi saya diam aje la.

Tup-tup bila dah pindah ni, suami sebut macam tu pulak.. Agaknya cuba menunaikan kembali kehendak saya yang dia 'turn down' dulu... Lagipun memang pening jugak memikirkan nak ulang-alik utara pulak untuk FET kan?

Cara terbaik adalah, cuba pindahkan embrios kami ke sini.. Dalam hati memang nampak doktor Adilah je. Tapiii, kalau nak buat balik dari mula... sigh! besar belanja tuuuu... kalau FET murah sikit. Tapi, sudi ke tidak doktor untuk ambil embrios tu di sanaa??

Gerun fikirkan jawapannya. What if...? Ah, tak nak fikir. Nak bersua muka dengan dia je dulu, then semoga Allah mudahkan segalanya...

Sabtu ni, forum ivf di phkl... kami akan datang untuk mulakan kembali jalan yang terhenti.

...

Malam tadi masa tengah rancak duk ber'what's app' (sebab incik suami kerja).. dalam duk bincang benda lain, dia keluarkan lagi.. "Harap-harap boleh transfer embrio.."

Uwaaaaa.... kesiannya suami saya! Rasanya sekarang keinginan dia untuk dapat zuriat MELEBIHI keinginan saya kot?

Ya Allah.. Berikanlah kegembiraan pada suamiku. Aku ingin mengandungkan zuriatnya.

8 comments:

  1. InshaAllah Noly,fikir baik2 ok,nanti yang datang inshaAllah yang baik2,semoga dipermudahkan segalanya untik Noly..Amin..

    ReplyDelete
  2. Hi nolly..bole baca the lattest update kat blog Dr Adilah pasal transporter..3 cases yg transfer FET dari tmpt lain ke Dr..alhamdulillah semua berjaya..InsyaAllah nolly pun sama akan berjaya ;)

    ReplyDelete
  3. nolly, boleh nak transfer embrio buat kat phkl...doc baru je cerita kat blog dia buat FET dgn embrio yg di transfer dari hospital lain...smg Allah permudahkan buat kalian berdua...amin...

    ReplyDelete
  4. Salam. Sy silence reader. Sy baru baca entry ni. Terkejut sy sbb kisah awk sama mcm sy je. Dulu masa sy duduk di penang, sy hanya sempat jalani rawatan IUI dgn Dr. Ng Peng Wah di Hsptl LamWahEe. Lepas tu sy pindah KL, sy continue IVF di PHKL under Dr.Adilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..yeke, so macamana sekarang? dah berjaya?

      Delete
    2. Sy buat IVF Under Dr.A..tapi failed. Lepas tu sy operate laps dgn Dr.A. Then baru sy pregnant secara natural. Baru je bersalin sept lepas. Hopefully nolly juga berjaya under treatment Dr.A dgn izin Allah :)

      Delete
  5. Salam nolynasa. Baca blog dr adilah. Ttg transport frozen embryo dari hospital lain. InsyaAllah...DIA akn memberi rezeki itu dgn usaha tanpa henti

    ReplyDelete
  6. Wasalam kawan-kawan...thanks for the info. Dah baca blog doc tu, macam kena-kena je masanya.. but all cases transport dari KL je, belum ada yg dari luar negeri... tapii, alhamdulillah, setakat yang ditanya pada Dr aritu, dia cakap BOLEH! Alhamdulillah!!

    ReplyDelete