Thursday, 6 November 2014

New Life!

Salam kawan-kawan,

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-4 dengan hidup baru.

Urusan pindah dah selesai. So kami dah ucapkan bye-bye pada utara (Pengkalan Hulu, Nibong Tebal & Kuala Kurau to be exact.)

Sekarang telah selamat bermastautin di negeri Selangor pulak, rumah sendiri pulak tu tak payah sewa-sewa daaahhh. Alhamdulillah lagi.

Cuma bab kemas rumah je yang belum dapat nak selesaikan. Mostly barang masih dalam kotak. Sebab masa pindah barang hari tu baru perasan yang semua bilik kat rumah tu takde tile! (Masa bagi sewa memang tak tengok la kannn..)

Jadi setelah berfikir sejenak untuk kesenangan bersama.. Saya bincang dengan incik suami, supaya kami pasang tile dulu sebelum kemas barang dalam bilik... kalau dah bukak semua, lepas tu baru nak buat.. memang letihhhh la, kena kemas balik.. (cadangan dibuat pun masa letih pindah belum hilang)

Incik suami setuju jadi kami pun biar la kerja-kerja tu semua setel dulu... jadi dalam tempoh masa ni kami stay rumah mak incik suami. Rumah memang dekat sangat, jadi senang la.

So far, apek baru nak mula pasang hari ni lepas urusan order dia selesai. Harap-harap by Jumaat boleh siap la sebab Sabtu nak mula mengemas dah. Sedih wo baju dalam kotak lagi..hehee

Urusan pasang aircond, aerial TV, water heater dan bidai anjung yang selesai dulu..

Tempat kerja baru pulak, so far okey la...cuma penat sikit sebab ulang-alik dari Kuala Selangor ke KL. Penat badan, petrol dan tol..haha. Semua sebab nak duk rumah sendiri punya pasal. Tapi takpelah... yang penting selesa. Lepas ni slow-slow usya NGV.

Post tempat baru pulak, saya kena handle bahagian sumber maklumat dan multimedia.. memang kena dengan degree  yang ada, tapi kena belajar balik laa, dah 8 tahun tinggal sejak grad tahun 2006.

Hari ke-4 kerja ni, tanggungjawab dah mula masukkk.. so sebelum sibuk menjengah, ini la saya share ngn korang..

oh oh.. btw, bila dah kat area lembah kelang ni, terasa macam dekat-dekat je dengan fertility center yang lain kann.. Rasa nak jengah jumpa Dr A, nak cuba tangan dia pulak.. tapi dengan embrios kami masih di Penang, mungkinkah boleh kami transfer ke sini?

Sabtu 15 Nov ni PHKL ada buat forum IVF, semalam laju je saya call dan daftar...nak jumpa Dr A, nak tanya macam-macam... hopefully Allah mudahkan urusan kami untuk dapat zuriat dengan perpindahan ni juga.

Amin.

6 comments:

  1. Nolly, jauhnye u keje...Kuala Sel is my hometown :-)
    Smg Allah mudahkan urusan kalian berdua... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..tapi sanggup je.. hehe. Ooo, orang kuala ye, nanti-nanti mesti terjumpa..

      Delete
  2. Seronok rumah sendiri kan.,Alhamdulillah.,happy for u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq..memang punn, tu yang sanggup ulang alik.. at least balik penat pun, tempat tinggal selesa..

      Delete
  3. noly pindah keje kat kl..kat mana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuchai lama, nad.. meh la jumpa aku. hihi

      Delete