Saturday, 29 November 2014

Diagnosed PCO plak dahhh.

Salam,

26 Nov lepas buat pertama kalinya kami menjejakkan kaki ke klinik Dr. A. Appointment ini semata-mata untuk membincangkan keinginan kami untuk buat FET dengan beliau dan urusan perpindahan embrio-embrio kesayangan kami dari Hospital Lam Wah Ee ke Pantai.

Seperti biasa pada perjumpaan pertama, sesi soal siasat pun bermula.. Tapi kali ini tidak terlalu detail mungkin sebab niat kami lebih kepada 'perpindahan' dulu, FET insyaAllah next year. Jadi Dr. A pun cuma ambil note sikit-sikit on cycle, Dr pertama, Dr kedua, tahun bila, bulan bila, bilangan embrio, dos ubatan dll..

Untuk keterangan dos ubatan seriously masa Dr A tanya, saya boleh lupa... rasa blur je padahal saya catat semua apa yg saya suntik pada badan ni. Berapa lama tempoh pun saya tak boleh jawab secara tepat. Rasa menyesal pulak tak revise dulu sebelum mengadap dia...

Tapi takpe la.. Dr A pun akan take note just for her reference. Saya amat berharap dia bawak pendekatan dia untuk FET kami nanti... Jangan ikut Dr-Dr sebelum ni...

Kebetulan hari tu adalah CD 12, maka Dr A dengan seronok dan senyum menyuruh saya baring di katil untuk TVS scan.. Saya kagum juga dengan Dr A ni, dalam bilik tu cuma dia sorang saja yang handle dan bagi arahan untuk saya baring dsbg... Memang tak susah pun bagi saya sebab dah selaluuu sangat, tapi saya kagum sebab takde seorang nurse pun dalam bilik tu untuk bantu dia. Previous Drs... bersepah nurse dalam bilik diorang tau! Haha.

Ok.. Itu cara masing-masing.

Lagi satu yang saya kagum. Macamana dia boleh nampak saya ade PCO? Uwaaa.. Previous Drs, tak cakap apa pun pasal kesihatan saya. Semua macam okeyy je..sihat, takde masalah. Tapi sekali Dr A cucuk, dalam beberapa saat dia bersuara, "You ada PCO ye? Ada masalah haid tak?."

Erk!! (Dalam hati, saya rasa saya takde masalah.)

Tapi yang keluar di mulut, "Yeke Doktor?.. Tapi sekarang cycle panjang la. Biasa 33 hari." Sambil terpinga-pinga memandang suami yang duduk kejauhan di kerusi.

"Boleh bagi husband you tengok ni tak?" Dr A tanya lagi mungkin sebab pandangan saya tadi.

"Boleh.."

"Ok come..." Dr panggil suami saya supaya join kami di sebalik tirai. (Ohh I like her style!)

Dari monitor Dr A tunjuk keadaan ovari saya, kiri dan kanan ada bintik-bintik yang banyak. Maksudnya kata Dr, itu adalah telur-telur yang terperangkap dan tidak menetas pada waktu subur.

Oh my goodness! Saya tergamam. Sebab selama ni sangkanya sihat walafiat.

"Balik nanti cuba google tengok sama tak dengan yang saya tunjuk ni."





Lepas tu Dr A kira pula saiz telur yang ada dan ketebalan rahim. Katanya lining saya nipis dan  saiz telur pun kecik... Lupa pula berapa mm, tapi tak selari dengan CD12 saya. Saiz tu sama dengan saiz CD4 orang normal...

Double shock pulak. Diulangi, sebelum ni Drs takde cakap apa pun, macam okey je. Or Dr sebelum ni sorok-sorok??

Hmm, at least kami suka cara Dr A yang berterus terang ni, apa yang dia nampak semua bagitau.. Jadi semua yang tak tau jadi tau.. Dah sekarang risau pulak macamana nak bagi lining teballl...

Lepas dari check tu, berulang kali pulak saya tanya Dr... adakah masalah PCO tu akan effect penempelan embrio nanti? Tapi Dr jawab, takde masalah sebab cuma di ovari. Rahim tiada masalah except nipis sikit.

Adalah ubat tu nanti kot...

Seriously tak ambik port sangat pasal masalah fertility perempuan ni, sebab selama ni menganggap masalah kami adalah azooo.

Atau adakah sebab dah 2x fresh cycle buat jadi macam ni? Yelah, dengan berjarum-jarum suntik fertility drugs dok main besarkan telur.. side effect kah?

Muka Dr rilek je. Muka saya yang tak ceria. Tak pasal-pasal dalam catatan fail di Pantai... Doc tulis >>> PCO.

Uwaaaaaa.

Friday, 21 November 2014

Whatever It Takes Doc! Edisi Vitamin D

Salam,

Saya tidak pernah mengetahui tentang perkara ni sebelum berkenalan dengan kawan-kawan yang menjalani treatment dengan Dr. Adilah.

Kebanyakan mereka nasihatkan kawan-kawan yang jauh ni supaya ambil supplemen atau multivitamin yang ada kandungan Vitamin D. 

 

Saya ada buat research juga melalui pembacaan di web dan blog-blog. Memang ada yang menyatakan vitamin D ada kaitannya dengan kejayaan IVF. Tetapi lebih menekankan kepada golongan omputih kerana katanya bagi orang Asia adalah sebaliknya. Mungkin kerana kita Asian lebih terdedah dengan pancaran matahari yang terik sepanjang tahun. (Matahari adalah sumber vitamin D)

Jadi, saya konfius.. Kalau Asian adalah sebaliknya, kenapa Dr. A sekarang sampai buat blood test untuk tahu kondisi vitamin D semua pesakit dia? Don't we get enough sunshine? 

Ok. Siapalah saya untuk mempertikaikan kepakaran seorang doktor yang memang terbukti kepakarannya!

Sebenarnya saya pun teringin untuk mengetahuinya.. Adakah saya cukup vitamin ini? With two previous doctors, memang ujian ini tidak dipraktikkan. Saya sendiri-sendiri sebelum IVF kedua, beli juga multivitamin yang ada 400 IU Vitamin D, telan senyap-senyap. Heh! Walaupun masih dengan kemusykilan. 

"Aku ni cukup vitamin D ke tak sebenarnya?"
"Doktor ni tak nak buat ke?"
"Tiap-tiap hari perhimpunan pagi dengan pelajar, open air, takkan tak cukup vitamin D lagi. Jemur mentari pagi kot?"

Ragu-ragu pun telan juga.. Nak ignore, bimbang memang tak cukup. Nak bantai betul-betul, bimbang overdose pulak! Maka jadilah selang sehari dan sebagainya, ikut mood. Haha. 

Sabtu lepas masa hadir Forum IVF Dr. A ada cerita mengenai test vitamin D ni dan dia cakap almost 9 dari 10 wanita kurang vitamin D (what?!) berkemungkinan because of our HIJAB. 


Oooooohhkeyyyy... now I get the idea. Now I know why.

Maknanya selama ni walaupun saya terdedah pada matahari (sekejap-sekejap, bukan berjemur pun kan..) yang diserap tak banyak... sebab kita wanita muslim berhijab, berbaju kurung. Yang terdedah cuma muka ngan pergelangan tangan.. no wonderrr. 

Ya betul, doktor memang pakar.. Saya tak terfikir sampai ke situ. Rupanya tak tembus kain ye. Hehe.

Hari ni pulak terbaca Blog Fertiliti Dr Natasha Noor, juga highlight benda yang sama, Jadi mungkin KL Fertility juga mula mengambil berat kandungan vitamin D ni pada pesakit dia.

Hmm, tak sabar pulak nak buat test tu. Nak tau sangat kondisi saya...

Whatever it takes Doc! 

Thursday, 20 November 2014

Start Now


FROZEN that not to let go.

Salam,

Pada cycle IVF yang pertama, ovari saya menghasilkan sembilan telur. Tujuh disenyawakan dengan sperma suami, dan hanya dua berjaya menjadi embrio.. satu 4 sel dan satu lagi 2 sel. Selebihnya hanya 1 sel, tidak berkembang, dan tidak layak untuk disimpan. (sedih)

Saya kurang pasti kenapa ini terjadi. Mungkinkah sebab ketidaknormalan sel? Wallahualam, ilmu masih terbatas. Maka kami senang menganggapnya sebagai sel tak sihat atau kurang nutrien.. :)

Jadi sebelum memulakan IVF yang kedua kami sudah mula menjaga kesihatan badan. Lebih tepat menjaga makan minum, tapis segala yang tidak berkhasiat dan menelan semua yang dirasakan sihat..

Yang ditapis? Tiada lagi fast food. Ye, dulu suka sangat makan KFC, Pizza dan McD, stock barang dapur dengan jajan segala, mee segera untuk masa-masa malas masak, aiskrim, kek, coklat dan sebagainya. Sebelum tu juga kami kurang mengambil supplement, hanya asid folik yang tetap. Dan suami pula langsung tiada. Hanya beberapa minggu sebelum TESE dan OPU, Dr bekalkan saya Vitamin E dan suami dengan zink Surbex.

Mungkin sebab tu benih kami tak sihat.

Mula pertengahan tahun lepas lagi kami dah pantang makan. No more fast food, keluar pun memang tak masuk kedai-kedai ni.. Tukar masuk foodcourt, cari la nasi atau makanan yang kita nampak dia masak. Minuman dah takde air berkarbonat. Yela, air ni pun minum masa makan fast food je, takde fast food takde la air gas kan? Jeruk-jeruk dan makanan masam yang saya amat suka pun dihentikan serta merta. Hujung minggu memang masak sendiri dan makan di rumah, lauk pun suami saya tapis.. Dia tak nak ayam, sebab ayam dicucuk hormon katanya. Jadi kami makan banyak ikan.

Minuman berkafein juga dihentikan. Kami bukanlah hantu kopi, tapi dirumah ada Nescafe Dolce Gusto! He5.  Sekali sekali buat juga air ala Starbucks. Most of the time, masa sarapan suami minta teh lipton kosong, kalau sarapan di luar dia mesti order teh tarik. Jadi kami kurangkan.. hanya hujung minggu minum teh, bagi suami... Saya lebih senang minum air kosong 24 jam. Hari-hari biasa suami terpaksa minum sama ada air suam ataupun limau suam. Seksa, katanya. Ye saya juga tambah seksaan dengan memaksa dia minum lebih banyak air kosong... Suami saya kurang minum air, jadi ayat untuk memaksa adalah, "Jangan kurang air nanti sel tak sihat.."

Jadi makanan kami > masak sendiri, ikan, sayur, air kosong, buah-buahan, supplemen, air zam-zam, delima, madu, habbatussauda, kurma, badam, kismis.

Makanan sunnah mostly dipergiatkan sebelum mula nak cucuk-cucuk.. buah kurma tu makan hari-hari sampai dah tak lalu nak telan, tukar buat jus pulak, baru sedap sikit. Badam buat snek kunyah sikit-sikit.

Supplement, yang ni paling banyak makan duit...Hihi. Banyak juga yang kami amalkan. Untuk suami: saya tumpukan pada vitamin E dan zink, tapi beri juga vitamin C, CoQ10 dan B kompleks.

Saya: Asid folik, vitamin E, C, CoQ10, B Kompleks, GLA. Lagi dekat nak OPU, saya ambil pula TF Advance dan Jigsaw untuk kuatkan imun dan alkalikan badan.

Kos dari awal tahun sampai la selesai prosedur IVF untuk supplemen saja saya habiskan beribu. Haha. Betullll.. kalau kira betul-betul gerun rasanya, masa bayar rasa jugak tapi sikit, tp bila total... Tu diaa! Sebotol vitamin saja tau berapa? Saya guna Shaklee.. boleh kira la. Tu belum masuk TF, sebotol saja beratus!

Ape pun, bising-bising tak guna. Untuk kebaikan kan? Alhamdulillah, dengan amalan ni...untuk IVF kedua dapatlah telur dan sperm yang sihat-sihat. Banyak memang tak la, sama je kuantiti lalu, telur dapat 11 tapi satu tak matang. Bila fertilized dapat juga 7 embrio >> empat 8 sel, satu 7 sel, satu 6 sel dan satu 4 sel. (day 3)

Jangan pandang rendah pada yang 4 sel on day 3 ye... IVF pertama, saya berkemungkinan pregnant dengan embrio 4 sel ni... Sebab tu saya mensyukuri semuanya.

Jadi itulah perubahan yang kami buat...

GLA
- bertindak di bahagian rahim, stabilkan hormon. Tingkatkan lapisan uterus.

CoQ10 
- mostly orang kata untuk jantung tapi ia juga boleh bertindak di proses awal pematangan telur wanita, iaitu peringkat oosit primer.

Asid folik 
- kurangkan risiko gugur dan kecacatan janin.

B Kompleks
- kurangkan homosistein. 
Homosistein tinggi tidak baik terhadap kualiti embrio yang terhasil dari IVF.

Vitamin E
- meningkatkan fungsi sperma.

Mungkin tak best sangat macam orang lain boleh dapat 20++ telur. Hehe, tapi dari hanya 4 dan 2 sel embrio je, kepada empat 8 sel, satu 7 sel, satu 6 sel dan satu 4 sel....bagi kami adalah satu pencapaian.

Yang penting usaha, doa, tawakal dan bersyukur apa adanya. Yang penting ada FROZEN.

But this one i'm not going to let go..Hehe.

Wednesday, 19 November 2014

Thank Youuuuu

Salam,

Terima kasih kepada kawan-kawan yang laju memberi informasi kepada saya tentang entry terbaru Dr. A ni. Baru je saya angan-angankan untuk import embrio kami dari Penang ke KL dalam post yang lalu, tup tup dah ada jawapannya >> http://dradilah.blogspot.com/2014/11/transporter-2-and-transporter-3.html

Ada yang send mesej pada what's app, ramai yang komen pada post tersebut juga. Lepas baca tu rasa makin berkobar-kobar nak jumpa Dr A. Rasa dah boleh senyum, tapi masih ada ragu sikit sebab most cases yang ditulis.. Transporter 1, 2 dan 3 tu semua import dari hospital sekitar KL.

Again! Our snow babies di Penang. Tapii... Pada IVF talk Sabtu lepas, kami ajukan soalan ni pada doktor..

"Doktor, kami nak buat FET. Tapi frozen embrios di hospital lain, boleh ke bawa ke sini?"

Doktor jawab, "Boleh, takde masalah."

"Tapi hospital di Penang.." Masih ragu-ragu..

"Kos la mungkin lain sikit sebab di KL kita charge RM200.. Penang di mana?"

Suami saya laju menyampuk, "Lam Wah Ee.. Tak kisah bayaran berapa, asal boleh bawa.."

Doktor sebut lagi, "Boleh.. that will be our transporter 4."

Ya Allah...Alhamdulillah. Mudah urusan setakat ini. Setiap jawapan doktor tu saya dengar dengan degupan jantung yang sangat lajuuuu... Rasa sangat degupan tu macam mengetuk-ngetuk tulang dada.

Gembira. Serius gembira.

Alhamdulillah, Thank You Allah. Thank You Dr. Thank You Friends!

Thursday, 13 November 2014

Suamiku...

Salam,

Sejujurnya, selepas plan nak FET di Lam Wah Ee tak jadi disebabkan dapat pindah, saya dah tak terfikir pasal tu lagi dah. Mungkin sebab kalut packing dan debaran nak kerja tempat baru.

Tapi suami nampaknya sentiasa fikir pasal tu, saya yang tak perasan. Ye la, FET yang tak jadi tu pun dia yang duk mengajak saya buat.. "Jom FET. Jom FET",  katanya. Ikutkan saya, lambat betul nak beersedia. Bila terpaksa kensel, saya pun laju je 'lupa'.

Rupanya dalam pada duk kalut pindah ni pun, incik suami masih ada keinginan tu lagi. Malam hari pindah tu jugak, bila kita slow-slow ready nak masuk tidur dia bersuara, "Harap-harap boleh jumpa Dr. Adilah buat dengan dia pulak... Sayang kan nak sangat jumpa dia."

Gulp.

Ye, memang sebelum kami proceed 2nd IVF di penang dulu, memang saya selaluuuuu sangat sebut.. nak buat dengan doktor Adilah... teringin dengan doktor Adilah. Tapi suami jawab, "Dah jauh nak buat macamana..." Jadi saya diam aje la.

Tup-tup bila dah pindah ni, suami sebut macam tu pulak.. Agaknya cuba menunaikan kembali kehendak saya yang dia 'turn down' dulu... Lagipun memang pening jugak memikirkan nak ulang-alik utara pulak untuk FET kan?

Cara terbaik adalah, cuba pindahkan embrios kami ke sini.. Dalam hati memang nampak doktor Adilah je. Tapiii, kalau nak buat balik dari mula... sigh! besar belanja tuuuu... kalau FET murah sikit. Tapi, sudi ke tidak doktor untuk ambil embrios tu di sanaa??

Gerun fikirkan jawapannya. What if...? Ah, tak nak fikir. Nak bersua muka dengan dia je dulu, then semoga Allah mudahkan segalanya...

Sabtu ni, forum ivf di phkl... kami akan datang untuk mulakan kembali jalan yang terhenti.

...

Malam tadi masa tengah rancak duk ber'what's app' (sebab incik suami kerja).. dalam duk bincang benda lain, dia keluarkan lagi.. "Harap-harap boleh transfer embrio.."

Uwaaaaa.... kesiannya suami saya! Rasanya sekarang keinginan dia untuk dapat zuriat MELEBIHI keinginan saya kot?

Ya Allah.. Berikanlah kegembiraan pada suamiku. Aku ingin mengandungkan zuriatnya.

Thursday, 6 November 2014

New Life!

Salam kawan-kawan,

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-4 dengan hidup baru.

Urusan pindah dah selesai. So kami dah ucapkan bye-bye pada utara (Pengkalan Hulu, Nibong Tebal & Kuala Kurau to be exact.)

Sekarang telah selamat bermastautin di negeri Selangor pulak, rumah sendiri pulak tu tak payah sewa-sewa daaahhh. Alhamdulillah lagi.

Cuma bab kemas rumah je yang belum dapat nak selesaikan. Mostly barang masih dalam kotak. Sebab masa pindah barang hari tu baru perasan yang semua bilik kat rumah tu takde tile! (Masa bagi sewa memang tak tengok la kannn..)

Jadi setelah berfikir sejenak untuk kesenangan bersama.. Saya bincang dengan incik suami, supaya kami pasang tile dulu sebelum kemas barang dalam bilik... kalau dah bukak semua, lepas tu baru nak buat.. memang letihhhh la, kena kemas balik.. (cadangan dibuat pun masa letih pindah belum hilang)

Incik suami setuju jadi kami pun biar la kerja-kerja tu semua setel dulu... jadi dalam tempoh masa ni kami stay rumah mak incik suami. Rumah memang dekat sangat, jadi senang la.

So far, apek baru nak mula pasang hari ni lepas urusan order dia selesai. Harap-harap by Jumaat boleh siap la sebab Sabtu nak mula mengemas dah. Sedih wo baju dalam kotak lagi..hehee

Urusan pasang aircond, aerial TV, water heater dan bidai anjung yang selesai dulu..

Tempat kerja baru pulak, so far okey la...cuma penat sikit sebab ulang-alik dari Kuala Selangor ke KL. Penat badan, petrol dan tol..haha. Semua sebab nak duk rumah sendiri punya pasal. Tapi takpelah... yang penting selesa. Lepas ni slow-slow usya NGV.

Post tempat baru pulak, saya kena handle bahagian sumber maklumat dan multimedia.. memang kena dengan degree  yang ada, tapi kena belajar balik laa, dah 8 tahun tinggal sejak grad tahun 2006.

Hari ke-4 kerja ni, tanggungjawab dah mula masukkk.. so sebelum sibuk menjengah, ini la saya share ngn korang..

oh oh.. btw, bila dah kat area lembah kelang ni, terasa macam dekat-dekat je dengan fertility center yang lain kann.. Rasa nak jengah jumpa Dr A, nak cuba tangan dia pulak.. tapi dengan embrios kami masih di Penang, mungkinkah boleh kami transfer ke sini?

Sabtu 15 Nov ni PHKL ada buat forum IVF, semalam laju je saya call dan daftar...nak jumpa Dr A, nak tanya macam-macam... hopefully Allah mudahkan urusan kami untuk dapat zuriat dengan perpindahan ni juga.

Amin.