Monday, 8 September 2014

Tunggu atau tak?

Salam,

Lagi 2 hari nak cukup 2 bulan.. Rasanya diri ni dah bebas dari kesedihan lalu. Maka dalam hati pun muncul lah rasa nak buat FET.

Sebenarnya encik suami yang dah tak sabar. Kalau ikutkan dia, dari period bulan lepas lagi dah sebut..

'Jom buat FET. Abang rindu.. '
'Bila sayang nak buat? '
'Jom kita gamble je buat nak..? '

Lepas je beta test tu negatif, saya sebenarnya dah tawar hati. Rasa nak rehat, tak nak fikir pasal usaha untuk dapatkan anak. Kalau ditakdirkan kami hidup berdua, berdua saja lah.

Memang saya tiada perasaan setiap kali encik suami tuturkan ayat-ayat di atas.. Setiap kali juga saya jawab dalam kepala saya.. 'Tahun depan la.. '

Tapi di mulut.. 'Tunggu masa sesuai, sihatkan badan balik dulu.. '

Sebenarnya.. Ada perkara yang buat saya menangguhkan proses FET itu.

Pertama, encik suami dah pindah tempat kerja yang lebih jauh dari sebelum ni.. Jadi, lumrah kehidupan, hidup yang memang sedia sedih bertambah sedih.. Malam weekdays makin sunyi.. Weekend pun selalu sorang dah.

Jadi saya usahakan memohon pertukaran mengikut suami supaya kami dapat tinggal sebumbung.

Alhamdulillah, permohonan kali kedua ni pengarah sudi melepaskan saya tanpa pengganti.. Maka, sekarang adalah proses menunggu keputusan dari ibu pejabat dan penempatan.

Saya tangguhkan FET tersebut sebab ini lah.. Takut bila kami on proses.. Skali saya pula kena pindah. Kan renyah, susah, penat.. Sape nak kemas rumah tu nanti? Rumah sini, rumah sana...

Tapi encik suami selalu jawab, 'Takpe, abang buat semua.. '

Krik krik.. Krik krik..
Yeah, right.

Haha. Saya memang tak percaya dia nak buat.. Dan saya tak percaya dia boleh buat. Lagipun saya ada satu penyakit.. Tak percayakan orang buat kerja saya. Nati dia buat lain tak seperti yang saya harapkan!

Yela, suami yang kemas... Mesti sepah yang lebih. Kann?

Tapiiii... Macam lama sangat je menunggu keputusan ni. Tanpa pengganti pun lama ke..

Sabar saya pun dah jadi tak sabar nak mula balik. Seminggu dua ni asyik fikir nak FET je. Lagipun memang tengah menunggu AF ni.. Kalau surat lambat lagi keluar, rasa macam bulan ni dah nak telefon Dr untuk temujanji. Nak gamble je.  Buat biasa, macam natural. Tak terlalu berharap.

Arghhh. Tensen.

Tunggu atau tak? 

2 comments:

  1. Nolly, kadang tu bila nk cari masa yg sesuai, memang x jumpa...ada je perkara yg menyebabkan kita tangguh... But i also believe in instinc...sometimes kita akan rasa yg kita dah ready...It is not an easy journey, walaupon FET. Persediaan mental dan fizikal perlu, especially utk menghadapi kemungkinan yg kita tak mahu... take ur time...istikharah...moga Allah permudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Sweety, tenkiu ingatkan noly... Makin dicari hari tak sibuk, kerja baru manjang je muncul kan? Keadaan pun akan selalu tak mengizinkan. Noly akan usahakan istikharah, semoga mudah membuat kepurusan.

      Delete