Friday, 19 September 2014

Orang Tak Rasa Apa Kami Rasa

Salam friends,
 
Terkejut dengan status Dr Zubaidi pagi ni. Kalau benar, apa akan jadi pada kos rawatan kesuburan kita ye?
 
IVF-ICSI sekarang pun dah berbelas ribu. Esok mahu cecah dua puluh. Yang berbelas ni pun 2 kali buat, 2 kali korek simpanan tak dapat-dapat anak pun... Haaiihh.
 
Rasa nak menangis..
 


Kalau ikut apa yang kerajaan war-war kan, harga ubat takkan naik. Tapi.. kalau pembekal beli ubat dari kilang kena GST 6%. lepas tu hospital beli dari pembekal kena lagi 6%... end up user macam kita ni total berapa?

Directly tak kena tapi INDIRECTLY?

Memang akan kena juga rasanya..

Saya wassap screenshot ni pada encik suami, dia balas "Jadi kena buat la.." (Ertinya kami kena FET cepat-cepat)

Kalau ikut kemampuan kami, InsyaAllah memang kami boleh buat dalam masa terdekat. Alhamdulillah kewangan mengizinkan. Saya kesiankan kawan-kawan seperjuangan saya, yang senasib.. tak semua boleh nak teruskan saja. Ada yang kena menyimpan, ada yang sampai kena buat loan untuk rawatan kesuburan ni...

Sedih.

Orang yang tak rasa apa yang kami rasa, memang takkan rasa apa-apa!

6 comments:

  1. walaupun hospital swasta x charge GST, tapi dia kena tanggung cost GST yg dia dapat dari operasi dia. I would think hospital swasta akan naikkan harga perkhidmatan utk tanggung kenaikan kos perniagaan mereka ni... adeh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau depa naikkan sikit pun memang sakit dah..huhu

      Delete
  2. Memang terasa bahangnya..sedangkan tanpa GST pun dah mahal..tapi..inilah perjuangan kita,orang lain takkan faham mengapa kita menghabiskan duit untuk rawatan...bak kata salah sorang makcik akak - ambik je anak angkat,sayang duit.yang tak best perkataan 'je' tu.lain orang lain perjuangan...kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. diorang takkan faham. 'je' tu la yang paling susah kita nak buat. pakcik saya pun dah beberapa kali offer anak angkat dari hospital tempat dia kerja..tapi kami buat dek je, selagi boleh usaha kami akan usaha dapatkan zuriat sendiri... lagipun, saya selalu cakap pada suami, saya nak rasa mengandung tu macamana... moga allah izinkan suatu hari nanti.

      Delete
  3. Assalam..salam ziarah..

    sedih sangat..saya x dpt nak merasa buat IVF sbb kewangan x mengizinkan..plus skrg dah ade tanggungjwb lebih kepada abg yg still koma...termasuk komitmen2 lain seperti rumah dan org tua..ttc selama 8 thn, Allah jua yg maha mengetahui... semoga diberikan kesempatan utk mengandung zuriat sendiri.. :'(

    blog TTC saya : http://phatlady80.blogspot.com/

    http://phatlady80.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Julie..InsyaAllah, kami doakan Julie akan dikurniakan zuriat ye... Allah memandang pengorbanan mulia pada keluarga.

      Delete