Tuesday, 9 September 2014

Surah Al-Insyirah

Salam,

Selalu bila petang-petang, sementara menunggu waktu Maghrib saya suka pasang TV channel 106 Astro Oasis. Selain banyak zikir yang boleh diikut sama, ada bacaan ayat suci Al-Quran yang boleh dibaca sambil mendalami maksudnya.

Setiap kali tu memang airmata menitik. Rasa kerdil diri ini. Rasa takut. Seperti Yang Maha Kuasa sedang berbicara dengan kita.

Ada satu hari, sampai teresak-esak saya dibuatnya. Terpukul dengan satu surah mudah, tapi tak pernah betul-betul difahami yang tersurat dan tersirat. Jahilnya saya.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Ayat 5 dan 6 tu yang sangat terkesan. Diulang dua kali. Kenapa begitu?

(Ok, airmata dah menitik)

Saya cuma nak ingatkan diri saya yang lemah ni.. semoga tidak berputus asa dengan DIA.

'Setiap kesukaran disertai dengan kemudahan.

6 comments:

  1. nolly, mmg lapang hati yg sesak bila baca surah ni... kalo ada prob, i slalu baca surah ni utk legakn hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang surah ni untuk lapangkan hati kan.. nolly baru tau. InsyaAllah semoga dapat diamalkan selepas ni. TQ sweety.

      Delete
  2. assalam Nolly, salam perkenalan...saya nanie mslh suami kita sama azoo tp suami sy ada problm dengn production sperm bkn tube blockage...salam kenal..B strong then kita sama2 yakin In Shaa Allah ada rezeki zuriat kita nanti aminn...husbnd sy br nk proceed TESE pd 18 septm slps hormn dia kmbli normal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Nanie.. Semoga Nanie sama-sama bersabar dengan dugaan kita ni ye. Noly doakan semuanya berjalan lancar untuk Nanie dan suami. Mungkin Nanie boleh lawat web ni > http://www.spermhope.com/ Antara jalan usaha. :-)

      Delete
  3. Ayat peringatan tanda kasihnya Allah Taala kepada kita hamba-Nya yg lemah ini..tq sharing ya

    ReplyDelete