Tuesday, 10 June 2014

Penantian Itu Satu Penyiksaan

Cliche kan?

Penantian memang satu penyiksaan. Seksa sebab kita kira hari-hari yang berlalu. Kadang masa rasa berlalu pantas, tapi lately rasa macam lambaaaat sangat.

Kalau kira pengalaman long protocol yang lepas (saya selalu guna 'yang lepas-yang lepas' ni.. suka buat perbandingan. Ni last, lepas ni tak nak guna dah! Tegur saya kalau saya guna lagi), saya jangka opu akan berlaku pada 17 Jun ni, dan ET tiga hari kemudian pada 20 Jun. Tapi nampak gayanya kali ni long-nya betul-betul long protocol.

Entah apa rencah Dr Ng ni, schedule dia memang lain dari yang lain. Yang tak dapat saya google dah. Mula-mula saya jangka appointment akan diadakan pada Day 2 period (as usual), dan suntikan menggalakkan pembesaran follicles (Puregon) akan dimulakan pada hari tersebut jugak.. tapi dia pi buat appointment pada day 7 dan suntikan pada day 11.

Memang lain.

Saya rasa tu memang cara dia. Sebab nurse-nurse dia pun nampak biasa dengan kaedah tu. Takde nampak pelik. Saya cuba google ape kaedah yang Dr Ng ni praktikkan, tak jumpa. Dah buntu dah.

On the other side, bagus jugak dia guna cara yang lain... sebab bila saya dah buntu google tak dapat maklumat -- saya tak akan buat prediction dan assumption sendiri dah -- kurang masa duk pegang smartphone dengan gelombang wifi yang tak elok tuh -- otak tak ligat fikir apa nak buat lepas ni -- kurangkan curiosity -- bila dah boleh lepas semua tu, minda dan perasaan pun boleh rileks.

Hopefully.

Akhirnya kena beritahu balik diri yang bila saya dah berusaha dan berdoa setakat mana yang saya mampu, kemudian serahlah semuanya kepada Allah. Tawakal. Biarkan ia berlaku dengan sendirinya.. saya ikut saja.

Bila saya cerita pada suami cara Dr Ng yang lain ni.. dia cuma jawab, "Setiap doktor ada cara dia sendiri, biarlah dia buat kerja dia.. yang penting berjaya tak berjaya, itu Allah punya kerja."

Betul tu. Semuanya balik pada Allah.

Ikut je lah apa Dr nak buat, bagaimana flow dia, kita followwww je laa... Rasanya kalau kurangkan counting days tu, masa pun akan berlalu tanpa kita sedar kot.

InsyaAllah, please Noly! Let it go.. let it go... gaya nyanyi lagu Frozen. Ha5.

Oh Olaf!

8 comments:

  1. Assalam sy doakn awk berjaya.in shaa Allah kuatkn smgt tau.ivf ni mmg sgt intense,terutama ms 2ww tu.Sy pun bru wat ivf dgn dr.lau kt lam wah ee,then last year ms register utk ivf,dr ng xde huhu.ramai yg kata dia bgus.good luck n all the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Syairatul.. buat kat Lam Wah Ee jugak ea? Macamana? In the process ke dah berjaya... Seronok jumpa yang sama hospital ni. Hehe, TQ and all the best utk Syairatul jugak.

      Delete
  2. Memang tak boleh elak dear..mesti nak counting, nak predict, nak risau..syuh2..gangguan minda je tu..inshaAllah cara tak sama tak semestinya tak jadi..kun faya kun..Semoga dipermudahkan Allah usaha nolly..Ameen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn, TQ. Tu la, kadang bila tengah google lama-lama tu kena paksa diri stop.... urgh, harap boleh la. He3

      Delete
  3. nolly, it's good doc tu ada cara dia sendiri...maknanya, dia suit the treatment based on patient. InshaAllah, smg Allah permudahkan...

    p/s: lagu 'let it go' ni kalo dah melekat kt kepala i, memang dok terngiang-ngiang kat kepala sepanjang hari...huhuhhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami pun cakap macam tu, hopefully moga dimudahkan juga... kannn, terngiang je. hehe

      Delete
  4. Salam Noly, kak lin ni..huhu....dok bace2 blog Noly. sungguh informatif. Noly buat seocnd ivf yer? moga berjaya insyaAllah. orang lak ..kami da 3 tahun, maka finally pegi jumpe doc kali ke2 selepas kali pertama dlu setengah jalan sebab ingat nk cont ngan homeopati dlu, tp x berjaya jugak.
    Akan cont ttc dgn Hospital Selayang pas raya insyaAllah.

    Orang doakan Noly berjaya untuk ttc kali ni insyaAllah. Tempat pun dah dekat ngan umah compare to last time. Moga perjalanan ttc kita diberkati Allah, insyaAllah.
    Keep up positive aura gal! :)

    btw, org pun ade blog gak, tp xreti nk comment as blogger sbb pilihan2 ni mcm xde tuk blogger jer..huhu..mode masih blaja..haha..

    anyway, good luck to both of us :)
    amin..

    ReplyDelete
  5. Wasalam Kak Lin...TQ doakan noly berjaya ye.. akak pun agar dimudahkan perjalanan ttc kali ni. Bagi address blog akak kat saya...nak follow.. hehe

    ReplyDelete