Monday, 5 May 2014

Male Infertility

Kebiasaan oleh masyarakat kita apabila ada pasangan yang tidak mendapat cahaya mata setelah sekurang-kurangnya setahun berkahwin, yang akan dipersalahkan adalah si isteri.

Ya, kebanyakan masalah kesuburan yang kita ketahui memang berpunca daripada wanita. Endometriosis, PCOS, tiub fallopian tersumbat, telur tidak matang, cyst dan lain-lain. Tetapi masalah yang ada pada wanita ini rata-ratanya boleh dirawat.

Tahukah anda, sebenarnya lelaki juga adalah merupakan penyumbang kepada permasalahan sukar mendapatkan zuriat ini? Dan peratusannya dengan masalah wanita juga adalah hampir sama iaitu  50% - 50%.

Mungkin disebabkan masalah taboo yang tak habis-habis di kalangan orang melayu, maka sekiranya masalah ini berpunca dari suami, maka disorok-sorok. Atau mungkin juga tak sedar langsung kekurangan itu pada suami kerana tidak pernah tergerak untuk memeriksa dan dengan senang hati menyalahkan isteri saja.

Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang suami yang berfikiran terbuka dalam hal ini. Setelah memeriksa beberapa kali mencari penyebab, akhirnya kami menjumpai puncanya iaitu Azoospermia.

* * *
Saya terangkan secara mudah..


Kesuburan lelaki bergantung kepada keupayaan pengeluaran sperma yang normal dan kemampuan untuk 'deliver' ke vagina pasangan wanita. Prosesnya bermula dengan spermatogenesis, atau pembentukan sperma di dalam testis. Sel sperma atau dikenali juga sebagai spermatozoa, dihasilkan melalui proses yang rumit ini selama berbulan-bulan. Setelah terhasil sperma keluar dari testis dan disimpan di epididymis di mana ia 'fully develop'. Ia kemudiannya akan ditolak ke vas deferens dan urethra semasa ejakulasi.





Masalah ketaksuburan lelaki berpunca apabila, dia tidak dapat melakukan proses-proses di atas. Sama ada sperma tidak dapat disalur ke vagina, sperma tidak berkualiti atau pun sperma langsung tidak keluar dari badan lelaki tersebut!

Berikut adalah term bagi masalah-masalah lelaki:

Azoospermia - absence of sperm in the ejaculate.
Aspermia - zero volume ejaculate.
Oligospermia - low numbers of sperm.
Asthenospermia - poor sperm motility.
Teratospermia - abnormal morphology (shape) of sperm.

Azoospermia adalah medical term yang digunakan apabila tiada sperma di dalam semen bila ejakulasi.

Ia terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

1. Obstructive Azoospermia (OA) - blockage yang menghalang sperma daripada keluar bersama ejakulasi.
2. Non Obstructive Azoospermia (NOA) - permasalahan pembentukan sperma di dalam testis.

Alhamdulillah, setelah beberapa pemeriksaan dibuat DH adalah OA yang bermaksud, kilang testisnya menghasilkan sperma but somehow mungkin terdapat blockage yang menghalangnya keluar.

Pemeriksaan yang dijalankan untuk penentuan adalah blood hormone test, pemeriksaan keadaan fizikal dan akhir sekali confirmation melalui biopsy testes.

Bagi pasangan yang suami mempunyai masalah Obstructive Azoospermia, jangan risau... Masih ada harapan untuk anda memiliki zuriat sendiri atau biological child kata omputih. Kerana as long as suami anda masih menghasilkan sperma, walaupun ia tidak dapat keluar sendiri... beberapa medical prosedur boleh dilakukan untuk mengeluarkannya seperti TESA, PESA, MESA, TESE dan beberapa lagi cara.

Setelah sperma suami diperolehi melalui cara-cara di atas, anda boleh menjalani proses In Vitro Fertilisation (IVF) dengan Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI) untuk memperolehi zuriat. (This is what we're doing right now...)

InsyaAllah jika sampai masanya, akan ada rezeki anda dan kami... :) Yang penting jangan malu-malu berusaha.

Bagi yang pasangannya mengalami Non Obstructive Azoospermia (NOA).. minta maaf setakat ini pengetahuan saya tentang rawatan ini amat terhad. Tetapi saya ada terjumpa satu website yang agak meyakinkan dapat merawat NOA ini. Dan ia memang hanya menumpukan kepada kes ini sahaja...

Sila ke http://www.spermhope.com/index.html

Pakar urology meyatakan saban tahun semakin ramai lelaki yang menemuinya kerana permasalah azoospermia ini. Semakin meningkat... Jadi kita perlulah berbuat sesuatu.

Jalan dah ada, janganlah malu berusaha. Lupakan taboo kita, demi mendapatkan zuriat idaman hati. Janganlah diseksa hati isteri kerana ego seorang lelaki...

No comments:

Post a Comment