Monday, 12 May 2014

Ceritera TESA Dear Hubby.

Salam,

Pada 25/04/2014 tanggal Jumaat dua minggu yang lepas, berlangsunglah prosedur TESA kepada DH saya.

Tarikh prosedur ini kami sendiri yang tetapkan atas kesediaan dan kelapangan kami. Mengikut ayat Dr. Leong, "Datang bila dah ready.." Jadi kami pilih tarikh ni kerana pertama, hari Jumaat adalah hari DH kurang sibuk. Kedua, dan merupakan yang utama.. Tempoh tu cukup-cukup DH selesai habiskan sebotol supplemen tambahan yang saya sediakan untuk kesihatan mr. sperm. InsyaAllah.

Jadi pada hari kejadian, kami bertolak ke hospital tepat pukul 6.45 pagi usai solat subuh dan sarapan. Waktu temujanji adalah pukul 8.30 pagi tapi kami keluar awal untuk mengelakkan kesesakan di atas jambatan pulau pinang.

Tiba di hospital 7.45 pagi kami daftarkan diri dan kemudian menunggu giliran. Saya perasan DH sepanjang jalan macam mood tak berapa nak baik, mau tidaakkk... nebes la tu! :p Masa menunggu pun macam tu. Diam je dia.

Dalam pukul 11.00 pagi barulah giliran DH tiba dan dibawa ke operation theater di tingkat 4. Tak sama seperti di Metro, kami berdua berjalan sendiri ditemani seorang nurse ke bilik tersebut, kalau dulu dah siap berbaju sakit bagai dengan wilca.

Sampai depan pintu OT, ingatkan saya dapat masuk sama, tetapi rupanya tak boleh.. DH je yang masuk membawa debarannya. "Nasib baik, kalau tidakk... ada yang nak kena record ni." Sempat lagi mengusik DH yang memang dah kelu seribu bahasa.


Menunggu kat luar tu, debaran saya pulak yang mula bertambah.. Asyik terfikir, "Apa jadi kat laki aku dalam tu?" "Ade ke sperm? Harapnya ada." Sambil banyakkan berdoa dan zikir semoga Allah mudahkan urusan kami kali ini.. Kebetulan dengan hari Jumaat, saya isi waktu menunggu tu dengan membaca Surah Al-Kahfi.


OT hari tu agak sibuk memandangkan Selasa dan Jumaat adalah operation day. Jadi pesakit dan nurses sentiasa keluar masuk.. Setiap kali pintu ditolak dari dalam, saya tertunggu kelibat DH.

Hinggalah lebih kurang sejam setengah kemudian, pukul 12.20 tengahari, saya lihat ada seorang nurse keluar dengan menolak troli kecil, di atasnya ada sebuah kotak besi sederhana besar... hati saya kuat mengatakan box besi tu adalah hasil dari tesa DH... kuat mengatakan dalam tu ada sperm DH walaupun kelibat DH masih belum kelihatan..

Saya ikut pergerakan nurse tu hingga dia hilang di sebalik pintu lif. Lagi bertambah confirm memandangkan ivf center cuma satu floor di bawah.

Pukul 1.00 tengahari, buat kesekian kalinya bila pintu OT ditolak dari dalam, saya terus memerhati. Kali ini DH keluar bersama seorang nurse lelaki. Memang tak seperti yang saya jangkakan, DH keluar dengan katil wad atau wheelchair, sebaliknya dia keluar melenggang sebagaimana dia masuk pagi tadi... Bukan main lagi sembang.

Cepat-cepat saya ikut serta... Dari perbincangan, saya dapat tau Dr berjaya ambil agak banyak 'cecair' dari prosedur tersebut, tapi embriologist masih perlu periksa untuk memastikan kewujudan sperm di dalamnya. "Jika ada, boleh proceed IVF. Jika tiada... Hmmm, then no lah."

Saya tengok DH dah hilang senyap pagi tadi, tapi masih tak senang duduk memandangkan keputusan tepat belum keluar. Kebetulan dengan waktu rehat, kami disuruh makan tengahari di cafe dulu dan kembali ke IVF centre untuk mengetahui keputusan sebenar.

Hajat saya, selepas lunch mahu diajak DH ke surau dulu untuk solat zohor.. tapi dia memang nampak sangat dah tak sabar-sabar nak menerjah ke IVF center. Jadi saya mengikut sajalah..

Alhamdulillah, seperti yang saya jangkakan tadi. Box besi tu memang kepunyaan DH dan keputusan yang kami dapat pun melegakan hati. Setelah dilihat embriologist, cecair tadi tu mengandungi sperma, banyak dan kami diberitahu ia akan disimpan beku dalam 2 tiub (or bekas etc).

Jadi maknanya, jika 1 tiub kami guna untuk IVF cycle ni. Ada lagi baki 1 tiub yang kekal di bekukan untuk kegunaan masa akan datang.

Wohooo! (Ekspresi DH dari air muka dia.)

Alhamdulillah... Allah telah mudahkan langkah kami setakat ini. Moga dipermudahkan seterusnya juga.

On the way balik... baru saya dapat balik suami saya yang banyak mulut!! Dah hilang debor katakan.....

P/S: Kos sperm freezing and storing adalah RM 1000 untuk 2 tahun. Untuk tahun seterusnya perlu tambahn RM 1500 untuk 3 tahun.



Hiasan En. Sperm tersenyum menyambut kedatangan kami ke IVF Center. 
So sweett!!! Haha.

6 comments:

  1. alhamdulillah...Allah permudahkan usaha noly dan somi...so,lps ni next step ivf lh ye...good luck yea...by the way,buat tesa kt spital mana ni?lupa dh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..thank you sis ieda. Kami buat di hospital lam wah ee.

      Delete
  2. Alhamdulillah, moga Allah permudahkn utk langkah seterusnya....amin...

    ReplyDelete
  3. excited nak tau next journey. situasi kita sama. I pun dah undergo 1st IVF same case mcm u day 11 mcm tu blood cloth turun. but I tak cuci pun biarkan dia keluar sendiri. will undergo Frozen embryo treatment maybe on june. gudluck Nolly!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Fini... good luck untuk awak jugak. Bestnya ada fozen kan..hehe

      Delete