Friday, 23 May 2014

CD19 - Appointment for Suprefect

Salam,

Semalam 22/05/14 ada appointment dengan Dr. Ng. Kami bersiap keluar rumah pukul 7.00 pagi. Separuh jalan singgah sarapan dan sampai ke kaunter pendaftaran hospital lebih kurang 9.00 pagi.

Rasa macam dah awal, tapi terkejut saya bila akak kat kaunter bagitau yang nombor giliran saya dan kena waktu petang. Bila di klinik saya confirmkan dengan nurse, dan memang nombor saya memang dah masuk petang sebab pagi dah penuh. Alahai.. Bila masanya diorang ni daftar?

Nurse kata giliran saya yang ke 49, disuruhnya saya keluar shopping atau jalan-jalan dulu dan datang balik pukul 4 atau 5 petang. Sememangnya memang dah berhajat ke Queensbay, maka kami pun menghala ke sana. Tapi shopping tu jadi tak best juga memikirkan kita nak jumpa doktor. Lepas lunch je, pukul 2 ptg suami dah mengajak balik ke hospital. Katanya mana tau, kot2 ada rezeki awal..

Hurm, nampak gayanya tak juga. Walau dah no 49 tu.. tunggulah turn ke-49. Nasibnya, kami dapat masuk bilik doktor pukul 8.30 malam... Haaa, percaya tak? Pukul 9 malam baru balik. 12 jam tu nunggu, naik sakit pungkok.

Sabar je la... Malas nak marah-marah, nanti stress. Lagipun salah diri sendiri, perasan awal. Orang lain rupanya 6 pagi dah register, terutamanya orang-orang indonesia tu. Ramai betul diorang, jauh datang berubat.

Hot Dr.Ng nih... Hehe.

Dalam sabar-sabar tu hampir menitik jugak airmata dah tak tahan menunggu... Elok je dia bergenang, nama dipanggil... Alhamdulillah dapat jugak jumpa doc (syahdu gitu..)

Jadi untuk appointment kali ni, saya diberi bahan-bahan untuk injection (Suprefact, nice to see you again!) Nurse ajar step by step macamana nak inject. Walaupun dah ada pengalaman, buat zero je dan dengar lagi...

InsyaAllah kali ni buat yang lebih baik. Appreciate the second chance.

Tunggu Cd21.

p/s: Tolong doakan kejayaan kami ye.

8 comments:

  1. wow...ramai betul patient doc tu...memang kena be 'patient' menunggu... good luck nolly...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang patient sungguh! hehe, nampak macam tak ramai, tapi masing2 dah tau kena pukul berapa kot.. so bila waktu tertentu baru nampak muka asing yang noly ingatkan lg lambat, rupanya no dia lagi awal...

      Delete
  2. semoga noly tabah yer tunggu doc lama2.. inshaALLAH semoga kesabaran itu akan terbalas dengan sesuatu yg indah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, amiinn... memang mengharap itulah kemanisannya :-p

      Delete
  3. No 49 tu..patut sampai malam..hot betul dr. ni..semoga dipermudahkan segalanya..Ameen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ. Aduuh tu la, macam serik je.. lepas ni usai subuh terus berangkat.. hehe, hot-hot pun Allah juga menentukan... semoga dipermudahkan juga. Aminn.

      Delete
  4. Ya Allah lamanya tunggu turn..tinggi sungguh kesabaran puan. Salam kenal. Saya dah iui 3 kali. All failed. About to embark on ivf tp nampaknya kena hold dulu sbb lps gst treatment costs mmg naik. Tabungan yg sebelum ni cukup2 terus jd belum cukup. Semoga Allah mudahkan jalan kita semua. Sobs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, bila pikir balik rasa serik..haha. all the best dear, moga ada rezeki on ivf pulak ye.. cost tu, nak tak nak kita terpaksa telan jugak la..huhu.

      Delete