Friday, 23 May 2014

CD19 - Appointment for Suprefect

Salam,

Semalam 22/05/14 ada appointment dengan Dr. Ng. Kami bersiap keluar rumah pukul 7.00 pagi. Separuh jalan singgah sarapan dan sampai ke kaunter pendaftaran hospital lebih kurang 9.00 pagi.

Rasa macam dah awal, tapi terkejut saya bila akak kat kaunter bagitau yang nombor giliran saya dan kena waktu petang. Bila di klinik saya confirmkan dengan nurse, dan memang nombor saya memang dah masuk petang sebab pagi dah penuh. Alahai.. Bila masanya diorang ni daftar?

Nurse kata giliran saya yang ke 49, disuruhnya saya keluar shopping atau jalan-jalan dulu dan datang balik pukul 4 atau 5 petang. Sememangnya memang dah berhajat ke Queensbay, maka kami pun menghala ke sana. Tapi shopping tu jadi tak best juga memikirkan kita nak jumpa doktor. Lepas lunch je, pukul 2 ptg suami dah mengajak balik ke hospital. Katanya mana tau, kot2 ada rezeki awal..

Hurm, nampak gayanya tak juga. Walau dah no 49 tu.. tunggulah turn ke-49. Nasibnya, kami dapat masuk bilik doktor pukul 8.30 malam... Haaa, percaya tak? Pukul 9 malam baru balik. 12 jam tu nunggu, naik sakit pungkok.

Sabar je la... Malas nak marah-marah, nanti stress. Lagipun salah diri sendiri, perasan awal. Orang lain rupanya 6 pagi dah register, terutamanya orang-orang indonesia tu. Ramai betul diorang, jauh datang berubat.

Hot Dr.Ng nih... Hehe.

Dalam sabar-sabar tu hampir menitik jugak airmata dah tak tahan menunggu... Elok je dia bergenang, nama dipanggil... Alhamdulillah dapat jugak jumpa doc (syahdu gitu..)

Jadi untuk appointment kali ni, saya diberi bahan-bahan untuk injection (Suprefact, nice to see you again!) Nurse ajar step by step macamana nak inject. Walaupun dah ada pengalaman, buat zero je dan dengar lagi...

InsyaAllah kali ni buat yang lebih baik. Appreciate the second chance.

Tunggu Cd21.

p/s: Tolong doakan kejayaan kami ye.

Tuesday, 20 May 2014

CD 3 - Blood Work

Salam,

Keputusan tesa dah dapat, hubby pun dah ceria gembira. Sekarang giliran saya pulak. Kali ni kena buat blood test untuk check hormon. Pemeriksaan perlu dibuat antara day 2 - 4 menstrual period, jadi perlulah menunggu Aunt Flo (AF) datang bagi bulan april dulu.

AF ni kalau ditunggu-tunggu, main-main pulak dia. Bulan Mac, AF datang pada 29 hb. Bulan April, tak datang! Bulan Mei dia muncul awal-awal 4 hb.

Sebenarnya takde yang pelik pun kat situ. Actually period bulan Mac tu dah masuk april skali sebab dia datang hujung bulan. Disebabkan dah hujung sangat tarikhnya tu, maka minggu tak boleh solat adalah termasuk awal bulan April.

Bulan April pulak cycle jadi panjang (memang dah jadi kebiasaan bagi saya lepas kawin, masa anak dara elok je 28 hari). Kali ni cycle length 36 days, so AF datang 4 hb Mei.

Pada CD 3 baru saya menjengah ke hospital untuk blood test tersebut. Lambat sikit sebab menunggu suami lapang dari jadual mengalahkan menteri dia :p. Lagipun dia dah janji pada saya, untuk tak biarkan saya ke hospital sendirian IVF kali ni (saya paksa dia berjanji actually!)

Kalau mengikutkan tahap kesabaran hati yang tipis ni, rasa on CD2 saya dah nak pergi, tapi sebab menunggu dia jadi delay. Dah ada terfikir nak drive sendiri pun (sebab mmg survivor.. haha) tapi tahan-tahan, sabar-sabar... kena pergi dengan dia jugak!

So on CD3 kami pergi, kali ni cuma jumpa nurse untuk dapatkan borang blood test, tak perlu jumpa doktor. Kebetulan pula hari Selasa adalah operation day, jadi klinik memang takde orang.

Hmm, nasib baik jugak kami pergi berdua. Rupa-rupanya bukan saya seorang saja yang kena buat blood test, suami pun kena juga! (awat la tak habaq awai-awai nurse sayang..) Dalam hati dah bersyukur sangat tak mengikut kata nafsu tak sabar tu. Kalau tidak.. dua kali kerja. Lagi pun, tak boleh nak komplen sebab saya datang pun main terjah je... Lupa pulak nak call buat appointment, so agak makan masa sebab diorang kena cari fail saya dulu.. Hehe.

Takpe, anggap Allah dah bantu saya. Sabar je sikit, dia permudahkan urusan. Kan?

So, blood test untuk suami tu katanya untuk cek HIV. Maklum la, kan sperm suami dibekukan, nanti nak handle tu diorang takut jangkitan kot? Saya pun dicheck jugak.

Sembang-sembang tu saya cakap juga pada nurse, 'HIV test dulu dah buat." Dia tanya, 'Bila?'
Sengih-sengih saya jawab, 'Sebelum kawin..' Hehe. 'Dah lama maaa...' OK. OK.

Seriau gak la, bila tau banyak pulak test nak kena buat ni, maknanya kena amik darah banyak. Saya ni, tak takut jarum. Tak takut doktor, mahupun nurse. Tapi tangan saya ni urat memang invicible!

Setiap kali amik darah, saya rasa kesian kat nurse pasal cari urat tak jumpa-jumpa. Pastu, kalau jumpa pun sat je.. baru dapat sikit darah dah kering. Kena cucuk tempat lain pulak. Dari sebesar- besar jarum normal, tukar butterfly, last skali jarum baby.. Tu pun belum tentu.

Saya dah biasa, nurse ni la yang tak biasa. Padahal memang kat Lam Wah Ee ni, yang bahagian blood work, kerja hari-hari memang amik darah je. Jumpa saya... haa, baru dia tau skill dia belum cukup terer. Keh3.

Ada la dalam setengah jam dua orang nurse mengerjakan saya.. sampai 4 tempat cucuk. Dari lengan kanan ke lengan kiri ke belakang tapak tangan.... Haaa, yang ni memang sebak sikit la nak cerita. Sebab tempat last call belakang tapak tangan tu, cucuk kat situ memang sakit.. takde lemak kot. Sape belum penah rasa boleh la try... keh3. Nak nangis pun ada, padahal dulu masuk wad, tiap-tiap hari nurse balun kat situ boleh je tahan.

Kali ni nurse muda tu sampai berulang-ulang kali sebut, "Kami sayang you. Kami sayang you.. Sorry aaah." Kesian kot duk mencucuk saya... Saya pulak kesiankan dia.




Lebam ni baru je mula nampak, beberapa hari kemudian punya biru,
macam kena tumbuk. Hehe.

Suami saya takut jarum. Tengok je jarum hala ke dia, terus dia wujudkan hikmat kejungkan badan. Keras. Haha, tapi sekali cucuk je siap! Dia siap leh amikkan gambar saya tengah dikerjakan nurse... gelakkan saya. Ceh!

Alhamdulillah, dapat jugak la amaun darah yang diorang perlukan, jasa belakang tapak tangan. Akibatnya saya balik bertempek-tempek plaster. Dah tak dapat nak tekan tempat kena cucuk tu untuk kurangkan biru.

Selang 2, 3 hari... lebam! Kalau orang tengok mesti kata kena dera ngan suami. Love bite mustahil la kannnn... Hahahahaha!

Monday, 12 May 2014

Ceritera TESA Dear Hubby.

Salam,

Pada 25/04/2014 tanggal Jumaat dua minggu yang lepas, berlangsunglah prosedur TESA kepada DH saya.

Tarikh prosedur ini kami sendiri yang tetapkan atas kesediaan dan kelapangan kami. Mengikut ayat Dr. Leong, "Datang bila dah ready.." Jadi kami pilih tarikh ni kerana pertama, hari Jumaat adalah hari DH kurang sibuk. Kedua, dan merupakan yang utama.. Tempoh tu cukup-cukup DH selesai habiskan sebotol supplemen tambahan yang saya sediakan untuk kesihatan mr. sperm. InsyaAllah.

Jadi pada hari kejadian, kami bertolak ke hospital tepat pukul 6.45 pagi usai solat subuh dan sarapan. Waktu temujanji adalah pukul 8.30 pagi tapi kami keluar awal untuk mengelakkan kesesakan di atas jambatan pulau pinang.

Tiba di hospital 7.45 pagi kami daftarkan diri dan kemudian menunggu giliran. Saya perasan DH sepanjang jalan macam mood tak berapa nak baik, mau tidaakkk... nebes la tu! :p Masa menunggu pun macam tu. Diam je dia.

Dalam pukul 11.00 pagi barulah giliran DH tiba dan dibawa ke operation theater di tingkat 4. Tak sama seperti di Metro, kami berdua berjalan sendiri ditemani seorang nurse ke bilik tersebut, kalau dulu dah siap berbaju sakit bagai dengan wilca.

Sampai depan pintu OT, ingatkan saya dapat masuk sama, tetapi rupanya tak boleh.. DH je yang masuk membawa debarannya. "Nasib baik, kalau tidakk... ada yang nak kena record ni." Sempat lagi mengusik DH yang memang dah kelu seribu bahasa.


Menunggu kat luar tu, debaran saya pulak yang mula bertambah.. Asyik terfikir, "Apa jadi kat laki aku dalam tu?" "Ade ke sperm? Harapnya ada." Sambil banyakkan berdoa dan zikir semoga Allah mudahkan urusan kami kali ini.. Kebetulan dengan hari Jumaat, saya isi waktu menunggu tu dengan membaca Surah Al-Kahfi.


OT hari tu agak sibuk memandangkan Selasa dan Jumaat adalah operation day. Jadi pesakit dan nurses sentiasa keluar masuk.. Setiap kali pintu ditolak dari dalam, saya tertunggu kelibat DH.

Hinggalah lebih kurang sejam setengah kemudian, pukul 12.20 tengahari, saya lihat ada seorang nurse keluar dengan menolak troli kecil, di atasnya ada sebuah kotak besi sederhana besar... hati saya kuat mengatakan box besi tu adalah hasil dari tesa DH... kuat mengatakan dalam tu ada sperm DH walaupun kelibat DH masih belum kelihatan..

Saya ikut pergerakan nurse tu hingga dia hilang di sebalik pintu lif. Lagi bertambah confirm memandangkan ivf center cuma satu floor di bawah.

Pukul 1.00 tengahari, buat kesekian kalinya bila pintu OT ditolak dari dalam, saya terus memerhati. Kali ini DH keluar bersama seorang nurse lelaki. Memang tak seperti yang saya jangkakan, DH keluar dengan katil wad atau wheelchair, sebaliknya dia keluar melenggang sebagaimana dia masuk pagi tadi... Bukan main lagi sembang.

Cepat-cepat saya ikut serta... Dari perbincangan, saya dapat tau Dr berjaya ambil agak banyak 'cecair' dari prosedur tersebut, tapi embriologist masih perlu periksa untuk memastikan kewujudan sperm di dalamnya. "Jika ada, boleh proceed IVF. Jika tiada... Hmmm, then no lah."

Saya tengok DH dah hilang senyap pagi tadi, tapi masih tak senang duduk memandangkan keputusan tepat belum keluar. Kebetulan dengan waktu rehat, kami disuruh makan tengahari di cafe dulu dan kembali ke IVF centre untuk mengetahui keputusan sebenar.

Hajat saya, selepas lunch mahu diajak DH ke surau dulu untuk solat zohor.. tapi dia memang nampak sangat dah tak sabar-sabar nak menerjah ke IVF center. Jadi saya mengikut sajalah..

Alhamdulillah, seperti yang saya jangkakan tadi. Box besi tu memang kepunyaan DH dan keputusan yang kami dapat pun melegakan hati. Setelah dilihat embriologist, cecair tadi tu mengandungi sperma, banyak dan kami diberitahu ia akan disimpan beku dalam 2 tiub (or bekas etc).

Jadi maknanya, jika 1 tiub kami guna untuk IVF cycle ni. Ada lagi baki 1 tiub yang kekal di bekukan untuk kegunaan masa akan datang.

Wohooo! (Ekspresi DH dari air muka dia.)

Alhamdulillah... Allah telah mudahkan langkah kami setakat ini. Moga dipermudahkan seterusnya juga.

On the way balik... baru saya dapat balik suami saya yang banyak mulut!! Dah hilang debor katakan.....

P/S: Kos sperm freezing and storing adalah RM 1000 untuk 2 tahun. Untuk tahun seterusnya perlu tambahn RM 1500 untuk 3 tahun.



Hiasan En. Sperm tersenyum menyambut kedatangan kami ke IVF Center. 
So sweett!!! Haha.

Monday, 5 May 2014

Male Infertility

Kebiasaan oleh masyarakat kita apabila ada pasangan yang tidak mendapat cahaya mata setelah sekurang-kurangnya setahun berkahwin, yang akan dipersalahkan adalah si isteri.

Ya, kebanyakan masalah kesuburan yang kita ketahui memang berpunca daripada wanita. Endometriosis, PCOS, tiub fallopian tersumbat, telur tidak matang, cyst dan lain-lain. Tetapi masalah yang ada pada wanita ini rata-ratanya boleh dirawat.

Tahukah anda, sebenarnya lelaki juga adalah merupakan penyumbang kepada permasalahan sukar mendapatkan zuriat ini? Dan peratusannya dengan masalah wanita juga adalah hampir sama iaitu  50% - 50%.

Mungkin disebabkan masalah taboo yang tak habis-habis di kalangan orang melayu, maka sekiranya masalah ini berpunca dari suami, maka disorok-sorok. Atau mungkin juga tak sedar langsung kekurangan itu pada suami kerana tidak pernah tergerak untuk memeriksa dan dengan senang hati menyalahkan isteri saja.

Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang suami yang berfikiran terbuka dalam hal ini. Setelah memeriksa beberapa kali mencari penyebab, akhirnya kami menjumpai puncanya iaitu Azoospermia.

* * *
Saya terangkan secara mudah..


Kesuburan lelaki bergantung kepada keupayaan pengeluaran sperma yang normal dan kemampuan untuk 'deliver' ke vagina pasangan wanita. Prosesnya bermula dengan spermatogenesis, atau pembentukan sperma di dalam testis. Sel sperma atau dikenali juga sebagai spermatozoa, dihasilkan melalui proses yang rumit ini selama berbulan-bulan. Setelah terhasil sperma keluar dari testis dan disimpan di epididymis di mana ia 'fully develop'. Ia kemudiannya akan ditolak ke vas deferens dan urethra semasa ejakulasi.





Masalah ketaksuburan lelaki berpunca apabila, dia tidak dapat melakukan proses-proses di atas. Sama ada sperma tidak dapat disalur ke vagina, sperma tidak berkualiti atau pun sperma langsung tidak keluar dari badan lelaki tersebut!

Berikut adalah term bagi masalah-masalah lelaki:

Azoospermia - absence of sperm in the ejaculate.
Aspermia - zero volume ejaculate.
Oligospermia - low numbers of sperm.
Asthenospermia - poor sperm motility.
Teratospermia - abnormal morphology (shape) of sperm.

Azoospermia adalah medical term yang digunakan apabila tiada sperma di dalam semen bila ejakulasi.

Ia terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

1. Obstructive Azoospermia (OA) - blockage yang menghalang sperma daripada keluar bersama ejakulasi.
2. Non Obstructive Azoospermia (NOA) - permasalahan pembentukan sperma di dalam testis.

Alhamdulillah, setelah beberapa pemeriksaan dibuat DH adalah OA yang bermaksud, kilang testisnya menghasilkan sperma but somehow mungkin terdapat blockage yang menghalangnya keluar.

Pemeriksaan yang dijalankan untuk penentuan adalah blood hormone test, pemeriksaan keadaan fizikal dan akhir sekali confirmation melalui biopsy testes.

Bagi pasangan yang suami mempunyai masalah Obstructive Azoospermia, jangan risau... Masih ada harapan untuk anda memiliki zuriat sendiri atau biological child kata omputih. Kerana as long as suami anda masih menghasilkan sperma, walaupun ia tidak dapat keluar sendiri... beberapa medical prosedur boleh dilakukan untuk mengeluarkannya seperti TESA, PESA, MESA, TESE dan beberapa lagi cara.

Setelah sperma suami diperolehi melalui cara-cara di atas, anda boleh menjalani proses In Vitro Fertilisation (IVF) dengan Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI) untuk memperolehi zuriat. (This is what we're doing right now...)

InsyaAllah jika sampai masanya, akan ada rezeki anda dan kami... :) Yang penting jangan malu-malu berusaha.

Bagi yang pasangannya mengalami Non Obstructive Azoospermia (NOA).. minta maaf setakat ini pengetahuan saya tentang rawatan ini amat terhad. Tetapi saya ada terjumpa satu website yang agak meyakinkan dapat merawat NOA ini. Dan ia memang hanya menumpukan kepada kes ini sahaja...

Sila ke http://www.spermhope.com/index.html

Pakar urology meyatakan saban tahun semakin ramai lelaki yang menemuinya kerana permasalah azoospermia ini. Semakin meningkat... Jadi kita perlulah berbuat sesuatu.

Jalan dah ada, janganlah malu berusaha. Lupakan taboo kita, demi mendapatkan zuriat idaman hati. Janganlah diseksa hati isteri kerana ego seorang lelaki...