Thursday, 3 April 2014

Once In A While..

Salam Readers,

Perjalanan ini sungguh tak mudah.

Pada satu saat, rasa tak sabar menyelubungi diri. Semangat, harapan tinggi menggunung. Rasa masa tu juga nak mengadap doktor kita, minta selesaikan semua prosedur. Nak terus berada dalam tempoh dua minggu yang mendebarkan . Atau mungkin nak terus melompat dengan kejayaan.

Saat yang lain, rasa takut datang menyelubungi. Demi Allah takut itulah yang saya rasakan sekarang. Waktu seakan terhenti, diam, termenung, takut... Macam mana kalau perkara-perkara yang kita tak mahu tu berlaku?

What if..?
How if..?

Kuatkah aku sebenarnya?
Sanggupkah melaluinya lagi?

Ya Allah, sebak menahan airmata.

Sekarang terasa..

Solat hajat belum cukup.
Solat tahajud belum cukup.
Solat dhuha belum cukup.
Membaca al-Quran belum cukup.
Berdoa belum cukup.
Zikir belum cukup.

Terasa kurang segala-galanya! :'(

2 comments:

  1. Salam dear.,i feel you..rasa on off yang menyesakkan dada tiap kali nak start treatment,.satu saat tu yakin sangat dengan rezeki Allah,satu saat lagi rasa tak yakin dengan diri sendiri.ia adalah normal dear..doa banyak2 ok,akak doakan semuanya dipermudahkan..Amin.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam akak, amiin. Terima kasih atas nasihat dan doa. Noly doakan agar akak cepat recover dan kembali ttc semula ye... InsyaAllah ujian yang didatangkan itu besar ganjarannya nanti.

      Delete