Wednesday, 23 April 2014

Lemon Bersifat Alkali?

Really?

Itulah pertanyaan saya bila orang cakap lemon adalah bersifat alkali. Sebab entry sebelum ni baru je saya cakap yang lemon adalah MASAM kan? Jadi bila masam kita memang dah diajar sejak dari sekolah ia sifat asid.

Jadi dari mana jadinya alkali?

Saya baru saja mendapat jawapannya sendiri, bila beberapa pertanyaan yang dibuat tiada jawapan kukuh. Semua jawab, "kalau google dia kata lemon alkali."

Yeah, but how? How? Itu yang saya nak tahu.

Ada satu kes yang buat saya betul-betul cari jawapannya. Masa pertandingan CITEC 2014 minggu lepas, saya ada buat lawatan ke booth-booth peserta yang lain. Suddenly saya stop pada booth pelajar yang buat mesin untuk cek sifat sesuatu benda. Antara bahan-bahan yang ada atas meja dia, saya tertarik pada lemon nan sebijik tu. Hehe.


Terus saya kata, "Cuba awak cek lemon ni sifat apa?"

Pelajar tu jawab, "Asid Puan."

"Cuba la test, saya nak tengok." Punya curious kan? Terpaksa la pelajar tu on mesin dia yang dah sedia off...

Dan memang terbukti la lemon tu bersifat asid.

Pastu bila pulak jadinya alkali? (Soalan lagi)

Hasil pembacaan, saya dapat tahu yang lemon ni adalah bahan 'alkaline forming'. Yang bermaksud, memang sifat dia asid tapi bila dah masuk dalam badan kita, dia jadi alkali.

Ini sebab asidnya adalah citrus acid, dan ia adalah asid yang lemah. Bila ia dah selesai menjalankan tugasnya memberi tenaga dalam metabolisma, ia akan disingkirkan dengan mudah melalui peluh dan pernafasan. ASH pula, atau lebih dikenali sebagai The End Product of Metabolisme, akan bertindak balas dengan badan untuk menjadikannya bersifat alkali.

Macam mana ASH tu bertindak tak payah la kita selidik detail sangat ye, kang jadi matapelajaran sains pulak. Hehe.

So okay, baru saya 100% terima yang lemon tu alkali. Hoorey!!

Seronok gila kot, sebab saya hantu lemon jugak. Especially pada hari-hari panas, dapat minum lemonade. Perghhh!!! Tambah pulak dengan khasiatnya tengah-tengah TTC ni, memang A lah.

Jadi sekarang bertambah giat la usaha saya mengalkalikan badan before next IVF/ICSI. Tiap-tiap hari bawak air kosong resepi baru, potong lemon dan sumbat dalam tu... Ngeee!

Nak tengok gambar ke, tak yah la... Malas nak snap.

* * *
Teringat pulak pada satu peribahasa Omputih, 'If life gives you lemon, make lemonade!'
* * *
Petua buat air lemon, ni pure takde gula okeh... bukan lemonade.
Potong je lemon tu bulat-bulat 2-3 keping masuk lam botol air anda, kalau biar semalaman lam peti lagi syok, esok sejuk2 je... Tapi sekarang saya buat pagi sebelum pergi kerja. Campur air kosong biasa je. Awal-awal memang kurang masam, bila petang tuuu, sendiri mau ingat la.
Kalau masuk skali dengan kulit, dia akan ada rasa pahit sikit kesan kulit tu. Hari ni rajin buang kulit letak isi je... huishh, masam kenyit-kenyit mata jadinya. :-)


3 comments:

  1. ha...i slalu kalo dah sehari i keluarkan lemon tu sbb tak mo jadik pahit... hehehe

    ReplyDelete
  2. kann... ada satu hari tu jadi terpahit gila, terus serik..buang kulit.

    ReplyDelete
  3. Sy kdg2 xsempat nk pegi beli lemon..
    Blh gnti dgn active 8 perasa lemon+lime..pon sodapp..
    Ad yg minat nk try..blh msg sy 017-4759418

    ReplyDelete