Monday, 21 April 2014

Bersangka Baik Dengan DIA

Salam,

Penat betul kerja sekarang. Dah masuk minggu kedua, kerja 6 hari seminggu. Ye, cuti sehari je.

Minggu lepas kena wakil bahagian ke pertandingan CITEC 2014 di KL. Minggu ni kena datang pejabat untuk kemaskini aset dan inventori ke dalam sistem baru kerajaan. Sambil tu pulun semak dan tandatangan fail kedatangan dan rekod penyampaian pengajaran pelajar, audit ISO pulak! 

Dalam sedar tak sedar badan memang penat sangat. Kadang rasa lembik je. Dulu kalau nak lelap mata sekejap waktu rehat tengahari, ambil masa yang lama sebab saya jenis susah lelap. Sekarang, letak je kepala terusss... 10 minit pun cukup. Atas lantai bengkel tu pun jadi! (lapik la sikit ngan karpet nipis)

Saya tak kisah pasal kerja banyak tu, dulu merungut-rungut juga. Tapi bila fikir balik, dan ikhlaskan hati, fikir buat sesuatu ikhlas kerana Allah Taala terus rasa okey. Allah ada banyak cara untuk bantu kita kan? Yang penting ikhlas.

Alhamdulillah, sekarang dah banyak belajar. Kalau ada kerja yang sukar sikit atau yang kita berat hati nak buat, tapi terpaksa buat, bagitahu hati sendiri.. ini kerja, rezeki kita datang dari kerja ni, buat setakat mana yang boleh 'ikhlas kerana Allah Taala'. Orang tak nampak tak apa, orang tak balas tak apa.. Sebab saya tak harapkan balasan orang pun, saya nak Allah yang balas segalanya, kan balasan Dia yang terbaik!

Hasilnya pun tak lama dah boleh tengok. Dulu masa kerja dengan merungut-rungut, orang kiri kanan kalau tak minta tolong memang tak tolong pun, walau dalam hati kita harap sangat orang tolong.
Bila kita buat ikhlas, walau dalam hati tak harap sangat orang tolong pun, tapi orang tolong tanpa disuruh! Rasa macam.. Ya Allah, bantuan yang Kau hantar memang tak terduga. Kita ikhlas saja, harap Allah yang tolong, memang Dia tolong.. Iaitu dengan menggerakkan orang di sekeliling untuk menolong saya. Alhamdulillah dan InsyaAllah akan saya teruskan 'good thoughts' dan ikhlas ini.
Betul kan kata orang, kita kena berbaik sangka dengan Allah. Kerana Allah akan mengikut sangkaan kita kepadaNya.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya Allah berfirman : "Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadits ditakhrij oleh Turmidzi).

Itulah yang wajib dipegang oleh kita-kita semua yang TTC ni. Kena selalu yakin Allah akan bantu kita, beri yang terbaik. Walau gagal sekalipun, bersangka baik. Sesungguhnya perancangan Dia adalah yang terbaik, yang diluar kemampuan kawalan kita.
InsyaAllah.

1 comment:

  1. Sangka Baik = Hati tenang. InshaAllah, kita sama2 usaha perbaiki diri :-)

    ReplyDelete