Tuesday, 22 April 2014

Asid Atau Alkali?

Salam,

Dulu saya tak pernah ambil tahu pasal makanan berasid atau beralkali. Cuma tau sikit-sikit sifatnya. Masam of course la asid kan? dan alkali, hmm.. entah la macam mana ye? Yang confirm tahu sangat adalah yang mana banyak karbohidrat sebab nak kurus punya pasal. He5.

Jadi bila bersiap-sedia untuk IVF kedua ni, baru la terbuka minda mengenai sifat-sifat makanan ni. Orang kata, makanan yang terbaik untuk tubuh kekal sihat adalah sesuatu yang bersifat alkali. Kalau badan terlebih asid, maka badan mudah tak sihat dan lebih buruk akan mengundang pelbagai penyakit. Mereka yang mengidap kanser berkemungkinan besar sebab badannya banyak asid.

Oh, ok! Jadi, makanan apa yang beralkali tu?

Setelah beberapa pertanyaan dan research dibuat, maka saya dapat kongsikan dengan anda gambar di bawah:



Sebenarnya melambak gambar-gambar macam ni kat google images okey.. He5.

Dari gambar, apa yang anda boleh lihat adalah contoh sebilangan makanan dan sifatnya. Sekali tengok pun dah tau kan? Yang tak elok tu lah berasid, makanan manis-manis, air karbonat atau air gas kata kita... Dan yang alkali adalah buah-buahan dan sayur-sayuran.

Simple!

Alhamdulillah, takde la rasa ralat sangat bila tahu benda ni sebab saya memang pemakan sayur dan penggila buah-buahan... (penggila, ada ke? :-p) Kalau tengok balik betul-betul, sebenarnya piramid makanan yang kita duk belajar kat sekolah dulu memang dah tekankan pemakanan ni... kena makan banyak sayur & buah. Tapi biasa la, bila dah besar, rasa makan nasi banyak lagi sedap! Hehe...

Okay, tapi jangan dilupa juga ye.. Kita sebagai orang Islam, mengamalkan pemakanan sunnah adalah yang terbaik, seperti buah kurma, air zam-zam, delima, kismis... ini semua bagus untuk alkalikan badan.

Cuba tengok contoh makanan yang ada dalam Al-Quran ni.. saya snap gambar ni dari buku yang saya beli, tajuknya 'Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku' terbitan Telaga Biru.


Jadi, marilah kita sama-sama tukar cara pemakanan kita ye. Moga usaha TTC kita semua lebih berjaya.

p/s: Saya dulu tak berapa gemar kurma, tapi sekarang paksa jugak makan. Bawak satu tupperware ke pejabat, buat jajan sambil bekerja... :)

2 comments:

  1. Wah...banyak entry Nolly i tertinggal ni... thanks for sharing this... jadi penggila makanan sihat tak pe ;-)

    ReplyDelete