Monday, 17 March 2014

Umrah Pertama - Mekah Al-Mukarramah

Salam Readers,
 
Baru ada peluang nak sambung cerita. Sebelum ni banyak kerja dan banyak malas. Hihi.
 
Ok, nak cerita pengalaman di Mekah Al-Mukarramah. Pada 22 Jan 2014 kami berangkat dari Madinah ke Mekah untuk menunaikan umrah. Seperti biasa, jemaah yang dari Madinah akan singgah di miqat Masjid Bir Ali untuk niat umrah, sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Mekah.
 

Sepanjang perjalanan yang panjang tu hati saya ni berdebar-debar saja, maklumlah menuju ke tempat paling suci. Hati sentiasa diruntun sayu, tambahan pula bila bertalbiah dengan memahami maksudnya. Memang mengalir airmata.

"HambaMu datang menyahut panggilanMu.
Ya Allah, hambaMu datang menyahut panggilanMu.
HambaMu datang menyahut panggilanMu Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu.
HambaMu datang menyahut panggilanMu.
Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaanMu,
tidak ada sekutu bagiMu. "
 
Alhamdulillah, umrah pertama yang wajib selesai malam tu juga.
 
Dalam usaha untuk mendapatkan zuriat ni, sambil bersungguh-sungguh beribadat kami juga tak melepaskan peluang untuk berdoa di tempat-tempat mustajab doa iaitu:
 
1. Hijir Ismail dan Pancur Emas
2. Mustajaru Ajair
3. Multazam
4. Pintu Kaabah
5. Makam Ibrahim
6. Hajarul Aswad
 
Saya bersama suami hanya sempat untuk masuk ke Hijir Ismail, berdoa di bawah pancur emas dan di mustajaru ajair saja, yang selebihnya hanya suami saya sendirian memandangkan saya uzur 4 hari kemudian.
 


 
 
Terharu melihat kesungguhan suami berusaha mendapatkan peluang untuk solat sunat dan berdoa di tempat-tempat mustajab tersebut. Jika kali pertama kami ke hijir ismail hanya dapat masuk dan tidak dapat solat dek kesesakan, suami berusaha buat beberapa kali lagi berserta solat hajat untuk memohon peluang dari Allah.
 
Alhamdulillah, akhirnya suami dapat peluang yang selapang-lapangnya untuk solat fardhu di belakang imam, mengucup hajarul aswad, dan solat sunat di dalam hijir ismail sekaligus! Kemudian peluang untuk berdoa di multazam dan pintu kaabah juga datang dengan tidak terlalu bersusah payah.
 
Perkara ini menjadi suatu yang menggembirakan bukan semata-mata kerana mendapat peluang, tetapi lebih terasa kepuasannya memandangkan tempoh itu jemaah yang datang menunaikan umrah memang luar biasa ramai. Menurut kata mentua yang sudah beberapa kali menunaikan umrah dan haji, kesesakan adalah luar biasa dan mengatasi kesesakan pada musim haji!
 
Subhanallah, kami datang untuk umrah tapi dapat juga pengalaman untuk haji juga.
 
* * *
 
Saya suka bertanya pada suami, apa yang didoakannya semasa berada di Mekah dan di tempat-tempat mustajab itu, lalu jawapannya, "Doa apa lagi, doa semoga Allah bagi anak.."
 
Amiiin. Semoga Allah makbulkan doa kami. InsyaAllah.

2 comments:

  1. Allah....rindunya kat makkah... T-T

    ReplyDelete
  2. kan.. bila dah pergi kali pertama, mesti rindu nak pergi lagi..

    ReplyDelete