Tuesday, 25 March 2014

I Haven't Failed...

20/03/2014 (Khamis)
Secara rasminya memulakan rawatan kami yang ke-2 di Hospital Lam Wah Ee, Penang.
Dulu tak tahu kat Penang ni ada pusat rawatan fertility, jadi bila dah terikat dengan Metro, memang dah tak cari tempat lain dah. Tapi bila tak berjaya.. kami buat post moterm, kaji baik buruk. Hasilnya, kami tukar tempat. Ask for referral.
Bukan nak kata Dr. Tee tak bagus. Dia memang bagus. Tapi rezeki anak tu Allah yang punya, Dia yang masih belum mahu bagi. Jadi kami redha sajalah.
Suami saya selalu kata, bila saya sedih-sedih teringatkan pengalaman tu, "Anak yang kita mintak dengan Dia tu, nyawa. Bukan barang biasa. Kita mintak nyawa. Hanya dia yang boleh bagi, jadi kalau Dia kata belum, belum la tu. Tapi kita usaha la lagi."
Dah hampir setahun dah rehat. Bulan depan genaplah.. Sampai rasa fobia dengan April. Rasa bulan ni tak menjadi dengan kami. Jadi untuk IVF kedua ni saya bagitau suami, elakkan April.
Dari kegagalan lalu, kami dah belajar banyak perkara. Opppsss! Bukan gagal..
Thomas Edison dah betulkan saya... "I haven't failed. I've just found 10,000 ways that won't work."
Betul! We found 'so many ways that won't work' tu.
Pertama - Jauh.
Kami menetap di Penang tapi buat treatment di Klang.
Kedua - Stress fizikal.
Dah jauh kan, ulang-alik la untuk setiap appointment. Pernah masa dalam tempoh injection, saya ulang alik seorang diri untuk jumpa doktor. Tengahari ni bertolak dari Penang terus ke hospital, bermalam di rumah mertua then esok pagi balik pula ke Penang. Suami tiada sebab urusan kerja. Masa tu tengah excited, memang tak rasa apa, badan saya pun jenis tahan berjalan jauh. Tapi sebenarnya dah terlepas pandang, what's deep down inside..
Ketiga - Tempat tinggal.
Masa tempoh opu dan et dah dekat, saya sebenarnya cuti 2 bulan tanpa gaji, untuk elakkan stress dan bersedia mental fizikal, kononnya. Tapi telah mengabaikan aspek keselesaan tempat tinggal. Dalam tempoh tu, saya menumpang di rumah bujang adik lelaki saya bersama-sama ummi dan abah yang volunteer nak menjaga. Rumah bujang, tau je lah... saya memang langsung tak terfikir... sigh!

Keempat - Emotional support
Yang cuti 2 bulan tu saya je, suami masih bekerja dan nun jauh di hulu Perak. Ditakdirkan Allah pula masa tu Pilihanraya. Orang yang paling sibuk adalah pegawai-pegawai polis. Jadi saya ditinggalkan hanya untuk kami berjumpa pada hujung minggu. Itu pun dah kira curi-curi tinggalkan daerah dalam arahan kerja 24/7. Dia stress, saya stress. Rasa kekurangan kasih sayang, sedangkan itulah waktu paling penting dalam sejarah hidup kami (bagi saya) selepas akad nikah.

Empat tu antara yang utama. Perkara lain ada juga seperti pemakanan dan lain-lain. Tapi bagi kami, empat tu yang paling mempengaruhi.

Jadi kali ni, kami pilih Hospital Lam Wah Ee saja. Memang la tidak se'glamour' KL Fertility, Metro IVF, Pantai Bangsar atau Tropicana Medical Center. Sekurang-kurang ia dekat. Tempat hebat-hebat tu semua jauh, kami dah tak larat.

Hati pun dah rasa senang. I'm a hommies, saya suka berdiam di rumah sendiri, paling tak suka tidur di rumah orang.

Kali ni, InsyaAllah harap suami akan betul-betul jaga saya. Itu permintaan saya yang paling utama.

"Sayang dah tak nak pergi jumpa doktor sendirian."

"Abang yang mesti jaga sayang.."

Kali ni susah senang kami berdua saja. Senyap-senyap saja. Hanya kawan-kawan senasib yang tahu. 

4 comments:

  1. Noly, inshaAllah, ada ganjaran utk setiap usaha kita. Nothing happend dalam dunia ni yg sia2...Semua bersebab. Smg Allah permudahkan ur second IVF. Doakan i juga, smg Allah mudahkan i nak buat IVF lagi.... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. Thank you sis.. Noly doakan sis berjaya untuk IVF juga nanti.

      Delete
  2. good luck noly...apa yang berlaku ada hikmahnya..sekurang-kurangnya noly sempat gak merasa preggy masa ivf pertama.saya gagal terus...masih cari kekuatan untuk ivf kedua pertengahan taun ni gak.insyaalllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you... kak ieda, ujian akak lebih kuat dari saya, semoga Allah berikan kekuatan dan kejayaan untuk akak nanti.

      Delete