Friday, 28 March 2014

Kalaulah Betul..

Salam Readers,
Malam tadi ada terima satu sampul surat putih dari seseorang.
Bila dikeluarkan isinya terlihat beberapa helai kertas. Yang pertama, adalah gambar UPT yang terang jelas dua garis. Siapa punya?
Kemudian saya simpan.
Yang kedua, gambar ilustrasi yang saya tak berminat untuk menelitinya. Hanya pandang sekilas dan juga saya simpan balik.
Tiba-tiba terfikir, sampul surat tu diserahkan ke tangan saya walaupun ada beberapa orang lain lagi di sekeliling saya, semestinya saya punya.
Saya buka kembali sampul tersebut, meneliti helaian pertama.. UPT ni positif, aku mengandung ke? Saya ambil helaian kedua, kemudian meneliti lagi... Ya Allah! Gambar ilustrasi yang sangat cantik! Bentuk tubuh badan seorang wanita yang ada sesuatu di rahimnya!
Digambarkan seperti 'heart'. Terus pegang perut, senyum sendiri dan berbicara dalam hati, "Alhamdulillah, menjadi petua Ya Musawwir tu.."
Kaki pun laju je melangkah mencari suami nak dikhabarkan berita gembira.
Tiba-tiba, terjaga... "Alaaaa, mimpi rupanya."

Gambaran sama dalam mimpi, cuma janin tak nampak lagi... just heart merah tu je. Macam memberi gambaran 'baru' saja mengandung.

Pagi-pagi saya beritahu suami, apa yang saya mimpi. Kemudian dia jawab, "Ada rezeki tu kot sebab kelmarin abang pun ada mimpi macam tu."

Oh, kalaulah betul.

Tuesday, 25 March 2014

I Haven't Failed...

20/03/2014 (Khamis)
Secara rasminya memulakan rawatan kami yang ke-2 di Hospital Lam Wah Ee, Penang.
Dulu tak tahu kat Penang ni ada pusat rawatan fertility, jadi bila dah terikat dengan Metro, memang dah tak cari tempat lain dah. Tapi bila tak berjaya.. kami buat post moterm, kaji baik buruk. Hasilnya, kami tukar tempat. Ask for referral.
Bukan nak kata Dr. Tee tak bagus. Dia memang bagus. Tapi rezeki anak tu Allah yang punya, Dia yang masih belum mahu bagi. Jadi kami redha sajalah.
Suami saya selalu kata, bila saya sedih-sedih teringatkan pengalaman tu, "Anak yang kita mintak dengan Dia tu, nyawa. Bukan barang biasa. Kita mintak nyawa. Hanya dia yang boleh bagi, jadi kalau Dia kata belum, belum la tu. Tapi kita usaha la lagi."
Dah hampir setahun dah rehat. Bulan depan genaplah.. Sampai rasa fobia dengan April. Rasa bulan ni tak menjadi dengan kami. Jadi untuk IVF kedua ni saya bagitau suami, elakkan April.
Dari kegagalan lalu, kami dah belajar banyak perkara. Opppsss! Bukan gagal..
Thomas Edison dah betulkan saya... "I haven't failed. I've just found 10,000 ways that won't work."
Betul! We found 'so many ways that won't work' tu.
Pertama - Jauh.
Kami menetap di Penang tapi buat treatment di Klang.
Kedua - Stress fizikal.
Dah jauh kan, ulang-alik la untuk setiap appointment. Pernah masa dalam tempoh injection, saya ulang alik seorang diri untuk jumpa doktor. Tengahari ni bertolak dari Penang terus ke hospital, bermalam di rumah mertua then esok pagi balik pula ke Penang. Suami tiada sebab urusan kerja. Masa tu tengah excited, memang tak rasa apa, badan saya pun jenis tahan berjalan jauh. Tapi sebenarnya dah terlepas pandang, what's deep down inside..
Ketiga - Tempat tinggal.
Masa tempoh opu dan et dah dekat, saya sebenarnya cuti 2 bulan tanpa gaji, untuk elakkan stress dan bersedia mental fizikal, kononnya. Tapi telah mengabaikan aspek keselesaan tempat tinggal. Dalam tempoh tu, saya menumpang di rumah bujang adik lelaki saya bersama-sama ummi dan abah yang volunteer nak menjaga. Rumah bujang, tau je lah... saya memang langsung tak terfikir... sigh!

Keempat - Emotional support
Yang cuti 2 bulan tu saya je, suami masih bekerja dan nun jauh di hulu Perak. Ditakdirkan Allah pula masa tu Pilihanraya. Orang yang paling sibuk adalah pegawai-pegawai polis. Jadi saya ditinggalkan hanya untuk kami berjumpa pada hujung minggu. Itu pun dah kira curi-curi tinggalkan daerah dalam arahan kerja 24/7. Dia stress, saya stress. Rasa kekurangan kasih sayang, sedangkan itulah waktu paling penting dalam sejarah hidup kami (bagi saya) selepas akad nikah.

Empat tu antara yang utama. Perkara lain ada juga seperti pemakanan dan lain-lain. Tapi bagi kami, empat tu yang paling mempengaruhi.

Jadi kali ni, kami pilih Hospital Lam Wah Ee saja. Memang la tidak se'glamour' KL Fertility, Metro IVF, Pantai Bangsar atau Tropicana Medical Center. Sekurang-kurang ia dekat. Tempat hebat-hebat tu semua jauh, kami dah tak larat.

Hati pun dah rasa senang. I'm a hommies, saya suka berdiam di rumah sendiri, paling tak suka tidur di rumah orang.

Kali ni, InsyaAllah harap suami akan betul-betul jaga saya. Itu permintaan saya yang paling utama.

"Sayang dah tak nak pergi jumpa doktor sendirian."

"Abang yang mesti jaga sayang.."

Kali ni susah senang kami berdua saja. Senyap-senyap saja. Hanya kawan-kawan senasib yang tahu. 

Saturday, 22 March 2014

Al - Musawwir (Maha Menjadikan Rupa Bentuk)

Salam Readers,

Nak tanya ni.. "Dah ganti puasa ke belum?" Dengan gaya bisik-bisik.

"Saya dahhh.." Ada riak sikit di situ. Hahaha. Gurau je.

Tahun ni ter-rajin sikit ganti awal. Kebiasaannya sama je, dekat bulan Ramadhan baru join geng berjemaah ramai-ramai puasa. Tapi awal pun takde la awal sangat kan? Orang lain jauh lebih awal kot? Hehe.

Tahun ni saya dengan suami ada kerajinan sikit, untuk puasa sunat Isnin dan Khamis. Entah dari mana datang ilham tu, tiba-tiba satu hari 'ter-sebut' nak rajinkan diri puasa sunat. Terus minggu tu kami mula. Tapi bagi kes saya yang perempuan ni, kira puasa ganti yang wajib la kan? Sekali harung dapat la pahala puasa sunat.
Sempat la tiga kali duk puasa Isnin dan Khamis sebelum Allah bagi saya cuti. Lepas cuti seminggu sambung balik..
Tapi sebelum mula balik tu, saya teringat pada sebuah buku lama yang saya suka baca sejak dari remaja lagi, kepunyaan abah. Judulnya 99 Nama Allah Yang Termasyur.
Masa balik kampung hari tu saya sempat cilok (dengan izin) dari simpanan abah, bawa balik ke rumah.
Cover bukunya yang warna hijau di belakang tu.
Buku ni menerangkan dengan terperinci setiap satu nama-nama Allah, maksudnya dan juga khasiat-khasiat yang boleh dimanfaatkan sekiranya kita menggunakan nama Allah tersebut untuk zikir, doa dan sebagainya.
Jadi bila baca buat kesekian kalinya saya terperasan ada satu nama Allah yang boleh dibuat zikir untuk pasangan yang tidak mempunyai anak, iaitu AL-MUSAWWIR (Maha Menjadikan Rupa Bentuk)
Ayatnya begini:
Apabila berzikir dengannya oleh perempuan yang tidak mahu beranak 7 hari berturut-turut puasa, dan tiap-tiap hari waktu maghrib sebelum berbuka, berzikir dengan dia 21 kali dan selalu buka puasa dengan minum air. 7 hari itu jangan banyak makan, InsyaAllah dirupakan anak dalam rahimnya, dan demikian pula suaminya puasa 3 hari dan berzikir dengan dia waktu hendak berbuka dengan air 21 kali ditiupkan pada air itu dan selalu diminum.
Jadi, puasa ganti yang berbaki tu kemudiannya saya sambung dengan 7 hari berturut-turut, semata-mata mahu usaha dengan cara ini pula. Sambil menyelam minum ayaq!
Officially mula pada hari Isnin hingga Ahad (10 - 16/3) minggu tu juga. Suami 3 hari, Isnin hingga Rabu (10 - 12/3).
Kenapa suami selalu ringan je? Dengki!
Puasa ni memang menguji kesabaran sungguh. Dengan kita seorang saja yang puasa masa orang lain makan-makan, siap ada jamuan. Kena pulak kerja sampai hari Sabtu, dengan keadaan badan yang penat je seminggu tu... Balik je rumah terus rasa nak tidur. Sabaaar je la... kuatkan iman, semoga ada ganjarannya nanti. InsyaAllah.
Usaha ni dipermudahkan lagi dengan keadaan semasa. Sebab? Kan baru lepas ABC (Allah Bagi Cuti), jadi masa puasa 7 hari tu, kita ni on fertile dayssss. Haha, sekali harung usahanya. Tolak ketepi masalah-masalah yang dihadapi, usaha je, mana tahu.... Keajaiban boleh berlaku setiap hari dan mana tahu this time kami punya!
If Allah wills it. InsyaAllah.
Hari ni.. cd 25,  11 dpo (if not mistaken), counting days and building hopes for either AF is coming or the double line finally shows up.
Kami usaha saja, selebihnya leave it to Allah.

"InsyaAllah dirupakan anak dalam rahimnya."
I like that.. :)

Monday, 17 March 2014

Umrah Pertama - Mekah Al-Mukarramah

Salam Readers,
 
Baru ada peluang nak sambung cerita. Sebelum ni banyak kerja dan banyak malas. Hihi.
 
Ok, nak cerita pengalaman di Mekah Al-Mukarramah. Pada 22 Jan 2014 kami berangkat dari Madinah ke Mekah untuk menunaikan umrah. Seperti biasa, jemaah yang dari Madinah akan singgah di miqat Masjid Bir Ali untuk niat umrah, sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Mekah.
 

Sepanjang perjalanan yang panjang tu hati saya ni berdebar-debar saja, maklumlah menuju ke tempat paling suci. Hati sentiasa diruntun sayu, tambahan pula bila bertalbiah dengan memahami maksudnya. Memang mengalir airmata.

"HambaMu datang menyahut panggilanMu.
Ya Allah, hambaMu datang menyahut panggilanMu.
HambaMu datang menyahut panggilanMu Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu.
HambaMu datang menyahut panggilanMu.
Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaanMu,
tidak ada sekutu bagiMu. "
 
Alhamdulillah, umrah pertama yang wajib selesai malam tu juga.
 
Dalam usaha untuk mendapatkan zuriat ni, sambil bersungguh-sungguh beribadat kami juga tak melepaskan peluang untuk berdoa di tempat-tempat mustajab doa iaitu:
 
1. Hijir Ismail dan Pancur Emas
2. Mustajaru Ajair
3. Multazam
4. Pintu Kaabah
5. Makam Ibrahim
6. Hajarul Aswad
 
Saya bersama suami hanya sempat untuk masuk ke Hijir Ismail, berdoa di bawah pancur emas dan di mustajaru ajair saja, yang selebihnya hanya suami saya sendirian memandangkan saya uzur 4 hari kemudian.
 


 
 
Terharu melihat kesungguhan suami berusaha mendapatkan peluang untuk solat sunat dan berdoa di tempat-tempat mustajab tersebut. Jika kali pertama kami ke hijir ismail hanya dapat masuk dan tidak dapat solat dek kesesakan, suami berusaha buat beberapa kali lagi berserta solat hajat untuk memohon peluang dari Allah.
 
Alhamdulillah, akhirnya suami dapat peluang yang selapang-lapangnya untuk solat fardhu di belakang imam, mengucup hajarul aswad, dan solat sunat di dalam hijir ismail sekaligus! Kemudian peluang untuk berdoa di multazam dan pintu kaabah juga datang dengan tidak terlalu bersusah payah.
 
Perkara ini menjadi suatu yang menggembirakan bukan semata-mata kerana mendapat peluang, tetapi lebih terasa kepuasannya memandangkan tempoh itu jemaah yang datang menunaikan umrah memang luar biasa ramai. Menurut kata mentua yang sudah beberapa kali menunaikan umrah dan haji, kesesakan adalah luar biasa dan mengatasi kesesakan pada musim haji!
 
Subhanallah, kami datang untuk umrah tapi dapat juga pengalaman untuk haji juga.
 
* * *
 
Saya suka bertanya pada suami, apa yang didoakannya semasa berada di Mekah dan di tempat-tempat mustajab itu, lalu jawapannya, "Doa apa lagi, doa semoga Allah bagi anak.."
 
Amiiin. Semoga Allah makbulkan doa kami. InsyaAllah.

Baju Baru

Salam Readers,

Blog dapat baju baru hari ni. Tuan empunya rajin 'shopping' pasal hari ni takde mood nak buat kerja. Heh.

Design sendiri actually. :-)