Wednesday, 19 February 2014

Umrah Pertama - Madinah

Salam Readers,

Saya dah pulang!

Gembira ada, sedih pun ada juga. Gembira sebab dah kembali ke tanah air sendiri. Bagai sirih pulang ke gagang kata pepatah lama (chewah macam lama sangat ye!) Sedihnya sebab meninggalkan tempat paling aman bahagia di atas dunia ni. :-( Semoga dapat kembali lagi suatu hari nanti, InsyaAllah.

Perjalanan yang panjang dengan pelbagai ujian tak dapat menghilangkan perasaan sayu dan gembira berada di Mekah dan Madinah.


Alhamdulillah setiap waktu solat kami dapat berjemaah di masjid tanpa sebarang keuzuran. Risau juga kalau-kalau AF datang awal kerana saya memang tidak berbekalkan pil tahan haid macam sesetengah orang cadangkan. Yelah, kita ni dalam kitaran yang normal pun susah nak mengandung, apatah lagi bila dah telan pil tu kan. Actually pada awalnya saya teringin juga, tapi bila dirisik-risik dengan kawan dan pakcik google, baru saya tahu yang pil tahan period tu sebenarnya adalah pil perancang. Dan kebanyakan wanita yang mengambilnya semasa umrah, akan mengalami haid tidak teratur kemudiannya.

So, a big NO NO!

Balik umrah ada perancangan untuk second ivf, jadi kalau dah period tak teratur nak kena menunggu masa jadi elok kembali tu dah satu hal. Jadi saya cuma panjatkan doa pada Allah di setiap waktu solat, sejak di rumah lagi supaya memudahkan saya beribadah dan menyempurnakan umrah. Haid tu fitrah bagi wanita, jadi pada saya, usah dihalanginya.

Setiap hari berada disana saya dan suami pastikan kami hanya meminum air zam-zam dan bukan air mineral biasa. Rugilah kan kalau tak minum sepuas-puasnya air zam zam tu, the best water on earth.

Rasullullah bersabda, "Sebaik-baik air yang ada di muka bumi adalah zam zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengeyangkan dan penawar penyakit."

Jadi setiap kali minum, niatkan benda yang baik-baik dan minta supaya Allah jadikan ia penawar pada kita.

Di Madinah ada taman syurga iaitu Raudhah. Merupakan tempat yang mustajab doa.

Seperti sabda Rasulullah SAW, "Antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman Syurga." (HR Bukhari )

Jadi Raudah yang cantik ini adalah tempat yang kami lipat gandakan usaha untuk masuk dan berdoa di dalamnya. Tempat yang tidak pernah sunyi dari manusia, sehingga perlu berhimpit-himpit untuk mendapat peluang.


Saya dengan kudrat yang tidak seberapa hanya mampu masuk ke dalam Raudah dah berdoa sambil lalu sahaja kerana terlalu ramai orang. Untuk solat adalah mustahil. Walaupun ada seorang wanita dari indonesia menghulurkan bantuan untuk menjaga keselamatan saya semasa solat, pelawaan itu terpaksa ditolak memikirkan keselamatan kami semua. Saya hanya dapat bersolat sunat di luar kawasan Raudhah, hanya di sempadannya.

Silap saya juga kerana hanya berusaha mendapatkan Raudah pada malam terakhir sebelum berangkat ke Mekah keesokkannya. I should have try earlier. 


Namun lain pula nasibnya suami saya. Walaupun pada awalnya peluangnya tipis dan juga tiada ruang untuk solat di raudhah, tapi berkat kesabaran dan solat sunat hajat yang dilakukannya saban hari untuk mendapat peluang, akhirnya dimakbulkan Allah dan dia dapat solat sunat dan berdoa di Raudah dengan lapangnya. Itu pun pada malam terakhir kami di sana.


Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kami dapat juga.

Tiba-tiba teringat pula pada makam Nabi Muhammad SAW. Mengalir air mata saat mengucapkan salam kepadanya, terasa Baginda amat dekat, terasa ada di situ...


"Tidaklah seseorang menyampaikan salam kepadaku kecuali Allah Azza Wa Jalla mengembalikan rohku sampai aku menjawab salamnya."

No comments:

Post a Comment