Monday, 24 February 2014

Jemputan Di Hati

Salam Readers,
 
Nak kongsi cerita..
 
Seingat saya, masa awal dua puluhan dulu (baru keluar universiti la.. hehe), memang dah ada rasa teringin sangat nak menjejakkan kaki ke rumah Allah ni. Tapi memang tak tercapailah sebab kerja pun belum dapat, tengah menanam anggur je di rumah. Jadi dilupakan saje. Bila dah bekerja dan berumahtangga  ni barulah impian tu dapat ditunaikan.
 
Itu pun setelah diberi pelbagai ujian.
 
Betul kata-kata yang selalu kita dengar tu. Ujian yang Allah datangkan kepada kita adalah untuk menguji tahap keimanan kita kepadaNya. Sama ada ujian tersebut akan mendekatkan atau menjauhkan kita dari jalan Allah yang benar. Kita sendiri yang menentukannya.
 
Ujian yang diberi pada kami, rasanya sudah terlalu berat. Dengan kesukaran mendapatkan cahaya mata dari kes yang jarang terjadi, buat kami terpana. Dalam diam-diam mencari jalan penyelesaian sendiri.
 
Bila sudah ada penyelesaiannya pula, kami diuji lagi dengan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang bukan sedikit hanya untuk GAGAL. Ya, gagal.
 
Saya masih boleh rasa dan bayangkan setiap saat peristiwa sedih tu berlaku. Dan setiap kali terimbas dalam kotak fikiran, saya masih boleh menangis seperti peristiwa itu sedang berlaku.
 
Sungguh berat ujian Allah itu. :'(
 
Sampai pada satu tahap, terdetik di hati saya, "Kenapa yang tidak sembahyang, senang-senang saja dapat anak. Sedangkan kita yang sembahyang 5 waktu sehari semalam begitu susah?"
 
"Kenapa penzina, senang dapat anak yang hanya akan dibuang. Sedangkan kita yang akan menatang bagai minyak yang penuh bayi-bayi tersebut, tak dapat?"
 
Sampai saya terfikir, dah tak nak solat! Astagfirullahalaziimm. Semoga Allah ampunkan keterlanjuran fikiran saya... Tetapi itu hanya di fikiran. Syukur iman nan sedikit yang ada di dada masih menegah fikiran nafsu saya tersebut.
 
Pada saat itulah rasanya, Allah mendatangkan jemputan di hati kami untuk menjadi tetamu agungNya.
 
Namun tidak semudah itu untuk menuju ke sana. Kegagalan yang lalu sudah menghabiskan banyak simpanan kami. Dan kami juga perlu menabung kembali untuk usaha yang kedua, dalam masa yang sama perlu menggunakan wang juga untuk menunaikan umrah. Bila difikir semasak-masaknya, kami putuskan untuk menggunakan simpanan kedua sebagai belanja umrah terlebih dahulu. Balik nanti menabung semula.
 
Ingat lagi kata-kata saya pada suami, "Takpelah abang, kalau sudah takdir kita dijemput menjadi tetamu Dia, kita penuhilah undangan itu. Duit boleh cari lagi."
 
Alhamdulillah, mudah urusan kami selepas itu. Dan akhirnya kami menjejakkan kaki ke Mekah Al Mukarramah dengan linangan air mata.

Thank You Allah.

2 comments:

  1. Assalam Noly, just finish baca ur TTC journey. Smg Allah permudahkan usaha Noly suami isteri, dan dikurniakan dgn cahayamata yg soleh dan solehah nanti...amin...

    I pun baru balik umrah last month. memang rindu sgt dgn suasana kat sana.TTC memang menuntut pengorbanan, tapi we always believe that Allah akan gantikan pengorbanan tu dgn sesuatu yg lebih baik, InshaAllah... :-)

    ReplyDelete
  2. Wasalam Sweet Tooth,

    Amiin, tenkiu dokan kita :-)

    ReplyDelete