Wednesday, 31 December 2014

Hello 2015



Nampaknya 2014 masih bukan tahun untuk kami jadi parents.
Sedih. Kecewa. 
Rasa yang masih sama dengan sejarah tahun 2013.
Semoga 2015 memberi sinar baru.

Ya Allah, mudahkanlah usaha kami.
Perkenankanlah doa kami.

Wednesday, 10 December 2014

Transporter

Salam,

Misi memindahkan embrio-embrio kami dah bermula.

Fasa pertama, conversation dengan embriologist Dr A yang akan handle proses pemindahan dari a hingga z, dan tandangan surat berkaitan.



Dari perbualan tersebut kami dapat beberapa perkara:

Satu: Embriologist dengan seorang lagi teman akan menaiki kenderaan sendiri ke Lam Wah Ee bagi mengambil embrios kami. Bila ditanya kenapa tak menggunakan kenderaan rasmi hospital? She said that kalau guna kenderaan hospital, caj pemindahan yang akan dikenakan kepada kami menjadi lebih mahal. Jadi mereka akan gunakan kenderaan sendiri.

Dua: Perpindahan akan dikendalikan oleh embriologist sendiri dan bukan kami (patients) atas faktor keselamatan. Menurut dia, kendalian tong simpanan embrio perlu suhu sejuk dan mengandungi liquid nitrogen yang bersifat meruap, jadi sepanjang perjalanan.. penghawa dingin perlu dipasang tapi dalam masa yang sama tingkap kenderan perlu diturunkan untuk pengaliran udara. Kesan pemeruapan jika tingkap tidak dibuka boleh membuatkan pemandu dan penumpang pengsan atau tidak sedarkan diri. Sebab itu lah, mereka tidak menggalakkan pemindahan dilakukan oleh patient sendiri.

Katanya ada kes yang patient minta untuk buat sendiri bagi kurangkan kos, tapi tidak dibenarkan. Hmm, kami tak pernah terfikir pun nak pindahkan sendiri. Serah saja pada yang pakar... Semoga Allah mudahkan perjalanan mereka.

Sabtu ni, sekali lagi kami kena berjumpa dengan embriologist tersebut... Untuk sign surat permohonan pemindahan embrio dari Lam Wah Ee. Katanya pihak IVF Center di sana minta patient hantar surat permohonan sendiri tetapi beliau dengan baik hati dah drafkan untuk kami... Jadi suami isteri kena pergi sign saja. Tenkiuuuu...


Ya Allah mudahkan urusan kami.

Tuesday, 9 December 2014

PCO Mengancam Kesuburan Wanita

´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.

Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

TANDA-TANDA PENYAKIT PCO

1. Tidak Subur atau Mandul

Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin – masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.

2. Haid Tidak Teratur

Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3. Gemuk

Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan

Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit – hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

5. Tumbuh Rambut

Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut – juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini.

PUNCA PENYAKIT POC

Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Penyakit PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCO.

TUJUAN RAWATAN

Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.

ANTARA RAWATAN PCO

1. Mengawal Kegemukan (Obesity)

Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik.

2. Meningkatkan Kesuburan Wanita

Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti:

a. Ubat subur Clomiphene

Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.

b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin

Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.

c. Ubat Metformine

Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan.

3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´


Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.

Rujukan: 3R

Saturday, 29 November 2014

Diagnosed PCO plak dahhh.

Salam,

26 Nov lepas buat pertama kalinya kami menjejakkan kaki ke klinik Dr. A. Appointment ini semata-mata untuk membincangkan keinginan kami untuk buat FET dengan beliau dan urusan perpindahan embrio-embrio kesayangan kami dari Hospital Lam Wah Ee ke Pantai.

Seperti biasa pada perjumpaan pertama, sesi soal siasat pun bermula.. Tapi kali ini tidak terlalu detail mungkin sebab niat kami lebih kepada 'perpindahan' dulu, FET insyaAllah next year. Jadi Dr. A pun cuma ambil note sikit-sikit on cycle, Dr pertama, Dr kedua, tahun bila, bulan bila, bilangan embrio, dos ubatan dll..

Untuk keterangan dos ubatan seriously masa Dr A tanya, saya boleh lupa... rasa blur je padahal saya catat semua apa yg saya suntik pada badan ni. Berapa lama tempoh pun saya tak boleh jawab secara tepat. Rasa menyesal pulak tak revise dulu sebelum mengadap dia...

Tapi takpe la.. Dr A pun akan take note just for her reference. Saya amat berharap dia bawak pendekatan dia untuk FET kami nanti... Jangan ikut Dr-Dr sebelum ni...

Kebetulan hari tu adalah CD 12, maka Dr A dengan seronok dan senyum menyuruh saya baring di katil untuk TVS scan.. Saya kagum juga dengan Dr A ni, dalam bilik tu cuma dia sorang saja yang handle dan bagi arahan untuk saya baring dsbg... Memang tak susah pun bagi saya sebab dah selaluuu sangat, tapi saya kagum sebab takde seorang nurse pun dalam bilik tu untuk bantu dia. Previous Drs... bersepah nurse dalam bilik diorang tau! Haha.

Ok.. Itu cara masing-masing.

Lagi satu yang saya kagum. Macamana dia boleh nampak saya ade PCO? Uwaaa.. Previous Drs, tak cakap apa pun pasal kesihatan saya. Semua macam okeyy je..sihat, takde masalah. Tapi sekali Dr A cucuk, dalam beberapa saat dia bersuara, "You ada PCO ye? Ada masalah haid tak?."

Erk!! (Dalam hati, saya rasa saya takde masalah.)

Tapi yang keluar di mulut, "Yeke Doktor?.. Tapi sekarang cycle panjang la. Biasa 33 hari." Sambil terpinga-pinga memandang suami yang duduk kejauhan di kerusi.

"Boleh bagi husband you tengok ni tak?" Dr A tanya lagi mungkin sebab pandangan saya tadi.

"Boleh.."

"Ok come..." Dr panggil suami saya supaya join kami di sebalik tirai. (Ohh I like her style!)

Dari monitor Dr A tunjuk keadaan ovari saya, kiri dan kanan ada bintik-bintik yang banyak. Maksudnya kata Dr, itu adalah telur-telur yang terperangkap dan tidak menetas pada waktu subur.

Oh my goodness! Saya tergamam. Sebab selama ni sangkanya sihat walafiat.

"Balik nanti cuba google tengok sama tak dengan yang saya tunjuk ni."





Lepas tu Dr A kira pula saiz telur yang ada dan ketebalan rahim. Katanya lining saya nipis dan  saiz telur pun kecik... Lupa pula berapa mm, tapi tak selari dengan CD12 saya. Saiz tu sama dengan saiz CD4 orang normal...

Double shock pulak. Diulangi, sebelum ni Drs takde cakap apa pun, macam okey je. Or Dr sebelum ni sorok-sorok??

Hmm, at least kami suka cara Dr A yang berterus terang ni, apa yang dia nampak semua bagitau.. Jadi semua yang tak tau jadi tau.. Dah sekarang risau pulak macamana nak bagi lining teballl...

Lepas dari check tu, berulang kali pulak saya tanya Dr... adakah masalah PCO tu akan effect penempelan embrio nanti? Tapi Dr jawab, takde masalah sebab cuma di ovari. Rahim tiada masalah except nipis sikit.

Adalah ubat tu nanti kot...

Seriously tak ambik port sangat pasal masalah fertility perempuan ni, sebab selama ni menganggap masalah kami adalah azooo.

Atau adakah sebab dah 2x fresh cycle buat jadi macam ni? Yelah, dengan berjarum-jarum suntik fertility drugs dok main besarkan telur.. side effect kah?

Muka Dr rilek je. Muka saya yang tak ceria. Tak pasal-pasal dalam catatan fail di Pantai... Doc tulis >>> PCO.

Uwaaaaaa.

Friday, 21 November 2014

Whatever It Takes Doc! Edisi Vitamin D

Salam,

Saya tidak pernah mengetahui tentang perkara ni sebelum berkenalan dengan kawan-kawan yang menjalani treatment dengan Dr. Adilah.

Kebanyakan mereka nasihatkan kawan-kawan yang jauh ni supaya ambil supplemen atau multivitamin yang ada kandungan Vitamin D. 

 

Saya ada buat research juga melalui pembacaan di web dan blog-blog. Memang ada yang menyatakan vitamin D ada kaitannya dengan kejayaan IVF. Tetapi lebih menekankan kepada golongan omputih kerana katanya bagi orang Asia adalah sebaliknya. Mungkin kerana kita Asian lebih terdedah dengan pancaran matahari yang terik sepanjang tahun. (Matahari adalah sumber vitamin D)

Jadi, saya konfius.. Kalau Asian adalah sebaliknya, kenapa Dr. A sekarang sampai buat blood test untuk tahu kondisi vitamin D semua pesakit dia? Don't we get enough sunshine? 

Ok. Siapalah saya untuk mempertikaikan kepakaran seorang doktor yang memang terbukti kepakarannya!

Sebenarnya saya pun teringin untuk mengetahuinya.. Adakah saya cukup vitamin ini? With two previous doctors, memang ujian ini tidak dipraktikkan. Saya sendiri-sendiri sebelum IVF kedua, beli juga multivitamin yang ada 400 IU Vitamin D, telan senyap-senyap. Heh! Walaupun masih dengan kemusykilan. 

"Aku ni cukup vitamin D ke tak sebenarnya?"
"Doktor ni tak nak buat ke?"
"Tiap-tiap hari perhimpunan pagi dengan pelajar, open air, takkan tak cukup vitamin D lagi. Jemur mentari pagi kot?"

Ragu-ragu pun telan juga.. Nak ignore, bimbang memang tak cukup. Nak bantai betul-betul, bimbang overdose pulak! Maka jadilah selang sehari dan sebagainya, ikut mood. Haha. 

Sabtu lepas masa hadir Forum IVF Dr. A ada cerita mengenai test vitamin D ni dan dia cakap almost 9 dari 10 wanita kurang vitamin D (what?!) berkemungkinan because of our HIJAB. 


Oooooohhkeyyyy... now I get the idea. Now I know why.

Maknanya selama ni walaupun saya terdedah pada matahari (sekejap-sekejap, bukan berjemur pun kan..) yang diserap tak banyak... sebab kita wanita muslim berhijab, berbaju kurung. Yang terdedah cuma muka ngan pergelangan tangan.. no wonderrr. 

Ya betul, doktor memang pakar.. Saya tak terfikir sampai ke situ. Rupanya tak tembus kain ye. Hehe.

Hari ni pulak terbaca Blog Fertiliti Dr Natasha Noor, juga highlight benda yang sama, Jadi mungkin KL Fertility juga mula mengambil berat kandungan vitamin D ni pada pesakit dia.

Hmm, tak sabar pulak nak buat test tu. Nak tau sangat kondisi saya...

Whatever it takes Doc! 

Thursday, 20 November 2014

Start Now


FROZEN that not to let go.

Salam,

Pada cycle IVF yang pertama, ovari saya menghasilkan sembilan telur. Tujuh disenyawakan dengan sperma suami, dan hanya dua berjaya menjadi embrio.. satu 4 sel dan satu lagi 2 sel. Selebihnya hanya 1 sel, tidak berkembang, dan tidak layak untuk disimpan. (sedih)

Saya kurang pasti kenapa ini terjadi. Mungkinkah sebab ketidaknormalan sel? Wallahualam, ilmu masih terbatas. Maka kami senang menganggapnya sebagai sel tak sihat atau kurang nutrien.. :)

Jadi sebelum memulakan IVF yang kedua kami sudah mula menjaga kesihatan badan. Lebih tepat menjaga makan minum, tapis segala yang tidak berkhasiat dan menelan semua yang dirasakan sihat..

Yang ditapis? Tiada lagi fast food. Ye, dulu suka sangat makan KFC, Pizza dan McD, stock barang dapur dengan jajan segala, mee segera untuk masa-masa malas masak, aiskrim, kek, coklat dan sebagainya. Sebelum tu juga kami kurang mengambil supplement, hanya asid folik yang tetap. Dan suami pula langsung tiada. Hanya beberapa minggu sebelum TESE dan OPU, Dr bekalkan saya Vitamin E dan suami dengan zink Surbex.

Mungkin sebab tu benih kami tak sihat.

Mula pertengahan tahun lepas lagi kami dah pantang makan. No more fast food, keluar pun memang tak masuk kedai-kedai ni.. Tukar masuk foodcourt, cari la nasi atau makanan yang kita nampak dia masak. Minuman dah takde air berkarbonat. Yela, air ni pun minum masa makan fast food je, takde fast food takde la air gas kan? Jeruk-jeruk dan makanan masam yang saya amat suka pun dihentikan serta merta. Hujung minggu memang masak sendiri dan makan di rumah, lauk pun suami saya tapis.. Dia tak nak ayam, sebab ayam dicucuk hormon katanya. Jadi kami makan banyak ikan.

Minuman berkafein juga dihentikan. Kami bukanlah hantu kopi, tapi dirumah ada Nescafe Dolce Gusto! He5.  Sekali sekali buat juga air ala Starbucks. Most of the time, masa sarapan suami minta teh lipton kosong, kalau sarapan di luar dia mesti order teh tarik. Jadi kami kurangkan.. hanya hujung minggu minum teh, bagi suami... Saya lebih senang minum air kosong 24 jam. Hari-hari biasa suami terpaksa minum sama ada air suam ataupun limau suam. Seksa, katanya. Ye saya juga tambah seksaan dengan memaksa dia minum lebih banyak air kosong... Suami saya kurang minum air, jadi ayat untuk memaksa adalah, "Jangan kurang air nanti sel tak sihat.."

Jadi makanan kami > masak sendiri, ikan, sayur, air kosong, buah-buahan, supplemen, air zam-zam, delima, madu, habbatussauda, kurma, badam, kismis.

Makanan sunnah mostly dipergiatkan sebelum mula nak cucuk-cucuk.. buah kurma tu makan hari-hari sampai dah tak lalu nak telan, tukar buat jus pulak, baru sedap sikit. Badam buat snek kunyah sikit-sikit.

Supplement, yang ni paling banyak makan duit...Hihi. Banyak juga yang kami amalkan. Untuk suami: saya tumpukan pada vitamin E dan zink, tapi beri juga vitamin C, CoQ10 dan B kompleks.

Saya: Asid folik, vitamin E, C, CoQ10, B Kompleks, GLA. Lagi dekat nak OPU, saya ambil pula TF Advance dan Jigsaw untuk kuatkan imun dan alkalikan badan.

Kos dari awal tahun sampai la selesai prosedur IVF untuk supplemen saja saya habiskan beribu. Haha. Betullll.. kalau kira betul-betul gerun rasanya, masa bayar rasa jugak tapi sikit, tp bila total... Tu diaa! Sebotol vitamin saja tau berapa? Saya guna Shaklee.. boleh kira la. Tu belum masuk TF, sebotol saja beratus!

Ape pun, bising-bising tak guna. Untuk kebaikan kan? Alhamdulillah, dengan amalan ni...untuk IVF kedua dapatlah telur dan sperm yang sihat-sihat. Banyak memang tak la, sama je kuantiti lalu, telur dapat 11 tapi satu tak matang. Bila fertilized dapat juga 7 embrio >> empat 8 sel, satu 7 sel, satu 6 sel dan satu 4 sel. (day 3)

Jangan pandang rendah pada yang 4 sel on day 3 ye... IVF pertama, saya berkemungkinan pregnant dengan embrio 4 sel ni... Sebab tu saya mensyukuri semuanya.

Jadi itulah perubahan yang kami buat...

GLA
- bertindak di bahagian rahim, stabilkan hormon. Tingkatkan lapisan uterus.

CoQ10 
- mostly orang kata untuk jantung tapi ia juga boleh bertindak di proses awal pematangan telur wanita, iaitu peringkat oosit primer.

Asid folik 
- kurangkan risiko gugur dan kecacatan janin.

B Kompleks
- kurangkan homosistein. 
Homosistein tinggi tidak baik terhadap kualiti embrio yang terhasil dari IVF.

Vitamin E
- meningkatkan fungsi sperma.

Mungkin tak best sangat macam orang lain boleh dapat 20++ telur. Hehe, tapi dari hanya 4 dan 2 sel embrio je, kepada empat 8 sel, satu 7 sel, satu 6 sel dan satu 4 sel....bagi kami adalah satu pencapaian.

Yang penting usaha, doa, tawakal dan bersyukur apa adanya. Yang penting ada FROZEN.

But this one i'm not going to let go..Hehe.

Wednesday, 19 November 2014

Thank Youuuuu

Salam,

Terima kasih kepada kawan-kawan yang laju memberi informasi kepada saya tentang entry terbaru Dr. A ni. Baru je saya angan-angankan untuk import embrio kami dari Penang ke KL dalam post yang lalu, tup tup dah ada jawapannya >> http://dradilah.blogspot.com/2014/11/transporter-2-and-transporter-3.html

Ada yang send mesej pada what's app, ramai yang komen pada post tersebut juga. Lepas baca tu rasa makin berkobar-kobar nak jumpa Dr A. Rasa dah boleh senyum, tapi masih ada ragu sikit sebab most cases yang ditulis.. Transporter 1, 2 dan 3 tu semua import dari hospital sekitar KL.

Again! Our snow babies di Penang. Tapii... Pada IVF talk Sabtu lepas, kami ajukan soalan ni pada doktor..

"Doktor, kami nak buat FET. Tapi frozen embrios di hospital lain, boleh ke bawa ke sini?"

Doktor jawab, "Boleh, takde masalah."

"Tapi hospital di Penang.." Masih ragu-ragu..

"Kos la mungkin lain sikit sebab di KL kita charge RM200.. Penang di mana?"

Suami saya laju menyampuk, "Lam Wah Ee.. Tak kisah bayaran berapa, asal boleh bawa.."

Doktor sebut lagi, "Boleh.. that will be our transporter 4."

Ya Allah...Alhamdulillah. Mudah urusan setakat ini. Setiap jawapan doktor tu saya dengar dengan degupan jantung yang sangat lajuuuu... Rasa sangat degupan tu macam mengetuk-ngetuk tulang dada.

Gembira. Serius gembira.

Alhamdulillah, Thank You Allah. Thank You Dr. Thank You Friends!

Thursday, 13 November 2014

Suamiku...

Salam,

Sejujurnya, selepas plan nak FET di Lam Wah Ee tak jadi disebabkan dapat pindah, saya dah tak terfikir pasal tu lagi dah. Mungkin sebab kalut packing dan debaran nak kerja tempat baru.

Tapi suami nampaknya sentiasa fikir pasal tu, saya yang tak perasan. Ye la, FET yang tak jadi tu pun dia yang duk mengajak saya buat.. "Jom FET. Jom FET",  katanya. Ikutkan saya, lambat betul nak beersedia. Bila terpaksa kensel, saya pun laju je 'lupa'.

Rupanya dalam pada duk kalut pindah ni pun, incik suami masih ada keinginan tu lagi. Malam hari pindah tu jugak, bila kita slow-slow ready nak masuk tidur dia bersuara, "Harap-harap boleh jumpa Dr. Adilah buat dengan dia pulak... Sayang kan nak sangat jumpa dia."

Gulp.

Ye, memang sebelum kami proceed 2nd IVF di penang dulu, memang saya selaluuuuu sangat sebut.. nak buat dengan doktor Adilah... teringin dengan doktor Adilah. Tapi suami jawab, "Dah jauh nak buat macamana..." Jadi saya diam aje la.

Tup-tup bila dah pindah ni, suami sebut macam tu pulak.. Agaknya cuba menunaikan kembali kehendak saya yang dia 'turn down' dulu... Lagipun memang pening jugak memikirkan nak ulang-alik utara pulak untuk FET kan?

Cara terbaik adalah, cuba pindahkan embrios kami ke sini.. Dalam hati memang nampak doktor Adilah je. Tapiii, kalau nak buat balik dari mula... sigh! besar belanja tuuuu... kalau FET murah sikit. Tapi, sudi ke tidak doktor untuk ambil embrios tu di sanaa??

Gerun fikirkan jawapannya. What if...? Ah, tak nak fikir. Nak bersua muka dengan dia je dulu, then semoga Allah mudahkan segalanya...

Sabtu ni, forum ivf di phkl... kami akan datang untuk mulakan kembali jalan yang terhenti.

...

Malam tadi masa tengah rancak duk ber'what's app' (sebab incik suami kerja).. dalam duk bincang benda lain, dia keluarkan lagi.. "Harap-harap boleh transfer embrio.."

Uwaaaaa.... kesiannya suami saya! Rasanya sekarang keinginan dia untuk dapat zuriat MELEBIHI keinginan saya kot?

Ya Allah.. Berikanlah kegembiraan pada suamiku. Aku ingin mengandungkan zuriatnya.

Thursday, 6 November 2014

New Life!

Salam kawan-kawan,

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-4 dengan hidup baru.

Urusan pindah dah selesai. So kami dah ucapkan bye-bye pada utara (Pengkalan Hulu, Nibong Tebal & Kuala Kurau to be exact.)

Sekarang telah selamat bermastautin di negeri Selangor pulak, rumah sendiri pulak tu tak payah sewa-sewa daaahhh. Alhamdulillah lagi.

Cuma bab kemas rumah je yang belum dapat nak selesaikan. Mostly barang masih dalam kotak. Sebab masa pindah barang hari tu baru perasan yang semua bilik kat rumah tu takde tile! (Masa bagi sewa memang tak tengok la kannn..)

Jadi setelah berfikir sejenak untuk kesenangan bersama.. Saya bincang dengan incik suami, supaya kami pasang tile dulu sebelum kemas barang dalam bilik... kalau dah bukak semua, lepas tu baru nak buat.. memang letihhhh la, kena kemas balik.. (cadangan dibuat pun masa letih pindah belum hilang)

Incik suami setuju jadi kami pun biar la kerja-kerja tu semua setel dulu... jadi dalam tempoh masa ni kami stay rumah mak incik suami. Rumah memang dekat sangat, jadi senang la.

So far, apek baru nak mula pasang hari ni lepas urusan order dia selesai. Harap-harap by Jumaat boleh siap la sebab Sabtu nak mula mengemas dah. Sedih wo baju dalam kotak lagi..hehee

Urusan pasang aircond, aerial TV, water heater dan bidai anjung yang selesai dulu..

Tempat kerja baru pulak, so far okey la...cuma penat sikit sebab ulang-alik dari Kuala Selangor ke KL. Penat badan, petrol dan tol..haha. Semua sebab nak duk rumah sendiri punya pasal. Tapi takpelah... yang penting selesa. Lepas ni slow-slow usya NGV.

Post tempat baru pulak, saya kena handle bahagian sumber maklumat dan multimedia.. memang kena dengan degree  yang ada, tapi kena belajar balik laa, dah 8 tahun tinggal sejak grad tahun 2006.

Hari ke-4 kerja ni, tanggungjawab dah mula masukkk.. so sebelum sibuk menjengah, ini la saya share ngn korang..

oh oh.. btw, bila dah kat area lembah kelang ni, terasa macam dekat-dekat je dengan fertility center yang lain kann.. Rasa nak jengah jumpa Dr A, nak cuba tangan dia pulak.. tapi dengan embrios kami masih di Penang, mungkinkah boleh kami transfer ke sini?

Sabtu 15 Nov ni PHKL ada buat forum IVF, semalam laju je saya call dan daftar...nak jumpa Dr A, nak tanya macam-macam... hopefully Allah mudahkan urusan kami untuk dapat zuriat dengan perpindahan ni juga.

Amin.

Thursday, 30 October 2014


Maybe it was a grandparent, or a teacher or a colleague. Someone older, patient and wise, who understood you when you were young and searching, and gave you sound advice to help you make your way through it. 

For Mitch Albom, that person was Morrie Schwartz, his college professor from nearly 20 years ago. Maybe, like Mitch, you lost track of this mentor as you made your way, and the insights faded. Wouldn't you like to see that person again, ask the bigger questions that still haunt you? 

Mitch Albom had that second chance. He rediscovered Morrie in the last months of the older man's life. Knowing he was dying of ALS - or motor neurone disease - Morrie visited Mitch in his study every Tuesday, just as they used to back in college. Their rekindled relationship turned into one final class: lessons in how to live. This is a chronicle of their time together, through which Mitch shares Morrie's lasting gift with the world

Monday, 29 September 2014

Mixed Feelings!

Salam,

 
Yes, Allah is the best planners.
 
Baru je hari tu post pasal kami dah ready nak buat FET kan? Tup-tup minggu lepas sampai surat pertukaran pulak.. Saya ditukarkan bertugas di KL. Dibuat sadisnya, tarikh lapor diri tu sama hari dengan appointment saya di klinik. Sob sob.
 
Mula-mula macam tergamam sekejap. Tak la sekejap sangat, sampai balik rumah kot. Hari tu, drive balik kerja haru sikit.. tekan minyak pada gear N la.. masuk parking dalam garaj dengan handbrake tak turunkan laa... which is, kesalahan yang saya tak pernah buat.
 
Esoknya baru okey sikit, walaupun perasaan masih on off.
 
Sebenarnya saya bersyukur juga dapat berita pertukaran ni... sebab memang diri sendiri merancang nak pindah. Hehuuww.
 
Dan ini merupakan permohonan kedua saya dalam tempoh dua tahun berturut-turut ni. yang pertama  buat surat tukar lepas failed 1st ivf di metro klang, bulan Jun 2013. Sebabkan nak cuba lagi dan tak nak ulang alik jauh dari penang ni, minta la tukar.. Bos sain nakkan pengganti. So, seperti orang lain yang pernah mohon, kalau takde suka sama suka memang tak dapat la... Jadi dapat surat permohonan tak berjaya bulan Nov 2013.
 
Bila dah tak dapat tu, kami dengan perasaan tak sabar nak anak... rancang la buat IVF di Hospital Lam Wah Ee Penang ni pulak. Dan sekali lagi diuji... dalam 2ww tu dapat berita suami ditukarkan dari selatan thai ke hilir perak pulak. Mengganggu emosi betul.. Dan ditakdirkan Allah, 2nd IVF pun tak berjaya tetapi alhamdulillah kali ni ade frozen embies!
 
Disebabkan sekarang dah makin jarang jumpa suami sebab jarak makin jauh.. maka saya apply permohonan tukar kali kedua, Jun 2014. Juga JUN! Hehe, beza setahun sepuluh hari dari tahun lepasnya punya surat.
 
Alhamdulillah yang ini bos dengan baik hatinya lepaskan tanpa pengganti... mungkin dia baru faham masalah fertility saya tak? Wallahualam.
 
Ape pun, walau dengan ada sikit rasa sedih.. officially saya call klinik hari ni untuk batalkan temujanji dan FET rancangan saya... InsyaAllah dah selesa dengan tempat kerja dan rumah baru, kami akan datang membuat fertility vacation ke Penang ni...
 
Laagipun mesti rindu pada 4 snowbabies kami... Huhu.
 
So sekarang mula projek packing barang!
 
*Usaha nak duk rumah sendiri katakan... itu yang buat seronok sikit, selama ni asyik menyewa je..


Bye

Friday, 19 September 2014

Orang Tak Rasa Apa Kami Rasa

Salam friends,
 
Terkejut dengan status Dr Zubaidi pagi ni. Kalau benar, apa akan jadi pada kos rawatan kesuburan kita ye?
 
IVF-ICSI sekarang pun dah berbelas ribu. Esok mahu cecah dua puluh. Yang berbelas ni pun 2 kali buat, 2 kali korek simpanan tak dapat-dapat anak pun... Haaiihh.
 
Rasa nak menangis..
 


Kalau ikut apa yang kerajaan war-war kan, harga ubat takkan naik. Tapi.. kalau pembekal beli ubat dari kilang kena GST 6%. lepas tu hospital beli dari pembekal kena lagi 6%... end up user macam kita ni total berapa?

Directly tak kena tapi INDIRECTLY?

Memang akan kena juga rasanya..

Saya wassap screenshot ni pada encik suami, dia balas "Jadi kena buat la.." (Ertinya kami kena FET cepat-cepat)

Kalau ikut kemampuan kami, InsyaAllah memang kami boleh buat dalam masa terdekat. Alhamdulillah kewangan mengizinkan. Saya kesiankan kawan-kawan seperjuangan saya, yang senasib.. tak semua boleh nak teruskan saja. Ada yang kena menyimpan, ada yang sampai kena buat loan untuk rawatan kesuburan ni...

Sedih.

Orang yang tak rasa apa yang kami rasa, memang takkan rasa apa-apa!

Wednesday, 17 September 2014

Kami Mulakan Lagi Perjalanan Ini

Assalamualaikum,

Hari ni hari kedua untuk cycle baru.. secara rasminya saya dah kontek doktor memberitahu kami dah sedia untuk FET.

Saya kira ini sebagai 60 % kehendak suami dan 40 % saya yang menurut perintah. Sebenarnya hati dua-dua mahu.. tapi suami memang melebih-lebih. Dari hari tu saya dah highlight yang incik suami asyik mengajak FET kan? Saya kata macam tak ready.. sebab itu, sebab ini..

Last-last minggu lepas kami berdrama.. saya menangis, dia tinggi suara, sedu-sedu, pujuk-pujuk, peluk-peluk, kiss-kiss... tiba-tiba confirm nak FET bulan ni.

Berulang kali saya tanya dia, "Betul ke tak ni? Confirm ke? Sayang takut.."
Dia jawab, "Tawakal lah pada Allah. Kita usaha."

Saya diam. So.. okay.

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
Kami mulakan lagi perjalanan ini.

Tuesday, 9 September 2014

Surah Al-Insyirah

Salam,

Selalu bila petang-petang, sementara menunggu waktu Maghrib saya suka pasang TV channel 106 Astro Oasis. Selain banyak zikir yang boleh diikut sama, ada bacaan ayat suci Al-Quran yang boleh dibaca sambil mendalami maksudnya.

Setiap kali tu memang airmata menitik. Rasa kerdil diri ini. Rasa takut. Seperti Yang Maha Kuasa sedang berbicara dengan kita.

Ada satu hari, sampai teresak-esak saya dibuatnya. Terpukul dengan satu surah mudah, tapi tak pernah betul-betul difahami yang tersurat dan tersirat. Jahilnya saya.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Ayat 5 dan 6 tu yang sangat terkesan. Diulang dua kali. Kenapa begitu?

(Ok, airmata dah menitik)

Saya cuma nak ingatkan diri saya yang lemah ni.. semoga tidak berputus asa dengan DIA.

'Setiap kesukaran disertai dengan kemudahan.

Monday, 8 September 2014

Tunggu atau tak?

Salam,

Lagi 2 hari nak cukup 2 bulan.. Rasanya diri ni dah bebas dari kesedihan lalu. Maka dalam hati pun muncul lah rasa nak buat FET.

Sebenarnya encik suami yang dah tak sabar. Kalau ikutkan dia, dari period bulan lepas lagi dah sebut..

'Jom buat FET. Abang rindu.. '
'Bila sayang nak buat? '
'Jom kita gamble je buat nak..? '

Lepas je beta test tu negatif, saya sebenarnya dah tawar hati. Rasa nak rehat, tak nak fikir pasal usaha untuk dapatkan anak. Kalau ditakdirkan kami hidup berdua, berdua saja lah.

Memang saya tiada perasaan setiap kali encik suami tuturkan ayat-ayat di atas.. Setiap kali juga saya jawab dalam kepala saya.. 'Tahun depan la.. '

Tapi di mulut.. 'Tunggu masa sesuai, sihatkan badan balik dulu.. '

Sebenarnya.. Ada perkara yang buat saya menangguhkan proses FET itu.

Pertama, encik suami dah pindah tempat kerja yang lebih jauh dari sebelum ni.. Jadi, lumrah kehidupan, hidup yang memang sedia sedih bertambah sedih.. Malam weekdays makin sunyi.. Weekend pun selalu sorang dah.

Jadi saya usahakan memohon pertukaran mengikut suami supaya kami dapat tinggal sebumbung.

Alhamdulillah, permohonan kali kedua ni pengarah sudi melepaskan saya tanpa pengganti.. Maka, sekarang adalah proses menunggu keputusan dari ibu pejabat dan penempatan.

Saya tangguhkan FET tersebut sebab ini lah.. Takut bila kami on proses.. Skali saya pula kena pindah. Kan renyah, susah, penat.. Sape nak kemas rumah tu nanti? Rumah sini, rumah sana...

Tapi encik suami selalu jawab, 'Takpe, abang buat semua.. '

Krik krik.. Krik krik..
Yeah, right.

Haha. Saya memang tak percaya dia nak buat.. Dan saya tak percaya dia boleh buat. Lagipun saya ada satu penyakit.. Tak percayakan orang buat kerja saya. Nati dia buat lain tak seperti yang saya harapkan!

Yela, suami yang kemas... Mesti sepah yang lebih. Kann?

Tapiiii... Macam lama sangat je menunggu keputusan ni. Tanpa pengganti pun lama ke..

Sabar saya pun dah jadi tak sabar nak mula balik. Seminggu dua ni asyik fikir nak FET je. Lagipun memang tengah menunggu AF ni.. Kalau surat lambat lagi keluar, rasa macam bulan ni dah nak telefon Dr untuk temujanji. Nak gamble je.  Buat biasa, macam natural. Tak terlalu berharap.

Arghhh. Tensen.

Tunggu atau tak? 

Thursday, 17 July 2014

Doa Yang Tertangguh

Salam kawan-kawan,

Tiba masanya saya ceritakan hasil perjalanan kedua ini..

Dengan berat hati dimaklumkan IVF kedua kami ini juga gagal. Beta yang dilakukan mengesahkan bahawa saya tidak mengandung, negatif.

Semasa hari ujian beta tersebut pun saya dah jangka keputusannya.. pergi ke hospital pun semata-mata untuk kepastian dan mengakhirkan perjalanan ini.

Kenapa saya kata saya dah jangka? Begini ceritanya...

26/06/2014

Adalah hari OPU. Hasil dari operasi dengan kadang-kadang muka saya berkerut tahan sakit, Alhamdulillah doktor dapat retrieved 11 telur. Dari bilangan tu 1 tidak matang dan hanya 10 disenyawakan dengan sperma suami, 7 yang jadi.

29/06/2014

ET day. 3 x 8 cells embrios dimasukkan ke rahim saya, berserta kata semangat dan nasihat dari doktor.. Katanya kualiti embrio adalah terbaik (1 fractured), usia muda.. kebiasaannya peluang untuk hamil adalah tinggi.. tapi bergantung juga kepada LUCK (saya sebagai seorang Muslim mengambilnya sebagai tawakal kepada Allah Taala).

29/06 hingga 10/07/2014

2ww. Tempoh paling mendebarkan, of course.. Saya yakin dalam tempoh tersebut terutamanya pada hari ke 6 dan 7, saya mengalami simptom-simptom implantation. Cramp, twinges, sharp shooting pain, shortness of breath, heartburn.. saya yakin, terutamanya pada heartburn, pedih ulu hati dan twinges tu sebab ia tak sama dengan tanda awal period.

Kemudian semua tanda-tanda tu dah hilang. sampai bengkak breast pun hilang. Saya mula tak sedap hati.. kenapa? apa yang sedang berlaku? Dalam masa yang sama takut mula menyelubungi diri.. takut perkara lalu berulang kembali.. takut bleeeding lg pada hari-hari akhir 2ww ni. Setiap pagi, bangun tidur dengan memerhatikan tilam dan kain jika ada kelibat darah. Bila tiada terasa lega, dan masih boleh berharap untuk satu hari lagi... Suami pun memerhati juga rupanya, dia pun risau. Bila hari ke 12 keadaan badan masih okey, kami berdua lega.. suami pun kata 'macam ada harapan sebab dah tak bleeding'..

Sehinggalah hari ke 13.. masa masukkan crinone (progesterone) pagi tu, saya perasan ada kesan darah pada tiub crinone tersebut bila dikeluarkan. Berderau darah.. automatik hari tu saya baring sepanjang hari, langsung tak keluar tengok tv. Darah memang tak banyak, tapi bila buang air kecil untuk solat zohor dan asar, memang ada la.. keluar bersama darah beku. Ada hitam, koko, merah, fresh blood... saya dah menangis.

Suami masih cuba beri harapan, 'takpe, satu je tu.. ada lagi dua. Jangan nangis.'

Ok, tangisan tu cuma sekejap je. Sebab saya risau, menangis akan kecutkan rahim dan mengancam kedudukan lagi 2 embrio kami.

Tapi, jauh dalam hati... saya dah tak berharap. Hati saya kata, ini haid, masih belum ada rezeki kami kali ni. Malam tu sebelum tidur, saya hint kepada suami, jangan terlalu berharap saya mengandung... sebab rasa macam tak ada. Air mata saya mengalir tertahan-tahan.

10/07/2014

Hari ke 14, beta test day. Kami ke hospital memang dengan dah takde perasaan. Pergi sekadar nak tamatkan perjalanan. Macam orang bersukan lumba lari 100 meter, walaupun yang nombor 1, 2 dan 3 dah sampai, kita masih di belakang terkedek-kedek, jatuh pula.. tetap bangun dan teruskan terjengket-jengket nak habiskan larian tu ke finish line. Macam tu lah.

Kami bersiap pagi tu pun memang sengaja lambat-lambatkan, boleh baring-baring lagi sambil berbicara... 'Sayang rasa macam malas nak pergi hospital.' Suami balas, 'Abang pun..'

Dan seperti yang dijangka, memang beta saya negatif.. belum sempat doktor bagitau, saya dah perasan pada fail tu masa dia belek-belek... beta 4.80 macam tu. Tak sampai 5.

Alhamdulillah, bila hati dah tak berharap dan redha, keputusan tu kami terima dengan biasa saja. Saya tak pamerkan langsung rasa sedih. Memang tak sedih pun hari tu. Malah ada perasaan lega... kenapa?

Sebab saya doa pada Allah, kalau masih belum rezeki kami untuk jadi ibu dan bapa... berilah keputusan negatif terus... Jangan jadi macam dulu, positif tapi diuji dengan sakit contraction semasa nak gugur. Sakiitttt!! Saya dah tak sanggup... Sakitnya sepanjang hari, berhari-hari... duk hospital. D & C dan berpantang kemudiannya... Orang berpantang ada anak, kita berpantang ada air mata saja.

Dah la gugur, bil hospital 5 ribu kena langsaikan juga... Siap cakap pada suami, kalau positif dan bleeding juga lagi, saya akan jaga diri di rumah sendiri... untuk elakkan kos ribu riban hospitalized tu lagi.

Kita duit bukan banyak kan, kos ivf berkali-kali ni pun dah habis berapa, boleh dapat sebijik viva, cash.

Kata-kata ni nampak macam negatif kan? No, saya bukan negatif. Saya membuat perancangan tambahan untuk kuatkan diri sendiri dengan kegagalan berulang yang sudah pasti. Ia buat saya kuat sebenarnya.

Alhamdulillah memang saya kuat, kali ni saya tak meraung macam dulu. Lepas keluar hospital, saya ajak suami tengok wayang..

Mungkin juga kami kuat sebab kami ade 4 lagi baki embrios yang frozen. Masih ada harapan untuk FET. Jika tiada tak tahulah apa yang jadi, saya dah serik cucuk-cucuk sampai lebam perut.

Hmmm, InsyaAllah bila badan ni sihat nanti kami cuba lagi, FET. Tak boleh putus asa pada Allah. Dia tahu saya dan suami kuat, jadi dia uji kami begini.

Terima kasih pada yang banyak mendorong dan mendoakan kami... InsyaAllah kami akan cuba lagi sehingga kami jadi ibu dan ayah.

Bila tiba masanya yang sesuai.

"JIKA ALLAH SWT MENANGGUHKAN DOAMU, 
MAKA DIA MENGUJI KESABARANMU."

Friday, 11 July 2014

Summary Buku Ini

2014
IVF ICSI #2
Hospital Lam Wah Ee, Penang.
Dr. Ng Peng Wah

20/03/2014 (Khamis)
First meeting with the specialists.
Dr. Ng Peng Wah (O&G) - Pap smear. TVS. All fine.
Dr. Leong Wing Seng (Urologist) - FSH blood test. Scan. Explaination of TESA.

25/04/2014 (Jumaat)
TESA - Alhamdulillah. En. Sperma berjaya dikumpul dan disimpan untuk IVF/ICSI kami nanti.

06/05/2014 (Selasa)
Day 3 mentrual period. Done hormone test for me & HIV test for both of us.

22/05/2014 (Khamis)
Day 19 menstrual period. Jumpa Dr dan bawa balik Suprefect.

24/05/2014 (Sabtu)
Day 21 Menstrual period. Mula suntikan Suprefect 50 iu (kali ni malam).

03/06/2014 (Selasa)
Day 1 menstrual period. Officially in the IVF cycle! Call nurse dan set tarikh temujanji.

09/06/2014 (Isnin)
CD 7 menstrual period. Jumpa Dr Ng, adjust dos Suprefact (15 iu) dan bawa balik suntikan Puregon.

13/06/2014 (Jumaat)
CD 11 menstrual period. Mula suntikan Puregon (125 iu) (malam juga). (Puregon injections contain the active ingredient follitropin beta, which is synthetic version of a natural sex hormone called follicle stimulating hormone (FSH). In the ovaries in women, FSH increases the number of growing follicles and stimulates their development. Within the follicles are the developing eggs.)

18/06/2014 (Rabu)
CD 16. Appointment. TVS ~ 8 eggs. Increased Puregon dose. (150 iu). Carry on Suprefact (15 iu).

21/06/2014 (Sabtu)
CD 19. Appointment. TVS ~ 9 eggs. Puregon still dose. (150 iu). Carry on Suprefact (15 iu).

23/06/2014 (Isnin)
CD 21. Last injection for Suprefact & Puregon.

24/06/2014 (Selasa)
CD 22. Pregnyl injection (Chorionic Gonadotrophin) sharp on 9.15 pm. (Pregnyl injections are used to stimulate follicules to mature and ovulation to occur. )

26/06/2014 (Khamis)
OPU.

29/06/2014 (Ahad)
ET.

10/07/2014 (Khamis)
Beta HcG - Big Fat Negative!

The End.

Monday, 23 June 2014

The Red Warrior VS Red Giant (Edisi Berangan)

Salam,

Semalam tengok dalam fb, ada seorang baby pakai jumpsuit The Red Warrior. Memang comel gila! Mula la saya berangan sambil menyatakan pada suami.

'Nanti anak abang sayang pakaikan baju TRW macam ni, mesti comel kan?'

Suami terus bersuara, 'Eh, ingat abang nak tengok saje ke? Tak boleh, tak boleh... Dia mesti pakai Red Giant.' (Penyokong tegar Selangor)

'Ehhh, maknya yang pakaikan baju dia.. mestilah TRW. Pagi-pagi abang bukak mata je, anak abang dah siap pakai TRW.'

'Kalau pasal jersi ni.. abang yang akan pakaikan baju dia.' Sambil gelak-gelak. (Tetiba rajin pulak, padahal selalu hmm, well you know lah.. lelaki.)

'Mana bolehhh.. Hmm, kalau kembar 2 bolehlah sorang TRW, sorang Red Giant, kalau sorang?? Kita custom made, warna dah sama merah... depan TRW, belakang Red Giant... Okey?"

Haha, dua-dua gelak!

Angan-angan yang diharap bakal menjadi realiti.

Tuesday, 17 June 2014

Tuesday, 10 June 2014

Penantian Itu Satu Penyiksaan

Cliche kan?

Penantian memang satu penyiksaan. Seksa sebab kita kira hari-hari yang berlalu. Kadang masa rasa berlalu pantas, tapi lately rasa macam lambaaaat sangat.

Kalau kira pengalaman long protocol yang lepas (saya selalu guna 'yang lepas-yang lepas' ni.. suka buat perbandingan. Ni last, lepas ni tak nak guna dah! Tegur saya kalau saya guna lagi), saya jangka opu akan berlaku pada 17 Jun ni, dan ET tiga hari kemudian pada 20 Jun. Tapi nampak gayanya kali ni long-nya betul-betul long protocol.

Entah apa rencah Dr Ng ni, schedule dia memang lain dari yang lain. Yang tak dapat saya google dah. Mula-mula saya jangka appointment akan diadakan pada Day 2 period (as usual), dan suntikan menggalakkan pembesaran follicles (Puregon) akan dimulakan pada hari tersebut jugak.. tapi dia pi buat appointment pada day 7 dan suntikan pada day 11.

Memang lain.

Saya rasa tu memang cara dia. Sebab nurse-nurse dia pun nampak biasa dengan kaedah tu. Takde nampak pelik. Saya cuba google ape kaedah yang Dr Ng ni praktikkan, tak jumpa. Dah buntu dah.

On the other side, bagus jugak dia guna cara yang lain... sebab bila saya dah buntu google tak dapat maklumat -- saya tak akan buat prediction dan assumption sendiri dah -- kurang masa duk pegang smartphone dengan gelombang wifi yang tak elok tuh -- otak tak ligat fikir apa nak buat lepas ni -- kurangkan curiosity -- bila dah boleh lepas semua tu, minda dan perasaan pun boleh rileks.

Hopefully.

Akhirnya kena beritahu balik diri yang bila saya dah berusaha dan berdoa setakat mana yang saya mampu, kemudian serahlah semuanya kepada Allah. Tawakal. Biarkan ia berlaku dengan sendirinya.. saya ikut saja.

Bila saya cerita pada suami cara Dr Ng yang lain ni.. dia cuma jawab, "Setiap doktor ada cara dia sendiri, biarlah dia buat kerja dia.. yang penting berjaya tak berjaya, itu Allah punya kerja."

Betul tu. Semuanya balik pada Allah.

Ikut je lah apa Dr nak buat, bagaimana flow dia, kita followwww je laa... Rasanya kalau kurangkan counting days tu, masa pun akan berlalu tanpa kita sedar kot.

InsyaAllah, please Noly! Let it go.. let it go... gaya nyanyi lagu Frozen. Ha5.

Oh Olaf!

Jom Main Game!

Peraturan nak main:

Kena gembira, jangan sedih-sedih.
This is hilarious actually..


Friday, 23 May 2014

CD19 - Appointment for Suprefect

Salam,

Semalam 22/05/14 ada appointment dengan Dr. Ng. Kami bersiap keluar rumah pukul 7.00 pagi. Separuh jalan singgah sarapan dan sampai ke kaunter pendaftaran hospital lebih kurang 9.00 pagi.

Rasa macam dah awal, tapi terkejut saya bila akak kat kaunter bagitau yang nombor giliran saya dan kena waktu petang. Bila di klinik saya confirmkan dengan nurse, dan memang nombor saya memang dah masuk petang sebab pagi dah penuh. Alahai.. Bila masanya diorang ni daftar?

Nurse kata giliran saya yang ke 49, disuruhnya saya keluar shopping atau jalan-jalan dulu dan datang balik pukul 4 atau 5 petang. Sememangnya memang dah berhajat ke Queensbay, maka kami pun menghala ke sana. Tapi shopping tu jadi tak best juga memikirkan kita nak jumpa doktor. Lepas lunch je, pukul 2 ptg suami dah mengajak balik ke hospital. Katanya mana tau, kot2 ada rezeki awal..

Hurm, nampak gayanya tak juga. Walau dah no 49 tu.. tunggulah turn ke-49. Nasibnya, kami dapat masuk bilik doktor pukul 8.30 malam... Haaa, percaya tak? Pukul 9 malam baru balik. 12 jam tu nunggu, naik sakit pungkok.

Sabar je la... Malas nak marah-marah, nanti stress. Lagipun salah diri sendiri, perasan awal. Orang lain rupanya 6 pagi dah register, terutamanya orang-orang indonesia tu. Ramai betul diorang, jauh datang berubat.

Hot Dr.Ng nih... Hehe.

Dalam sabar-sabar tu hampir menitik jugak airmata dah tak tahan menunggu... Elok je dia bergenang, nama dipanggil... Alhamdulillah dapat jugak jumpa doc (syahdu gitu..)

Jadi untuk appointment kali ni, saya diberi bahan-bahan untuk injection (Suprefact, nice to see you again!) Nurse ajar step by step macamana nak inject. Walaupun dah ada pengalaman, buat zero je dan dengar lagi...

InsyaAllah kali ni buat yang lebih baik. Appreciate the second chance.

Tunggu Cd21.

p/s: Tolong doakan kejayaan kami ye.

Tuesday, 20 May 2014

CD 3 - Blood Work

Salam,

Keputusan tesa dah dapat, hubby pun dah ceria gembira. Sekarang giliran saya pulak. Kali ni kena buat blood test untuk check hormon. Pemeriksaan perlu dibuat antara day 2 - 4 menstrual period, jadi perlulah menunggu Aunt Flo (AF) datang bagi bulan april dulu.

AF ni kalau ditunggu-tunggu, main-main pulak dia. Bulan Mac, AF datang pada 29 hb. Bulan April, tak datang! Bulan Mei dia muncul awal-awal 4 hb.

Sebenarnya takde yang pelik pun kat situ. Actually period bulan Mac tu dah masuk april skali sebab dia datang hujung bulan. Disebabkan dah hujung sangat tarikhnya tu, maka minggu tak boleh solat adalah termasuk awal bulan April.

Bulan April pulak cycle jadi panjang (memang dah jadi kebiasaan bagi saya lepas kawin, masa anak dara elok je 28 hari). Kali ni cycle length 36 days, so AF datang 4 hb Mei.

Pada CD 3 baru saya menjengah ke hospital untuk blood test tersebut. Lambat sikit sebab menunggu suami lapang dari jadual mengalahkan menteri dia :p. Lagipun dia dah janji pada saya, untuk tak biarkan saya ke hospital sendirian IVF kali ni (saya paksa dia berjanji actually!)

Kalau mengikutkan tahap kesabaran hati yang tipis ni, rasa on CD2 saya dah nak pergi, tapi sebab menunggu dia jadi delay. Dah ada terfikir nak drive sendiri pun (sebab mmg survivor.. haha) tapi tahan-tahan, sabar-sabar... kena pergi dengan dia jugak!

So on CD3 kami pergi, kali ni cuma jumpa nurse untuk dapatkan borang blood test, tak perlu jumpa doktor. Kebetulan pula hari Selasa adalah operation day, jadi klinik memang takde orang.

Hmm, nasib baik jugak kami pergi berdua. Rupa-rupanya bukan saya seorang saja yang kena buat blood test, suami pun kena juga! (awat la tak habaq awai-awai nurse sayang..) Dalam hati dah bersyukur sangat tak mengikut kata nafsu tak sabar tu. Kalau tidak.. dua kali kerja. Lagi pun, tak boleh nak komplen sebab saya datang pun main terjah je... Lupa pulak nak call buat appointment, so agak makan masa sebab diorang kena cari fail saya dulu.. Hehe.

Takpe, anggap Allah dah bantu saya. Sabar je sikit, dia permudahkan urusan. Kan?

So, blood test untuk suami tu katanya untuk cek HIV. Maklum la, kan sperm suami dibekukan, nanti nak handle tu diorang takut jangkitan kot? Saya pun dicheck jugak.

Sembang-sembang tu saya cakap juga pada nurse, 'HIV test dulu dah buat." Dia tanya, 'Bila?'
Sengih-sengih saya jawab, 'Sebelum kawin..' Hehe. 'Dah lama maaa...' OK. OK.

Seriau gak la, bila tau banyak pulak test nak kena buat ni, maknanya kena amik darah banyak. Saya ni, tak takut jarum. Tak takut doktor, mahupun nurse. Tapi tangan saya ni urat memang invicible!

Setiap kali amik darah, saya rasa kesian kat nurse pasal cari urat tak jumpa-jumpa. Pastu, kalau jumpa pun sat je.. baru dapat sikit darah dah kering. Kena cucuk tempat lain pulak. Dari sebesar- besar jarum normal, tukar butterfly, last skali jarum baby.. Tu pun belum tentu.

Saya dah biasa, nurse ni la yang tak biasa. Padahal memang kat Lam Wah Ee ni, yang bahagian blood work, kerja hari-hari memang amik darah je. Jumpa saya... haa, baru dia tau skill dia belum cukup terer. Keh3.

Ada la dalam setengah jam dua orang nurse mengerjakan saya.. sampai 4 tempat cucuk. Dari lengan kanan ke lengan kiri ke belakang tapak tangan.... Haaa, yang ni memang sebak sikit la nak cerita. Sebab tempat last call belakang tapak tangan tu, cucuk kat situ memang sakit.. takde lemak kot. Sape belum penah rasa boleh la try... keh3. Nak nangis pun ada, padahal dulu masuk wad, tiap-tiap hari nurse balun kat situ boleh je tahan.

Kali ni nurse muda tu sampai berulang-ulang kali sebut, "Kami sayang you. Kami sayang you.. Sorry aaah." Kesian kot duk mencucuk saya... Saya pulak kesiankan dia.




Lebam ni baru je mula nampak, beberapa hari kemudian punya biru,
macam kena tumbuk. Hehe.

Suami saya takut jarum. Tengok je jarum hala ke dia, terus dia wujudkan hikmat kejungkan badan. Keras. Haha, tapi sekali cucuk je siap! Dia siap leh amikkan gambar saya tengah dikerjakan nurse... gelakkan saya. Ceh!

Alhamdulillah, dapat jugak la amaun darah yang diorang perlukan, jasa belakang tapak tangan. Akibatnya saya balik bertempek-tempek plaster. Dah tak dapat nak tekan tempat kena cucuk tu untuk kurangkan biru.

Selang 2, 3 hari... lebam! Kalau orang tengok mesti kata kena dera ngan suami. Love bite mustahil la kannnn... Hahahahaha!

Monday, 12 May 2014

Ceritera TESA Dear Hubby.

Salam,

Pada 25/04/2014 tanggal Jumaat dua minggu yang lepas, berlangsunglah prosedur TESA kepada DH saya.

Tarikh prosedur ini kami sendiri yang tetapkan atas kesediaan dan kelapangan kami. Mengikut ayat Dr. Leong, "Datang bila dah ready.." Jadi kami pilih tarikh ni kerana pertama, hari Jumaat adalah hari DH kurang sibuk. Kedua, dan merupakan yang utama.. Tempoh tu cukup-cukup DH selesai habiskan sebotol supplemen tambahan yang saya sediakan untuk kesihatan mr. sperm. InsyaAllah.

Jadi pada hari kejadian, kami bertolak ke hospital tepat pukul 6.45 pagi usai solat subuh dan sarapan. Waktu temujanji adalah pukul 8.30 pagi tapi kami keluar awal untuk mengelakkan kesesakan di atas jambatan pulau pinang.

Tiba di hospital 7.45 pagi kami daftarkan diri dan kemudian menunggu giliran. Saya perasan DH sepanjang jalan macam mood tak berapa nak baik, mau tidaakkk... nebes la tu! :p Masa menunggu pun macam tu. Diam je dia.

Dalam pukul 11.00 pagi barulah giliran DH tiba dan dibawa ke operation theater di tingkat 4. Tak sama seperti di Metro, kami berdua berjalan sendiri ditemani seorang nurse ke bilik tersebut, kalau dulu dah siap berbaju sakit bagai dengan wilca.

Sampai depan pintu OT, ingatkan saya dapat masuk sama, tetapi rupanya tak boleh.. DH je yang masuk membawa debarannya. "Nasib baik, kalau tidakk... ada yang nak kena record ni." Sempat lagi mengusik DH yang memang dah kelu seribu bahasa.


Menunggu kat luar tu, debaran saya pulak yang mula bertambah.. Asyik terfikir, "Apa jadi kat laki aku dalam tu?" "Ade ke sperm? Harapnya ada." Sambil banyakkan berdoa dan zikir semoga Allah mudahkan urusan kami kali ini.. Kebetulan dengan hari Jumaat, saya isi waktu menunggu tu dengan membaca Surah Al-Kahfi.


OT hari tu agak sibuk memandangkan Selasa dan Jumaat adalah operation day. Jadi pesakit dan nurses sentiasa keluar masuk.. Setiap kali pintu ditolak dari dalam, saya tertunggu kelibat DH.

Hinggalah lebih kurang sejam setengah kemudian, pukul 12.20 tengahari, saya lihat ada seorang nurse keluar dengan menolak troli kecil, di atasnya ada sebuah kotak besi sederhana besar... hati saya kuat mengatakan box besi tu adalah hasil dari tesa DH... kuat mengatakan dalam tu ada sperm DH walaupun kelibat DH masih belum kelihatan..

Saya ikut pergerakan nurse tu hingga dia hilang di sebalik pintu lif. Lagi bertambah confirm memandangkan ivf center cuma satu floor di bawah.

Pukul 1.00 tengahari, buat kesekian kalinya bila pintu OT ditolak dari dalam, saya terus memerhati. Kali ini DH keluar bersama seorang nurse lelaki. Memang tak seperti yang saya jangkakan, DH keluar dengan katil wad atau wheelchair, sebaliknya dia keluar melenggang sebagaimana dia masuk pagi tadi... Bukan main lagi sembang.

Cepat-cepat saya ikut serta... Dari perbincangan, saya dapat tau Dr berjaya ambil agak banyak 'cecair' dari prosedur tersebut, tapi embriologist masih perlu periksa untuk memastikan kewujudan sperm di dalamnya. "Jika ada, boleh proceed IVF. Jika tiada... Hmmm, then no lah."

Saya tengok DH dah hilang senyap pagi tadi, tapi masih tak senang duduk memandangkan keputusan tepat belum keluar. Kebetulan dengan waktu rehat, kami disuruh makan tengahari di cafe dulu dan kembali ke IVF centre untuk mengetahui keputusan sebenar.

Hajat saya, selepas lunch mahu diajak DH ke surau dulu untuk solat zohor.. tapi dia memang nampak sangat dah tak sabar-sabar nak menerjah ke IVF center. Jadi saya mengikut sajalah..

Alhamdulillah, seperti yang saya jangkakan tadi. Box besi tu memang kepunyaan DH dan keputusan yang kami dapat pun melegakan hati. Setelah dilihat embriologist, cecair tadi tu mengandungi sperma, banyak dan kami diberitahu ia akan disimpan beku dalam 2 tiub (or bekas etc).

Jadi maknanya, jika 1 tiub kami guna untuk IVF cycle ni. Ada lagi baki 1 tiub yang kekal di bekukan untuk kegunaan masa akan datang.

Wohooo! (Ekspresi DH dari air muka dia.)

Alhamdulillah... Allah telah mudahkan langkah kami setakat ini. Moga dipermudahkan seterusnya juga.

On the way balik... baru saya dapat balik suami saya yang banyak mulut!! Dah hilang debor katakan.....

P/S: Kos sperm freezing and storing adalah RM 1000 untuk 2 tahun. Untuk tahun seterusnya perlu tambahn RM 1500 untuk 3 tahun.



Hiasan En. Sperm tersenyum menyambut kedatangan kami ke IVF Center. 
So sweett!!! Haha.

Monday, 5 May 2014

Male Infertility

Kebiasaan oleh masyarakat kita apabila ada pasangan yang tidak mendapat cahaya mata setelah sekurang-kurangnya setahun berkahwin, yang akan dipersalahkan adalah si isteri.

Ya, kebanyakan masalah kesuburan yang kita ketahui memang berpunca daripada wanita. Endometriosis, PCOS, tiub fallopian tersumbat, telur tidak matang, cyst dan lain-lain. Tetapi masalah yang ada pada wanita ini rata-ratanya boleh dirawat.

Tahukah anda, sebenarnya lelaki juga adalah merupakan penyumbang kepada permasalahan sukar mendapatkan zuriat ini? Dan peratusannya dengan masalah wanita juga adalah hampir sama iaitu  50% - 50%.

Mungkin disebabkan masalah taboo yang tak habis-habis di kalangan orang melayu, maka sekiranya masalah ini berpunca dari suami, maka disorok-sorok. Atau mungkin juga tak sedar langsung kekurangan itu pada suami kerana tidak pernah tergerak untuk memeriksa dan dengan senang hati menyalahkan isteri saja.

Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang suami yang berfikiran terbuka dalam hal ini. Setelah memeriksa beberapa kali mencari penyebab, akhirnya kami menjumpai puncanya iaitu Azoospermia.

* * *
Saya terangkan secara mudah..


Kesuburan lelaki bergantung kepada keupayaan pengeluaran sperma yang normal dan kemampuan untuk 'deliver' ke vagina pasangan wanita. Prosesnya bermula dengan spermatogenesis, atau pembentukan sperma di dalam testis. Sel sperma atau dikenali juga sebagai spermatozoa, dihasilkan melalui proses yang rumit ini selama berbulan-bulan. Setelah terhasil sperma keluar dari testis dan disimpan di epididymis di mana ia 'fully develop'. Ia kemudiannya akan ditolak ke vas deferens dan urethra semasa ejakulasi.





Masalah ketaksuburan lelaki berpunca apabila, dia tidak dapat melakukan proses-proses di atas. Sama ada sperma tidak dapat disalur ke vagina, sperma tidak berkualiti atau pun sperma langsung tidak keluar dari badan lelaki tersebut!

Berikut adalah term bagi masalah-masalah lelaki:

Azoospermia - absence of sperm in the ejaculate.
Aspermia - zero volume ejaculate.
Oligospermia - low numbers of sperm.
Asthenospermia - poor sperm motility.
Teratospermia - abnormal morphology (shape) of sperm.

Azoospermia adalah medical term yang digunakan apabila tiada sperma di dalam semen bila ejakulasi.

Ia terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

1. Obstructive Azoospermia (OA) - blockage yang menghalang sperma daripada keluar bersama ejakulasi.
2. Non Obstructive Azoospermia (NOA) - permasalahan pembentukan sperma di dalam testis.

Alhamdulillah, setelah beberapa pemeriksaan dibuat DH adalah OA yang bermaksud, kilang testisnya menghasilkan sperma but somehow mungkin terdapat blockage yang menghalangnya keluar.

Pemeriksaan yang dijalankan untuk penentuan adalah blood hormone test, pemeriksaan keadaan fizikal dan akhir sekali confirmation melalui biopsy testes.

Bagi pasangan yang suami mempunyai masalah Obstructive Azoospermia, jangan risau... Masih ada harapan untuk anda memiliki zuriat sendiri atau biological child kata omputih. Kerana as long as suami anda masih menghasilkan sperma, walaupun ia tidak dapat keluar sendiri... beberapa medical prosedur boleh dilakukan untuk mengeluarkannya seperti TESA, PESA, MESA, TESE dan beberapa lagi cara.

Setelah sperma suami diperolehi melalui cara-cara di atas, anda boleh menjalani proses In Vitro Fertilisation (IVF) dengan Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI) untuk memperolehi zuriat. (This is what we're doing right now...)

InsyaAllah jika sampai masanya, akan ada rezeki anda dan kami... :) Yang penting jangan malu-malu berusaha.

Bagi yang pasangannya mengalami Non Obstructive Azoospermia (NOA).. minta maaf setakat ini pengetahuan saya tentang rawatan ini amat terhad. Tetapi saya ada terjumpa satu website yang agak meyakinkan dapat merawat NOA ini. Dan ia memang hanya menumpukan kepada kes ini sahaja...

Sila ke http://www.spermhope.com/index.html

Pakar urology meyatakan saban tahun semakin ramai lelaki yang menemuinya kerana permasalah azoospermia ini. Semakin meningkat... Jadi kita perlulah berbuat sesuatu.

Jalan dah ada, janganlah malu berusaha. Lupakan taboo kita, demi mendapatkan zuriat idaman hati. Janganlah diseksa hati isteri kerana ego seorang lelaki...

Monday, 28 April 2014

Surgical Sperm Retrieval And Its Use In Infertility Treatment

For most of human history, fertilisation of a single egg produced by the female partner involved a swimming race between millions of sperm. The single winning sperm was the one that entered the egg first. The modern infertility treatments intracytoplasmic sperm injection (ICSI) and in vitro fertilisation (IVF) now make it possible to extract a single sperm and use it to directly fertilise an egg. The latest surgical sperm retrieval techniques combined with ICSI and IVF also mean that infertility can be overcome even in men who produce hardly any sperm.

A low sperm count is a common cause of male infertility but if a man produces even the tiniest number of sperm in his semen, these can be collected fairly easily. Men who ejaculate no sperm, because of blocked tubes in their testes, or because of a genetic condition that prevents their sperm being released, require some form of surgical sperm retrieval to enable intracytoplasmic sperm injection to take place.

Methods of Surgical Sperm Retrieval

The main methods of surgical sperm retrieval available include:
  • PESA: percutaneous epididymal sperm aspiration.
  • MESA: microsurgical epididymal sperm aspiration.
  • TESA: testicular sperm aspiration. This includes testicular fine needle aspiration (TFNA).
  • TESE: testicular sperm extraction.
  • Microdissection TESE.
  • Perc biopsy: percutaneous biopsy of the testis.
Which method is used depends on the nature of the problem in the male partner, which needs to be explored carefully first.

Tests Required Before Surgical Sperm Retrieval

A man that produces no sperm in his semen is said to have azoospermia. This may be because of a blockage in one of the tubes that carry sperm from the areas of the testes where they are produced, out to the penis during ejaculation. Obstructive azoospermia can be caused by testicular cancer, as the tumour presses on the vas deferens. This type of cancer is common in young men and can be treated successfully. It can, however, lead to infertility, so surgical sperm retrieval may be performed to store some sperm before treatment begins.

Other conditions cause non-obstructive azoospermia, including having an abnormal cystic fibrosis gene. Men with this condition may not show all the symptoms, but they often have no vas deferens.
Surgical sperm retrieval is possible but there is a 50:50 chance that the embryos produced by subsequent ICSI and IVF will have the same genetic abnormality. Options then include using a sperm donor and intrauterine insemination (IUI) or IVF, or having pre-implantation genetic diagnosis (PGD) performed on the embryos to select ones that carry the normal gene.

If the problem that underlies poor sperm production is physical rather than genetic, or if a couple wants to have children after the male partner has had a vasectomy that cannot be reversed, surgical sperm retrieval can go ahead.

Surgical Sperm Retrieval Techniques Used When Obstruction Is The Problem

When the release of sperm is prevented by a blockage in the vas deferens, or by a vasectomy, several techniques can be used to retrieve the large numbers of sperm that remain inside the testes. The first three involve aspirating sperm using needles or tubes placed through the skin of the testis and are carried out under local anaesthetic. The fourth requires open surgical sperm retrieval and is usually carried out under general anaesthetic.
  • TESA: testicular sperm aspiration. This involves placing a needle attached to a syringe through the skin of the scrotum and simply sucking out the fluid inside the testicle.
  • PESA: percutaneous epididymal sperm aspiration. This involves the same needle and syringe technique but the needle is placed directly into the epididymis.
  • Perc biopsy: percutaneous biopsy of the testis. This is similar to TESA, but a larger needle is used. This is a 14 gauge needle usually used to biopsy testicular tissue and it usually extracts a larger number of sperm.
  • MESA: microsurgical epididymal sperm aspiration. An open surgical sperm retrieval procedure that uses an operating microscopy to locate the tubules of the epididymis precisely, so that large numbers of sperm can be extracted.
Some small studies have been done to compare success rates after the different types of surgical sperm retrieval. These concluded that MESA gives the highest number of sperm, with a hundred times more sperm being recovered compared to TESA and perc biopsy. MESA also produced sperm that were better swimmers and therefore more useful for infertility treatments, including IVF and ICSI.

Surgical Sperm Retrieval Techniques When There Is No Obstruction

Men who have no sperm in their semen, despite having clear tubes in their testicles, usually have a problem with the process of sperm production. It is unlikely that sperm are present in large numbers, so the surgical sperm retrieval techniques required are more invasive.
  • TESE: testicular sperm extraction. This involves opening up the scrotum and taking a large volume of testicular tissue, perhaps from several regions of the testicle. Sperm are then retrieved using a microscope to identify individual sperm.
  • Microdissection TESE. A similar technique but a microdissecting microscope is used to pinpoint the tissue to be removed. This aims to cause less damage to the structure inside the testicle, and to therefore have fewer after effects such as blood supply problems caused by tiny blood vessels being cut. It also appears to increase the number of sperm that can be retrieved.
Success Rates After Surgical Sperm Retrieval

Evidence is still accumulating because all of these infertility treatments are relatively new, but one of the most successful combinations appears to be MESA followed by ICSI, which has reported fertilisation and pregnancy rates between 45 % and 52 %.

Source: http://fertility.treatmentabroad.com/treatments/surgical-sperm-retrieval-pesa-tesa-mesa

Saturday, 26 April 2014

Sperm Freezing And Storing

Salam Readers,

Dulu, masa buat IVF/ICSI di Metro, suami ada berkeinginan untuk freeze kan sperma dia. Tapi doktor kat situ kata, diorang tak buat dan kualiti sperma kalau dah simpan takut jadi tak bagus. Better pakai yang fresh. Jadi pada masa saya OPU, suami saya menjalani prosedur TESE.

Beberapa bulan sebelum kami mulakan rawatan di Hospital Lam Wah Ee, suami saya masih lagi menyuarakan keinginan yang sama. "Kalau la boleh freeze dan simpan sperm abang.." Dia berkeinginan macam tu sebab bagi dia, bagus la jalani prosedur untuk dia dulu, lepas tu sperma tu bekukan, then dia pun boleh recover balik dari prosedur supaya nanti dapat menjaga saya semasa OPU dan ET.

Kadang-kadang rasa malas nak melayan keinginan dia, rasa macam tak logik.. Ada ke hospital yang buat sperm freezing? Tapi betul juga kata dia.. Dulu saya punya prosedur OPU dan dia punya TESE pada hari yang sama. Dua-dua kena bius penuh... Seharian di hospital dan memerlukan orang lain menjaga kami. Pada masa tu, saya angkut Ummi dan Abah, dan dia angkut adik lelaki dia. Balik rumah pun dua-dua masih lemah, loya, nak pitam, semua rasa ada... Jadi sekarang, kami jauh dari keluarga.. Kalau prosedur serentak dalam hari yang sama lagi, kami nak angkut siapa pulak?

Alhamdulillah, di Hospital Lam Wah Ee ada prosedur tu. Belum sempat suami saya bertanya, Dr Ng dah pun cerita.. Cara mereka di situ adalah, surgeri ambil sperma suami kemudian check untuk tengok ada sperma atau tidak, kalau ada, bekukan dan barulah officially pasangan tersebut boleh menjalani IVF/ICSI.

Dan surgeri tersebut adalah TESA, bukan TESE seperti di Metro IVF. TESA kata doktor, tidak memerlukan bius penuh dan hanya setempat sahaja.

Hmm. Suami sayalah yang paling gembira dengan berita itu.. He5. (Gara-gara serik simptom selepas bius)

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sperm freezing ni boleh la tengok penerangan di bawah..
* * *
Sperm freezing and storage is the procedure of freezing sperm cells in order to preserve them for future use. Sperm cells have been frozen and thawed successfully for more than 40 years. By using special technologies and then keeping it in liquid nitrogen (-196°C) sperm can be stored for many years while still maintaining a reasonable quality.

Why would I want to freeze sperm?

Unfortunately, life is unpredictable. There are many situations that could interfere with your future fertility. These may include:
  • chemotherapy or radiation therapy
  • certain types of pelvic or testicular surgery
  • vasectomy
  • high risk occupations or sports
  • diabetes may cause erectile difficulty
  • male away from home on day of assisted reproductive treatment
How many sperm samples do I freeze?

Everyone’s situation is different. Most men freeze between two and five samples. Some choose to freeze many more samples. In many cases the time interval prior to surgery, chemotherapy or radiation therapy will be the deciding factor. We recommend abstaining from intercourse and ejaculation for at least two days but not longer than five days before the first sample and for about two days between the samples.

Sperm Storage

Sperm can be frozen indefinitely. Scientifically there is no limit to the length of time that sperm can be stored in a frozen state. Damage can occur to the sperm during freezing and thawing, not while it is frozen. The duration of time in storage does not influence the success rate.

Could there be a problem with the quality of sperm?

Yes, there may be a problem with the number and quality of the sperm, especially in men who are about to undergo cancer treatment. Their underlying illness may have caused a reduction in the sperm count or in the motility (movement) of the sperm. It may be advisable to freeze even more specimens in such situations if time and treatment permits.

If the sperm count or motility is low, the thawed samples may not be suitable for Intra-Uterine Inseminations. However, we can still use them for In Vitro Fertilisation (IVF) and Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI), where individual sperm are injected directly into the eggs. These procedures are much more complex and costly, but can result in pregnancies even in cases where the sperm count is very low or the sperm are functionally impaired.

Are there any problems with the children arising from the use of frozen / thawed sperm?

Research has shown no difference in the rates of abnormalities or birth defects among children conceived with fresh versus frozen sperm. However, there are some theoretical concerns that chemotherapy drugs may have unknown effects on the sperm or the offspring. If possible, it is best to freeze the specimens before chemotherapy begins.