Tuesday, 24 December 2013

Mood Cuti Lemau

Salam Readers,

Penghujung tahun 2013 dah hampir tiba. Mood menuju tahun baru memang sentiasa lemau bagi saya sebab terpaksa juga datang ke pejabat tatkala kawan-kawan seronok bercuti bersama keluarga masing-masing. Heh! Sebab? Sebab cuti tahunan dah tinggal ciput je, dan kena berjimat cermat untuk saya bercuti pada awal tahun!

Hehe. Itu memang sifir dia. Masa orang lain cuti, saya bekerja. Masa diorang lemau nak mula kerja balik, saya cuti! Tata titi tutu.

Cuti tahun depan InsyaAllah seperti biasa, keluar negara. Tapi cuma beza bukan untuk seronok-seronok dah. Kali ni nak beribadah, nak berdoa depan Kaabah, di Tanah Suci. Nak mengadu dengan Dia yang Esa supaya memakbulkan hajat kami untuk memiliki zuriat. 

Tahun 2013 terlalu banyak cubaan. Dah tak tertanggung rasanya. Dah banyak sangat airmata melimpah. Jadi tahun 2014, sebelum memulakan rawatan semula, nak menjejakkan kaki ke sana.

Malas dah jugak nak menadah telinga dengar cakap orang, "Sebelum buat pergi umrah dulu.." Dan bila tak jadi, "Dah suruh pergi tak nak... Bla, bla bla." (Sebab tu tak jadi). Padahal yang cakap tu, dapat dengan tak pergi pun. Couples yang saya kenal ramai juga buat icsi tanpa ke sana dulu.

Yang tak jadi tu alasan sebab belum rezeki. Saya percaya doa Allah dengar dari segenap penjuru dunia, tak semestinya di sana. Kalau ada rezeki lebih kita pergi.. Kalau takde? Takkan nak paksa dia pergi? Nak buat treatment tu pun entah berapa lama diorang menabung.

Saya pun bukanlah golongan orang yang petik jari duit melimpah. Sebab masih belum ada anak, ada la yang lebih sikit. Sikit, tak banyak pun. Berkat rajin menabung jugak. Ini nak ke sana pun korek la tabung. Balik nanti, sebelum mula rawatan, kena isi tabung balik dan korek lagi.

Jadi hati-hati la bila berbicara. Jangan sampai apa yang kita cakap kat orang, kita yang buat. Orang yang dengar tu, dalam diam tak balas, tapi sampai mati boleh ingat.


Jadi kawan-kawan TTCians sekalian doakanlah saya dan suami selamat pergi membawa hajat dan pulang dengan harapan. InsyaAllah saya bawa bersama doa dan hajat kalian, kawan-kawan wassap Mawaddah TTC Group. Semoga tahun 2014 kita semua jadi mommy, ibu, mak, mama, ummi ye!

No comments:

Post a Comment