Thursday, 26 December 2013

Angan Tak Sudah

Salam Readers,

Hujung tahun ni dia buat pasal pulak daaaah! Siapa dia?

My cycle.

Ye la. Normally 28-32 days je. Bulan ni sampai cd 38 pun AF belum datang lagi, ape kes? Risau hati ni, takut penyakit lain pulak menyinggah. Tapi risau pada sakit tu tak separah angan yang dah sampai ke bulan bintang. Hee.

Dah berangann... kot-kot la dengan izin Allah ada peluang nak hamil secara normal, kan? Sebab biasa tak pernah missed period ni. Kali ni dah 6 hari.

Hari ke-4 missed dah buat pregnancy test, semangat kau! Selongkar habis laci almari mencari baki test kit yang duk ada dari tahun lepas. Jumpa la satu.

Dalam toilet secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Hubby buat test tu.... tapi hampa, satu line je. Dalam hati dah berbicara, itu laaaa... period lambat je, usah la berangan sangat. Mustahil normal kot?

I'm okey... I'm okey.. keluar toilet lepas wuduk terus solat subuh, then pi bilik belakang gosok baju nak pi kerja. Dalam duk gosok tu baru meleleh air mata... Sob sob. Nangis senyap-senyap je, tak nak bagi Hubby dengar.

Lepas hari tu, hari lain diteruskan dengan tanda tanya jugak lagi... Kenapa period masih belum datang? Dalam pada hati duk kata jangan perasan, naaak jugak perasan lagi. So perasan la lagi juga kot-kot mengandung.

Siap pasang niat nak gi beli test kit baru, nak test pada hari ke-40 pulak. Nak beli yang mahai, yang clear blue, yang lebih tepat, sebab hari tu pakai cap ayam punya. Mungkin result dia tak betul. Heh.

Hari ni, on cd 39, kat toilet tadi, berlaku la kembali episod cinta luka. Sebab dah nampak cecairan coklat, pembuka bicara aunt flo.

Sediiihhhhhhhhhhh!! I hate you AF!!

Tuesday, 24 December 2013

Mood Cuti Lemau

Salam Readers,

Penghujung tahun 2013 dah hampir tiba. Mood menuju tahun baru memang sentiasa lemau bagi saya sebab terpaksa juga datang ke pejabat tatkala kawan-kawan seronok bercuti bersama keluarga masing-masing. Heh! Sebab? Sebab cuti tahunan dah tinggal ciput je, dan kena berjimat cermat untuk saya bercuti pada awal tahun!

Hehe. Itu memang sifir dia. Masa orang lain cuti, saya bekerja. Masa diorang lemau nak mula kerja balik, saya cuti! Tata titi tutu.

Cuti tahun depan InsyaAllah seperti biasa, keluar negara. Tapi cuma beza bukan untuk seronok-seronok dah. Kali ni nak beribadah, nak berdoa depan Kaabah, di Tanah Suci. Nak mengadu dengan Dia yang Esa supaya memakbulkan hajat kami untuk memiliki zuriat. 

Tahun 2013 terlalu banyak cubaan. Dah tak tertanggung rasanya. Dah banyak sangat airmata melimpah. Jadi tahun 2014, sebelum memulakan rawatan semula, nak menjejakkan kaki ke sana.

Malas dah jugak nak menadah telinga dengar cakap orang, "Sebelum buat pergi umrah dulu.." Dan bila tak jadi, "Dah suruh pergi tak nak... Bla, bla bla." (Sebab tu tak jadi). Padahal yang cakap tu, dapat dengan tak pergi pun. Couples yang saya kenal ramai juga buat icsi tanpa ke sana dulu.

Yang tak jadi tu alasan sebab belum rezeki. Saya percaya doa Allah dengar dari segenap penjuru dunia, tak semestinya di sana. Kalau ada rezeki lebih kita pergi.. Kalau takde? Takkan nak paksa dia pergi? Nak buat treatment tu pun entah berapa lama diorang menabung.

Saya pun bukanlah golongan orang yang petik jari duit melimpah. Sebab masih belum ada anak, ada la yang lebih sikit. Sikit, tak banyak pun. Berkat rajin menabung jugak. Ini nak ke sana pun korek la tabung. Balik nanti, sebelum mula rawatan, kena isi tabung balik dan korek lagi.

Jadi hati-hati la bila berbicara. Jangan sampai apa yang kita cakap kat orang, kita yang buat. Orang yang dengar tu, dalam diam tak balas, tapi sampai mati boleh ingat.


Jadi kawan-kawan TTCians sekalian doakanlah saya dan suami selamat pergi membawa hajat dan pulang dengan harapan. InsyaAllah saya bawa bersama doa dan hajat kalian, kawan-kawan wassap Mawaddah TTC Group. Semoga tahun 2014 kita semua jadi mommy, ibu, mak, mama, ummi ye!