Tuesday, 12 February 2013

Plan Confirmed

01/02/2013

Akhirnya kami kembali semula ke Metro IVF setelah cukup-cukup 8 bulan 'menjauhkan' diri.

Jauh tu sebab:

1. Saya masih dalam tempoh intership kursus vto yang asalnya tak membenarkan saya cuti.
2. Kumpul duit. Ye la, kosnya ribu riban, mana nak cekau nak buat on the spot kan?
3. Planning. Macam-macam rancangan nak kena buat, sebab kami berdua ni kerja sorang di Penang, sorang di Perak. Jadi, kena plan betul-betul.

Pagi tu pergi Metro dengan niat nak jumpa embriologist yang beri penerangan pada kami sebelum ni. Macam dah ingat-ingat lupa apa yang dicerita, jadi kali ni nak tanya la lebih sikit. Lepas tu nak rancang tarikh betul-betul untuk saya apply cuti panjang nanti. Tapi cik embriologist tu cuti pulak hari tu.

Hmm, tapi nurse kat kaunter suruh masuk jumpa doktor dulu, kemudian baru jumpa embriologist lain. Kami ikutkan je sebab rasa rindu pulak lama tak menatap wajah doktor kesayangan kami tu.

Menunggu seperti biasa la, dalam lebih kurang sejam kami dipanggil masuk. Doktor dah siap tunggu dengan fail kami terbuka di depan dia. Sah dia dah menelaah dulu kes kami sebelum kami masuk. Good!

Bila kami cakap yang kami dah ready untuk buat IVF, terus doktor terangkan apa prosedurnya. Tak detail sangat la, just overall. Yang paling best ayatnya, "Wife okey. Husband punya sperm pun okey, cuma dia 'sesak/sesat' sikit je."

Aku dah hampir tersengih-sengih kat Hubby. Doktor ni pandai buat lawak pulak. Dia nak menerangkan yang sperm Hubby tu tak boleh keluar sebab blockage kat salurannya kot sebenarnya? Ha5.

Kemudian doktor tanya tarikh period saya yang bulan Jan lalu. Bila saya cakap 18 hb, doktor suruh baring kat katil untuk scan. Tak tahu pulak untuk apa, tapi rasanya doktor check saya punya saiz telur kot?

Doktor ni memang dah tahu yang kami datang dari jauh. Jadi dia cadangkan supaya kami ambil terus ubat untuk saya inject pada day 21 period nanti, so we can save one trip. Kami anggukkan saja apa yang dicadangkan.

Selesai perjumpaan dengan doktor, kami keluar untuk menunggu giliran berjumpa dengan embriologist pula. Kali ni penerangan detail.

Tapi biarlah saya buat kesimpulan je kat sini, hasil perbincangan:

1. Saya perlu menunggu kehadiran period bagi bulan Februari. Bila dapat je period hari pertama (Day 1), saya perlu call ivf center untuk confirmkan tarikh Day 21, untuk mula injection Suprefect.

2. Suprefect tu dibekalkan untuk jumlah sebulan, tapi katanya dalam hari ke-10 hingga hari ke-15, saya mesti akan dapat period lagi. Bila datang period tu, yang tarikhnya memang tak boleh nak confirm bila, saya perlu ke Metro IVF untuk buat blood test.

Itu setakat yang saya faham la. So, sebelum balik saya diajar dengan tatacara untuk meng'inject' cecair suprefect tu ke badan saya sendiri.

Hubby memang dah surrender, nak tolong cucuk memang dia kata dia tak boleh. Takut jarum. So saya perlu yakin diri untuk buat sendiri, atau cari doktor klinik mana-mana untuk tolong injectkan saya.

Rasa macam leceh pulak bila fikir macam tu. Suntikan ni perlu pada masa yang sama tiap hari. Kalau dah start 7 pagi, hari seterusnya pun wajib 7 pagi. Mana nak cari klinik yang bukak awal macam tu?

Hmm, jadi saya rasa nekad nak buat sendiri je. Dalam hati pun rasa berani semacam je. Haha.

Jadi, embriologist dan nurse pun mula la menurunkan ilmu. Macamana nak keluarkan angin dalam penyuntik, macamana nak amik cecair, macamana nak inject, bahagian mana. Dalam dengar penerangan tu rasa nervous jugak, hilang sekejap yang yakin tadi tu bila tengok jarum.



Jadi, balik dari Metro IVF tu rasa macam kami memang dah dalam cycle ivf, walaupun hakikatnya belum lagi. Mana taknya, dah bawak balik satu beg besar bekalan, mind pun otomatik set!

Haha

2 comments:

  1. salam, hubby sy br buat first SA and suspected azoospermia sb no sperm seen. Kami due for second SA apptmt next week and if still NIL mgkn kena undergo further tests & testes biopsy jgk if saluran mmg blocked. Cuma nak tanya ye brp kos utk buat testes biopsy tu and is it a major operation? good luck in yr TTC journey!

    ReplyDelete
  2. Wasalam, sori lambat reply. Sibuk sikit kebelakangan ni. Kos biopsi testis yang kami buat di metro ivf cuma RM 1500. Ia cuma minor operation. Pagi operate, petang suami sudah boleh balik rumah. For 1st timers mungkin senak dia sampai seminggu kot. But its nothing to worry. Good luck ye!

    ReplyDelete