Thursday, 21 February 2013

Long Protocol Calendar # 2

Hai semua,

Saya baru je habis menelaah. Takde benda lain la yang lebih menarik dalam waktu-waktu genting ni kan? Setiap hari mesti cari info tentang ivf - icsi dan proses-prosesnya.

Tiba-tiba terjumpa penerangan yang lengkap tentang Long Protocol Calendar yang saya post beberapa hari lalu. (Klik sini untuk baca post tersebut)

Dah jumpa jawapan bagi persoalan 'Kenapa doktor bagi saya kalendar protokol panjang?'

Mulanya ingatkan sebab kami ni rumahnya jauh dari hospital, jadi dia bagi protokol panjang untuk memudahkan pergerakan kami dengan jadual yang longgar. Rupa-rupanya tak.

Jawapannya ialah, jeng jeng jeng..

Terdapat 3 protokol untuk COH iaitu: protokol panjang, protokol pendek dan protokol antagonis.

Protokol panjang - diaplikasikan terhadap wanita yang lebih muda dan menunjukkan tindakbalas yang baik.

Protokol pendek - diaplikasikan terhadap wanita yang lebih berumur dan menunjukkan tindakbalas yang kurang memberansangkan.

Protokol antangonis - diaplikasikan terhadap wanita yang berisiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS).

Saya baca ni sambil tersengih-sengih tadi. InsyaAllah, harap-harap 'tindakbalas yang baik' ni akan membuahkan hasil yang menggembirakan jugak. :-)

Jom sambung lagi.

Dalam protokol panjang: 
  • Suntikan GnRH agonis diambil setiap pagi bermula pada hari ke-21 kitaran haid. 
  • Pada hari pertama haid kitar berikutnya, dos yang diambil akan dikurangkan kepada separuh dan pengambilan mesti diteruskan sehingga suntikan hCG diberi. 
  • Ujian darah dibuat pada hari kedua untuk menentukan paras progesteron. 
  • Suntikan FSH perlu diambil pada setiap malam bermula pada hari ke-3 sehingga suntikan hCG diberi.
  • Penjejakan folikel dilakukan setiap 2 hari untuk memantau pertumbuhan folikel. 
  • Satu lagi ujian darah akan dilakukan pada hari ke-9 untuk mengukur paras estradiol. 
  • Apabila folikel telah mencapai 18mm, suntikan hCG diberi untuk mencetuskan ovulasi. 
  • Suntikan hCG biasanya diberi pada pukul 11 malam dan OPU dijalankan 2 hari berikutnya (lebih kurang 34 jam selepas suntikan hCG).


Atas ni adalah process flow bagi setiap protokol. Dari situ dah boleh tengok perbezaannya. Cuma saya banyak cerita pasal long protocol je.

If kawan-kawan ada nak tanya tentang protokol lain, just ask okey. InsyaAllah saya cerita.

That's all for now, bye.

4 comments:

  1. hi dear... teruje sgt bce case u ni... coz sme ngan case i..hubby tersyg azoo... b4 this bnyak jgk bce psl ivf-icsi.. but most of the cases hubby nye low sperm count je, azoo xde.. urs is the first i bace...keep on update ye... wud like to wish u the very best of luck...mudah2an in less than a year u guys dpt the 'mini' u...=)

    ReplyDelete
  2. Hi Yasat Na.. thank you for reading. Ecceli memang niat saya dan hubby untuk cerita masalah dan penyelesaian kami ni kat blog.. sebab kami dah rasa susah takde rujukan dulu. Memang kes azoo sangat kurang review kan? Jadi, kami nak mudahkan pasangan lain yang senasib. Mudah-mudahan semua nampak jalan penyelesaiannya :)

    ReplyDelete
  3. tau xpe... i pon mmg bniat nk wat diari(blog) ble nk mule ivf nnt... as 4 now i silent reader je... tiap2 hr dok hdp laptop cri info...huhu... cost ivf-icsi-tese kt metro brpe ye??

    ReplyDelete
  4. RM 16800. Tak masuk kos after transfer kot. Private lain pun lebih kurang je.

    ReplyDelete