Wednesday, 20 February 2013

IVF vs ICSI

Ramai lagi yang tak berapa faham perbezaan antara IVF dan ICSI ni. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, cer kita tengok maksudnya dua perkara ni dulu:

IVF (In Vitro Fertilisation) - adalah proses di mana ovum disenyawakan dengan sperma di luar badan (dalam tabung uji) secara semulajadi.

ICSI (IntraCytoplasmic Sperm Injection) - adalah satu prosedur IVF di mana sperma disuntik secara terus kepada ovum.



Ok, sebenarnya IVF dan ICSI adalah sama. IVF yang asalnya, dulu-dulu, persenyawaan antara sperma dan ovum tu walaupun dalam tabung uji, masih dilaksanakan secara semulajadi. Iaitu caranya satu ovum diletakkan dikalangan beribu-ribu sperma dan dibiarkan untuk berlaku persenyawaan.

Maknanya sperma yang beribu-ribu tu perlu berenang-renang untuk merebut tempat menembusi ovum, macam yang kita belajar kat sekolah dulu. Hanya yang terbaik berjaya menembusinya. Haaa.

Tapi cara ini adalah agak memakan masa sebab kita perlu menunggu (tak sure la pulak berapa lama) untuk proses tu menjadi. Dan peratusan kejayaan untuk bersatu tu pun tidaklah tinggi sebab bergantung kepada keupayaan sperma untuk bergabung. Kalau sperma tu kurang aktif, slow maka peluang untuk berjaya pun rendah.

Maka, dari situ wujudlah pula teknik ICSI ni di mana sperma yang terpilih akan disuntik terus kepada ovum untuk persenyawaan. Tiada program renang kat sini ye.

Jadi, secara ringkasnya ovum disenyawakan secara manual melalui ICSI manakala IVF persenyawaan berlaku secara semulajadi.

Tu je. Selesai kelas kita hari ni. He5.

No comments:

Post a Comment