Thursday, 21 February 2013

Long Protocol Calendar # 2

Hai semua,

Saya baru je habis menelaah. Takde benda lain la yang lebih menarik dalam waktu-waktu genting ni kan? Setiap hari mesti cari info tentang ivf - icsi dan proses-prosesnya.

Tiba-tiba terjumpa penerangan yang lengkap tentang Long Protocol Calendar yang saya post beberapa hari lalu. (Klik sini untuk baca post tersebut)

Dah jumpa jawapan bagi persoalan 'Kenapa doktor bagi saya kalendar protokol panjang?'

Mulanya ingatkan sebab kami ni rumahnya jauh dari hospital, jadi dia bagi protokol panjang untuk memudahkan pergerakan kami dengan jadual yang longgar. Rupa-rupanya tak.

Jawapannya ialah, jeng jeng jeng..

Terdapat 3 protokol untuk COH iaitu: protokol panjang, protokol pendek dan protokol antagonis.

Protokol panjang - diaplikasikan terhadap wanita yang lebih muda dan menunjukkan tindakbalas yang baik.

Protokol pendek - diaplikasikan terhadap wanita yang lebih berumur dan menunjukkan tindakbalas yang kurang memberansangkan.

Protokol antangonis - diaplikasikan terhadap wanita yang berisiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS).

Saya baca ni sambil tersengih-sengih tadi. InsyaAllah, harap-harap 'tindakbalas yang baik' ni akan membuahkan hasil yang menggembirakan jugak. :-)

Jom sambung lagi.

Dalam protokol panjang: 
  • Suntikan GnRH agonis diambil setiap pagi bermula pada hari ke-21 kitaran haid. 
  • Pada hari pertama haid kitar berikutnya, dos yang diambil akan dikurangkan kepada separuh dan pengambilan mesti diteruskan sehingga suntikan hCG diberi. 
  • Ujian darah dibuat pada hari kedua untuk menentukan paras progesteron. 
  • Suntikan FSH perlu diambil pada setiap malam bermula pada hari ke-3 sehingga suntikan hCG diberi.
  • Penjejakan folikel dilakukan setiap 2 hari untuk memantau pertumbuhan folikel. 
  • Satu lagi ujian darah akan dilakukan pada hari ke-9 untuk mengukur paras estradiol. 
  • Apabila folikel telah mencapai 18mm, suntikan hCG diberi untuk mencetuskan ovulasi. 
  • Suntikan hCG biasanya diberi pada pukul 11 malam dan OPU dijalankan 2 hari berikutnya (lebih kurang 34 jam selepas suntikan hCG).


Atas ni adalah process flow bagi setiap protokol. Dari situ dah boleh tengok perbezaannya. Cuma saya banyak cerita pasal long protocol je.

If kawan-kawan ada nak tanya tentang protokol lain, just ask okey. InsyaAllah saya cerita.

That's all for now, bye.

Wednesday, 20 February 2013

IVF vs ICSI

Ramai lagi yang tak berapa faham perbezaan antara IVF dan ICSI ni. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, cer kita tengok maksudnya dua perkara ni dulu:

IVF (In Vitro Fertilisation) - adalah proses di mana ovum disenyawakan dengan sperma di luar badan (dalam tabung uji) secara semulajadi.

ICSI (IntraCytoplasmic Sperm Injection) - adalah satu prosedur IVF di mana sperma disuntik secara terus kepada ovum.



Ok, sebenarnya IVF dan ICSI adalah sama. IVF yang asalnya, dulu-dulu, persenyawaan antara sperma dan ovum tu walaupun dalam tabung uji, masih dilaksanakan secara semulajadi. Iaitu caranya satu ovum diletakkan dikalangan beribu-ribu sperma dan dibiarkan untuk berlaku persenyawaan.

Maknanya sperma yang beribu-ribu tu perlu berenang-renang untuk merebut tempat menembusi ovum, macam yang kita belajar kat sekolah dulu. Hanya yang terbaik berjaya menembusinya. Haaa.

Tapi cara ini adalah agak memakan masa sebab kita perlu menunggu (tak sure la pulak berapa lama) untuk proses tu menjadi. Dan peratusan kejayaan untuk bersatu tu pun tidaklah tinggi sebab bergantung kepada keupayaan sperma untuk bergabung. Kalau sperma tu kurang aktif, slow maka peluang untuk berjaya pun rendah.

Maka, dari situ wujudlah pula teknik ICSI ni di mana sperma yang terpilih akan disuntik terus kepada ovum untuk persenyawaan. Tiada program renang kat sini ye.

Jadi, secara ringkasnya ovum disenyawakan secara manual melalui ICSI manakala IVF persenyawaan berlaku secara semulajadi.

Tu je. Selesai kelas kita hari ni. He5.

Tuesday, 19 February 2013

IVF Treatment Step One: The Cycle Before Treatment

Salam semua,

Saya sekarang dalam Day 4 period. Maknanya masih ada 17 hari lagi untuk menuju Day 21 dan memulakan suntikan! Haha. Seronok ker? Err, seronok ada nebes pon ada, gitu!

Untuk pengetahuan semua, on Day 21 bila saya mulakan suntikan Suprefect tu nanti, proses tu masih belum dinamakan sebagai 'dalam cycle treatment ivf' tau. Ia adalah The Cycle Before Treatment.

Yepp, before. Sebab cycle sebenar hanya akan bermula bila saya dapat period Mac nanti.

Maksudnya, fasa period Feb ni adalah sebagai penanda saja, untuk memudahkan perkiraan Day 21, atau lebih tepat 7 hari sebelum period bulan Mac.

Pada 7 hari sebelum tu (Day 21), doktor akan menyuruh saya mengambil suntikan Suprefect tersebut so they can have complete control over my ovulation once the cycle treatment begins.


Suprefect tu actually adalah jenama sebenarnya. Apa yang terkandung dalam botol kecik tu sebenarnya adalah hormon, Buserelin atau dipanggil juga GnRH agonist, iaitu artificial hormones that mimic the body's natural hormone gonadotropin-releasing hormone (GnRH).

A GnRH agonist first leads to a rapid increase in the production of the hormones FSH and LH. However, after this brief increase, the pituitary gland stops producing the hormones, preventing ovulation.

Haa, faham tak maksudnya tu? Maknanya 9 Mac nanti saya akan suntik hormon ni untuk kontrol ovulasi, tak bagi telur keluar la senang cite.

Suntikan tu pula perlu setiap hari, pada waktu yang sama. Tak boleh lambat sikit atau cepat sikit dari hari sebelumnya. Kalau dah mula 7 pagi, maknanya hari-hari seterusnya adalah 7 pagi jugak.

Waktu tu la paling sesuai kot nak suntik? Sebelum keluar rumah pergi kerja. Kalau nak pukul 8 atau 9 atau 10, mustahil. Boleh memang boleh. Tapi leceh lak nak lari-lari pergi toilet or balik rumah semata-mata nak suntik, kan? Dah satu hal nak mengangkut si kecik tu dengan bongkah ais bagai lak.

Saya tak sure pulak berapa lama nak suntik buserelin ni. Tapi macam agak lama je sebab jarum pun diberi untuk stok sebulan. Kui3.

Tapi yang saya pasti, bila dah mula injection ni, dalam masa 10 hari hingga 15 hari saya akan datang period lagi. (Mac punya la.) So, bila dah datang period tu, Day 2 saya mesti ke Metro IVF for blood test. Mesti! (Inilah fasa ivf yang sebenar)

Tapi kalau lepas 15 hari tak datang period jugak, saya kena pergi Metro jugak. But this is definitely not good!

Harap-harap hari ke 10 tu dah period la, cepat sikit cycle start! Hehe.

Ok la, dah jelas pasal cycle before treatment kan? Kita tunggu masuk bab suntikan plak nanti.

Tata.

Monday, 18 February 2013

Preparing My Body For IVF

Salam semua,

Hari ni nak cerita pasal kertas ni.



Memang tak menarik sebab tulisan hitam, kertas putih je. Tapi dah agak lama dia terlekat kat pintu peti ais saya.

Motifnya, supaya setiap kali nak membuka pintu peti ais tu saya akan baca dan sedar apa persediaan yang saya perlu lakukan. Kalau tak bukak pintu peti pun, at least bila masuk dapur, lalu depan peti tu dapat jugak la jeling-jeling, kan?

Persediaan ni ada 3 bahagian yang penting iaitu:

1. Nutritional
2. Physical
3. Mental

Nutritional

1. Drinks at least 2 liters of water everyday.
(InsyaAllah cukup or maybe lebih kot? Sebab saya memang suka minum air kosong.)

2. Avoid chocolate, processed foods, foods with high sugar content.
(Coklat adalah faberet! Tapi terpaksa dikurangkan jugak. Hm, makanan segera pun dah dikurangkan, terutama sejak kena food poisoning dulu, terus tak lalu burger fast food. Bagus kan?)

3. Eat at least 60 mg of protein (meat, fish)
(Kena makan banyak lauk, kurangkan nasi taau karbohidrat. Ayoo, kena start semula la ni!)

4. Reduce / cut out caffeine (tea, coffee)
(Sedang dicuba, so far berjaya jugak la. He5.)

Physical

1. Ideal weight. Light exercise & yoga. Avoid aerobics.
(Rasa macam ideal lagi, tapi bila naik scale tu nape jarum dia cam ke kanan jek?)

2. Avoid  cigarette & smoky atmospheres (chemicals in cigarette smoke can affect the lining of your uterus)
(Perkara pertama yang perlu buat adalah AVOID smokers! Run, run for my lifeeee!!)

3. Avoid sitting for long periods in the same position as this can restrict blood flow.
(Ini yang susah sikit ni, saya kalau dah ralit buat sesuatu tu, rasa badan dah lenguh baru nak bangun. Huh! Please advise!)

4. If you work on the computer all day, make sure you get up once in a while and walk around.
(Sama cam kat atas, I will try! or MUST try!)

5. Avoid sun bathing, Jacuzzi and hot bath.
(Air suam2 kuku dari water heater diambil kira tak?)

Mental

1. You must give yourself enough time to relax and recover from each cycle of treatment.
(Sebab tu saya dah submit borang cuti panjang minggu lepas. I just want to relax.)

2. If you try and live your life just as you did before you were having IVF, you will run into problems.
(Hubby said, no more shopping sebab shopping involve with lots of walking. Huh??)

3. Don't forget to spend time with your partner and communicate with him.
(Mesti! Dean Ringgo mesti peluk saya all the time! Ha5.)

4. You both will talk about the IVF and your experiences, but also to focus on other things, the things you enjoy doing together.
(Of course la, pastu masing-masing berangan.. anak ikut muka dia lagi hensem, ikut muka saya lagi cantik. Hahaha!)

Sunday, 17 February 2013

Kawan Baik Feb Dah Datang

17 Feb 2013

Akhirnya, penantian dah berakhir. Ha5. 'Kawan baik' untuk bulan Feb dah datang pagi-pagi buta lagi.

Terus teringat Metro IVF dengan Ms Lee. Saya kena call inform ni. Baru la tarikh tepat Day 21 untuk mula injection boleh diketahui.

Sebenarnya nak kira sendiri pun boleh, tapi saje mengada-ngada, nak manja-manja. Diorang kena la manjakan saya kan? Bayar puluh ribu tuuuuu.... He5.

Mula-mula call Ms Lee, tapi dia tak jawab. Dail lagi sekali, tak jawab juga.

Call Metro IVF, nurse yang angkat cakap Ms Lee cuti sebab hari Ahad. Adoi. Then, nurse cadang saya disambungkan terus ke Dr. Tee. (Baru sekarang nak bagitau nama doktor tersayang ye!) Tapi saya refuse, rasa cam malas nak cakap dengan doktor hari ni. He5.

Dalam masa duk sembang dengan nurse tu, saya dengar ada another call in.. cepat2 akhirkan conversation dan cakap saya akan call Ms Lee lagi sekali.

Alhamdulillah, Ms Lee is calling. Cuti-cuti pun kerja ye?

Jadi saya cerita la yang period dah datang, dan tanya bila tarikh Day 21 untuk mula suntikan. Cepat2 Ms Lee tengok kalendar.

Memang saya tau sebab dengar dia duk kira week by week. Saya tersenyum sendiri. Rasa kelakar sebab, memang boleh kira sendiri pun sebenarnya...

Ok, so bila dah habis tengok kalendar Ms Lee cakap, "Your day 21 is 9 March. So, start inject on that day loh, ok?"

"Mula pagi, kalau 9 pagi.. hari-hari seterusnya pun mesti sama waktu, 9 pagi juga. Tak boleh ubah-ubah."

"Ok Ms Lee."

"Masih ingat cara inject yang diajar?"

"Rasa macam ingat lagi. Cuma, nervous je"

"Takpe, kalau you takut nak inject sendiri, boleh minta tolong husband."

"Err, husband daya lagi takut jarum la miss.."

"Haha, yeke."

"Tapi takpe, saya rasa saya berani buat sendiri."

"Tak sakit sangat la, sikit saje."

"Ok."

"Nanti nak start inject, kalau lupa cara, atau ada masalah, you call I lagi.. okey"

"Okey, thanks Ms Lee. Bye."

Huh, lega. Dah selesai tugas yang ni. Nervous tetiba je datang balik, poyo sungguh!

But, still can't wait for 9 of March!!

Friday, 15 February 2013

Call From Metro IVF

Salam semua,

Tengahari tadi masa lunch, saya agak terkejut bila handset berbunyi dan tertera nama Metro IVF. Tak sangka pulak mereka akan call. Dari perbualan mukadimah tu saya dah boleh agak apa yang bakal ditanya.

Nurse dihujung talian tu nak tahu if saya dah dapat period bagi bulan Feb ni. Dia nak kira tarikh tepat untuk saya mulakan injection Suprefect la tu. :-)

Jawapannya, belum lagi la nurse. Dalam 2-3 hari lagi kot. (Memang pinggang dah mula sakit-sakit, kaki kebas-kebas tanda PMS).

Jadi nurse pun berpesan, kalau dapat period nanti cepat-cepat call Metro, dail nombor yang dah bagi hari tu.

Ok, nurse!

Lepas letak terus rasa jantung berdebar-debar. Belum start pun cycle, tapi rasa macam dah.

Saya mesej Hubby bagitau cerita. Hubby terus call, need detail explanation

Bila saya cakap saya nervous, Hubby pun cakap dia pun sama nervous.

Hahaha.


Wednesday, 13 February 2013

Long Protocol Calendar # 1

Salam semua,

Lepas je balik dari jumpa doktor hari tu dan dengan bekal ubat yang kelihatan 'best' ni saya buat research balik untuk lebih pemahaman. Nak lebih tahu the whole process actually. Biar bersedia fizikal dan mental gitu.

Jadi saya buka web Metro IVF dan klik pada kalkulator jadual. Kat situ ada 3 jenis protocol calendar yang digunapakai untuk proses ivf.

1. Antagonist protocol.
2. Short protocol.
3. Long protocol.

Tengok-tengok, rupanya saya diberikan doktor untuk buat Long Protocol. Adakah sebab kami datang dari jauh? Jadi doktor jarakkan setiap pertemuan?

Maybe. Here's the calendar and  reason.


'Every clinic's protocol will be slightly different and treatments are adjusted for a couple's individual needs.."

Kalau diperhatikan, kotak-kotak putih yang kosong dalam kalendar tu adalah untuk diisi tarikh appointment sebenarnya. Tapi setakat hari ini, tarikh paling penting Day 2 period tu masih belum dapat diketahui (probably early Mac), jadi yang lain pun tak boleh generate la.

Kita tunggu sajoo lah!

Tuesday, 12 February 2013

Plan Confirmed

01/02/2013

Akhirnya kami kembali semula ke Metro IVF setelah cukup-cukup 8 bulan 'menjauhkan' diri.

Jauh tu sebab:

1. Saya masih dalam tempoh intership kursus vto yang asalnya tak membenarkan saya cuti.
2. Kumpul duit. Ye la, kosnya ribu riban, mana nak cekau nak buat on the spot kan?
3. Planning. Macam-macam rancangan nak kena buat, sebab kami berdua ni kerja sorang di Penang, sorang di Perak. Jadi, kena plan betul-betul.

Pagi tu pergi Metro dengan niat nak jumpa embriologist yang beri penerangan pada kami sebelum ni. Macam dah ingat-ingat lupa apa yang dicerita, jadi kali ni nak tanya la lebih sikit. Lepas tu nak rancang tarikh betul-betul untuk saya apply cuti panjang nanti. Tapi cik embriologist tu cuti pulak hari tu.

Hmm, tapi nurse kat kaunter suruh masuk jumpa doktor dulu, kemudian baru jumpa embriologist lain. Kami ikutkan je sebab rasa rindu pulak lama tak menatap wajah doktor kesayangan kami tu.

Menunggu seperti biasa la, dalam lebih kurang sejam kami dipanggil masuk. Doktor dah siap tunggu dengan fail kami terbuka di depan dia. Sah dia dah menelaah dulu kes kami sebelum kami masuk. Good!

Bila kami cakap yang kami dah ready untuk buat IVF, terus doktor terangkan apa prosedurnya. Tak detail sangat la, just overall. Yang paling best ayatnya, "Wife okey. Husband punya sperm pun okey, cuma dia 'sesak/sesat' sikit je."

Aku dah hampir tersengih-sengih kat Hubby. Doktor ni pandai buat lawak pulak. Dia nak menerangkan yang sperm Hubby tu tak boleh keluar sebab blockage kat salurannya kot sebenarnya? Ha5.

Kemudian doktor tanya tarikh period saya yang bulan Jan lalu. Bila saya cakap 18 hb, doktor suruh baring kat katil untuk scan. Tak tahu pulak untuk apa, tapi rasanya doktor check saya punya saiz telur kot?

Doktor ni memang dah tahu yang kami datang dari jauh. Jadi dia cadangkan supaya kami ambil terus ubat untuk saya inject pada day 21 period nanti, so we can save one trip. Kami anggukkan saja apa yang dicadangkan.

Selesai perjumpaan dengan doktor, kami keluar untuk menunggu giliran berjumpa dengan embriologist pula. Kali ni penerangan detail.

Tapi biarlah saya buat kesimpulan je kat sini, hasil perbincangan:

1. Saya perlu menunggu kehadiran period bagi bulan Februari. Bila dapat je period hari pertama (Day 1), saya perlu call ivf center untuk confirmkan tarikh Day 21, untuk mula injection Suprefect.

2. Suprefect tu dibekalkan untuk jumlah sebulan, tapi katanya dalam hari ke-10 hingga hari ke-15, saya mesti akan dapat period lagi. Bila datang period tu, yang tarikhnya memang tak boleh nak confirm bila, saya perlu ke Metro IVF untuk buat blood test.

Itu setakat yang saya faham la. So, sebelum balik saya diajar dengan tatacara untuk meng'inject' cecair suprefect tu ke badan saya sendiri.

Hubby memang dah surrender, nak tolong cucuk memang dia kata dia tak boleh. Takut jarum. So saya perlu yakin diri untuk buat sendiri, atau cari doktor klinik mana-mana untuk tolong injectkan saya.

Rasa macam leceh pulak bila fikir macam tu. Suntikan ni perlu pada masa yang sama tiap hari. Kalau dah start 7 pagi, hari seterusnya pun wajib 7 pagi. Mana nak cari klinik yang bukak awal macam tu?

Hmm, jadi saya rasa nekad nak buat sendiri je. Dalam hati pun rasa berani semacam je. Haha.

Jadi, embriologist dan nurse pun mula la menurunkan ilmu. Macamana nak keluarkan angin dalam penyuntik, macamana nak amik cecair, macamana nak inject, bahagian mana. Dalam dengar penerangan tu rasa nervous jugak, hilang sekejap yang yakin tadi tu bila tengok jarum.



Jadi, balik dari Metro IVF tu rasa macam kami memang dah dalam cycle ivf, walaupun hakikatnya belum lagi. Mana taknya, dah bawak balik satu beg besar bekalan, mind pun otomatik set!

Haha

Sunday, 10 February 2013

First Visit & The Checkups

Assalamualaikum semua,

Kali ni nak cerita tentang semua visits yang telah dilakukan ke Metro IVF, Klang.

31/03/2012 - Register Tempat ni memang pantas. 1st visit je terus boleh masuk jumpa doktor. Biasa kalau awal-awal pemeriksaan, mesti akan diperiksa wife dulu, walaupun kami dah cerita kat doktor tu yang from previous checkup dengan doktor lain pun memang dah tau Hubby yang problem. 

Jadi hari tu saya terus di scan, pap smear, kemudian diberi pil clomid dan diambil darah untuk blood test. Hubby pulak, on that day terus disuruh keluarkan semen untuk analysis. Hahaha. Terkejut terbangak kami.

Terus nurse bawak kami ke bilik private di tingkat atas untuk mulakan 'kerja'. 

28/04/2012 - Kami pergi ke hospital ikut kelapangan kami, sepatutnya datang hari D8 tapi kami dah terjah on D6. But its okey. Hasil dari hari tu, kami dapat tahu result hari tu. Saya punya result semua okey. Cuma suami, seperti yang dah diagak, SA result is nil. 

Hari tu saya kena check lagi, kali ni cek tiub fallopio kot2 block ke ape. Sakit sungguh rasanya, especially masa macam dia masukkan cecair tu (tak tau ape). Pergh! Rasa macam berkerut-kerut dahi. Pastu giliran Hubby pulak diambil darah for test.

Sebelum balik saya dibekalkan dengan ubat tahan sakit, sebab katanya malam memang akan rasa sakit lagi. But on the way home pun memang saya dah merana, sampai rumah mentua terus masuk bilik, baring.

30/04/2012 - Kali ni Hubby pergi sorang je ke hospital sebab doktor request for second SA.

05/05/2012 - Hari yang paling mendebarkan, sebab hari ni kami akan tahu dua results - 2nd SA dan blood test Hubby. Sebenarnya yang blood test tu, SA memang dah itu je result dia.

Saya nampak Hubby la yang paling tak senang duduk, sebab result blood test tu la penentu hidup mati kami. Penentu sama ada kami akan punya biological baby atau tak.

Alhamdulillah, bila doktor kata blood test Hubby okey, muka dia yang dari awal pucat terus ceria! So we can proceed to whatever next step!

Doktor pun terus cadang we proceed for biopsy testes. Ini adalah final step untuk mengetahui sama ada dalam kilang telur Hubby ada produce sperm atau tidak. Sebab dari result blood test, maknanya ada.

18/05/2012 - Kami datang untuk bincang tentang biopsi testis dan kosnya. Dari penerangan doktor tu kami tau sedikit sebanyak yang 'testicular biopsy is a test to remove a small sample of tissue from one or both testicles and examine it under a microscope to evaluate a man's ability to father a child.'

25/05/2012 - Biopsy testes operation.

01/06/2012 - Hari menerima result biopsi testis. Result penentu hidup mati kedua. He5. Alhamdulillah, perjalanan lancar setakat ni, result memang menunjukkan Hubby actually ada sperm. Tapi atas sebab apa, blockage or anything, ia seakan tak jumpa jalan keluar. That's why SA asyik takde sperm je.

Tapi takpe la, result ni pun kami dah kuat balik rasanya! 

Doktor pun memang pantas semacam je, terus tanya bila nak buat IVF ICSI tu? Sabar ye doktor, beri kami selesaikan hal kerja dan duit dulu, bila dah lapang baru kami ready.

Walaupun hati sememangnya rasa macam nak jawab, "esok doktor!"

Sebelum balik, jumpa embriologist dulu untuk penerangan tentang IVF. Excitednya!

That's all for now.

Wednesday, 6 February 2013

Sambungan Usaha

Assalamualaikum all,

Sambung balik jalan cerita yang berhenti tiba-tiba. He5.

So, lepas je tahu suami saya tiada sperma tu, kami macam terawang-awang. Tak tahu mana nak tuju sebab rasa macam dah jalan mati untuk kami memiliki zuriat.

Yelah, tiada. Macamana nak buat lagi? Kesian Hubby. Menangis dia tahu result tu.

Tapi Dr. tu cuba lagi untuk menolong kami. Dia cuba bagi suntikan hormon untuk suami. Perlu ambil 4 kali dan every week after that, kami ulangalik klinik just for that injection. Lepas complete semua, Dr suruh suami  buat lagi SA.

Kami sangat berharap kali ni ade keputusan yang menyenangkan hati. Tapi, hasilnya hampa juga.

Sejak dari perkhabaran tu, saya terus putus asa. Kalau sebelum ni saya yang rajin search web mencari solution. Sekarang saya lepas terus! Langsung tak buat dah.

Tapi nampak perubahan pada Hubby. Dia pulak yang rajin mencari lagi, walaupun sebelum ni dia yang malas. Setiap hari dia searching for info.

Oh ya lupa nak bagitau. Hasil dari pencarian tu kami tahu yang kes suami saya ini dipanggil AZOOSPERMIA.

Maksudnya - 'Azoospermia is the medical condition of a man not having any measurable level of sperm in his semen. It is associated with very low levels of fertility or even sterility, but many forms are amenable to medical treatment. in humans, azoospermia affects about 1% of the male population and may be seen in up to 20% of male infertility situations.'

Bila dah tahu Azoospermia tu, penyelesaian cuba dicari dengan lebih khusus. Adakah Azoospermia boleh dirawat? Macam-macam. Akhirnya Hubby jumpa satu web mempromosikan Homeopati.

# Usaha 4 - Homeopati

Klinik homeopati ni ada cawangan di KL. Klinik Dr. Nik Omar. Agak terkenal la. Banyak juga testimoni yang baik. Tapi untuk azoospermia tak banyak, tapi ada yang berjaya mendapat anak lepas berubat di situ!

Atas tiket ni kami cuba lagi.

Dekat setahun juga la kami mencuba  amalkan ubat dia atau dipanggil remedi. Setiap 2 minggu turun KL dari Perak, semata-mata nak ambil stok. Tapi tiada hasil. Akhirnya kami berhenti.

Setahun tu macam sekejap je sebenarnya untuk mengalah, tapi memandangkan layanan pun kami rasa tak bagus, itu yang buat fedup.

Lepas dari perjumpaan pertama dengan Dr. perempuan tu (bkn Dr. Nik), kami dah tak jumpa dia. Just datang ambik ubat. Kalau dia nampak kita kat klinik pun, takde pulak nak bertanya khabar macamana keadaan? ubat okey ke? nak tukar dos ke? nak cek perkembangan ke?

Takde, so.... stop je la.

# Usaha 5 - Metro IVF

Saya tak pasti ini betul-betul usaha yang kelima atau tak? Tapi rasanya lebih. Sebab masih ada lagi usaha lain yang kami amal.

Minum susu kambing + kurma, debunga kurma + madu, macam-macam. Rasa macam dah telan semua yang orang cadang. Tapi takde hasil.

Jadi awal tahun lepas (2012), dalam bulan Feb suami ada terjumpa info mengenai Hospital Metro IVF ni. Infonya banyak memberi harapan bagi pasangan yang infertile, dan yang paling best azoospermia mungkin boleh dapat anak juga!

Kami nekad mencuba yang ini. Dan Alhamdulillah setakat ni, kami masih dibawah pemerhatian mereka. Journey getting more exciting with Metro IVF! Harapan kembali menyinar! Chewaah gitu.

Okey la, until next post. It will be more detail.

Tata.

Tuesday, 5 February 2013

Usaha

Assalamualaikum semua,

Lama tak tulis. Rasa macam sibuk bebenor sebulan dua ni.

Ecceli saya baru je balik dari bercuti ke Turki minggu lepas. Hmm, jalan-jalan hilangkan stress sikit. Pergi Istanbul, Cappadocia, Pamukkale dan banyak lagi! Nanti slow-slow saya update kat page Travelog okeh. He5.

Sekarang masuk cerita pasal perjalanan infertility kami ni.

Seperti biasa, setiap pasangan yang berkahwin mesti mengharapkan untuk hamil as soon as possible kan? Tapi bila simptom-simptom yang ditunggu tak juga kunjung tiba, cik 'kawan baik' pun sentiasa je menjengah tiap bulan, saya dan suami mula la terfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya.

# Usaha 1 - Mengurut

Memang la saya ni orang yang suka body massage, rasa macam dimanjakan gitu. Tapi bab mengurut untuk usaha hamil ni memang tak best! Sebab apa, sakit!

Hubby la ni, beria dia membawa saya mengurut dengan bidan di kampung dia. (Biasa la lelaki, kalau anggapan payah mengandung ni, awal-awal mesti salahkan --> isteri. Sape setuju angkat tangan!)

Jadi kami pun pergi je la jumpa mak bidan tu. Tempat yang diurut tu biasa la, bahagian ari-ari / rahim tu. Bahan-bahannya mudah saje, minyak masak, bawang merah dan sedikit doa-doa ayat Al-Quran kot. Lepas disuruh baring disebalik tirai kain, mak bidan tu suruh saya angkat baju dan urut. Bawang merah tu dicelup minyak masak, dibacakan doa kemudian diurut pada perut saya. Ditekan-tekan gitu.

Pernah dengar sebelum ni, ada orang yang pernah mengurut tu kata sakit sampai berair mata la, meraung la. Tapi Alhamdulillah, saya ni dapat tahan sakit lagi. Segan nak meraung dowh! Haha. Bearable pain la.

Lepas beberapa minit, mak bidan tu cakap. "Okey, takde masalah. Tapi tak tahu lah dia." Merujuk kepada Hubby saya. 2-3 kali jugak la dia ulang pernyataan tu. Tapi diabaikan je. Lepas tu kami tak pergi dah sebab, memang takde penyelesaian. Tak mengandung juga.


# Usaha 2 - Belajar

Belajar ni maksudnya, google web-web ilmiah di internet untuk mencari ilmu berkenaan waktu subur, teknik bersama yang sesuai untuk mudah hamil. Siap sanggup bayar pdf file Mudah Hamil yang dijual. Habis baca, pantang makan itu ini. Lepas tu praktik. Hampeh!

Ovulation kit yang tunjuk waktu tepat ovulasi pun tak boleh membantu. Bukanlah maksudnya tak menjadi tu sebab ilmu tu tak betul. Ilmu memang dah betul, tapi dengan kami ni ia tak menjadi. Probably something is wrong somewhere.

# Usaha 3 - Jumpa Pakar Sakit Puan

Bila dah rasa ada benda yang tak kena tu, kita kenalah merujuk yang pakar kan? Jadi kami mula mencari pakar sakit puan ni untuk bantuan.

Pakar yang dirujuk ni ada klinik di Chemor, Perak. Tahu pun atas recommendation. Jadi kami pergi walaupun jauhnya 2 jam driving dari rumah.

Dr tu, seorang lelaki india, just cek saya on the outside. Scan rahim dan cuma cakap okey. Lepas tu diberi Clomid, bagitau tarikh subur dan suruh praktik. Hampeh juga.

Next visit, dia suh Hubby buat semen analysis (SA) di Ipoh. Seminggu kemudian dapat result. Very devastating! Inilah saatnya kami tahu siapa yang bermasalah dan apa masalahnya.

My Hubby did cried.

Sigh. Cerita selebihnya saya sambung kemudian ye. Lebih detail.

That's all for now.

Bye.