Thursday, 26 December 2013

Angan Tak Sudah

Salam Readers,

Hujung tahun ni dia buat pasal pulak daaaah! Siapa dia?

My cycle.

Ye la. Normally 28-32 days je. Bulan ni sampai cd 38 pun AF belum datang lagi, ape kes? Risau hati ni, takut penyakit lain pulak menyinggah. Tapi risau pada sakit tu tak separah angan yang dah sampai ke bulan bintang. Hee.

Dah berangann... kot-kot la dengan izin Allah ada peluang nak hamil secara normal, kan? Sebab biasa tak pernah missed period ni. Kali ni dah 6 hari.

Hari ke-4 missed dah buat pregnancy test, semangat kau! Selongkar habis laci almari mencari baki test kit yang duk ada dari tahun lepas. Jumpa la satu.

Dalam toilet secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Hubby buat test tu.... tapi hampa, satu line je. Dalam hati dah berbicara, itu laaaa... period lambat je, usah la berangan sangat. Mustahil normal kot?

I'm okey... I'm okey.. keluar toilet lepas wuduk terus solat subuh, then pi bilik belakang gosok baju nak pi kerja. Dalam duk gosok tu baru meleleh air mata... Sob sob. Nangis senyap-senyap je, tak nak bagi Hubby dengar.

Lepas hari tu, hari lain diteruskan dengan tanda tanya jugak lagi... Kenapa period masih belum datang? Dalam pada hati duk kata jangan perasan, naaak jugak perasan lagi. So perasan la lagi juga kot-kot mengandung.

Siap pasang niat nak gi beli test kit baru, nak test pada hari ke-40 pulak. Nak beli yang mahai, yang clear blue, yang lebih tepat, sebab hari tu pakai cap ayam punya. Mungkin result dia tak betul. Heh.

Hari ni, on cd 39, kat toilet tadi, berlaku la kembali episod cinta luka. Sebab dah nampak cecairan coklat, pembuka bicara aunt flo.

Sediiihhhhhhhhhhh!! I hate you AF!!

Tuesday, 24 December 2013

Mood Cuti Lemau

Salam Readers,

Penghujung tahun 2013 dah hampir tiba. Mood menuju tahun baru memang sentiasa lemau bagi saya sebab terpaksa juga datang ke pejabat tatkala kawan-kawan seronok bercuti bersama keluarga masing-masing. Heh! Sebab? Sebab cuti tahunan dah tinggal ciput je, dan kena berjimat cermat untuk saya bercuti pada awal tahun!

Hehe. Itu memang sifir dia. Masa orang lain cuti, saya bekerja. Masa diorang lemau nak mula kerja balik, saya cuti! Tata titi tutu.

Cuti tahun depan InsyaAllah seperti biasa, keluar negara. Tapi cuma beza bukan untuk seronok-seronok dah. Kali ni nak beribadah, nak berdoa depan Kaabah, di Tanah Suci. Nak mengadu dengan Dia yang Esa supaya memakbulkan hajat kami untuk memiliki zuriat. 

Tahun 2013 terlalu banyak cubaan. Dah tak tertanggung rasanya. Dah banyak sangat airmata melimpah. Jadi tahun 2014, sebelum memulakan rawatan semula, nak menjejakkan kaki ke sana.

Malas dah jugak nak menadah telinga dengar cakap orang, "Sebelum buat pergi umrah dulu.." Dan bila tak jadi, "Dah suruh pergi tak nak... Bla, bla bla." (Sebab tu tak jadi). Padahal yang cakap tu, dapat dengan tak pergi pun. Couples yang saya kenal ramai juga buat icsi tanpa ke sana dulu.

Yang tak jadi tu alasan sebab belum rezeki. Saya percaya doa Allah dengar dari segenap penjuru dunia, tak semestinya di sana. Kalau ada rezeki lebih kita pergi.. Kalau takde? Takkan nak paksa dia pergi? Nak buat treatment tu pun entah berapa lama diorang menabung.

Saya pun bukanlah golongan orang yang petik jari duit melimpah. Sebab masih belum ada anak, ada la yang lebih sikit. Sikit, tak banyak pun. Berkat rajin menabung jugak. Ini nak ke sana pun korek la tabung. Balik nanti, sebelum mula rawatan, kena isi tabung balik dan korek lagi.

Jadi hati-hati la bila berbicara. Jangan sampai apa yang kita cakap kat orang, kita yang buat. Orang yang dengar tu, dalam diam tak balas, tapi sampai mati boleh ingat.


Jadi kawan-kawan TTCians sekalian doakanlah saya dan suami selamat pergi membawa hajat dan pulang dengan harapan. InsyaAllah saya bawa bersama doa dan hajat kalian, kawan-kawan wassap Mawaddah TTC Group. Semoga tahun 2014 kita semua jadi mommy, ibu, mak, mama, ummi ye!

Thursday, 15 August 2013

Life Goes On

Salam Readers,

Design ni saya buat masa dalam pantang dulu. Boring katakan.. 
Siapa bijak cuba teka lirik lagu ape?



Monday, 1 July 2013

Come Back

Salam,

Dah dekat 10 minggu peristiwa sedih tu berlalu. Sekarang saya dah okey. Cuba teruskan hidup biasa kembali, walaupun kadang-kadang rasa sedih tu datang. Terfikir juga, apa lah yang Allah rencanakan untuk kami ni sebenarnya.

Kami akan buat lagi IVF ni tahun depan, InsyaAllah. Sekarang bersama Hubby, berusaha menabung balik. Sebelum tu kena uruskan perpindahan kami dari Perak & Penang ke KL atau Shah Alam. Next time kena avoid physical stress. Dah belajar dah, mungkin sebab badan saya penat kot dulu. Jadi rahim tak kuat dan keguguran.

Harap-harap mudah lah urusan pertukaran ni.

Kepada pembaca yang nak bertanya, sila jangan malu-malu dan segan. InsyaAllah yang mana saya boleh jawab, saya jawab ye.

Good luck kepada yang sedang berusaha. Usaha kamu bersama doa kami!

Tuesday, 30 April 2013

Summary Buku Ini

2013
IVF ICSI #1
Hospital Wanita Metro IVF, Klang Selangor
Dr. Tee Swee Peng

26/03/2012 - Hubby suruh tengok web Metro IVF


31/03/2012 - Register. W: pap smear, external scan, clomid, blood test. H: Semen analysis (SA).

28/04/2012 - W: Period D6, result semua ok. H: Result SA nil. W: Cek tiub fallopio, pil tahan sakit. H: Blood test.

30/04/2012 - H: 2nd SA.

05/05/2012 - H: Results 2nd SA (same), blood test (OK!!). Dicadangkan buat biopsy testes &IVF - ICSI.

18/05/2012 - H: Discuss Biopsy testes dan kos.

25/05/2012 - H: Biopsy testes operation.

01/06/2012 - H: Result biopsy testes OK! There's sperm! See embriologist for explaination of IVF.

01/02/2013 - Confirm tarikh untuk IVF (April), dibekal Suprefect.

09/03/2013 - Day 21. Start morning Buserelin (Suprefect) Injection. 20 iu.

18/03/2013 - Officially in IVF cycle! Yeay! (Day 1)




19/03/2013 - Day 2. Blood test and scan. All OK.

21/03/2013 - Day 4. Start Gonal F night injection. 225 iu.

02/02/2013 - OPU dan TESE

04/04/2013 - Embrio Transfer. InsyaAllah.

11/04/2013 - Implantation bleeding.

13/04/2013 - Bleeding again!

15 - 25/04/2013 - Warded. Bleeding & clots everyday! :'(

25/04/2013 - Misscaried. It's very devastating...

26/04/2013 - Going home. Masih berdua.

Monday, 29 April 2013

The Result!

So okay,

4/4 - ET day! Seronok Allah saja yang tahu. Akhirnya our little miracles is on their way! Untuk prosedur ni saya tidak memerlukan bius. Jadi masa doktor transfer embrios tu ke dalam uterus, saya dapat lihat on live screen. Dalam hati tak putus-putus berdoa, semoga Allah survivekan mereka dan kekal dalam rahim saya.

Lepas transfer saya dibawa berehat di ward. Seperti biasa ini adalah prosedur sehari,jadi petang dah boleh balik. Nak berjalan pun rasa takut2. Takut the embrios will fall out!

Ok now, the 2ww!

2 minggu untuk menunggu keputusan. Positif atau tidak. Dalam masa tu saya perlu masukkan pil progesterone ke vaginal, 2 biji 4 times a day. Ia adalah ubat paling penting dalam tempoh ni, untuk proses penempelan embrio.

5/4 - 11/4 - Most of the activity adalah baring je. Sampai boring baring. Tapi kadang2 bangun la juga untuk ke toilet, mandi, solat dan makan. Dalam tempoh ni saya solat duduk aje, sebab tak nak bagi sebarang tekanan pada uterus.

So far it's all okey sampai la satu pagi 11/4 tu....

Saya terkejut bila terjaga dari tidur pagi tu, ada darah di kain saya. Tak banyak, tak juga sikit. Kalau di pad boleh staining la 1/3 kot.

Pergi toilet pun nampak lagi saki baki keluar, tapi pinkish in color. Saya panik!! Sangat takut kalau haid dah datang.

Kebetulan pagi tu memang ada appointment 4 hari sekali dengan doktor. So i told him. Bila dia tanya warna apa, dan saya jawab merah, saya dengar dia mengeluh....

something is wrong isn't it...?

Dr Tee tekpaksa buat blood test awal dari biasa untuk check. Dan saya dibenar pulang. Hari tu memang dah takde mood, saya muram je.

Tapi petang, doktor tee call with good news! beta hcg saya sudah ada bacaan! naiknya sikit saje 7.9 tapi itu bermakna our embrio sudah menempel!!

That is implantation bleeditng kot.

I'm happy now.

13/4 - No blood in sight. So i'm pretty sure that was an implantation bleeding, until...

14/4 - Darah ade balik, masih belum banyak but RED in color! I called Dr Tee, and again bila dia tanya warna dan saya jawab merah, dia keluarkan perkataaan "Ayyoo" saja.

I know, something is wrong. Sebab dari pembacaan, implantation should be brownish or pinkish in color je, not fresh blood.

Tapi doktor tee masih minta saya bersabar, jika darah tak stop juga dia minta saya ke metro

15/4 - Appointment lagi, kali ni blood test dibuat lagi untuk ukur paras hcg. Pagi darah tu ade sikit2 tapi saya cuba ignore, bila balik dari hospital dia datang lagi.... saya dah tak keruan. I call Metro dah mereka minta saya rest di ward.

15 - 25/4 - so i'm warded. lama tuuu, 10 hari. Dan dalam tempoh tu saya asyik bleeding with fresh blood and clots. Takut nak searching the info dah. Ade yang kata, implantation bleeding kan last for a week. Ade yang kuar clots tapi baby survive. Tapi saya.... saya bukan rasa itu saja, saya rasa sakit di ari-ari. Every night!!

Setiap kali beta hcg result menunjukkan peningkatan, dan double every 48 hours, saya rasa gembira. Means the baby is growing. Tapi muka hubby nampak biasa saja, dia langsung tak gembira walaupun secara sahnya saya memang dah pregnant.

Rupanya dia dah tau, kalau in early pregnancy, kalau ade bleeding with sakit, that means 'threaten miscarriage'

Saya tak tahu, saya tak mahu tahu.

Patut la bila saya tanya dia, "Abang tak hepi ke? Macam tak hepi je..." Dia jawab, "Kalau bleeding stop, sayang sihat, boleh keluar wad baru abang lega."

Boleh dikatakan dalam tempoh 10 hari tu, setiap hari selepas asar ke tengah malam, saya akan mula rasa sakit. sakit macam period pain, senggugut kot. Entah la, saya tak pernah rasa period pain. Tapi ia memang sakit!

Seksanya Allah saja yang tahu. Dan berserta dengan sakit tu, fresh blood akan keluar, with clots.

Ada satu malam bila saya sakit sangat, doktor perempuan melayu yang bertugas datang, and said the things i really don't want to hear.

"Ini akan gugur ni. Awak berdoa sajalah."

Remuknya hati saya.... Kot ye pun beralas la sikit.

Saya tahu, Dr Tee pun dah tau perkara ni akan berlaku, tapi dia masih jaga perasaan saya, dia cerita pada hubby saja, patut la hubby saya tak berharap pada kandungan ni... katanya kandungan walaupun scan dah nampak, tapi sangat kecil.

Pada 24/4 petang seperti biasa, rasa sakit datang kembali. Saya dah pasrah, dalam keadaan baring 24 jam tu saya angkat tangan berdoa pada Allah...dengan linangan air mata.

Saya minta pada Dia, kalau rezeki anak ini memang ingin diberikanNya pada saya, saya minta dihentikan bleeding, kandungan sihat dan tiada masalah lagi. Tapi jika ini bukan rezeki kami, saya minta Dia kurangkan sakit saya, dan ambillah semasa kandungan masih kecil, supaya kami tak teruk kecewa dan mengharap.

Jadi malam tu saya dah hilang rasa sakitnya, cuma ada sakit ari2 yang boleh terima lagi, saya boleh tidur agak lena.

25/4 - Subuh2 nurse kejutkan seperti biasa nak bersihkan tut dan tukar pad saya. Saya tengok pad tu ade darah saje takde darah beku, then bila buang air kecil di bedpan, terasa macam ade sesuatu yang agak besar keluar. Macam darah beku yang besar.

Saya tanya nurse, ada darah beku ke keluar? She just said yes, dah berlalu. Saya sangkakan seperti biasa. Tapi saya sempat menjeling bad pan tu sebelum dia bawa keluar. Banyak merah.

Tak sampai 10 minit nurse tu datang balik dan suruh saya makan antibiotik. Katanya sebab saya buang air ade darah jadi dia dah report dr tee, and he ordered to give me antibiotik.

Lepas tu saya cuba pejam mata balik sebab masih awal pagi, 6.30 pagi saya tengok kelibat orang berjalan laju.... dan kain langsir ward saya dibuka, Dr Tee.

Awal pagi dah datang, ada benda yang tak kena.

The he said, "Norliza, nurse cakap ada daging sudah keluar. Dia sudah gugur. Jadi kita scan untuk tengok dia gugur semua atau tinggal baki."

Jadi pagi2 lagi saya sud.ah ditolak ke clinic untuk scan, masih ade baki. so prosedur D&C akan dilakukan pagi itu juga.

Remuk hati saya. Mata saya bengkak kesan menangis sejak doktor perempuan tu cakap macam tu. Saya rasa dada saya sesak.

Tapi takpe lah, saya redha.

Sekurang2nya saya dah mengandung. Saya berjaya mengandungkan hasil cantuman benih kami. Saya berupaya mengandung.

Cuma masih belum rezeki.

Nurse cakap, ade orang yang langsung tak mengandung after embrio transfer. Embrios tak implan, tak tahu ke mana. Tapi saya berjaya, cuma nasib tak baik lagi.

Ye, hcg saya naik dari 7.9 to 47.8 to 102 to 241 to 520 dan akhirnya stop doubling at 600.

Walaupun hati masih kecewa dan serik. Saya percaya rezeki itu akan ada nanti.

Kami akan cuba lagi nanti. Lepas saya fully recover emotion and physical.

Jalan dah ada. Cuma Dia belum izinkannya.

Thats all.

Tuesday, 9 April 2013

IVF Treatment Step Nine: Pregnancy Test and Follow-Up


About nine to twelve days after the embryo transfer, a pregnancy test is ordered. This is usually a serum pregnancy test (more blood work) and also will include progesterone levels testing. The test may be repeated every few days.

If the test is positive (yeah!), you may need to keep taking the progesterone supplementation for another several weeks. Your doctor will also follow up with occasional blood work and ultrasounds to monitor the pregnancy and watch for miscarriages or ectopic pregnancies.

During IVF treatment, miscarriage occurs up to 15% of the time in women under age 35, 25% of women age 40 and up and 35% of the time after age 42.

Your doctor will also monitor whether or not the treatment led to a multiple pregnancy. If it's a high-order pregnancy (4 or more), your doctor may discuss the option of reducing the number of fetuses in a procedure called a "multifetal pregnancy reduction." This is sometimes done to increase the chances of having a healthy and successful pregnancy.

When IVF Treatment Fails

If the pregnancy test is still negative 12 to 14 days post-transfer, however, your doctor will ask you to stop taking the progesterone, and you'll wait for your period to start. The next step will be decided among you, your partner and your doctor.
Having a treatment cycle fail is never easy. It's heartbreaking. It's important, however, to keep in mind that having one cycle fail doesn't mean you won't be successful if you try again.

Saturday, 6 April 2013

IVF Treatment Step Eight: Progesterone Support and The Two Week

On or after the day of your retrieval, and before the embryo transfer, you'll start giving yourself progesterone supplements. Usually, the progesterone during IVF treatment is given as an intramuscular self-injection as progesterone in oil. (More shots!) Sometimes, though, progesterone supplementation can be taken as a pill, vaginal gel or vaginal suppository.

Besides the progesterone, there really isn't much going on for the next two weeks. In some ways, the two weeks after the transfer may be more difficult emotionally than the two weeks of treatment. During the previous steps, you will have visited your doctor perhaps every other day. Now, after transfer, there will be a sudden lull in activity.

Friday, 5 April 2013

IVF Treatment Step Seven: Embryo Transfer


About three to five days after the retrieval, the fertilized eggs will be transferred. The procedure for embryo transfer is just like IUI treatment. You won't need anesthesia.

During the embryo transfer, a thin tube, or catheter, will be passed through your cervix. You may experience very light cramping but nothing more than that. Through the catheter, they will transfer the embryos, along with a small amount of fluid.

The number of embryos transferred will depend on the quality of the embryos and previous discussion with your doctor. Depending on your age, anywhere from two to five embryos may be transferred. Recent studies have shown success with just one embryo transferred. Speak to your doctor to find out if this may apply to you.

After the transfer, you'll stay lying down for a couple hours (bring a book) and then head home.
If there are "extra" high-quality embryos left over, you may be able to freeze them. This is called embryo cryopreservation. They can be used later if this cycle isn't successful.

Wednesday, 3 April 2013

IVF Treatment Step Six: Egg Fertilization


While you're at home recovering from the retrieval, the follicles that were aspirated will be searched for oocytes, or eggs. Not every follicle will contain an oocyte.

Once the oocytes are found, they'll be evaluated by the embryologist. If the eggs are overly mature, fertilization may not be successful. If they are not mature enough, the embryology lab may be able to stimulate them to maturity in the lab.

Fertilization of the oocytes must happen with 12 to 24 hours. Your partner will likely provide a semen sample the same morning you have the retrieval. The stress of the day can make it difficult for some, and so just in case, your partner may provide a semen sample for backup earlier in the cycle, which can be frozen until the day of the retrieval.

Once the semen sample is ready, it'll be put through a special washing process, which separates the sperm from the other stuff that is found in semen. The embryologist will choose the “best looking sperm," placing about 10,000 sperm in each culture dish with an oocyte. The culture dishes are kept in a special incubator, and after 12 to 24 hours, they are inspected for signs of fertilization.

With the exception of severe male infertility, 70% of the oocytes will become fertilized.
In the case of severe male infertility, ICSI (pronounced ick-see) may be used to fertilize the eggs, instead of simply placing them in a culture dish. With ICSI, the embryologist will choose a healthy-looking sperm and inseminate the oocyte with the sperm using a special thin needle.

                                                                                           * * *

Saat-saat paling genting, tapi kami yang duk di rumah ni cuma bleh berdoa saja la supaya ade rezeki untuk mengandung nanti. Tak sabar rasanya menunggu hari Jumaat for the ET.

Tapi dalam pada tu duk perhatikan henpon juga kot-kot ada call dari metro.

Hm, macam ditakdirkan pulak, dekat pukul 11 pagi henpon saya berbunyi dan tertera nombor yang tak dikenali. Ikutkan hati malas nak angkat sebab takut pihak nak promosi insurans, iklan macam-macam. Tapi jawab je jugak...

Rupa-rupanya Cik Nurul, embriologist metro yang call.

"Puan, datang ke metro esok untuk ET ye."

"Oh, okey. Cepat la pulak kan?"

"Ya, sebab tempat yang terbaik untuk embrio adalah rahim, bukan lab. Jadi dah ada 5 yang fertilised, kami nak masukkan secepatnya."

"Okey, okey."

Tak tahu nak cakap ape sekarang ni. Berdebar pun ade. Cepat la pulak kan? Tapi takpelah, yang penting Alhamdulillah, ada juga Cepat yang berjaya disenyawakan. Cepat matang la ni.

Hehe, doakan kejayaan kami ye.

Qolarobbi habli minladukan zurriyatan toyyibatan innaka samiuddua. Amin.

IVF Treatment Step Five: Egg Retrieval

About 34 to 36 hours after you receive the hCG shot, the egg retrieval will take place. It's normal to be nervous about the procedure, but most women go through it without much trouble or pain.

Before the retrieval, an anesthesiologist will give you some medication intravenously to help you feel relaxed and pain free. Usually, a light sedative is used, which will make you "sleep" through the procedure. This isn't the same as general anesthesia, which is used during surgery. Side effects and complications are less common.

Once the medications take their effect, your doctor will use a transvaginal ultrasound to guide a needle through the back wall of your vagina, up to your ovaries. She will then use the needle to aspirate the follicle, or gently suck the fluid and oocyte from the follicle in to the needle. There is one oocyte per follicle. These oocytes will be transferred to the embryology lab for fertilization.

The number of oocytes retrieved varies but can usually be estimated before retrieval via ultrasound. The average number of oocytes is 8 to 15, with more than 95% of patients having at least one oocyte retrieved.

After the retrieval procedure, you'll be kept for a few hours to make sure all is well. Light spotting is common, as well as lower abdominal cramping, but most feel better in a day or so after the procedure. You'll also be told to watch for signs of ovarian hyperstimulation syndrome, a side effect from fertility drug use during IVF treatment in 10% of patients.

                                                                                             * * *

Egg retrieval atau oocyte pick up (opu) dan tese dah berlaku semalam seperti scheduled.

Tepat pukul 7 pagi kami dah sampai di metro bersama-sama ummi dan abah. Proses ni memerlukan kami dibius, jadi bilal balik nanti tak boleh drive sendiri dan of course tak boleh jaga diri sendiri la kan. So umi abah akan jaga masa kami tak sedar.

Lepas register kami masing-masing dipakaikan tag nama kat tangan kanan masing-masing. Kemudian di bawa ke katil wad, bersebelahan. Ade baju hospital (yang ikat belakang tu, dan extra things on my table, pad. Haha) Pad tu nanti kena pakai lepas operation sebab mungkin akan ada slight spot kesan amik egg.

Dalam pukul 9 pagi nurse datang jemput saya dulu untuk proses opu. Sebelum tu baju yang dipakai, perlu ditanggalkan semua, cuma pakai baju hospital tu je. Saya disuruh duduk atas wheelchair, cover kepala and then dibawa ke operation room.

Nervous jugak rasanya. Maunya tidak, tengok doktor bius pun dah biul rasa. Ha5. Kidding.

Mula-mula doktor suruh saya baring atas katil tu, kemudian dia berusaha cucukkan jarum di tangan. Kemudian terasa macam dia masukkan sesuatu sebelum saya mula rasa pening.

"Doktor masukkan ubat ke?" Eceh, sempat lagi saya bertanya.

"Yes, ada rasa pening?"

"A'ah..." zzzzzzzzzzz

Tu je yang sempat saya record, lepas tu out. He5. Ape yang doktor buat memang I have no idea.

Sedar-sedar je dah sampai wad, dibaringkan atas katil dan dengar suara nurse panggil "Norliza"

Tengok katil sebelah, suami dah takde. His turn for tese.

Prosedur siap lebih kurang pukul 11 kot. Tapi saya tidur sepanjang hari. Kesan bius buatkan kepala pening. Nasib baik takde muntah2.

Tapi saya punya effect pening tu memang agak lama, sebab dah sampai malam pun masih tak boleh berdiri lama. Terus kena baring, siap muka pucat bagai.

Kami balik around 5 petang, berbekalkan macam-macam ubat. Untuk saya yang banyak, 3 jenis telan, 1 yang vaginal insert, suami 2 jenis je.

Tiga tu - vitamin E, antibiotik, hormon progesteron telan. Dan yang perlu masukkan ke vaginal tu hormon progesterone jugak, untuk rahim support. Sebagai persediaan hamil.

Dalam kad appointment, kami perlu datang balik pada hari Jumaat 05/04/2013 untuk embrio transfer. Tapi nurse ade cakap, kalau ada perubahan ambriologist akan call. Mungkin kalau cepat matang, perlu lakukan embrio transfer lebih awal.

Monday, 1 April 2013

IVF Treatment Step Four: Final Oocyte Maturation

Step ni adalah untuk trigger the oocytes to go through the last stage of maturation sebelum it can be retrieved.

Pembesaran terakhir ni akan menggunakan HCG (human chorionic gonadotropin). Shot ni sekali je. Yeah!
Dan perlu diambil di klinik. So malam tadi saya dan husband ke metro for the appoinment.

Tepat 10:05 malam kami dah tercongok di 2nd floor metro. Ada 2 orang nurse tengah tunggu dengan fail kami di depan mereka.

Tanpa lengah terus mereka suruh saya masuk ke dalam satu bilik for the injection. Sebelum tu kena amik darah dulu. Kemudian baru suntik. Hmm, nurse buat lagi sakit dari inject sendiri kan? Ha5.

Jarum besar dan panjang kot??

So that's all. Hari ni kosong, esok opu & tese.

Nurse pesan datang jangan pakai make-up, perfume, gel rambut atau ape saje. Sama juga untuk suami. Lepas mandi terus sarung pakaian the keluar.

Check Up Day 12

29 Mac 2013.

Appointment lagi  untuk pantau saiz telur. Seperti biasa saiznya doktor sebut, nurse catat. Masih jugak saya lupa nak kira ade berapa sebab asyik tengok di skrin telur-telur tu. He5

Lepas siap doktor Tee beri tarikh untuk OPU dan TESE iaitu 2 April 2013. Huh, berdebarnya rasa. Kena balik siap sedia, dan habiskan saki baki Suprefect & Gonal F injection.

Masa di kaunter sebelum balik, nurse terangkan lagi apa yang perlu dibuat.


Saya memang suka kalau diberi note tulisan tangan macam ni. Boleh rujuk anytime. 

So, Last dose Gonal F (malam) adalah 30/03/2013.
Last dose Suprefect (pagi) adalah 31/03/2013.
Suntikan HCG perlu amik di klinik pada 31/03/201 malam. Yang ni kena gi metro dan nurse yang injectkan, di punggung. He5. 

Wednesday, 27 March 2013

Check Up Day 9

Day 9. 26 Mac 2013.

Ada appointment hari ni. Pagi-pagi bertolak dari Penang. Lepas subuh, 6.30 pagi je terus keluar takut terlambat, mana la tau musim cuti sekolah ni.. jem ke nanti. Amik injection pagi pun dalam kereta, tepi jalan je.

Hari tu pulak, banyak betul dugaannya. Sampai je highway area Ipoh tu, tayar kereta plak pancit! Bukan takat kuar angin kus-kus. Dah rupa meletop lagi!


Tengok la rupa tayar tu. Rasa stress sekejap, nasib baik travel kali ni dengan Ummi dan Abah. Ade gak teman. Dan syukur gak tayar tu buat hal masa kat belakang takde kereta, kalau tak... konpem dah berdentum sebab tayar ni flat sekejap je.

Masa tu saya di lane perlahan, then cuba memotong dan masuk lane laju.. tengah tekan minyak tu tibe2 dengar bunyi bising kat belakang. Abah Ummi dah tanya bunyi apa? Saya diam sekejap, then datang dalam minda 'Ah sudah, tayar pancit'.

Pancit, pancit... saya bagitau diorang dan cuba perlahankan kereta, nasib baik sebab masa tu jugak stereng dah goyang sebab tayar dah total flat. Sigh. Cepat-cepat masuk lane kecemasan.

Alhamdulillah, ade abang plus ronda datang tolong. Lepas call la of course! Dalam buntu nak minta tolong sape tu tadi, teringat kat plus and cari no di kad touch n go!

Lepas ditukar tayar spare, kami teruskan perjalanan. Tapi exit simpang pulai dan cari kedai tayar! Tak kuasa nak gerak sampai klang pakai tayar spare kan?

Time tu redha je la andai tak sempat jumpa doktor pagi ni. Malam pun malam lah. Tunggu je lah!

Nak dibuat cerita je. Nasibnya Allah sempatkan juga sampai ke Metro pukul 11.30 pagi. Walaupun terpaksa tunggu almost 2 jam nak jumpa Dr Tee sebab dia ada kes kat wad atas.

Masa masuk jumpa Dr tu, apa yang dibuat kali ni adalah transvaginal scan. Saya dah siap-siap pakai skirt labuh dari rumah. Nanti senang, kalau pakai jeans leceh sikit nak bukak. Hehe.

Alhamdulillah, Dr Tee bagi berita gembira, menggantikan sedikit dugaan pagi tadi.

Masa scan tu doktor tunjuk di skrin, "You see these 3 lines, this means good!" Pastu, telur kiri kanan pun banyak katanya, sambil diambil ukurannya. Lupa nak curi2 kira skali, he5 dan lupa nak tanya apa maksud 3 lines tu sebab duk ralit tengok cara doktor ukur saiz telur.

Dah balik rumah baru la terlintas nak cari maksudnya. Tanya adik ipar (she's a doctor) dia cakap "Bagus la tu, endometrium uterus lining bagus."

Pastu tanya en google pulak, hasilnya...

The endometrium is the lining of your uterus. At the start of your cycle, the lining is very thin. As you approach ovulation, it thickens and becomes nutrient-rich in preparation for pregnancy. After ovulation, a fertilized egg finds its way down the fallopian tube into the uterus where it embeds into the thick, nutrient rich endometrium. If no fertilized egg implants, the lining is shed - this is called your period.



Tata

Friday, 22 March 2013

IVF Treatment Step Three: Ovarian Stimulation And Monitoring

Jika blood work dan ultrasound normal, langkah seterusnya adalah ovarian stimulation. Kalau tak silap saya nak menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan follicles.


Caranya tak lain tak bukan, melalui injection lagi lah. Kali ni masanya malam pulak. Masa ikut suka tapi mesti masa yang sama setiap malam.

Bila pergi appoinment on day 2 hari tu, embriologist dah bagi 6 injectable pen. Yup, pen. Sebab jarum suntikan tu bentuk pen. Cantik je. Canggih. He5.


As you can see... Ada 6 semuanya. Yang dalam kotak tu jarum dia. Separate, bila nak pakai baru pasang. Dalam pen tu dah siap-siap ada cecair hormon FSH atau Gonal-F.

Gonal-F are fertility drugs which mimic the hormone FSH in your body. They are created in a lab using recombinant DNA technology. As you may recall, FSH is the hormone which tells the oocytes in your ovaries to grow and mature. These drugs are taken via injection, which you do yourself, and may be used during IVF or IUI treatment, or with timed sexual intercourse at home.

Embriologist juga ada bagi sehelai kertas panduan hari tu. Jadual dosage macamana nak pakai pen ni. Dan juga dia siap-siap tanda kat pen tu dengan no 1 hingga 6. Maknanya kena pakai ikut turutannya.




Dalam pen tu ada 375 iu cecair, tapi sehari saya cuma perlu 225 iu saja. Jadi on day 1 injection (that means day 4 in the cycle) saya perlu amik 225 iu saja dari pen pertama, ada baki lagi 150 iu.

Yang tu pakai esok malam pulak, plus kena tambah 75 iu dari pen ke-2. Dan macam tu la seterusnya sampai habis licin semua. The dosage is also adjustable. Boleh putar-putar ke angka ikut dos yang kita perlu.

It will take about 10 days. Ouch! Hampir 3 jarum sehari. Ouch ouch!

So, berusaha!!

Day 9 nanti kena pi appoinmet lagi. Nak scan saiz follicle tu.

Ok lah, here's the definition.


Follicles: In the female reproductive system, a follicle is a fluid-filled sac that contains an immature egg, or oocyte. Follicles are found in the ovaries. During ovulation, a mature egg is released from the follicle. While several follicles begin to develop each cycle, normally only one will ovulate an egg. The follicles that do not release a mature egg disintegrate. The follicle that releases an egg turns into a corpus luteum.


Oocyte: An oocyte is an immature egg, or immature ovum. Oocytes develop to maturity from within a follicle. These follicles are found along the outside layer of the ovaries. During each reproductive cycle, several follicles begin to develop. Normally, only one oocyte each cycle will become a mature egg and be ovulated from its follicle. This process is known as ovulation.

Tuesday, 19 March 2013

IVF Treatment Step Two: When You Get Your Period

18 Mac 2013. 11.30 am. (Day 1)

The first official day of treatment cycle is the day you get your period.

So yeay! I'm finally, officially in!

Walaupun 9 hari sebelum ni rasa macam dah mula je, tapi actually belum. Masuk jarum ke-10 pagi ni baru la iye. 'Kawan baik' dah jengah datang, jadi senang la nak dibuat perkiraan tarikh seterusnya dengan lebih tepat.

Alhamdulilah, datang tepat lak on day 10 injection, seperti yang diharapkan. Jadi perkara pertama yang dibuat bila tau kondisi ni adalah call metro ivf! Seperti biasa, report kena buat. Minta sambung pada Ms Lee dan cakap 'I dah dapat period'.

Cam kelakar je. Haha. But this is serious okey!

'So okey, tomorrow you kena datang sini untuk blood test and scan.'

'Okey.'

Nasib baik jugak la dalam sembang tu terlepas cakap yang saya bercadang nak sampai waktu petang (after lunch, 2 petang). Tapi Ms Lee cakap tak boleh sebab Dr Tee petang takde, shift dia sampai pukul 1 petang je dan sambung balik 6 petang. (Aiseh! Macamana leh lupa nih?)

Malam, embriologist pulak takde. (Dia la tu). Jadi kena datang pagi jugak sebab perlu jumpa kedua-dua, doktor dan embriologist.

So, saya terpaksa buat keputusan untuk amik half day je kerja hari Isnin tu, petang rushing back to rumah mentua di Kuala Selangor, bermalam dan esoknya ke Metro.

Nasib baik bos faham.

So this time saya travel sorang je, sebab Hubby kerja. Polis, dekat2 nak PRU ni nak buat apa pun payah. Hmm. Tapi takpe la, awal-awal ni memang wifey je yang penting pun.

So on Day 2.

Jumpa Dr Elizabeth Thomas kali ni. Seperti yang dah tau dari jadual, dia terang sikit pasal prosedur dan kemudian amik darah untuk test. Katanya nak tengok if injection yang saya duk ambil sekarang ni kontrol hormon saya ke tidak.



Blood test kali ni sebenarnya untuk tengok level estrogen dalam badan, specifically E2 atau estradiol to make sure my ovaries are SLEEPING. Yeah! Tapi result next week la.

Lepas tu scan. Scan pulak untuk check saiz ovari dan check jugak kot-kot ade cyst. Kalau okey, boleh move on to next step.

Alhamdulillah okey, seperti yg Dr Elizabeth cakap, 'Rahim okey... ovari okey... Takde cyst.'

So, lepas jumpa Dr Elizabeth kena jumpa lak Ms Lee, dear embriologist.

Dalam bilik dia tu seperti biasa, dia bagi lagi ramuan lain untuk tubuh saya. Kali ni dapat 6 pen injection mengandungi Gonal F.

Kalau yang sebelum ni nak menidurkan ovari, yang kali ni nak bagi telur besar dan matang. Ayat mudah je la kan.

Injection tu kena mula malam Khamis ni 21 Mac 2013. Jadi lepas ni siang malam la inject. Siang teruskan, tambah malam punya.

Hmm, next post saya cerita pasal injection baru ni lak, okey.

Tata

Friday, 15 March 2013

Little Effects

Salam semua,

Hari ni dah masuk Day 7 ambik injection busereline ni. Inject hari pertama memang tak sakit tapi bila dah banyak hari tu, terasa jugak kot? He2.

Maybe sebab dah banyak kali inject tempat yang sama, tu yang terasa walaupun embriologist dah ajar suruh inject kiri dan kanan berselang seli. Hasilnya sama je.

Hari pertama sebelah kiri. Hari kedua sebelah kanan. Ketiga kiri balik. Keempat kanan semula. Dan seterusnyaaa...

Nak cerita pasal effect dia pulak yang saya perasan adalah perut cramp! Oh!!

Sejak hari kedua sampai la hari ni, tiap-tiap hari. Sakitnya takde la sangat tapi buat rasa tak selesa. Dalam pukul 10 pagi ke atas tu mula lah. Memulas macam yang kita rasa on first day period tu. Sekejap ada, sekejap takde. Kadang-kadang malam pun ada terasa lagi. Tapi masih boleh tahan la.

Kawan yang ada pengalaman IUI pun cakap tanda tu perkara biasa. Cuma kalau ada sesak nafas tu kena ke hospital cepat-cepat.

Alhamdulillah setakat ni sesak nafas takde la. Cuma on day 2 and 3 tu ada sakit kepala jugak sikit. Sekarang asal waktu lunch je mesti nak membuta. Terpaksa la cari port surau. :-)

Hmm, tak sabar pulak tunggu Day 10. Harap period datang cepat-cepat sikit. Boleh cepat-cepat jumpa doktor. Rasa rindu pulak!

Hehe. Ok lah.

Tata.

Saturday, 9 March 2013

Cycle Before IVF : Buserelin/Suprefact Day 1

7:00 pagi. 9 March 2013.

Hari pertama inject buserelin @ suprefact.

Rasanya malam tadi memang tak lena tidur. Setiap sejam terjaga. Perasaan tu macam dah terlepas waktu yang paling sesuai untuk inject.

Kalau ikut perkiraan, memang waktu yang paling sesuai inject adalah 7 pagi, sebab 7.20 pagi dah nak kena bertolak ke pejabat. Disebabkan waktu inject ni perlu sama, jadi 7 pagi adalah terbaik. Awal sangat kang payah bangun, later than that dah kat pejabat. Lagi la susah, nanti kena angkut pulak satu beg maroon tu. Mana nak cari peti sejuk buat simpan botol kecik tu sampai waktu balik? Ais dia memang la tak tahan lama.

Jadi sebelum tidur memang aim 7 pagi. Tidur yang terjaga-jaga tu terjadi mungkin sebab risau takut terlajak tidur. Padahal jam memang dah set 6:15 pagi. Pukul 3 pagi terjaga. Pukul 4 pagi terjaga. Pukul 5 pagi pun terjaga lagi.

Dalam tidur tu pulak siap mimpi, memang ada hal ape ntah yang buatkan saya terlepas untuk inject on first day. Risaaauuuuu!

Siap hubby kejutkan dari mimpi yang ngeri tu. Hahaha. I make sound la tuh!

Hmmm, pengalaman inject untuk Day 1 Before IVF cycle ni adalah nervous!



Perkara pertama yang dilakukan ialah kejutkan Hubby. Yepp! Dia takut jarum, so sampai bila-bila pun tak leh nak harapkan dia tolong inject saya. Tapi at least saya nak dia tengok apa saya buat.

Kedua, keluarkan semua tools. Hehe. Keluarkan buserelin dari dalam peti sejuk. Amik beg maroon, keluarkan jarum dan alcohol swab.

Ketiga, ulang step yang dah diajar depan Hubby. Haha, nak suh dia alert sikit dengan apa yang sedang berlaku. Sebab mata tu macam dah pejam balik bila nampak jarum!

Keempat, ni baru la step yang betul. Tanggalkan cap buserelin. Lap permukaannya dengan alcohol swab.

Kelima, Keluarkan jarum dari bungkusan dia dan tanggalkan penutup depan dan belakang (yang warna oren tu). Kemudian keluarkan udara yang ada dalam jarum suntikan tu.

Keenam, cucuk jarum ke botol buserelin (on top dia) dan sedut 20 units of buserelin liquid.

Ketujuh, picit sikit daging2 perut tu, tempat nak cucuk, dan sapu alcohol swab, lap-lap sikit.

Kelapan, tadaaaa! Suntik! Masukkan habis jarumnya dan picit cecair masuk habis.

Kesembilan, bila cecair dah habis, tunggu 3 saat. Boleh kira la, 3 2 1. Baru tarik jarum keluar.

Dah siap!!

Tak sakit pun, jarum sangat halus dan tak rasa apa-apa. Lepas tarik tu la ada rasa macam kena gigit semut sikit. Tapi sikit je la.

Alhamdulillah. Esok pagi pulak ye.

Thursday, 21 February 2013

Long Protocol Calendar # 2

Hai semua,

Saya baru je habis menelaah. Takde benda lain la yang lebih menarik dalam waktu-waktu genting ni kan? Setiap hari mesti cari info tentang ivf - icsi dan proses-prosesnya.

Tiba-tiba terjumpa penerangan yang lengkap tentang Long Protocol Calendar yang saya post beberapa hari lalu. (Klik sini untuk baca post tersebut)

Dah jumpa jawapan bagi persoalan 'Kenapa doktor bagi saya kalendar protokol panjang?'

Mulanya ingatkan sebab kami ni rumahnya jauh dari hospital, jadi dia bagi protokol panjang untuk memudahkan pergerakan kami dengan jadual yang longgar. Rupa-rupanya tak.

Jawapannya ialah, jeng jeng jeng..

Terdapat 3 protokol untuk COH iaitu: protokol panjang, protokol pendek dan protokol antagonis.

Protokol panjang - diaplikasikan terhadap wanita yang lebih muda dan menunjukkan tindakbalas yang baik.

Protokol pendek - diaplikasikan terhadap wanita yang lebih berumur dan menunjukkan tindakbalas yang kurang memberansangkan.

Protokol antangonis - diaplikasikan terhadap wanita yang berisiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS).

Saya baca ni sambil tersengih-sengih tadi. InsyaAllah, harap-harap 'tindakbalas yang baik' ni akan membuahkan hasil yang menggembirakan jugak. :-)

Jom sambung lagi.

Dalam protokol panjang: 
  • Suntikan GnRH agonis diambil setiap pagi bermula pada hari ke-21 kitaran haid. 
  • Pada hari pertama haid kitar berikutnya, dos yang diambil akan dikurangkan kepada separuh dan pengambilan mesti diteruskan sehingga suntikan hCG diberi. 
  • Ujian darah dibuat pada hari kedua untuk menentukan paras progesteron. 
  • Suntikan FSH perlu diambil pada setiap malam bermula pada hari ke-3 sehingga suntikan hCG diberi.
  • Penjejakan folikel dilakukan setiap 2 hari untuk memantau pertumbuhan folikel. 
  • Satu lagi ujian darah akan dilakukan pada hari ke-9 untuk mengukur paras estradiol. 
  • Apabila folikel telah mencapai 18mm, suntikan hCG diberi untuk mencetuskan ovulasi. 
  • Suntikan hCG biasanya diberi pada pukul 11 malam dan OPU dijalankan 2 hari berikutnya (lebih kurang 34 jam selepas suntikan hCG).


Atas ni adalah process flow bagi setiap protokol. Dari situ dah boleh tengok perbezaannya. Cuma saya banyak cerita pasal long protocol je.

If kawan-kawan ada nak tanya tentang protokol lain, just ask okey. InsyaAllah saya cerita.

That's all for now, bye.

Wednesday, 20 February 2013

IVF vs ICSI

Ramai lagi yang tak berapa faham perbezaan antara IVF dan ICSI ni. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, cer kita tengok maksudnya dua perkara ni dulu:

IVF (In Vitro Fertilisation) - adalah proses di mana ovum disenyawakan dengan sperma di luar badan (dalam tabung uji) secara semulajadi.

ICSI (IntraCytoplasmic Sperm Injection) - adalah satu prosedur IVF di mana sperma disuntik secara terus kepada ovum.



Ok, sebenarnya IVF dan ICSI adalah sama. IVF yang asalnya, dulu-dulu, persenyawaan antara sperma dan ovum tu walaupun dalam tabung uji, masih dilaksanakan secara semulajadi. Iaitu caranya satu ovum diletakkan dikalangan beribu-ribu sperma dan dibiarkan untuk berlaku persenyawaan.

Maknanya sperma yang beribu-ribu tu perlu berenang-renang untuk merebut tempat menembusi ovum, macam yang kita belajar kat sekolah dulu. Hanya yang terbaik berjaya menembusinya. Haaa.

Tapi cara ini adalah agak memakan masa sebab kita perlu menunggu (tak sure la pulak berapa lama) untuk proses tu menjadi. Dan peratusan kejayaan untuk bersatu tu pun tidaklah tinggi sebab bergantung kepada keupayaan sperma untuk bergabung. Kalau sperma tu kurang aktif, slow maka peluang untuk berjaya pun rendah.

Maka, dari situ wujudlah pula teknik ICSI ni di mana sperma yang terpilih akan disuntik terus kepada ovum untuk persenyawaan. Tiada program renang kat sini ye.

Jadi, secara ringkasnya ovum disenyawakan secara manual melalui ICSI manakala IVF persenyawaan berlaku secara semulajadi.

Tu je. Selesai kelas kita hari ni. He5.

Tuesday, 19 February 2013

IVF Treatment Step One: The Cycle Before Treatment

Salam semua,

Saya sekarang dalam Day 4 period. Maknanya masih ada 17 hari lagi untuk menuju Day 21 dan memulakan suntikan! Haha. Seronok ker? Err, seronok ada nebes pon ada, gitu!

Untuk pengetahuan semua, on Day 21 bila saya mulakan suntikan Suprefect tu nanti, proses tu masih belum dinamakan sebagai 'dalam cycle treatment ivf' tau. Ia adalah The Cycle Before Treatment.

Yepp, before. Sebab cycle sebenar hanya akan bermula bila saya dapat period Mac nanti.

Maksudnya, fasa period Feb ni adalah sebagai penanda saja, untuk memudahkan perkiraan Day 21, atau lebih tepat 7 hari sebelum period bulan Mac.

Pada 7 hari sebelum tu (Day 21), doktor akan menyuruh saya mengambil suntikan Suprefect tersebut so they can have complete control over my ovulation once the cycle treatment begins.


Suprefect tu actually adalah jenama sebenarnya. Apa yang terkandung dalam botol kecik tu sebenarnya adalah hormon, Buserelin atau dipanggil juga GnRH agonist, iaitu artificial hormones that mimic the body's natural hormone gonadotropin-releasing hormone (GnRH).

A GnRH agonist first leads to a rapid increase in the production of the hormones FSH and LH. However, after this brief increase, the pituitary gland stops producing the hormones, preventing ovulation.

Haa, faham tak maksudnya tu? Maknanya 9 Mac nanti saya akan suntik hormon ni untuk kontrol ovulasi, tak bagi telur keluar la senang cite.

Suntikan tu pula perlu setiap hari, pada waktu yang sama. Tak boleh lambat sikit atau cepat sikit dari hari sebelumnya. Kalau dah mula 7 pagi, maknanya hari-hari seterusnya adalah 7 pagi jugak.

Waktu tu la paling sesuai kot nak suntik? Sebelum keluar rumah pergi kerja. Kalau nak pukul 8 atau 9 atau 10, mustahil. Boleh memang boleh. Tapi leceh lak nak lari-lari pergi toilet or balik rumah semata-mata nak suntik, kan? Dah satu hal nak mengangkut si kecik tu dengan bongkah ais bagai lak.

Saya tak sure pulak berapa lama nak suntik buserelin ni. Tapi macam agak lama je sebab jarum pun diberi untuk stok sebulan. Kui3.

Tapi yang saya pasti, bila dah mula injection ni, dalam masa 10 hari hingga 15 hari saya akan datang period lagi. (Mac punya la.) So, bila dah datang period tu, Day 2 saya mesti ke Metro IVF for blood test. Mesti! (Inilah fasa ivf yang sebenar)

Tapi kalau lepas 15 hari tak datang period jugak, saya kena pergi Metro jugak. But this is definitely not good!

Harap-harap hari ke 10 tu dah period la, cepat sikit cycle start! Hehe.

Ok la, dah jelas pasal cycle before treatment kan? Kita tunggu masuk bab suntikan plak nanti.

Tata.

Monday, 18 February 2013

Preparing My Body For IVF

Salam semua,

Hari ni nak cerita pasal kertas ni.



Memang tak menarik sebab tulisan hitam, kertas putih je. Tapi dah agak lama dia terlekat kat pintu peti ais saya.

Motifnya, supaya setiap kali nak membuka pintu peti ais tu saya akan baca dan sedar apa persediaan yang saya perlu lakukan. Kalau tak bukak pintu peti pun, at least bila masuk dapur, lalu depan peti tu dapat jugak la jeling-jeling, kan?

Persediaan ni ada 3 bahagian yang penting iaitu:

1. Nutritional
2. Physical
3. Mental

Nutritional

1. Drinks at least 2 liters of water everyday.
(InsyaAllah cukup or maybe lebih kot? Sebab saya memang suka minum air kosong.)

2. Avoid chocolate, processed foods, foods with high sugar content.
(Coklat adalah faberet! Tapi terpaksa dikurangkan jugak. Hm, makanan segera pun dah dikurangkan, terutama sejak kena food poisoning dulu, terus tak lalu burger fast food. Bagus kan?)

3. Eat at least 60 mg of protein (meat, fish)
(Kena makan banyak lauk, kurangkan nasi taau karbohidrat. Ayoo, kena start semula la ni!)

4. Reduce / cut out caffeine (tea, coffee)
(Sedang dicuba, so far berjaya jugak la. He5.)

Physical

1. Ideal weight. Light exercise & yoga. Avoid aerobics.
(Rasa macam ideal lagi, tapi bila naik scale tu nape jarum dia cam ke kanan jek?)

2. Avoid  cigarette & smoky atmospheres (chemicals in cigarette smoke can affect the lining of your uterus)
(Perkara pertama yang perlu buat adalah AVOID smokers! Run, run for my lifeeee!!)

3. Avoid sitting for long periods in the same position as this can restrict blood flow.
(Ini yang susah sikit ni, saya kalau dah ralit buat sesuatu tu, rasa badan dah lenguh baru nak bangun. Huh! Please advise!)

4. If you work on the computer all day, make sure you get up once in a while and walk around.
(Sama cam kat atas, I will try! or MUST try!)

5. Avoid sun bathing, Jacuzzi and hot bath.
(Air suam2 kuku dari water heater diambil kira tak?)

Mental

1. You must give yourself enough time to relax and recover from each cycle of treatment.
(Sebab tu saya dah submit borang cuti panjang minggu lepas. I just want to relax.)

2. If you try and live your life just as you did before you were having IVF, you will run into problems.
(Hubby said, no more shopping sebab shopping involve with lots of walking. Huh??)

3. Don't forget to spend time with your partner and communicate with him.
(Mesti! Dean Ringgo mesti peluk saya all the time! Ha5.)

4. You both will talk about the IVF and your experiences, but also to focus on other things, the things you enjoy doing together.
(Of course la, pastu masing-masing berangan.. anak ikut muka dia lagi hensem, ikut muka saya lagi cantik. Hahaha!)

Sunday, 17 February 2013

Kawan Baik Feb Dah Datang

17 Feb 2013

Akhirnya, penantian dah berakhir. Ha5. 'Kawan baik' untuk bulan Feb dah datang pagi-pagi buta lagi.

Terus teringat Metro IVF dengan Ms Lee. Saya kena call inform ni. Baru la tarikh tepat Day 21 untuk mula injection boleh diketahui.

Sebenarnya nak kira sendiri pun boleh, tapi saje mengada-ngada, nak manja-manja. Diorang kena la manjakan saya kan? Bayar puluh ribu tuuuuu.... He5.

Mula-mula call Ms Lee, tapi dia tak jawab. Dail lagi sekali, tak jawab juga.

Call Metro IVF, nurse yang angkat cakap Ms Lee cuti sebab hari Ahad. Adoi. Then, nurse cadang saya disambungkan terus ke Dr. Tee. (Baru sekarang nak bagitau nama doktor tersayang ye!) Tapi saya refuse, rasa cam malas nak cakap dengan doktor hari ni. He5.

Dalam masa duk sembang dengan nurse tu, saya dengar ada another call in.. cepat2 akhirkan conversation dan cakap saya akan call Ms Lee lagi sekali.

Alhamdulillah, Ms Lee is calling. Cuti-cuti pun kerja ye?

Jadi saya cerita la yang period dah datang, dan tanya bila tarikh Day 21 untuk mula suntikan. Cepat2 Ms Lee tengok kalendar.

Memang saya tau sebab dengar dia duk kira week by week. Saya tersenyum sendiri. Rasa kelakar sebab, memang boleh kira sendiri pun sebenarnya...

Ok, so bila dah habis tengok kalendar Ms Lee cakap, "Your day 21 is 9 March. So, start inject on that day loh, ok?"

"Mula pagi, kalau 9 pagi.. hari-hari seterusnya pun mesti sama waktu, 9 pagi juga. Tak boleh ubah-ubah."

"Ok Ms Lee."

"Masih ingat cara inject yang diajar?"

"Rasa macam ingat lagi. Cuma, nervous je"

"Takpe, kalau you takut nak inject sendiri, boleh minta tolong husband."

"Err, husband daya lagi takut jarum la miss.."

"Haha, yeke."

"Tapi takpe, saya rasa saya berani buat sendiri."

"Tak sakit sangat la, sikit saje."

"Ok."

"Nanti nak start inject, kalau lupa cara, atau ada masalah, you call I lagi.. okey"

"Okey, thanks Ms Lee. Bye."

Huh, lega. Dah selesai tugas yang ni. Nervous tetiba je datang balik, poyo sungguh!

But, still can't wait for 9 of March!!

Friday, 15 February 2013

Call From Metro IVF

Salam semua,

Tengahari tadi masa lunch, saya agak terkejut bila handset berbunyi dan tertera nama Metro IVF. Tak sangka pulak mereka akan call. Dari perbualan mukadimah tu saya dah boleh agak apa yang bakal ditanya.

Nurse dihujung talian tu nak tahu if saya dah dapat period bagi bulan Feb ni. Dia nak kira tarikh tepat untuk saya mulakan injection Suprefect la tu. :-)

Jawapannya, belum lagi la nurse. Dalam 2-3 hari lagi kot. (Memang pinggang dah mula sakit-sakit, kaki kebas-kebas tanda PMS).

Jadi nurse pun berpesan, kalau dapat period nanti cepat-cepat call Metro, dail nombor yang dah bagi hari tu.

Ok, nurse!

Lepas letak terus rasa jantung berdebar-debar. Belum start pun cycle, tapi rasa macam dah.

Saya mesej Hubby bagitau cerita. Hubby terus call, need detail explanation

Bila saya cakap saya nervous, Hubby pun cakap dia pun sama nervous.

Hahaha.


Wednesday, 13 February 2013

Long Protocol Calendar # 1

Salam semua,

Lepas je balik dari jumpa doktor hari tu dan dengan bekal ubat yang kelihatan 'best' ni saya buat research balik untuk lebih pemahaman. Nak lebih tahu the whole process actually. Biar bersedia fizikal dan mental gitu.

Jadi saya buka web Metro IVF dan klik pada kalkulator jadual. Kat situ ada 3 jenis protocol calendar yang digunapakai untuk proses ivf.

1. Antagonist protocol.
2. Short protocol.
3. Long protocol.

Tengok-tengok, rupanya saya diberikan doktor untuk buat Long Protocol. Adakah sebab kami datang dari jauh? Jadi doktor jarakkan setiap pertemuan?

Maybe. Here's the calendar and  reason.


'Every clinic's protocol will be slightly different and treatments are adjusted for a couple's individual needs.."

Kalau diperhatikan, kotak-kotak putih yang kosong dalam kalendar tu adalah untuk diisi tarikh appointment sebenarnya. Tapi setakat hari ini, tarikh paling penting Day 2 period tu masih belum dapat diketahui (probably early Mac), jadi yang lain pun tak boleh generate la.

Kita tunggu sajoo lah!

Tuesday, 12 February 2013

Plan Confirmed

01/02/2013

Akhirnya kami kembali semula ke Metro IVF setelah cukup-cukup 8 bulan 'menjauhkan' diri.

Jauh tu sebab:

1. Saya masih dalam tempoh intership kursus vto yang asalnya tak membenarkan saya cuti.
2. Kumpul duit. Ye la, kosnya ribu riban, mana nak cekau nak buat on the spot kan?
3. Planning. Macam-macam rancangan nak kena buat, sebab kami berdua ni kerja sorang di Penang, sorang di Perak. Jadi, kena plan betul-betul.

Pagi tu pergi Metro dengan niat nak jumpa embriologist yang beri penerangan pada kami sebelum ni. Macam dah ingat-ingat lupa apa yang dicerita, jadi kali ni nak tanya la lebih sikit. Lepas tu nak rancang tarikh betul-betul untuk saya apply cuti panjang nanti. Tapi cik embriologist tu cuti pulak hari tu.

Hmm, tapi nurse kat kaunter suruh masuk jumpa doktor dulu, kemudian baru jumpa embriologist lain. Kami ikutkan je sebab rasa rindu pulak lama tak menatap wajah doktor kesayangan kami tu.

Menunggu seperti biasa la, dalam lebih kurang sejam kami dipanggil masuk. Doktor dah siap tunggu dengan fail kami terbuka di depan dia. Sah dia dah menelaah dulu kes kami sebelum kami masuk. Good!

Bila kami cakap yang kami dah ready untuk buat IVF, terus doktor terangkan apa prosedurnya. Tak detail sangat la, just overall. Yang paling best ayatnya, "Wife okey. Husband punya sperm pun okey, cuma dia 'sesak/sesat' sikit je."

Aku dah hampir tersengih-sengih kat Hubby. Doktor ni pandai buat lawak pulak. Dia nak menerangkan yang sperm Hubby tu tak boleh keluar sebab blockage kat salurannya kot sebenarnya? Ha5.

Kemudian doktor tanya tarikh period saya yang bulan Jan lalu. Bila saya cakap 18 hb, doktor suruh baring kat katil untuk scan. Tak tahu pulak untuk apa, tapi rasanya doktor check saya punya saiz telur kot?

Doktor ni memang dah tahu yang kami datang dari jauh. Jadi dia cadangkan supaya kami ambil terus ubat untuk saya inject pada day 21 period nanti, so we can save one trip. Kami anggukkan saja apa yang dicadangkan.

Selesai perjumpaan dengan doktor, kami keluar untuk menunggu giliran berjumpa dengan embriologist pula. Kali ni penerangan detail.

Tapi biarlah saya buat kesimpulan je kat sini, hasil perbincangan:

1. Saya perlu menunggu kehadiran period bagi bulan Februari. Bila dapat je period hari pertama (Day 1), saya perlu call ivf center untuk confirmkan tarikh Day 21, untuk mula injection Suprefect.

2. Suprefect tu dibekalkan untuk jumlah sebulan, tapi katanya dalam hari ke-10 hingga hari ke-15, saya mesti akan dapat period lagi. Bila datang period tu, yang tarikhnya memang tak boleh nak confirm bila, saya perlu ke Metro IVF untuk buat blood test.

Itu setakat yang saya faham la. So, sebelum balik saya diajar dengan tatacara untuk meng'inject' cecair suprefect tu ke badan saya sendiri.

Hubby memang dah surrender, nak tolong cucuk memang dia kata dia tak boleh. Takut jarum. So saya perlu yakin diri untuk buat sendiri, atau cari doktor klinik mana-mana untuk tolong injectkan saya.

Rasa macam leceh pulak bila fikir macam tu. Suntikan ni perlu pada masa yang sama tiap hari. Kalau dah start 7 pagi, hari seterusnya pun wajib 7 pagi. Mana nak cari klinik yang bukak awal macam tu?

Hmm, jadi saya rasa nekad nak buat sendiri je. Dalam hati pun rasa berani semacam je. Haha.

Jadi, embriologist dan nurse pun mula la menurunkan ilmu. Macamana nak keluarkan angin dalam penyuntik, macamana nak amik cecair, macamana nak inject, bahagian mana. Dalam dengar penerangan tu rasa nervous jugak, hilang sekejap yang yakin tadi tu bila tengok jarum.



Jadi, balik dari Metro IVF tu rasa macam kami memang dah dalam cycle ivf, walaupun hakikatnya belum lagi. Mana taknya, dah bawak balik satu beg besar bekalan, mind pun otomatik set!

Haha

Sunday, 10 February 2013

First Visit & The Checkups

Assalamualaikum semua,

Kali ni nak cerita tentang semua visits yang telah dilakukan ke Metro IVF, Klang.

31/03/2012 - Register Tempat ni memang pantas. 1st visit je terus boleh masuk jumpa doktor. Biasa kalau awal-awal pemeriksaan, mesti akan diperiksa wife dulu, walaupun kami dah cerita kat doktor tu yang from previous checkup dengan doktor lain pun memang dah tau Hubby yang problem. 

Jadi hari tu saya terus di scan, pap smear, kemudian diberi pil clomid dan diambil darah untuk blood test. Hubby pulak, on that day terus disuruh keluarkan semen untuk analysis. Hahaha. Terkejut terbangak kami.

Terus nurse bawak kami ke bilik private di tingkat atas untuk mulakan 'kerja'. 

28/04/2012 - Kami pergi ke hospital ikut kelapangan kami, sepatutnya datang hari D8 tapi kami dah terjah on D6. But its okey. Hasil dari hari tu, kami dapat tahu result hari tu. Saya punya result semua okey. Cuma suami, seperti yang dah diagak, SA result is nil. 

Hari tu saya kena check lagi, kali ni cek tiub fallopio kot2 block ke ape. Sakit sungguh rasanya, especially masa macam dia masukkan cecair tu (tak tau ape). Pergh! Rasa macam berkerut-kerut dahi. Pastu giliran Hubby pulak diambil darah for test.

Sebelum balik saya dibekalkan dengan ubat tahan sakit, sebab katanya malam memang akan rasa sakit lagi. But on the way home pun memang saya dah merana, sampai rumah mentua terus masuk bilik, baring.

30/04/2012 - Kali ni Hubby pergi sorang je ke hospital sebab doktor request for second SA.

05/05/2012 - Hari yang paling mendebarkan, sebab hari ni kami akan tahu dua results - 2nd SA dan blood test Hubby. Sebenarnya yang blood test tu, SA memang dah itu je result dia.

Saya nampak Hubby la yang paling tak senang duduk, sebab result blood test tu la penentu hidup mati kami. Penentu sama ada kami akan punya biological baby atau tak.

Alhamdulillah, bila doktor kata blood test Hubby okey, muka dia yang dari awal pucat terus ceria! So we can proceed to whatever next step!

Doktor pun terus cadang we proceed for biopsy testes. Ini adalah final step untuk mengetahui sama ada dalam kilang telur Hubby ada produce sperm atau tidak. Sebab dari result blood test, maknanya ada.

18/05/2012 - Kami datang untuk bincang tentang biopsi testis dan kosnya. Dari penerangan doktor tu kami tau sedikit sebanyak yang 'testicular biopsy is a test to remove a small sample of tissue from one or both testicles and examine it under a microscope to evaluate a man's ability to father a child.'

25/05/2012 - Biopsy testes operation.

01/06/2012 - Hari menerima result biopsi testis. Result penentu hidup mati kedua. He5. Alhamdulillah, perjalanan lancar setakat ni, result memang menunjukkan Hubby actually ada sperm. Tapi atas sebab apa, blockage or anything, ia seakan tak jumpa jalan keluar. That's why SA asyik takde sperm je.

Tapi takpe la, result ni pun kami dah kuat balik rasanya! 

Doktor pun memang pantas semacam je, terus tanya bila nak buat IVF ICSI tu? Sabar ye doktor, beri kami selesaikan hal kerja dan duit dulu, bila dah lapang baru kami ready.

Walaupun hati sememangnya rasa macam nak jawab, "esok doktor!"

Sebelum balik, jumpa embriologist dulu untuk penerangan tentang IVF. Excitednya!

That's all for now.

Wednesday, 6 February 2013

Sambungan Usaha

Assalamualaikum all,

Sambung balik jalan cerita yang berhenti tiba-tiba. He5.

So, lepas je tahu suami saya tiada sperma tu, kami macam terawang-awang. Tak tahu mana nak tuju sebab rasa macam dah jalan mati untuk kami memiliki zuriat.

Yelah, tiada. Macamana nak buat lagi? Kesian Hubby. Menangis dia tahu result tu.

Tapi Dr. tu cuba lagi untuk menolong kami. Dia cuba bagi suntikan hormon untuk suami. Perlu ambil 4 kali dan every week after that, kami ulangalik klinik just for that injection. Lepas complete semua, Dr suruh suami  buat lagi SA.

Kami sangat berharap kali ni ade keputusan yang menyenangkan hati. Tapi, hasilnya hampa juga.

Sejak dari perkhabaran tu, saya terus putus asa. Kalau sebelum ni saya yang rajin search web mencari solution. Sekarang saya lepas terus! Langsung tak buat dah.

Tapi nampak perubahan pada Hubby. Dia pulak yang rajin mencari lagi, walaupun sebelum ni dia yang malas. Setiap hari dia searching for info.

Oh ya lupa nak bagitau. Hasil dari pencarian tu kami tahu yang kes suami saya ini dipanggil AZOOSPERMIA.

Maksudnya - 'Azoospermia is the medical condition of a man not having any measurable level of sperm in his semen. It is associated with very low levels of fertility or even sterility, but many forms are amenable to medical treatment. in humans, azoospermia affects about 1% of the male population and may be seen in up to 20% of male infertility situations.'

Bila dah tahu Azoospermia tu, penyelesaian cuba dicari dengan lebih khusus. Adakah Azoospermia boleh dirawat? Macam-macam. Akhirnya Hubby jumpa satu web mempromosikan Homeopati.

# Usaha 4 - Homeopati

Klinik homeopati ni ada cawangan di KL. Klinik Dr. Nik Omar. Agak terkenal la. Banyak juga testimoni yang baik. Tapi untuk azoospermia tak banyak, tapi ada yang berjaya mendapat anak lepas berubat di situ!

Atas tiket ni kami cuba lagi.

Dekat setahun juga la kami mencuba  amalkan ubat dia atau dipanggil remedi. Setiap 2 minggu turun KL dari Perak, semata-mata nak ambil stok. Tapi tiada hasil. Akhirnya kami berhenti.

Setahun tu macam sekejap je sebenarnya untuk mengalah, tapi memandangkan layanan pun kami rasa tak bagus, itu yang buat fedup.

Lepas dari perjumpaan pertama dengan Dr. perempuan tu (bkn Dr. Nik), kami dah tak jumpa dia. Just datang ambik ubat. Kalau dia nampak kita kat klinik pun, takde pulak nak bertanya khabar macamana keadaan? ubat okey ke? nak tukar dos ke? nak cek perkembangan ke?

Takde, so.... stop je la.

# Usaha 5 - Metro IVF

Saya tak pasti ini betul-betul usaha yang kelima atau tak? Tapi rasanya lebih. Sebab masih ada lagi usaha lain yang kami amal.

Minum susu kambing + kurma, debunga kurma + madu, macam-macam. Rasa macam dah telan semua yang orang cadang. Tapi takde hasil.

Jadi awal tahun lepas (2012), dalam bulan Feb suami ada terjumpa info mengenai Hospital Metro IVF ni. Infonya banyak memberi harapan bagi pasangan yang infertile, dan yang paling best azoospermia mungkin boleh dapat anak juga!

Kami nekad mencuba yang ini. Dan Alhamdulillah setakat ni, kami masih dibawah pemerhatian mereka. Journey getting more exciting with Metro IVF! Harapan kembali menyinar! Chewaah gitu.

Okey la, until next post. It will be more detail.

Tata.

Tuesday, 5 February 2013

Usaha

Assalamualaikum semua,

Lama tak tulis. Rasa macam sibuk bebenor sebulan dua ni.

Ecceli saya baru je balik dari bercuti ke Turki minggu lepas. Hmm, jalan-jalan hilangkan stress sikit. Pergi Istanbul, Cappadocia, Pamukkale dan banyak lagi! Nanti slow-slow saya update kat page Travelog okeh. He5.

Sekarang masuk cerita pasal perjalanan infertility kami ni.

Seperti biasa, setiap pasangan yang berkahwin mesti mengharapkan untuk hamil as soon as possible kan? Tapi bila simptom-simptom yang ditunggu tak juga kunjung tiba, cik 'kawan baik' pun sentiasa je menjengah tiap bulan, saya dan suami mula la terfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya.

# Usaha 1 - Mengurut

Memang la saya ni orang yang suka body massage, rasa macam dimanjakan gitu. Tapi bab mengurut untuk usaha hamil ni memang tak best! Sebab apa, sakit!

Hubby la ni, beria dia membawa saya mengurut dengan bidan di kampung dia. (Biasa la lelaki, kalau anggapan payah mengandung ni, awal-awal mesti salahkan --> isteri. Sape setuju angkat tangan!)

Jadi kami pun pergi je la jumpa mak bidan tu. Tempat yang diurut tu biasa la, bahagian ari-ari / rahim tu. Bahan-bahannya mudah saje, minyak masak, bawang merah dan sedikit doa-doa ayat Al-Quran kot. Lepas disuruh baring disebalik tirai kain, mak bidan tu suruh saya angkat baju dan urut. Bawang merah tu dicelup minyak masak, dibacakan doa kemudian diurut pada perut saya. Ditekan-tekan gitu.

Pernah dengar sebelum ni, ada orang yang pernah mengurut tu kata sakit sampai berair mata la, meraung la. Tapi Alhamdulillah, saya ni dapat tahan sakit lagi. Segan nak meraung dowh! Haha. Bearable pain la.

Lepas beberapa minit, mak bidan tu cakap. "Okey, takde masalah. Tapi tak tahu lah dia." Merujuk kepada Hubby saya. 2-3 kali jugak la dia ulang pernyataan tu. Tapi diabaikan je. Lepas tu kami tak pergi dah sebab, memang takde penyelesaian. Tak mengandung juga.


# Usaha 2 - Belajar

Belajar ni maksudnya, google web-web ilmiah di internet untuk mencari ilmu berkenaan waktu subur, teknik bersama yang sesuai untuk mudah hamil. Siap sanggup bayar pdf file Mudah Hamil yang dijual. Habis baca, pantang makan itu ini. Lepas tu praktik. Hampeh!

Ovulation kit yang tunjuk waktu tepat ovulasi pun tak boleh membantu. Bukanlah maksudnya tak menjadi tu sebab ilmu tu tak betul. Ilmu memang dah betul, tapi dengan kami ni ia tak menjadi. Probably something is wrong somewhere.

# Usaha 3 - Jumpa Pakar Sakit Puan

Bila dah rasa ada benda yang tak kena tu, kita kenalah merujuk yang pakar kan? Jadi kami mula mencari pakar sakit puan ni untuk bantuan.

Pakar yang dirujuk ni ada klinik di Chemor, Perak. Tahu pun atas recommendation. Jadi kami pergi walaupun jauhnya 2 jam driving dari rumah.

Dr tu, seorang lelaki india, just cek saya on the outside. Scan rahim dan cuma cakap okey. Lepas tu diberi Clomid, bagitau tarikh subur dan suruh praktik. Hampeh juga.

Next visit, dia suh Hubby buat semen analysis (SA) di Ipoh. Seminggu kemudian dapat result. Very devastating! Inilah saatnya kami tahu siapa yang bermasalah dan apa masalahnya.

My Hubby did cried.

Sigh. Cerita selebihnya saya sambung kemudian ye. Lebih detail.

That's all for now.

Bye.



Thursday, 10 January 2013

Hooray!

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah siap juga blog baru saya ni. Ya, blog baru!

Sebenarnya saya dah punya blog sebelum ini dan merupakan blogger tegar. Post tak payah cakap la, memang banyak. Itu masa bujang dan menganggur. Ha5. Banyak masa terluang la katakan.

Tapi bila dah mempunyai komitmen kerja dan keluarga, jadi nak menulis dah tak sempat. Akhirnya blog tu tersadai. Saya pun dah jadi boring dengan blog tu, bila boring tangan saya laju je delete.

Ok, jadi sekarang nak kata dah tak sibuk tu tak juga. Tapi bila dah 3 tahun melayari bahtera rumahtangga ni rasanya macam nak mula balik menulis dan berkongsi cerita apa yang perlu saja.

Dan cerita kali ini adalah perkongsian saya dan suami tentang perjalanan kami untuk membina keluarga.

Ya! Rasanya tahun 2013 ni memang tepat sangat la. Sebab ia tahun yang penting untuk kami mempunyai cahaya mata.

Dah 3 tahun nikah beb, anak belum ada. Memang belum rezeki dan memang ujian buat kami. Jadi berdasarkan ujian itu, kami nak kongsikan jalan cerita, masalah dan mungkin juga penyelesaian yang bermanfaat buat pasangan-pasangan suami isteri di luar sana.

Rasa macam banyak nak kena update cerita kami ni, supaya jelas untuk diikuti. Kan? Jadi, InsyaAllah, semoga saya ada masa untuk menulis satu persatu.

See you on next post!
xoxo!